Wednesday, November 9, 2016

K-drama Sageuk

Anneyong haseyo yorobun..

Kali ni greeting aku dimulai dengan bahasa Korea sebab aku nak cerita/ulas/review tentang drama Korea bergenre sageuk yang aku pernah, sedang dan akan tengok.Sebelum tu, kita tengok definisi sageuk dulu apa.

The word sageuk 사극  literally means “historical drama” in Korean. The word itself is derived from Sino-Korean (Hanja) words, Sa (사/史) meaning “history” and geuk (극/劇) meaning “drama”. Sageuk refers to any Korean TV or film drama based on either historical figures, incorporate historical events, or use a historical backdrop. Although sageuk is not limited to a specific time period, per se, the term is generally used to refer to dramas taking place before the end of the Joseon Dynasty(1897), although that is not by any means a hard cut off.


Ok, dah faham.Ramai tak minat genre sageuk ni.Ye la, sejarah kan boleh buat lena tidur ja.Tapi, aku minat sampaikan hard disk aku banyak genre sageuk ni.Let's check it out.Sebelum itu, aku nak habaq, timeline sejarah Korea macam ni. Kerajaan 3 Kingdom(Silla, Baekje, Goguryeo)- Goryeo - Joseon.


1. Dae Jang Geum/Jewel in the Palace (2003, MBC)
Drama ni orang tak minat sejarah pun akan suka tengok sampaikan aku pun ada dua entri dalam blog ni pasal drama ni.Cerita ni boleh dikatakan separuh fiksyen dan sejarah.Fiksyen sebab ada la beberapa unsur tambah.Tapi,watak Jang-geum ni memang watak yang wujud, merupakan doktor wanita pertama zaman Joseon.Latar masa meliputi zaman pemerintahan King Seongjong (1457–1494), King Yeonsan (1494–1506) and King Jungjong (1506–1544).


2. Iljimae (2008, SBS)
Dilakonkan oleh Lee Jun-ki dan drama ni menjadi titik tolak kecemerlangan Jun-ki dalam memegang watak dalam sageuk.Cerita ni macam ala-ala Robin-hood dan mengambil latar semasa zaman Joseon di mana rakyat ramai yang hidup susah manakala menteri dan golongan bangsawan banyak seleweng harta kerajaan.Well, sejarah dah membuktikan.


3. Queen Seondeok (2009, MBC)
Drama ni mengisahkan bagaimana kecekalan Puteri Deokman yang terpisah dengan kembar dan ibu bapanya sejak kecil dan seterusnya menjadi Permaisuri Seondeok, antara pemerintah ketika zaman kegemilangan kerajaan Silla.Watak Seondeuk ni memang wujud, cuma cerita tentang beliau terpisah dengan kembarnya ditokok tambah bagi penyedap cerita.Beliau tak ada kembar pun,cuma ada seorang kakak.Ye la,kalau ikut betul-betul sejarah,bosan lah jadinya.Jadi,perlu tambah gula,garam,esen vanila sikit bagi tambah konflik dalam drama.Drama ni aku tak habis tengok lagi sebab 50 episod.Bertabah la tengok sageuk dan kebiasaannya genre sageuk ni antara 20-50 episod.20 tu kira tahap paling sikit.


4. Sungkyunkwan Scandal (2010, KBS)
Drama ni mengisahkan watak heroinnya menyamar menjadi lelaki iaitu abangnya bagi membolehkan dia memasuki Sungkyunkwan.Sungkyunkwan ni kira macam universiti lah dan memang wujud pun Universiti Sungkyunkwan di Korea Selatan sekarang.Zaman di mana wanita tidak dibenarkan mendapat pendidikan menjadikan watak utamanya berjuang mendapatkan hak tersebut.Memang zaman dulu-dulu ni, dalam tamadun mana pun akan wujud diskriminasi terhadap wanita dari segi mendapatkan pendidikan dan peningkatan kelas sosial dan taraf hidup dalam masyarakat.Cerita ni memang fiksyen sepenuhnya.Cuma, isu pendidikan bagi wanita zaman tersebut yang ditonjolkan.


