Showing posts with label life at UKM. Show all posts
Showing posts with label life at UKM. Show all posts

Sunday, May 23, 2021

Willing to Learn

 Salam mahabbah..

Lama tak rant kat sini..Kali ni saja nak rant tentang life aku tahun ni. Pandemik covid-19 menyebabkan banyak urusan tergendala tapi ada juga hikmahnya "stay at home" kali ni. Aku ambil peluang masa berada di rumah untuk belajar banyak perkara baru.

Hikmahnya banyak pusat-pusat pembelajaran menawarkan kursus secara atas talian.Ni bagus sebab menjimatkan kos pengangkutan.Hanya perlukan line internet yang stabil, daftar sahaja lah mana-mana kursus yang anda berkenan.Belajar bahasa asing, ilmu agama, ilmu tajwid, kursus kemahiran komputer dan banyak lagi.


Alhamdulilah, tahun ni aku memulakan pengajian dalam Sarjana Pendidikan(Pendidikan Islam) mod cuti sekolah di UKM, Bangi. Ekoran pandemik juga, kelas dijalankan secara atas talian sahaja. Cabaran juga hendak memahami pembelajaran dengan tidak dapat bersemuka dengan pensyarah.Semester 1 bakal berakhir bulan 6 ini. Sem ini aku ambil 4 subjek; Penulisan Akademik I, Kaedah Penyelidikan I, Isu-Isu Pendidikan di Malaysia, dan Budaya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.

Baru lah faham perasaan pelajar ku setiap kali kelas PDPR, maafkan ustazah ya anak-anak jika terlalu tegas semasa PDPR.

Aku juga ambil kesempatan untuk mendaftarkan diri dalam kelas bahasa Korea.Kelas bermula minggu ini selama 8 minggu dengan pertemuan sekali seminggu. Bermula dengan mengenali huruf Hangul dan belajar membaca serta menulis. Menarik sekali. Yang berminat, boleh ke fb Akademi Bahasa Korea untuk tahu cara mendaftar.


Semoga urusan tahun ini dipermudahkan.Mohon doa kalian yang membaca post ini.

Friday, April 3, 2020

Mohamed Tarek with Mohamed Youssef - Aisyah Isteri Rasulullah Arabic Version


Salam hari PKP ke-17



Tiba-tiba lagu Aisyah nyanyian asal Projector Band ni jadi viral. Pada mulanya, ada youtuber Indonesia cover lagu ni dan tukar lirik yang merujuk kepada Aisyah binti Abu Bakar isteri Rasulullah. Tetapi, jadi isu sebab lirik dalam bahasa Indonesia tu banyak merujuk aspek fizikal.Dan, akhirnya Mohamed Tarek cover lagu ni dalam bahasa  Arab dan ditukar liriknya.Lirik yang dikarang dalam bahasa Arab inilah paling sesuai untuk merujuk kepada Aisyah sebagai isteri Rasulullah.Tambah pula berduet dengan rakan duetnya yang serasi Mohamed Youssef.Penghayatan mereka yang superb ditambah dengan lirik yang sangat bertepatan menjadikan lagu ini trending dalam minggu ini.Mari kita hayati liriknya.


منه القمر يستحيضياء  
كُلُّ النِّسَاءِ تَؤَدّ أَنْ تَكُون مِثلَكي
يَا عَائِشَةُ

Shine from him moon ashamed
All women want to be as
Hey Aisha

بِنْتُ أَبِى بَكْرٍ
حَبِيببُ رَسُولُ اللَّهِ
Daddy Bakr girl
Ḥbybb Messenger of God

فازت بِقَلْبِ خَيْرٌ الْمُرْسَلِين
فِي الْعِلْمِ فَاقَت عِلمَ كُلِّ الْعَالَمِين 
She won the heart of good messengers
In Science beyond the knowledge of all worlds

خَبَرٌ جَلِيلٌ
يَزِفهُ جِبْرِيل
يَجُوبُ الدُنْيا
 Great news
Removed by Gabriel
Roaming the world


عائشة
حَبَاكِ اللَّهُ حُبَّ مَنْ يُحِبُّهُ
فَصِرتي أَحَبُّ النَّاسِ لِقُلُوب الْمُسْلِمِين
بِنْتِ أَبِي بكرٍ
حَبيبِ رَفيقِ النَّبِيِّ رسول الله
 Aisha
God's love who loves him
I like people for Muslim hearts
Daddy Bakr girl
Ḥbybb Companion Prophet Messenger of Allah

