Showing posts with label Aku dan Kembara. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Kembara. Show all posts

Friday, September 30, 2016

Anomalis

Anomalis - Orang yang menyimpang daripada kebiasaan.


Dah lama tak review buku dalam blog ini.Buku ni aku beli masa Pesta Buku Selangor 2016 di SACC.Aku beli buku ni kat booth Iman Shoppe dengan buku Cakar Ayam Seorang Doktor.Buku ni terbitan Deen Prints.Sejujurnya, sebab aku beli buku ni disebabkan kulit buku yang tertera maksud anomalis.Lain daripada yang lain reka bentuk kulit buku ini.Terus terbayangkan kamus.

Dan sebab yang kedua, sebab ada kata pengantar daripada Saudari Sayidah Muizzah Kamarul Shukri, pengasas Legasi Oakheart, di kulit belakang buku ini.Aku memang kagum dengan penulisan beliau dan lantas aku beli buku ni walaupun tidak begitu mengenali penulis ini.

Dr Ariza Mohamed menulis catatan pengembaraannya ke pelbagai negara dan dianalisis secara objektif pengajaran yang dapat ditimba.Beliau tidak sekadar menceritakan tempat yang dilawati, malah sikap penduduk tempatan turut diperhati dan bagi aku, gaya penulisan sebegini memberi kelainan terhadap gaya penulisan travelog.Antara negara yang diceritakan dalam buku ini ialah Rusia, India, Mesir, Pakistan, dan Indonesia.

Bab yang paling aku suka apabila beliau pergi ke Deoband, India di sebuah madrasah terkenal di mana Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat juga pernah belajar di sana.Perpustakaan madrasah ini menempatkan ribuan manuskrip lama dalam pelbagai bidang.Semasa kunjungan beliau ke sana, perpustakaan dalam proses pengubahsuaian semula.

Gaya penulisan beliau lebih kepada nada menegur secara terus kepada pembaca tanpa menggunakan ayat kiasan yang berbunga-bunga.Bagus sebagai peringatan kepada kita agar tidak terus terleka.Catatan pengembaraan yang diselit ibrah sebegini perlu agar kita tidak terus terbuai dengan pengembaraan yang manis-manis sahaja.Setiap pengembaraan beliau, beliau tidak segan silu berdakwah kepada non-Muslim dan hal ini amat mengkagumkan.

Memang aku akan beli lagi buku beliau jika ada buku seterusnya selepas ini.

Friday, May 20, 2016

Cerita Korea Kami....

Ini bukan lah cerita aku pergi ke Korea ke apa. Kali ni aku nak review sebuah buku yang menghimpunkan pengalaman 4 orang rakyat Malaysia yang pernah pergi dan tinggal di Korea Selatan.Terdapat catatan Ummu Hani Abu Hassan, penulis yang aku kagum cara penulisannya, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif dan Ahmad Fouad.

Buku ini hasil terbitan syarikat Inteam Publishing.Coretan pertama dimulakan dengan Ummu Hani bercerita tentang pengalamannya sedari mula menjejakkan kaki ke bumi Korea ini bersama keluarganya.Beliau menuntut ilmu di peringkat doktor falsafah di Hankuk University of Foreign Studies dalam bidang Sastera Bandingan (Melayu).Aku suka dengan ketabahan beliau yang memulakan hidup di bumi Sonata ini dengan pada permulaan tidak tahu langsung berbahasa Korea sehingga lah boleh bertutur sedikit demi sedikit.

Sebagai seorang penulis mapan, Ummu Hani berjaya menggarap dan menganalisis budaya masyarakat Korea sama ada yang baik atau yang buruk.Budaya yang baik seperti menghormati orang yang lebih tua, budaya integriti,budaya kerja rajin dan tidak kurang juga budaya Barat yang mula menular seperti pergaulan bebas diperincikan sebaiknya oleh beliau.Tak ada lah kita disajikan dengan cerita yang manis-manis sahaja tentang Korea.

Beralih kepada catatan kedua, puan Norhayati Abu Bakar selalu mengembara dan catatan dari sudut seorang pengembara sepertinya begitu mengesankan.Beliau juga memberi tips musim mana yang sesuai untuk melancong ke Korea Selatan dalam bab Empat Musim, Empat Pilihan.Catatan ketiga oleh Hanafi Sarif daripada kaca mata seorang pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Korea University.Beliau banyak menceritakan budaya sukan masyarakat Korea dan bagaimana survival pelajar Malaysia di perantauan.

Monday, April 22, 2013

Bumi Urdun @ Jordan

Salam alaik...

