Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Sunday, May 23, 2021

Willing to Learn

 Salam mahabbah..

Lama tak rant kat sini..Kali ni saja nak rant tentang life aku tahun ni. Pandemik covid-19 menyebabkan banyak urusan tergendala tapi ada juga hikmahnya "stay at home" kali ni. Aku ambil peluang masa berada di rumah untuk belajar banyak perkara baru.

Hikmahnya banyak pusat-pusat pembelajaran menawarkan kursus secara atas talian.Ni bagus sebab menjimatkan kos pengangkutan.Hanya perlukan line internet yang stabil, daftar sahaja lah mana-mana kursus yang anda berkenan.Belajar bahasa asing, ilmu agama, ilmu tajwid, kursus kemahiran komputer dan banyak lagi.


Alhamdulilah, tahun ni aku memulakan pengajian dalam Sarjana Pendidikan(Pendidikan Islam) mod cuti sekolah di UKM, Bangi. Ekoran pandemik juga, kelas dijalankan secara atas talian sahaja. Cabaran juga hendak memahami pembelajaran dengan tidak dapat bersemuka dengan pensyarah.Semester 1 bakal berakhir bulan 6 ini. Sem ini aku ambil 4 subjek; Penulisan Akademik I, Kaedah Penyelidikan I, Isu-Isu Pendidikan di Malaysia, dan Budaya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.

Baru lah faham perasaan pelajar ku setiap kali kelas PDPR, maafkan ustazah ya anak-anak jika terlalu tegas semasa PDPR.

Aku juga ambil kesempatan untuk mendaftarkan diri dalam kelas bahasa Korea.Kelas bermula minggu ini selama 8 minggu dengan pertemuan sekali seminggu. Bermula dengan mengenali huruf Hangul dan belajar membaca serta menulis. Menarik sekali. Yang berminat, boleh ke fb Akademi Bahasa Korea untuk tahu cara mendaftar.


Semoga urusan tahun ini dipermudahkan.Mohon doa kalian yang membaca post ini.

Saturday, May 2, 2020

Teaching Under Quarantine

Salam PKP hari ke-46



New Normal untuk guru-guru serata dunia untuk menjalankan pembelajaran 100% atas talian ketika ini. Menarik perkongsian seorang guru ni bagaimana untuk menghadapi semua ini dan merancang pembelajaran atas talian.

Antara luahan nya yang sangat aku setuju ialah pertama kali kita menghadapi sesuatu perkara yang kita tak tahu bila akan kesudahan pandemik ini berakhir. Guru perlu merancang bagaimana untuk memastikan pembelajaran secara atas talian ini berjalan dalam keadaan esok lusa tak akan pasti bila pun sekolah akan dibuka semula.

Aku juga dalam proses memikirkan dan belajar pelbagai medium untuk pembelajaran secara atas talian ini.Buat masa sekarang, platform utama yang aku gunakan ialah Google Classroom untuk memuat naik bahan-bahan pengajaran, dokumentasi tugasan pelajar,  dan penggredan markah quiz online.Manakala, medium Telegram aku gunakan untuk interaksi antara aku dan pelajar. 

Dan, the struggle is real sebab aku masih terawang-awang memikirkan pelajar ni faham atau tidak. Aku belum gunakan interaksi secara langsung menerusi Google Meet atau FB live memikirkan ada beberapa orang pelajar mempunyai kekangan tiada gajet seperti laptop atau telefon bimbit dan juga masalah ketiadaan internet.Bertabahlah semua guru di dunia dalam menghadapi kekangan-kekangan seperti ini.

Boleh follow podcast Teach Me, Teacher di Spotify Podcasts untuk lebih banyak episod menarik di sini.

Saturday, April 25, 2020

TBR Ramadhan List

Salam PKP hari ke-39..

What is TBR? A jargon or Bookish abbreviations, which is bookaholics can understand.






My TBR Ramadhan List as follows:
1.  A Thinking Person's Guide in Our Times by HRH Prince Ghazi bin Muhammad
2.  Seni Berfikir yang Hilang by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
3.  Nearness to You by Fadhilah Wahid
4. 40 Teknik Mendidik Gaya Rasulullah by Sheikh Muhammad Fattah Abu Ghuddah,  Translated by Dr Shuhadak Mahmud


Sunday, April 19, 2020

Black Dog : Being a Teacher



Salam PKP hari ke-33...

Jangan salah anggap dengan tajuknya yang mungkin membawa tanggapan genre thriller. Drama ini boleh dikira masuk dalam genre "slice of life" mengisahkan kerjaya seorang guru.