عائشة
حَبَاكِ اللَّهُ حُبَّ مَنْ يُحِبُّهُ
فصرتي أَحَبُّ النَّاسِ لِقُلُوب الْمُسْلِمِين
بِنْتِ أَبِي بكرٍ
يَا عَائِشَةُ حَمِيرًا
حَبِيب رَفِيقِ النَّبِىّ رَسُولُ اللَّهِ
 Aisha
God's love who loves him
I like people for Muslim hearts
The daughter of Abi Bakr 
Aisha Humaira'
Ḥbybb Companion Prophet Messenger of Allah


رَفِيقهُ النَّبِيِّ فِي الْحَيَاةِ
حُبّ النَّبِيّ لَهَا يَفُوق الْمُعْجِزَات
ياعائشه
بِنْتُ أَبِى بَكْرٍ
زَوْجَةُ رَسُولِ اللَّهِ
 Prophet's companion in life
The love of the prophet is beyond miracles
Hey Aisha
Daddy Bakr girl
Wife of messenger

رَفِيقِه النَّبِيِّ فِي الْحَيَاةِ
حُبُّ النَّبِيّ لَهَا يَفُوقُ الْمُعْجِزَات
ياعائشه
بِنْتُ أَبِى بَكْرٍ
زَوْجَةُ رَسُولِ اللَّهِ
Prophet's companion in life
The love of the prophet is beyond miracles
Hey Aisha
Daddy Bakr girl
Wife of messenger


عائشة
حَبَاكِ اللَّهُ حُبَّ مَنْ يُحِبُّهُ
فصرتي أَحَبُّ النَّاسِ لِقُلُوب الْمُسْلِمِين
بِنْتُ أَبِي بكرٍ
حَبِيب رَفِيقِ النَّبِيِّ رسول الله
عائشة

Aisha
God's love who loves him
I like people for Muslim hearts
The daughter of Abi Bakr Aisha bathroom
Ḥbybb Companion Prophet Messenger of Allah

Wednesday, December 21, 2016

Sejarah Perang Salib



Setelah sekian lama aku tak study sejarah, maka mari kita rangsang sel-sel otak kita dengan tonton dokumentari tentang Perang Salib ni.Masa aku sem 5 dulu, subjek Perang Salib ini ada ditawarkan sebagai subjek elektif pelajar major Sejarah dan Tamadun Islam tapi aku tak ambik.Dokumentari ni diterbitkan oleh Aljazeera.Jangan risau, ianya dalam bahasa Inggeris.Boleh subscribe akaun youtube Al Jazeera English untuk tonton kesinambungan sejarah Perang Salib ni.

Tuesday, August 16, 2016

Diagnosis Seorang Doktor

Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: kaya, bergaya,glamour,rasa superior..Lupakan serta merta.Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dangkalnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa DIA.

Baca blurb buku DIAGNOSIS ni je dah mampu buat aku tak fikir panjang untuk beli buku ni.Buku ni aku beli pakai baucar buku.RM50 untuk 3 buah buku Dubook Press.Aku beli masa Kolej Pendeta Za'ba buat karnival kolej masa aku sem 6.Dah berzaman baca, baru nak buat review.

Buku DIAGNOSIS ni ditulis secara bersama oleh tiga orang doktor, Dr.Anwar Fazal, Dr Aizzat dan Dr Azzah.Kita dapat rasakan pengalaman yang diceritakan mereka dalam bergelumang dalam kesibukan hospital sehari-hari.Jujur,bukan mudah untuk menjadi seorang doktor.Perlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat.Dan, apapun seperti blurb buku ni, "Setiap DIAGNOSIS itu hakikatnya datang dari DIA.Doktor hanya perantara".Sehabis daya mana pun doktor berusaha, ALLAH jua menentukannya.

Seterusnya, buku Cakar Ayam Seorang Doktor.Buku ni aku tertarik disebabkan tajuk dan kulit bukunya.Kreatif betul pereka bentuk kulit buku ni.Buku ni diselenggara oleh Dr Fahd Razy,dan turut ditulis bersama dengan Dr Sharif Ahmad,Dr Onn Azli,Dr Kamarul Ariffin dan Cikpuan Jazlina Syahrul Cikpuan Jazlina ni seorang pakar pemakanan atau dietitician.

Jika nak dibandingkan dengan DIAGNOSIS, CASD lebih tersusun dan ada nada humor.Siap diselitkan beberapa info kesihatan.Rasa berilmu sikit seusai membacanya.Dan, aku lebih suka gaya penulisan dalam buku ni.Nampak sastera sangat tapi ada nada humor.Bukan senang nak cerita sesuatu benda yang berfakta dan serius dan pada masa yang sama diselitkan nada humor.Oh, mungkin aku lupa, yang penulis-penulis buku ni daripada Grup Karyawan Luar Negara.Jadi,darah penulis sudah tersedia dalam adrenalin mereka.