Jordan (pron.: /ˈdʒɔrdən/; Arabic: اَلأُرْدُنّ‎ Al-ʾUrdunn), officially the Hashemite Kingdom of Jordan (Arabic: اَلمَمْلَكَة اَلأُرْدُنِيَّة اَلهَاشِمِيَّة‎ al-Mamlakah al-ʾUrdunniyyah al-Hāšimiyyah), is an Arab kingdom in the Middle East, on the East Bank of the River Jordan, and extending into the historic region of Palestine. Jordan borders Saudi Arabia to the south and east, Iraq to the north-east, Syria to the north and Israel to the west, sharing control of the Dead Sea with the latter.

Dah lama rasanya nak 'post' pasal Jordan kat blog ni..Kenapa Jordan? Entahlah! Aku pernah menyimpan cita-cita untuk menuntut ilmu di bumi Urdun ini..Dibandingkan dengan Mesir,,keinginan untuk terbang menuntut ilmu di bumi Urdun lebih membuak-buak..Sehinggakan kebanyakan koleksi bukuku banyak mengambil latar belakang Jordan..Antaranya:


Penulis memberi gambaran Yarmouk,Jordan tahun 90-an melalui watak Sumayyah.


Ustaz Hasrizal turut menceritakan pengalamannya belajar di
Universiti Mut'ah,Jordan.


Saudara Hilal pula memberi gambaran Yarmouk era sekarang
sesuai dengan pengalaman penulis yang belajar di Jordan pada  abad ke-21.

Thursday, April 4, 2013

Ekspedisi Daie Muda di Riau

Salam alaik..

Lama sangat tak mengemas kini blog ni..Sibuk dengan tuntutan pelajaran dan terlibat dengan beberapa program kokurikulum membuatkan aku melupakan seketika blog ku ini (nampak sangat alasan,orang lain sibuk jugak!,huhu..)

Kali ni aku nak kongsikan satu program yang aku akan terlibat semasa cuti mid-sem yang akan bermula minggu hadapan (nasibla tak balik rumah!).Malas nak tulis banyak-banyak,tengok je kat bawah ni!
Semoga perjalanan kami seramai 40 orang akan dipermudahkan oleh-Nya.Perkembangan tentang ekspedisi dakwah ini aku akan update bila balik nanti.

Sekadar renungan:

''Jika kamu tidak sibuk dengan perkara yang haq,nescaya kamu akan sibuk dengan perkara yang batil''



Sunday, February 24, 2013

Apa itu Buku Travelog?

Salam mahabbah..

Hatiku riang gumbira kerana baru je dapat BB1M! Sedang berkira-kira nak habiskan kat mana baucar buku ni,yang penting Pesta Buku Antarabangsa KL bulan 4 nanti dah wajib dalam list dah! Ok,sekarang aku nak cerita keterujaan aku membaca buku-buku travelog.

Ok,apa itu travelog?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,travelog bermaksud sesuatu ceramah, filem, brosur dsb yg berkaitan dgn pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan. Jadi,kalau buku-buku travelog ini biasanya berkaitan dengan cerita pengembaraan seseorang penulis ke tempat yang dikunjunginya.

Kenapa aku suka baca buku bergenre sebegini? Sebab aku suka melancong ke tempat orang untuk mendalami budaya dan merasakan satu suasana yang baru.Tapi,faham-faham je la,sebagai seorang pelajar,kewangan ialah masalah utama.Bila baca buku-buku travelog ni,membolehkan aku membayangkan suasana tersebut.

Berikut buku-buku travelog yang pernah aku baca:


Macam-macam emosi aku rasa bila baca buku ni.Sangat best bila baca pengalaman
Ustaz Hasrizal di bumi Ireland.


Budaya masyarakat Barat digambarkan dengan begitu telus dalam buku ni.Good job,Dr.MAZA!


Sesuai dengan ayat Al-Quran Surah Ali Imran ayat 137 iaitu:

Maksudnya: Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap, oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul–rasul).

Dan,banyak lagi yang aku sekadar pinjam je kat Perpustakaan Tun Seri Lanang,UKM.(Tak cukup bajet,nak buek camno!)

Berikut buku-buku yang masuk list aku nak beli guna BB1M,hehe..


                                                

















Haraplah tercapai impian aku untuk memiliki buku-buku ni.Amin!

Update 2021: Buku Secangkir Teh Pengubat Letih boleh dapatkan di sini:  https://www.imanshoppe.com/products/secangkir-teh-pengubat-letih-by-hasrizal-abdul-jamil?_pos=6&_sid=75e18e4c9&_ss=r&ref=k3rhjb5mbo                                            
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...