5. Deep-Rooted Tree (2011, SBS)
Drama ni menonjolkan zaman kegemilangan King Sejong, yang merupakan pencetus kepada penciptaan tulisan Hangeul bagi menjadikan rakyatnya boleh membaca dan seterusnya menjadi titik tolak kepada perkembangan keilmuan zaman tersebut.Drama ni aku ingat-ingat lupa sebab tengok kat tv dulu.Jadi, kena download balik ni bagi nak hadam jalan ceritanya.




6. The Moon that Embraces The Sun (2012, MBC)
Drama ni pula diadaptasi daripada novel tulisan Jung Eun-gwol.Juga fiksyen sepenuhnya. Mengisahkan percintaan raja dengan bomoh wanita zaman tersebut. Drama ni memang menampakkan kepercayaan yang kuat terhadap bomoh,pawang dan sewaktu dengannya.Aku suka dengan watak raja dalam drama ni dilakonkan oleh Kim Soo-hyun, seorang raja yang bijak dan tidak membiarkan diri dimanipulasi oleh menteri-menteri yang kuat main politik kat belakang.


7. Time Slip Dr.Jin (2012, MBC)
Drama ni konsep time-travel. Diadaptasikan daripada manga bertajuk Jin, Song Seung-heon melakonkan watak seorang pakar saraf yang kembali ke masa lepas dan bagaimana dia mengaplikasi dan mengubahsuai ilmu perubatan moden yang ada padanya untuk manfaat ketika zaman Joseon.Latar masa ketika zaman pemerintahan King Cheoljong dan seorang tokoh terkenal,Lee Ha-Eung.Anak Lee Ha-Eung ni akan menjadi raja dengan gelaran King Gojong.Cerita ni aku bagi masuk list sageuk sebab zaman moden ditonjolkan masa episod 1 dan episod akhir je.Disebabkan zaman Joseon lebih mendominasi, jadi kira masuk list sageuk.


8. The Fugitive of Joseon (2013, KBS)
Dilakonkan oleh Lee Dong-wook sebagai seorang doktor yang difitnah kononnya terlibat dalam cubaan meracun Putera Mahkota, dia kemudiannya menjadi pelarian bersama anak perempuannya yang menghidap penyakit yang belum dapat diubati pada zaman tersebut.Mengambil latar masa ketika zaman pemerintahan King Injong, watak Jang-geum turut ditampilkan dalam drama ini.


9. The Three Musketeers (2014, TVN)
Drama ni fiksyen sepenuhnya mengisahkan tiga orang kanan putera Mahkota Sohyeon dalam membantu putera ni mentadbir Joseon.Watak raja dalam drama ni memang la tak boleh diharap, banyak dengar khabar angin lantas buat keputusan tanpa berfikir panjang.Putera Sohyeon ni lah yang berjiwa rakyat, banyak keluar tengok keadaan rakyat bersama tiga orang kanannya.


10. The King's Face (2014-2015, KBS)
Drama ni dilakonkan oleh Seo In-guk memegang watak Gwanghae, seorang anak gundik yang kemudiannya menjadi Putera Mahkota.Sebagai anak gundik, keselamatannya memang diancam dari segenap arah untuk menjatuhkannya.Putera Gwanghae ni banyak juga berkonflik dengan bapanya, King Seonjo, raja ke-14 dalam sejarah Joseon.Namun, dengan kemahiran face-reading yang ada pada Gwanghae, membantunya menghadapi pelbagai cabaran.Drama ni aku tak habis tengok lagi, duk terperam dalam hard disk...


11. Scholar Who Walks The Night (2015, MBC)
Cerita ni latar masa nya aku rasa gelap dan suram mungkin disebabkan watak utamanya vampire..huhu..Dilakonkan oleh Lee Jun-ki,diadaptasi daripada manhwa karya Jo Joo-hee.Asalnya watak Jun-ki ni manusia biasa, tapi akhirnya bertukar jadi vampire setelah digigit oleh vampire baik.Dalam drama ni ,ada vampire baik dan jahat.Vampire jahat yang buat perjanjian dengan raja-raja sebelumnya kononnya nak jaga keamanan Joseon tapi kena bagi manusia sebagai mangsa.Yang aku suka drama ni ditonjolkan budaya membaca dalam kalangan rakyat marhaen di mana penjualan novel-novel mendapat sambutan hangat.