Penulisan Dr Sharif dan Fahd Razy lebih serius walau ada sedikit nada humor,mungkin kerana faktor pengalaman dan usia.Penulisan Dr Onn banyak berunsur nasihat dan motivasi kepada pelajar perubatan dan bagaimana menghadapi cabaran sebagai seorang doktor.Ditambah dengan ilmu tentang pemakanan oleh Cikpuan Jazlina, tidak rugi baca buku ni.

Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan.Sedikit senyum dan tawa.Teladan dan iktibar.Hati yang tersentuh.Semangat dan inspirasi.Cubit-cubit sikit.Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal.

Lepas baca kedua-dua buku ini,aku lebih menghargai dan cuba untuk memahami warga Kementerian Kesihatan keseluruhannya termasuklah doktor,pembantu pegawai perubatan,jururawat,ahli farmasi,juru x-ray,mak cik cleaner dan lain-lain yang aku tak ingat dah..

Friday, October 2, 2015

The Truth: Islam in Anatolia

Salam alaik..


Tahun lepas,siri The Truth ni tentang Islam kat Spain,ditayangkan di TV Alhijrah masa bulan puasa.Kebetulan,masa tu aku tengah praktikal kat Muzium Shah Alam.Aku dengan rakan-rakan praktikal UKM merangkap housemate setia tengok tiap-tiap episod dan terpana dengan keindahan Andalus.Tahun ni,kat Turki pulak.Aku memang bercita-cita nak sambung master kat Turki (doakan ye..),jadi memang wajib tengok la. Tak silap aku,akan mula ditayangkan di TV Alhijrah pada 8 Oktober jam 9 malam.Maka, moh lerr kite tengok beramai-ramai ye..

Monday, May 18, 2015

Kenangan NAHDAH

Pada 13 Mei yang lalu,Mesyuarat Agung Tahunan a.k.a AGM bagi kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam (NAHDAH) berlangsung.Sudah pasti lega bagi kami pelajar tahun 3 kerana sudah melepaskan jawatan kepada pimpinan baru,,haha,,Dua sesi bersama pimpinan kelab,banyak suka duka aku bersama mereka.

Ketika pertama kali ditaklifkan,aku bertugas sebagai Timbalan Exco Informasi dan Penerbitan,dari zero tak tau apa-apa pasal ICT dan multimedia,aku belajar perlahan-lahan Adobe Photoshop, segala video editing,fotografi dan yang seangkatan dengannya.Banyak yang aku belajar ketika ini.


Menginjak tahun 3,aku diberi jawatan yang lebih besar, sebagai Timbalan Yang Dipertua.Sungguh,andai diputar masa,aku rasa tidak sanggup menggalas jawatan ini.Tapi,itulah usah disesali takdirNYA,pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Ketika ini,bebanan tugas ku sudah kurang,banyak kepada penyeliaan belakang tabir seperti menyelenggara kertas kerja program dan membantu urusan surat menyurat dan laporan setiausaha.






Akhir kata,kepada saff pimpinan baru NAHDAH sesi 2015/2016,semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.Kenangan kita bersama tetap terpahat di ingatan (dah kenapa mood sedih tetiba,,huhu)...


Thursday, April 30, 2015

PBAKL 2015

Pada 27 April lalu,aku dan geng biblioholic merangkap Kajaians juga,Syahirah Shofe,plan untuk pergi PBAKL 2015 bagi menghabiskan saki-baki baucar buku.Aku memang akan simpan baucer buku aku untuk ke PBAKL ni sebab biasanya diskaun lagi banyak dan pakej-pakej buku lagi menarik ditawarkan oleh kebanyakan penerbit.Aku ada 3 keping baucar lagi yang masih belum diguna...

Kami memutuskan untuk pergi pada hari Isnin kerana kurang sesak berbanding hujung minggu.Kalau pergi hujung minggu atau cuti umum,jawabnya lagi nampak orang daripada buku,,haha....Maka kami pun bergerak ke PWTC seawal jam 930 pagi dari UKM menggunakan KTM Komuter.

Nak dijadikan cerita,kami sampai sekitar jam 1100 pagi,kami pusing-pusing dulu,round kedua baru nak start beli.Bila sampai tingkat 2,rupanya-rupanya kumpulan Inteam dijadualkan buat persembahan dan ada slot tazkirah zuhur bersama Ustaz Don.Makanya,kami pun stop sekejap dan tengok persembahan depa..Lepas zuhur,baru mulakan operasi membeli-belah..

Maka,,inilah hasilnya..


Ok,dalam gambar ni hasil pancingan di pesta buku plus juga dengan hasil pancingan buku ku di tempat lain sebelum ini juga menggunakan baucar buku.

