Salam mahabbah..
Sekolah adalah tempat menuntut ilmu dan semua orang pasti bersetuju bahawa zaman persekolahan adalah yang paling indah.Saya adalah insan yang dikira bertuah kerana mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh ketika di tingkatan empat.Walaupun second intake,tak kisahlah janji dapat peluang.Betul tak?
Nak tahu apa itu SBP?Rujuk.sini.Selepas mendapat keputusan PMR, disebabkan keinginan untuk terus belajar bahasa Arab,aku mengambil keputusan memohon ke SMKA Johor Bahru.Dan alhamdulillah permohonanku diterima dan aku ke sana bersama rakanku,Saidatul Akmal.Selepas tiga bulan di SMKAJB,aku mendapat surat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar(SMSSI),Mersing.Eh,sekolah ape ni?Tak pernah dengar pun.Search punya search rupa-rupanya nama lama ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mersing.Nak tahu lebih lanjut tengok sini.Mula-mula dapat macam tak nak pergi sebab dah best skolah kt SMKAJB,dahla second intake lak tu..Lagi lah rasa rendah diri.Tapi bila fikir balik,peluang ni bukan senang dapat dan jawapannya..terima..
Logo SBP |
Aku dikira bernasib baik sebab rakanku semasa di SMKAJB,Rabiatul Adawiyah yang kemudiannya dipanggil Wiwi di SMSSI pun dpt sekolah yang sama.Jadi takdelah rasa kekok sangat.Masa daftar ade 11 orang je daripada 18 orang yang dapat offer second intake ni..Semasa mendaftar,kami diberi rumah masing-masing..Rumah?Mesti tak faham kan...Mula-mula aku pun tak faham..Ala senang macam ni macam dalam movie Harry Potter tu ada Gryffindor,Slytherin,Ravenclaw dan Hufflepuff.Macam tu jugak kat sini.Kami akan tinggal dalam dorm mengikut rumah masing-masing dan kita dapat menyumbang mata untuk rumah kita melalui pencapaian dalam akademik,kokurikulum,kebersihan dorm dan sahsiah.Kat sini setiap rumah ada 4 buah dorm.Aku diberi rumah Informatique.Pelik bunyinya,kan?Kawan-kawan aku kata nama rumah kat sini semuanya diambil daripada bahasa Perancis.Wiwi lak dapat rumah Education.Aku diberi bilik nombor 3 maknanya aku ialah warga Info III.Nama pendek rumah aku ialah Info tapi bukan cara sebut 'i-i-' sebaliknya 'a-n-f-o'.Pelikkan?Lagi dua rumah ialah Medicine dan Ingenierie.
Logo SMSSI |
Nasib aku baik kerana ditempatkan sekelas dengan Wiwi di kelas 4 As-Thaqafah.Nama kelas punya pasal aku tengoklah kamus apa makna Thaqafah dan maksudnya ialah ilmu atau kebudayaan.Ada sorang lagi dak second intake yang sekelas dengan kami berdua iaitu Aminatul Munawwarah.Sedap nama dia kan?Kami panggil die Moena je.Rumah die dekat Kg Sri Pantai je tak jauh dari sekolah.Moena ni rumah Medicine tapi disebabkan dorm-dormnya dah penuh,die dan beberapa dak second intake yang lain tinggal di dorm Zinnirah,dorm khas untuk EXTIMA(Exco Tertinggi Asrama) dan Penolong Ketua Rumah.
Kelas tingkatan empat ada 6 buah kelas.Kelas aliran sains tulen agama ada tiga iaitu Ittihad,Thaqafah dan Itqan.Kelas sains tulen ada dua iaitu Falah dan Nasyaat.Satu-satunya kelas aliran sains kejuruteraan ialah Najah yang mana majoriti kelasnya terdiri daripada pelajar lelaki.
Mula-mula memijakkan kaki di SBP,kemahiran yang dapat aku gilap ialah cara berkomunikasi dengan orang lain di tempat baru.Sebagai pelajar baru,kenalah pandai ambil ruang dan peluang berkenalan dengan orang lain.
Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)
Moral of the story,Binalah tali ukhuwah dan persahabatan dengan orang lain kerana Allah.Sesungguhnya ukhuwah itu manis..
6 comments:
Ya Allah rindunya :)
pandainya menulis........alhamdulillah.
terima kasih ir.haji ridzuan..doakan saya..
Salam Kak, saye ditawarkan untuk masuk sekolah ni form 1. Saye nak tanye kak, sekolah ni bermasalah tak?
Bermasalah macam mana tu ye?? Setakat yang akak tau sekarang makin ok dan takde masalah sangat mungkin sebab lokasi di luar bandar
Masalah bergantung pada org tersebut..jika hati tidak mahu, sekolah sebelah rumah pun ada masalah. Alhamdulillah, sekolah terbaik untuk insan terbaik..
Post a Comment