Seo Hyun-jin membawa watak seorang guru yang dilantik secara kontrak di sebuah sekolah swasta.Manakala, dia ditugaskan terus di bawah penyeliaan guru senior dibawakan oleh Ra Mi-ran.

Sebagai seorang guru, drama ini berjaya membawakan sisi pandang seorang guru secara terperinci.Tugas-tugas guru seperti pentadbiran selain mengajar turut diceritakan.Maknanya, bukan guru-guru di Malaysia sahaja dibebani tugas-tugas pentadbiran.Pelakon-pelakon drama ini juga berjaya membawa watak guru sehingga terasa yang mereka benar-benar seorang guru.

Sinopsis secara ringkas mengisahkan Ko Ha-neul yang dibawakan oleh Hyun-jin berjaya mendapat tempat menjadi guru secara kontrak selama setahun atau boleh dikatakan sebagai guru ganti di Daechi High School. Persaingan untuk menjadi guru di Korea sangat sengit hatta untuk menjadi guru kontrak sekalipun. 


Beliau banyak diajar oleh Park Sung-soon sebagai ketua College Advisory Group dan rakan-rakan dalam team nya, Do Yeon-woo dan Bae Myung-soo.Berada di dalam team yang perlu memastikan pelajar-pelajar dapat masuk ke universiti dalam kursus pilihan serta mengimbangi dengan tugas mengajar, kerenah rakan sejawat yang kadang kala memeningkan, semua ini menjadi kan Ha-neul matang dalam melalui proses menjadi seorang guru.

Di dalam drama ini menunjukkan secara jelas kerjaya guru bukanlah senang seperti yang disangka sesetengah pihak.Guru perlu menghadapi kerenah dan kehendak orang atasan iaitu pentadbir, rakan sejawat sesama guru, murid dan ibu bapa murid.4 golongan perlu dihadapi oleh guru ditambah pula kerja persiapan sebelum mengajar dan kerja-kerja pentadbiran yang lain. Itu realiti sebenarnya.

Recommended kdrama untuk semua guru yang mungkin rindukan suasana persekolahan semasa PKP ini dan juga kepada yang bukan guru untuk menyelami sisi sebenar kerjaya seorang guru.



Monday, April 6, 2020

PKP Hari ke-20



Sudah masuk hari ke-20 PKP di Malaysia. Haih, rindu pulak budak-budak IQKL ni.Manakan sama kelas online dengan face-to-face dengan budak-budak ni.

Saturday, April 4, 2020

PKP hari ke-18



Yeah, tak kan sama mengajar secara online yang peratus pelajar log in pun tak sampai separuh.Tapi, semua guru di seluruh dunia sekarang ini perlu nak atau tidak mengadakan pembelajaran secara online sepanjang PKP ini.Sekarang ni, aku selesa menggunakan platform Google Classroom untuk pembelajaran secara maya.

Wednesday, December 21, 2016

Sejarah Perang Salib



Setelah sekian lama aku tak study sejarah, maka mari kita rangsang sel-sel otak kita dengan tonton dokumentari tentang Perang Salib ni.Masa aku sem 5 dulu, subjek Perang Salib ini ada ditawarkan sebagai subjek elektif pelajar major Sejarah dan Tamadun Islam tapi aku tak ambik.Dokumentari ni diterbitkan oleh Aljazeera.Jangan risau, ianya dalam bahasa Inggeris.Boleh subscribe akaun youtube Al Jazeera English untuk tonton kesinambungan sejarah Perang Salib ni.

Friday, January 16, 2015

Negeri 5 Menara

Salam alaik..

Dah lama rasanya aku tak buat resensi buku dalam blog ini.Pernah baca "Negeri 5 Menara"? Karya ini dihasilkan oleh A.Fuadi,mengisahkan seorang remaja,Alif Fikri dalam menjalani hari-hari kehidupannya sebagai seorang pelajar di Pondok Madani.Pondok Madani ini diiinspirasi daripada Pondok Gontor.Aku difahamkan ada juga pelajar Malaysia di sana.Mungkin kalau ada ibu bapa berminat menghantar anak belajar ke sini,boleh ikuti facebook Pondok Modern Darussalam Gontor.Pengalaman penulis yang bergelar pelajar di Pondok Gontor ini diceritakan melalui watak Alif dan rakan-rakannya.Novel ini juga telah diadaptasi ke filem,untuk mendapat gambaran lebih jelas,boleh tonton filem ini di youtube.