Risalah Pemuda Muslim oleh Dr Maszlee Malik dengan The Other Side of the Coin oleh Aiman Azlan dan Ameer Misran aku beli ketika pesta buku di UKM.Manakala segala terbitan DUBOOK Press iaitu Diagnosis,dan tulisan Zul Fikri Zamir iaiatu Masharakat Melawan Mahasiswa serta Sekolah Bukan Penjara,Universiti Bukan Kilang aku beli ketika karnival kolej Pendeta Za'ba di UKM.

Dan belian di PBAKL ialah:
    • Booth JS Adiwarna:Aku tertarik disebabkan ada pakej RM50 untuk 3 buah antologi cerpen.Harusla memang aku jadi tertarik untuk membelinya.Kalau harga asal,mahunya melayang hampir RM100.Maka,aku pun beli pakej ni dan dapat antologi cerpen Kerana Dia:Ratu Sehari,Cinta Pertama dan Kisah Cinta Seribu Wajah.
    • Booth ITBM:Aku memang dah decide awal-awal yang booth ni wajib pergi dengan Syahirah sebab susah dah nak beli buku-buku ITBM kalau bukan kat pesta buku.Syahirah borong buku-buku falsafah,manakala aku beli 3 buah buku setelah jenuh berfikir nak beli yang mana,,,haha..Rambang mata aku.Buku Falsafah Sejarah Ibnu Khaldun:Kajian Dasar Falsafah Ilmu Budaya oleh Muhsin Mahdi, Identiti Muslim Eropah menurut Tariq Ramadan terjemahan oleh Nor Faridah Mat Nong, dan karya klasik Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad.
    • Booth ImanShoppe:Yang ni pun aku dah aim awal-awal sebab aku nak beli buku Ilham Kembara hasil karya gabungan penulis Grup Karyawan Luar Negara(GKLN).Buku travelog yang memang aku target nak beli sebab pelbagai coretan dari pelbagai negara diketengahkan dalam buku ni.Dan,bagi mencukupkan baucar RM50, aku pun ambil buku Ikhwah Pakai Jeans karya Inche Gabbana.Aku memang follow blog APG ni dan buku ni dah memang lama nak beli.Aku juga beli komik Gangster karya HanzaArtz.
    • Booth KaryaSeni:Kat sini je aku pakai duit cash.Kebetulan,memang ada diskaun gila-gila.Aku pun beli novel Suami Yang Kubenci karya E-Man Sufi,harga asal RM20,jadi RM10.Novel ni pun dah lama aku nak beli,tapi tak terbeli..haha..Lepas tu,aku pun beli juga novel Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin.Aku beli sebab tak puas hati dengan ending dalam drama,pendek sangat part EL dengan Kyra Lydia dalam drama tu,,Novel ni harga asal RM30, jadi RM26.Disebabkan diskaun gila-gila ni la,membuatkan aku beli novel kat booth ni.Kalau tidak,mungkin tak beli..
    • Booth PTS:Aku cari komik Misi 4Flat karya Afiq dan Nazry bila aku tau komik ni memang akan launching masa PBAKL ni.Penangan siri komik MISI yang diperkenalkan oleh adik aku,memang aku terus beli Misi 4 Flat ni.Kenapalah Afiq dengan Nazry ni buat komik ni masa aku dah last sem kat UKM,huhu...Ni pun aku dapat diskaun,RM10 harga asalnya,selepas diskaun,jadi RM7.50.
Tahun ni mungkin tahun last aku pergi PBAKL ni,Setakat ni tak pernah miss pergi setiap tahun semenjak aku study kat UKM.Kecuali ditakdirkan aku sambung master atau kerja kat area Lembah Kelang,boleh la pergi lagi kan...



Kait-berkait akar beringin,
Di situlah banyak ular melata,
Nak ku pesan pada angin,
Sayangnya angin tak tahu berkata.

Sungguhkah tuan beli jerami, 
Kalau sungguh mana diannya,
Sungguhkah tuan cintakan kami,
Kalau sungguh mana tandanya.

P/S:Terima kasih Syahirah Shofe sebab sudi teman pi PBAKL tiap-tiap tahun..Hehe..

Wednesday, January 14, 2015

Sains & Teknologi dalam Tamadun Islam

''Eksperimen merupakan aspek paling penting dalam ilmu kimia.Nilai ilmu kimia tidak diakui oleh apa yang dibacanya melainkan telah diuji dan dibuktikan melalui eksperimen.''
''Kunci untuk memahami struktur logam,bahkan untuk semua benda,ialah al-mizan atau keseimbangan''

Kata-kata ni aku jumpa semasa membaca dan mengkaji artikel tentang Jabir ibnu Hayyan,seorang ilmuan Islam dahulu kala yang pakar dalam bidang ilmu kimia.Tugasan ini pula terangkum dalam subjek Sains & Teknologi dalam Tamaddun Islam,antara subjek elektif yang ditawarkan untuk pelajar pengkhususan sejarah di jabatan aku.

