''Drama patuh syariah tidak semestinya tentang kisah ustaz dan ustazah. Filem Islam juga tidak semestinya kisah cinta di pondok madrasah sahaja. Islam itu luas lagi universal sifatnya.''
-Zabidi Mohamed-
Alhamdulilah,aku diberi peluang untuk mengikuti Bengkel Penulisan Skrip Patuh Syariah anjuran FINAS bersama Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,Fakulti Pengajian Islam,UKM.Dan FINAS menjemput Encik Zabidi Mohamed,figura yang tidak asing lagi dalam penghasilan skrip drama patuh syariah ini.Aku terpanggil nak ceritakan pengalaman ini bila melihat antara status terkini Encik Zabidi di atas.Padahal,bengkel ini dah lama lepas kut, iaitu pada 17-19 April 2014 yang lalu.
Bengkel ini sebenarnya salah satu slot program dalam Minggu Pelajar Jabatan Dakwah.Penyertaan terbuka kepada 30 orang sahaja.Hati aku mula-mula berbolak-balik jugak lah nak join atau tidak.Akhirnya,aku hubungi urusetia program untuk bagi nama sebab aku difahamkan penyertaan percuma kottt! Mana nak dapat macam ni,kalau kat luar dah beratus-ratus! Dan aku rupanya peserta yang ke-30 mendaftar!Hari pertama mendaftar,baru aku perasan yang aku lah satu satunya bukan pelajar Jabatan Dakwah yang join,majoriti pelajar Jabatan Dakwah yang join ialah daripada pengkhususan Komunikasi.Namun,free punya pasal,aku tebalkan muka melalui 3 hari tersebut dan sampai sekarang bila mengenangkan pengalaman tersebut,aku tersenyum sendiri memikirkan agak nekad keputusan aku pada masa itu,,But,,it's really really worth!
Bengkel ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut,Khamis hingga Sabtu,9 pagi-5 petang.Walaupun nampak padat,tapi tak terasa kerana kami banyak menonton filem dan filem pendek diselang seli dengan pengajaran teori oleh Encik Zabidi.Kami diajar bagaimana memahami movie structure di mana cerita yang baik perlu ada permulaan,perkembangan,klimaks dan peleraian.Walaupun ni macam ampa besa dengaq kan dalam subjek KOMSAS dulu,,hehe,,tetapi kami diajar struktur ini dengan lebih mendalam meliputi subplot dan etc berdasarkan beberapa contoh filem.Beliau sangat menekankan hal ini kerana ramai golongan agamawan menulis skrip dengan mengabaikan struktur ini menyebabkan skrip yang dihasilkan mendatar dan tidak mampu menarik minat penonton.
Filem ini dijadikan bahan pengajaran untuk memahami movie structure.. |
Encik Zabidi juga menyarankan agar kami mengurangkan penggunaan dialog yang terlalu panjang seperti hendak berkhutbah gayanya yang lazim ditemui dalam drama-drama di TV Alhijrah.Ubah pendekatan dan lebih berimaginasi dalam penulisan skrip bagaimana hendak menyampaikan sesuatu mesej tanpa melanggar syariat dan pada masa yang sama mampu menarik minat penonton.Di akhir bengkel,beliau berharap agar lahir lebih ramai penulis skrip daripada kalangan kami pelajar FPI khususnya kerana kami sepatutnya dapat menghasilkan skrip yang lebih patuh syariah.
0 comments:
Post a Comment