Seusai membaca novel ini,aku rasakan wahhhh!!..Aku sangat ingin bersekolah di tempat serupa ini!Disiplin yang diterapkan di pondok ini sangat kena dengan jiwa aku.Pondok ini bukan sekadar sekolah agama atau pesantren biasa yang hanya tempat belajar ilmu agama,malah lebih daripada itu.

Pelajar di sekolah ini diwajibkan bertutur bahasa Arab dan bahasa Inggeris sahaja,bahasa Indonesia dilarang sama sekali kecuali ketika cuti persekolahan.Malah,cara pengajaran bahasa asing di mana perlu menghafal setiap kali solat Subuh dan adanya penggerak bahasa(macam "pengawas" kut) menjadikan penguasaan bahasa Arab dan Inggeris tidak mustahil dicapai.Aku kadang-kadang malu dengan keupayaan diri yang masih kurang mampu bertutur bahasa Arab dengan baik,terutamanya apabila berdepan dengan pelajar dari negara Arab pabila berjumpa di fakulti.Padahal,hampir 10 tahun belajar bahasa Arab sejak sekolah menengah,apatah lagi mengambil jurusan bahasa Arab kini.

Aku juga suka kegiatan kokurikulum di pondok ini.Kegiatannya bukan biasa seperti yang terdapat di Malaysia,malah sangat luas.Boleh belajar muzik,teater,(dua-dua ni aku suka..hehe..),ada kelab debat,perpustakaan,Tahfizhul Quran,kewartawanan,silat,diskusi ilmiah,nasyid, sukan mencakupi semua jenis sukan.Wah,heaven! Memang tak kan rasa bosan sekolah macam ni kan..Bagi melatih kemahiran komunikasi  pula,aktiviti pidato bahasa Inggeris dan bahasa  Arab diwajibkan kepada semua pelajar mengikut giliran.

Last but not least,yang ni aku suka.Bagi pelajar tingkatan enam pula,mereka akan membuat satu persembahan berskala besar pada tahun terakhir persekolahan mereka dinamakan Six Class Show.Dalam persembahan ini,terangkum semua cabang seni,teater,muzik, dan nasyid.Aku usha-usha youtube,,perghh!! memang gempak,kalah show kat Istana Budaya.Siapa kata pelajar sekolah agama tak boleh terlibat dalam cabang seni,jika kena cara dan diberi peluang,lagi gempak pulak kan!


                                                          Tengok ni,gempak kan!


Kalau dah masjidnya besar ni,boleh bayang la berapa ramai pelajar pondok ni..

p/s:Novel ni aku suka baca pabila perlukan motivasi untuk belajar.

Thursday, June 21, 2012

Apabila Cerita Sejarah Divisualkan

Salam ukhuwah buat pembaca..

''Sesiapa yang melupai sejarah,pasti akan mengulanginya''.-George Santayana

''Aduh,Sejarah ke lepas ni?Bosan la..dahla mengantuk''
''Kalau susah nak tidur,baca buku Sejarah gerenti tertidur''

Dialog di atas ni mesti pernah bermain di bibir anda(tidak terkecuali saya) sewaktu zaman persekolahan dahulu.Subjek S..E..J..A..R..A..H subjek yang menggerunkan dan membosankan bagi sesetengah orang.Ye lah,apa gunanya belajar benda yang dah lepas,ya tak? Aku memanglah geram dengan sesiapa yang suka buat kenyataan berani mati macam contoh dekat atas depan aku.Sebab apa?Sebab aku pencinta sejarah!

Bagi aku,sejarah ialah subjek yang menarik sebab aku nak tahu kisah-kisah tamadun dan manusia zaman dahulu.Setiap permulaan kan ada pengakhiran.Jadi,kita mestilah kena ambik tahu kisah permulaan kita paling tidak sejarah bangsa,negara dan agama kita sendiri.Seperti kata ahli falsafah di atas,kalau kita tak nak ambik tahu sejarah,memang kita kan mengulanginya.

Thursday, June 14, 2012

Oh My English!


Salam ukhuwah.And it’s very long time ago since I update my blog..eh eh..ni kenapa dah termasuk gear tulis blog dalam English ni..Oh My English!

Bukan apa,tengok promo demi promo disiarkan astro tentang rancangan Oh My English(OME) di beberapa saluran astro yang utama macam astro Ria dan astro Prima membuatkan aku terpanggil untuk tengok rancangan ni.First impression, daebak!(hehe,termasuk bahasa korea sikit,daebak has same meaning with amazing). Secara tak langsung,kita dapat mempelajari bahasa Inggeris secara santai dan pada masa yang sama dapat membaiki penguasaan bahasa Inggeris.