Bila ambil subjek ini,terasa kembali ketika zaman ambil SPM,sebab aku dulu aliran sains agama.Bila belajar sains daripada sudut sejarah ni,makin menarik pula.Betapa banyaknya ilmu sains masa kini telah dimulakan dan dipelopori oleh ilmuan Islam dulu kala. Ibnu Sina (perubatan),Al-Khawarizmi (matematik), Al-Zahrawi(pembedahan), sekadar menyatakan beberapa nama begitu unggul dalam pelbagai bidang kajian di samping mereka kelihatan menyerlah dalam bidang tertentu.

Satu lagi tugasan ialah aku perlu menyiapkan sebuah artikel bertajuk ''Peringkat Perkembangan Sains & Teknologi zaman Bani Umayyah di Damsyik".Nah,di sini kesukaran bermula.Disebabkan kerajaan ini kerajaan terawal dalam tamadun Islam,maka perkembangan ilmu sains baru bermula.Tidak banyak rekod sejarah perkembangan tentang sains didapati.Aku banyak menemukan fakta yang berulang.Semua rujukan dalam bahasa Inggeris ditambah pula hanya ilmu perubatan,kimia, dan farmasi yang dilihat sedikit bermula.Aku rasa dah macam pelajar perubatan apabila senarai rujukan aku hampir kesemuanya ada perkataan "medical,pharmacy,chemistry"...haha..Ilmu ini dilihat berkembang di peringkat awal kerana berkait rapat dengan keperluan masyarakat dalam menjaga kesihatan ketika itu.

Subjek ini sungguh menarik ditambah dengan pensyarah yang sangat 'sporting'.Malah,kami dibawa melawat ke Kompleks Falak al-Khawarizmi,salah satu kompleks falak di Malaysia yang terletak di Melaka.Kami berpeluang mencerap matahari,(bulan tak dapat sebab hujan),diajar sedikit cara membaca peta bintang,serta cara menentukan arah kiblat.Kajian lapangan sebegini membuatkan subjek ini lebih menarik.Terima kasih kepada Prof Madya Dr Roziah Sidik kerana berjaya membuatkan kami menelusuri subjek ini dengan rasa teruja dan seronok.

Pada minggu terakhir semester,Dr Roziah telah mengemukakan persoalan kepada kami,"Adakah faktor-faktor kegemilangan sains teknologi tamadun  Islam dahulu dapat diaplikasikan zaman sekarang?"

Hasil perbincangan kami ialah;

  • Gerakan penterjemahan giat dilakukan daripada bahasa asing ke bahasa ibunda.Melihatkan bahasa Inggeris sekarang yang menjadi 'lingua franca',menyebabkan faktor penterjemahan ke bahasa ibunda kini sukar diaplikasikan.
  • Integrasi antara ilmu naqli dan aqli dilakukan.Walaupun sudah ada usaha dilakukan di peringkat sekolah menengah dengan diwujudkan aliran sains agama,namun ia seakan tiada ksesinambungan apabila di peringkat universiti kerana sistem sedia ada lazimnya menumpukan kepada satu-satu bidang sahaja.
  • Perlunya ada orang perseorangan atau badan bukan kerajaan yang menyokong dari segi pengeluaran dana untuk sebarang projek penggalakan bidang sains dan teknologi.
Semester 5 sudah pun berakhir.Tinggal satu semester sahaja lagi aku di bumi UKM ini bagi menghabiskan pengajian ijazah sarjana muda.Moga Allah permudahkan.

p/s:Subjek terakhir semester depan,Sastera Arab Moden,Sejarah Kesenian Islam,dan Sejarah Pemikiran Politik Islam dan tesis berkaitan kerajaan Islam terakhir di Sepanyol,kerajaan Granada.

Thursday, January 1, 2015

Pemikiran Malik Bennabi

Salam alaik..

Pabila masuknya bulan Januari,bermakna musim peperiksaan akhir bagi kebanyakan pelajar IPTA pun bermula.Sem 5 ni aku ada 2 paper je,,bunyi macam heaven,tapi tak jugak,sebab bila ada sikit je paper utk exam,bermakna aku ditimbuni tugasan yang menimbun bagi subjek lain yang ditiadakan final exam tu..Haruslah kan,tugasan banyak sebab nak cover markah untuk penilaian subjek,takkan senang-senang lecturer nak bagi markah free,,hehe..