12. Six Flying Dragons (2015-2016, SBS)
Drama ni merupakan prequel kepada Deep Rooted Tree dan penulis skrip dan pengarahnya orang yang sama.Drama ni mengambil latar masa ketika di ambang zaman kejatuhan kerajaan Goryeo dan terbentuknya kerajaan Joseon.Drama ni ada watak sebenar dan fiksyen.Watak Yi Bang-won yang kemudiannya akan menjadi King Taejong dilakonkan oleh Yoo Ah-in, Chun Ho-jin memegang watak Yi Seong-gye, panglima tentera yang kemudiannya pengasas Joseon dengan memakai nama King Taejo, dan Kim Kyung-min sebagai Sambong a.k.a Jung Do-jeon, seorang sarjana yang kemudiannya berkonflik dengan Bang-won.
Watak fiksyen pula ialah Boon-yi, lakonan Shin Se-kyung, Bang-ji, seorang pahlawan pedang yang juga abang kepada Boon-yi, lakonan Byun Yo-han, dan watak Moo-hyul, juga seorang pahlawan pedang, lakonan Yoon Kyun-sang.



13. The Royal Gambler (2016, SBS)
Drama ni menyaksikan Jang Geun-suk membawa watak sageuk.Beliau berjaya membawa watak fiksyen sebagai Dae-gil, anak King Sukjong dengan Choe Suk-bin yang dibuang ibunya dari istana bagi menjaga keselamatannya.Ibunya kemudiannya melahirkan adiknya, Putera Yeoning, yang kemudiannya menjadi King Yeongjo (lakonan Yeon Jin-goo).Drama ini menjadi titik tolak lakonan Jang Keun-suk kepada lebih serius.Aku yang tak pernah tonton lakonan beliau sebelum ini kerana tak suka imej lakonan "flower boy" isytihar diri peminat dia selepas drama ni.Sebelum Putera Yeoning menjadi raja,King Gyeongjong menaiki takhta. Watak King Sukjong, Gyeongjong dan Yeongjo memang berdasarkan sejarah sebenar.



14. Moon Lovers:Scarlet Heart Ryeo (2016, SBS)
Aku tulis post ni pun sebenarnya sebab nak cuba move on daripada drama Scarlet Heart ni.Yang aku suka perhatikan kostum dan latar tempat dalam drama ni.Latar masa semasa pertengahan kerajaan Goryeo dan aku perhatikan pengaruh China kuat pada gaya pemakaian mereka cuma yang Goryeo lagi tampan sebab rambut panjang dan tak botak separuh...haha..Masa ni, hanbok tak wujud lagi.Dan, berbeza sebutan raja zaman Goryeo dan Joseon.Goryeo sebut pyehaa, manakal Joseon sebut chonaa.Boleh baca entri aku yang ini.


15.Hwarang, The Beginning (2016-2017, KBS)
Drama ni akan ditayangkan bulan 12 nanti.Hwarang ni satu pasukan/kumpulan flower boys yang mahir dalam seni mempertahankan diri dan bermain alat muzik sewaktu pemerintahan kerajaan Silla.Tak sabar nak tengok.

P/S:Nasib baik tak de subjek Sejarah dan Tamadun di Korea masa aku kat JPATI dulu.Kalau ada, memang aku ambik lepas tu senang je skor A dengan tengok drama...haha..

3 comments:

Macedonia said...

best..best :D k.mi baru tengok 4 dari drama saeguk yg wahida tulis ni hahaha -love-

sfw said...

Best kan tgk drama macam ni..tgk kostum depa,cara percakapan,,budaya,etc...

Macedonia said...

betul2 besssst :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...