Konsep cerita ni mudah je apabila seorang guru dari England datang ke sebuah sekolah dan dikehendaki mengajar bahasa Inggeris di kelas 3 Merah di SMK Ayer Dalam.Semua ni atas arahan pengetuanya, Puan Hajar(lakonan Adibah Noor) kerana pencapaian bahasa Inggeris mereka sangatlah teruk!Nak-nak masa ‘speaking’,berterabur semua!Teringat masa zaman sekolah dulu,sama je berterabur budak-budak ni speaking dengan aku.Hehe.Bila cakap pasal graduan menganggur yang kurang kemahiran bercakap dalam English ni,aku rasa disebabkan sistem pengajaran bahasa Inggeris kat sekolah-sekolah lebih tekankan penulisan daripada percakapan.
Oh My English disiarkan di Astro TVIQ saluran 610 setiap hari Ahad jam 10 pagi 

Sunday, May 20, 2012

STPM Aliran Agama Part 2


Salam mahabbah buat pembaca sekalian

Setelah sekian lama tidak menjengah blog,saya perhatikan bahawa entri sebelum ini mendapat ‘page views’ yang sangat tinggi.Hal ini menunjukkan bahawa ramai lepasan SPM 2011 yang begitu berminat menyambung pelajaran ke tingkatan enam.Seperti yang saya janjikan(juga maaf kepada mereka yang menunggu sambungan entri sebelum ini),saya akan memberi maklumat tentang subjek sejarah,syariah dan usuludin.

Sebelum itu saya ingatkan,pelaksanaan STPM bagi lepasan SPM 2011 sudah diubah kepada sistem modular.Jadi,mungkin terdapat perbezaan dalam aspek sukatan pelajaran antara tahun 2011 dan 2012 seperti yang saya terangkan dan juga pembahagian kertas bagi setiap subjek.Saya hanya boleh membantu mengesyorkan buku rujukan yang sesuai untuk anda bagi setiap subjek.

1.Sejarah
Terdapat dua kertas yang perlu diambil.Kertas 1 merangkumi bahagian A dan bahagian B iaitu sejarah tamadun dunia hingga tahun 1800 dan tamadun Islam.Manakala kertas 2 merangkumi sejarah Malaysia dan sejarah Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur.Maknanya,ada sekurang-kurang 4 buah buku diperlukan bagi subjek sejarah.Mesti ada yang kata,kalau macam tu banyaknya kena baca..Jangan risau.Semasa tahun saya,kami hanya fokuskan untuk ‘study’ tema 1 dan tema 2 je.Setiap bahagian ada 8 tema seperti system masyarakat,peluasan kuasa,perkembangan kerajaan dan banyak lagi(dah tak ingat sebenarnya).
Buku saya guna dulu..

Monday, April 30, 2012

STPM Aliran Agama Part 1


Salam mahabbah buat pembaca..
Keputusan kemasukan ke tingkatan 6 baru diumumkan.Bagi lepasan SPM 2011,pasti ada yang sedang bingung dan memikirkan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6.Saya akan fokus untuk memberi maklumat beberapa subjek yang ditawarkan di peringkat STPM khususnya jurusan agama.Kenapa fokus jurusan agama?Sebabnya saya dulu pun boleh dikatakan ‘zero’ tentang jurusan ni.

‘Eh,form 6 pun ada aliran agama?’
‘Belajar dalam bahasa Arab macam STAM ke?’

Saturday, April 21, 2012

PASCA-SPM...SUATU KETIKA DAHULU


Salam ukhuwah..
Semoga pembaca diredhai Allah sentiasa..
Sekarang ni tajuk yang bermain-main di status rakan-rakanku di facebook,tidak lain tidak bukan ialah IPTA,Medsi,Munsyi dan bla..bla.Semuanya berkaitan hala tuju selepas mendapat keputusan STPM,iaitu menjejakkan kaki ke IPTA..