Subjek Wajib Fakulti aku tinggal satu je untuk dihabiskan iaitu subjek Pemikiran Islam Semasa.Subjek ni terletak di bawah pengkhususan Jabatan Usuluddin & Falsafah.Bagi aku subjek ni menarik untuk diikuti walaupun boleh dikatakan majoriti pelajar kurang suka disebabkan perlu memerah otak memahami pelbagai aliran pemikiran.Dalam subjek ni,kami mengenali pelbagai aliran pemikiran seperti gerakan Islah, reformisme,tradisionalisme,pluralisme,liberalisme dan macam-macam -isme yang lain.Subjek ni penuh dengan falsafah yang tersirat.

Kami juga mempelajari biografi beberapa orang tokoh seperti Syed Muhd Abduh,Malik Bennabi,Jamaluddin Al-Afghani  serta ulama masa kini yang tidak asing lagi,Syeikh Yusof Al-Qardawi.Aku tertarik dengan teori peradaban dan ketamadunan oleh Malik Bennabi.Dah namanya pun aku ni budak sejarah,memang senang tertarik dengan teori-teori macam ni..hehe..Boleh rujuk latar belakang beliau di sini..


Antara teorinya ialah:
Dua Asas Pembinaan Peradaban iaitu: 
  • Memahami Teori Pembangunan Tamadun 
  • Membina Semula Kebudayaan Masyarakat Islam                

Menurut Malik lagi: 
  • Masyarakat Islam sedang berdepan dengan masalah peradaban. 
  • Kehilangan peradaban ialah punca hilangnya peranan masyarakat Islam dalam sejarah hari ini. 
  • Pembangunan semula peradaban ialah asas kemajuan semula masyarakat Islam. 
  • Peradaban adalah ‘sumber’. Dari sumber peradaban, maka lahirlah pencapaian-pencapaian dalam bentuk produk-produk ketamadunan pelbagai bidang kehidupan i.e sosial, ekonomi dan politik. 
  • Peradaban melahirkan masyarakat pencipta. Mereka mencipta pelbagai produk ketamadunan untuk keperluan seluruh warga masyarakat. Mereka tidak lagi bergantung kepada produk ciptaan peradaban lain bagi memenuhi keperluan kehidupan warga masyarakatnya. 
Akhir kata,aku nak kongsi kata-kata daripada Ibnu Khaldun,tokoh sejarawan yang terkenal:
“Throughout history many nations have suffered a physical defeat, but that has never marked the end of a nation. But when a nation has become the victim of a psychological defeat, then that marks the end of a nation.” 

Wednesday, December 10, 2014

Aku dan Muzik



Haha,,nak gelak pun ada tengok poster ni,,aku rasa aku ni jenis AB,,terlalu mudah menjadi bosan,,actually,aku ni jenis study sambil dengar something,contohnya muzik atau drama,,ya,,dengar drama,bukan tengok drama,aku dengar je dialog yang dituturkan oleh para pelakon sambil study,,

Kalau muzik,aku prefer instrumental bagi subjek yang perlukan kefahaman dan hafalan,instrumental means hanya muzik tanpa suara penyanyi..Antara instrumental yang aku suka:





Kalau subjek yang tak berat sangat,aku main hentam je dengar lagu apa-apa pun,,korea,nasyid,hindi,english,melayu,rock kapak,,semua pun aku dengar ikut mood,,by the way,music is universal! Kalau korang tak sesuai cara study macam ni,,jangan ikut ye..

Saturday, November 22, 2014

Bengkel Penulisan Skrip Patuh Syariah


''Drama patuh syariah tidak semestinya tentang kisah ustaz dan ustazah. Filem Islam juga tidak semestinya kisah cinta di pondok madrasah sahaja. Islam itu luas lagi universal sifatnya.''
-Zabidi Mohamed-

Alhamdulilah,aku diberi peluang untuk mengikuti Bengkel Penulisan Skrip Patuh Syariah anjuran FINAS bersama Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,Fakulti Pengajian Islam,UKM.Dan FINAS menjemput Encik Zabidi Mohamed,figura yang tidak asing lagi dalam penghasilan skrip drama patuh syariah ini.Aku terpanggil nak ceritakan pengalaman ini bila melihat antara status terkini Encik Zabidi di atas.Padahal,bengkel ini dah lama lepas kut, iaitu pada 17-19 April 2014 yang lalu.


Bengkel ini sebenarnya salah satu slot program dalam Minggu Pelajar Jabatan Dakwah.Penyertaan terbuka kepada 30 orang sahaja.Hati aku mula-mula berbolak-balik jugak lah nak join atau tidak.Akhirnya,aku hubungi urusetia program untuk bagi nama sebab aku difahamkan penyertaan percuma kottt! Mana nak dapat  macam ni,kalau kat luar dah beratus-ratus! Dan aku rupanya peserta yang ke-30 mendaftar!Hari pertama mendaftar,baru aku perasan yang aku lah satu satunya bukan pelajar Jabatan Dakwah yang join,majoriti pelajar Jabatan Dakwah yang join ialah daripada pengkhususan Komunikasi.Namun,free punya pasal,aku tebalkan muka melalui 3 hari tersebut dan sampai sekarang bila mengenangkan pengalaman tersebut,aku tersenyum sendiri memikirkan agak nekad keputusan aku pada masa itu,,But,,it's really really worth!

Tuesday, May 6, 2014

Festival Kembara Iman II


Alhamdulillah,akhirnya program Festival Kembara Iman II anjuran Sekretariat Kerohanian dan Moral Kolej Rahim Kajai,UKM telah selamat berlangsung pada 25-27 April 2014.Jika pada penganjuran kali pertama dahulu,aku terlibat sebagai setiausaha program,kali ini aku mencabar diri untuk terlibat sebagai pengarah program a.k.a programer.Tugas sebagai programer ialah merangka dan merancang untuk keseluruhan program dan kemudiannya memberikan senarai gerak kerja kepada semua bahagian yang terlibat merangkumi protokol,teknikal,logistik,cenderamata,pemasaran,publisiti,jamuan,dan tugas-tugas khas.Post programer ni la yang paling orang tak nak dalam mana-mana penganjuran program.

Pengalaman pertama terlibat sebagai programer ialah sangat mencabar!.Perlukan ketabahan yang amat sangat ketika merangka keseluruhan program.Bayangkan,aku dan rakan-rakan programer perlu memahami dan memberi arahan kepada semua post lain yang terlibat.Mereka hanya menunggu arahan daripada kami.Kami juga perlu memikirkan back-up plan bagi setiap slot program jika berlaku kejadian tidak dijangka.Sebarang gerak kerja yang nampak tidak lancar maka kesalahannya akan berbalik kepada programer.Ditambah pula dengan kerenah birokrasi orang atasan menyebabkan beberapa tentatif program terpaksa diubah pada minggu berlangsungnya program.Disinilah kesabaran aku dan rakan-rakan programer teruji.

Wednesday, April 30, 2014

Media sebagai Wasilah Dakwah

Salam alaik...

Lama betul aku tak bercerita di blog ini,kesibukan menyiapkan tugasan akademik dan tuntutan tanggungjawab menyebabkan blog ku ini bersawang sejak sekian lama,,Lepas tu,nanti ada yang kata ''sapa suruh hang pegang jawatan,kan dah sibuk sana sini'',,huhu,,tapi aku pegang kata-kata ni,''jika kamu tidak disibukkan dengan perkara-perkara baik,maka kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara lagha'',,aku pulak bukan jenis duduk diam je melepak kat bilik,jadi tak tentu arah,,so,here I am...

Bercinta habis aku dengan PS ni
hampir setahun....
Bermula tahun 2 pengajian ku di JPATI,maka dengan ketentuanNYA aku diberikan taklifan sebagai Timbalan Exco Informasi & Multimedia kelab cos aku,,huhu,,apa kebende lak skop kerja aku ni? Mula-mula,,rasa sangat bingung,taktau nak mula dengan kerja apa sementelah lagi post ni Informasi dan Multimedia ini baru diwujudkan,,kiranya aku ni pengasas la,(bangga sekejap,hehe)....Dengan bantuan exco aku yang sudah menginjak ke tahun 3,,(kiranya dia ni dah senior berpengalaman la kan..),maka bergeraklah kami menghebahkan sebarang info aktiviti berkaitan JPATI..

Kerja aku tentulah kena bermain dengan software photo,poster, dan video editing.Bab video editing takde masalah,mentelah aku pulak suka dengan keja edit-edit video ni .Tang yang poster editing tu,nak menangis jugak lah mula-mula duk bermain dengan Adobe Photoshop tu,tambahan pula aku ni bukan lah jenis yang kreatif orangnya,ditambah lagi bila 'deadline' mana-mana program jabatan dah dekat dan hebahan program perlu dibuat.Karang tak dapat sambutan,mesti alasannya kurang publisiti,aku jugak yang kena balik,huhu..(Masa ni,dah rasa macam betul-betul kerja kat syarikat media..).Agak stress di situ..

Mula-mula,banyak rujuk poster-poster yang sedia ada dan ditambah dengan komen-komen membina dari saff kepimpinan khususnya,maka jadilah jugak beberapa poster untuk tujuan hebahan program jabatan.At the end,bila dah tengok hasil,memang rasa puas and then tak percaya,betul ke aku yang buat ni?,hehe,,Nasib baik lah aku ni jenis minat jugak lah dengan benda-benda berkaitan komputer ni,so setakat 5-6 jam mengadap laptop edit poster dengan video tu,takde hal punya laa.....