Tetapi,bukan itu fokus utama dalam entri kali ini,saudara lelakiku yang merupakan lepasan SPM semenjak dua minggu ini sibuk menghadiri temuduga Diploma Tahfiz Darul Quran dan Institut Pengajian Islam(INSPI),Kemaman.Apabila melihat dirinya,aku seolah-olah melihat diriku dua tahun lalu ketika pasca-SPM.Sibuk memikirkan dan memahami apa itu istilah asasi,matrikulasi,diploma,Politeknik,Tingkatan 6,Institut Pendidikan Guru(IPG) dan bla...bla..Ditambah lagi juniorku di SHAMS juga rajin bertanya :
‘Nak masuk maktab camne ah?’
‘Form 6 susah tak?’
‘Asasi dgn diploma,mana bagus?’
‘Mesir dgn Jordan,mana lagi best?’
‘JPA dgn MARA,mana senang dpt?’


Friday, October 14, 2011

BELAJAR KERANA PERIKSA?

Makin nak dekat periksa STPM, aku makin malas nak ulangkaji...Study Pengajian Am tak kena,belek Syariah pulak,pastu belek Sejarah lagi lah tak kena..tengah-tengah tension cam ni..apa lagi aku belek lah novel-novel lama yang ada kt rumah..aku pun belek Tautan hati karya Fatimah Syarha..aku pun terbuka lah satu muka surat yang cam kena je isi dia dgn aku..

1. ''Kita kena belajar betul-betul kerana Allah..tak kan kita nak bagi C je untuk Islam..''antara perbualan Asiah Yusra dan rakannya Elya Khadeeja..Bila baca je part ni buatkan aku rasa bila niat kita belajar hanya untuk periksa..kita akan lupa apa yang kita belajar lepas habis periksa..

2.Tapi,bila kita niat untuk menuntut ilmu kerana Allah dan amalkan dalam kehidupan seharian,,kita akan rasa semangat untuk menuntut ilmu akan melonjak..

3.Menjadi tanggungjawab kita memberi imej yang baik kepada Islam dengan kecemerlangan dalam setiap disiplin ilmu yang kita pelajari..Imej pelajar Islam yang cemerlang dalam peperiksaan SPM semenjak tahun kebelakangan ini seeprti Nik Nur Madihah dan Azali Azlan membuktikan negara tidak ketandusan mukmin yang profesional  pada masa akan datang..

Kesimpulannya,menuntut ilmu kerana Allah,nescaya kita akan diredhaiNya..

Saturday, March 6, 2010

KE MANA HALA TUJU SELEPAS SPM?

Pasti rakan-rakan lepasan SPM 2009 hanya menghitung hari menunggu keputusan SPM diumumkan pada minggu hadapan. Ada banyak institusi pengajian tinggi yang boleh anda pohon selepas SPM , antaranya ialah:
a) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
b) Program Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
c) Politeknik atau Kolej Komuniti
d) Institut Pendidikan Guru (IPG)
e) Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
f) Tingkatan Enam

PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Mulai sesi 2000/2001 semua program Matrikulasi kecuali UIAM, Asasi Sains UM dan Asasi Undang-Undang KPTM telah dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Program matrikulasi ini merupakan satu program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan SPM untuk mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di IPTA. Tempoh pengajian akan mengambil masa dua semester atau setahun.Kurikulum program ini menitikberatkan kecemerlangan yang seimbang antara bidang akademik dan juga kokorikulum. Semua pelajar akan melalui kaedah penilaian dan sukatan pelajaran yang sama. Pemilihan ke universiti hanya akan dibuat selepas lulus program matrikulasi. Program matrikulasi ini menawarkan tiga aliran iaitu sains hayat,sains fizikal dan perakaunan. Penempatan pelajar akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengambilan pelajar dibuat sekali setahun iaitu pada bulan Mei. Dengan ini, pelajar yang berjaya boleh memulakan pengajiannya pada semester pertama berikutnya di IPTA.


PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Semua urusan pengambilan pelajar diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP IPT). Dahulunya, bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU). Antara institut yang terlibat ialah:
a) Universiti Malaya (UM)
b) Universiti Putra Malaysia (UPM)
c) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
d) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
e) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
f) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
g) Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
h) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
i) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
j) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

i. Pemohon mestilah memenuhi syarat minimum bidang pengajian yang dipohon.
ii. Program berikut hanya dikhaskan untuk bumiputera sahaja iaitu semua program asasi di UIAM dan UiTM.
iii. Program berikut terbuka kepada bumiputera dan bukan bumiputera:
a) Semua program pengajian diploma di UPM,UTM,UTHM,UMT, dan UMP.
b) Semua program Asasi Pengajian Islam di UM.
c) Semua program pra ijazah sarjana muda TESL dan praijazah sarjana muda Sains (Matematik, Fizik,Kimia,Biologi) oleh Bahagian Pendidikan Guru
d) Semua program Tamhidi di USIM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...