Antara hasil kerja aku...Tak tidur malam aku duk edit banner ni,first time design n edit banner,,,
Berbalik kepada tajuk di atas,apabila sudah hampir satu sesi aku bergelumang dengan dunia media dan penerbitan ni merangkumi poster dan video khususnya,harus ku akui media memainkan peranan utama dalam menyebarkan pengaruh baik ataupun buruk kepada masyarakat.Tetapi malangnya, tidak ramai graduan pengajian Islam yang berani menceburkan diri dalam bidang ini sedangkan bidang ini luas prospeknya.Sejak akhir-akhir ini,barulah berlaku sedikit kebangkitan untuk memahirkan diri dalam bidang media ini dalam graduan pengajian Islam.

                              Ni pun antara hasil kerja jugak,,Ce teka aku pakai lagu apa?,hehe,,

Harus ku akui bidang media sangat luas peluang pekerjaan merangkumi bidang grafik,muzik,penerbitan filem dan drama serta banyak lagi.Bidang ini sangat memerlukan tenaga kerja yang ramai sama ada di belakang mahupun depan tabir tetapi malangnya industri ini lazimnya dimonopoli golongan yang kurang faham syariat.Maka seharusnya wujud alternatif dan kesedaran dalam kalangan graduan pengajian Islam untuk menyediakan alternatif hiburan yang lebih bermanfaat kepada masyarakat.

Semoga dengan kebangkitan ini mampu melahirkan industri hiburan di Malaysia yang patuh syariah pada suatu hari nanti..InsyaAllah....

P/S: Aku berharap aku dapat menceburkan diri dalam bidang ni lepas grad nanti,mohon doanya ya....

Sunday, April 20, 2014

Ilmu Bahasa Arab

Salam alaik..

Fuhhh,,akhirnya,done! Siap jugak video tugasan aku dan rakan-rakan bagi subjek Ilmu Bahasa Arab. Subjek ni kalau nak cerita dalam bahasa mudahnya ialah,satu subjek yang berkaitan dengan ilmu linguistik dalam bahasa Arab.Kami belajar bagaimana asal sesuatu bahasa,perbandingan dengan ilmu nahu,sorof,semantik dan fonologi.Sangat best subjek ni! Lagi terasa keindahan bahasa Arab itu sendiri.

Aku dan rakan-rakan diberi tugasan untuk menyiapkan sebuah video dan kami diberi tajuk 'Cara-cara mengeluarkan bunyi bagi kesemua huruf vokal dan tiga huruf konsonan terpilih'.Agak stress jugaklah memerah idea bagaimana untuk merealisasikan video ini bermula dari rangka jalan cerita,tulis skrip (dah macam nak buat drama je gayanya,haha..),tu tak termasuk lagi ada scene-secene yang kena ulang record balik disebabkan asyik gelak je,haha,,Dah tentu-tentulah aku yang video editornya,aku memang suka kerja-kerja edit video ni,jadi,SELAMAT MENONTON!


Thursday, April 17, 2014

Tomato!

Salam alaik..
Kat sini nak kongsi dua filem pendek tentang ukhuwah yang dibuat oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Beijing. Mungkin depa ni penuntut jurusan Bahasa Mandarin kot.Filem pendek ini ditayangkan kepada aku dan rakan-rakan semasa Bengkel Penulisan Skrip Patuh Syariah anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,UKM bersama FINAS.Aku akan ceritakan tentang bengkel ni dalam entri yang lain pula..

LET'S WATCH OUT THIS VIDEO!


Cerita Tomato 1.0 ni mengisahkan dua orang sahabat yang bergaduh gara-gara salah seorang salah 'step' masa masak untuk lunch.Boleh dia ni masukkan tomato lepas panaskan minyak,,habis kecut la tomato tu! Yang kawannya sorang lagi naik angin la plus jenis yang memang panas baran.Terasa sangat manisnya ukhuwah depa dlm cerita ni.


Yang ni pula Tomato 2.0, sambungannya. Nak kata sambungan pun,tak jugak,sebab ada unsur 'flashback' masa mula-mula depa ni bersahabat.Nice one!

''Filem ialah bercerita dengan gambar dan berkata-kata dengan rasa.''

Monday, March 24, 2014

Sebuah Pertemuan-UNIC

Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 



C/O 1: 
Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan? 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

(*) Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

C/O 2: 
Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Sebuah Pertemuan versi Piano Cover..Best!

Ulang (*) 

Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

P/S:Mood teringat member-member lama dan susah senang bersama member-member kat UKM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...