Thursday, August 27, 2026

Cinta dalam Sekam: Rupanya, Ada Cerita yang Membuat Kita Rasa Cukup

 Saya menangis selepas episod 12 tamat. Cuma, rasa yang tinggal ialah sebak menikam hati.Tetapi peliknya, saya tidak mahu mengubah apa-apa.Ada perkara yang menyakitkan, ada keputusan watak yang membawa akibat yang saya sendiri tidak mahu, dan ada kehilangan yang kekal sebagai kehilangan. Tetapi saya tidak tertanya-tanya kenapa cerita ini tidak memilih jalan lain.Saya cuma rasa cukup.Dan saya rasa sudah lama saya tidak menamatkan sebuah drama dengan perasaan seperti ini.



1. Pembukaan — perasaan selepas episod 12

Selepas puas menangis, rasa sebak tu ada, tapi rasa sebak yang puas, inilah kehidupan. Aku suka tema “maafkan diri sendiri” disebut di episode akhir ni,

 2. Expectation vs apa yang CDS akhirnya beri

Aku mula nak tengok disebabkan latar 1988 dan yes sedikit sebanyak pengaruh nama Amir Ahnaf dan Siti Khadijah. Tapi akhirnya, aku menemui lakonan Haidar Hasanudin yang bagi aku berjaya menyampaikan watak dengan baik. Dato Razak Ahmad juga berjaya menyampaikan emosi watak sebagai Uwan.Dan CDS bagi aku berjaya melebihi expectation aku terhadap drama Melayu.Bagi aku yang kuota drama Melayu setahun tu hanya 1-2 saja, h🤣🤣. CDS berjaya memberikan rasa puas dari pelbagai aspek.

 3. Plot yang tahu ke mana ia hendak pergi

Cerita ni PLOT-DRIVEN dan CHARACTER DRIVEN tu seiring, susah ya nak buat untuk drama. Plot asal kita nampak Shafiq dengan Imran rapat adik-abang, kemudian mereka berdua suka Laila, tapi Laila pilih Imran. Plot pula digerakkan berselang seli 1988 dan sekarang apabila watak Uwan seorang lelaki tua yang dementia memanggil nama Laila, dan penonton meneka siapakah Uwan, ini dah cukup menarik sebagai misteri untuk penonton kekal hingga akhir, dan yes produksi berjaya tak biarkan terselit mana-mana klu, sehinggakan sampai episode 11, penonton masih 50-50 siapakah  Uwan, its brilliant.

Tapi aku suka character-driven turut menggerakkan cerita ini. Bukan sekadar watak yang tiada karakter tersendiri hanya sekadar ada untuk plot.Pilihan Laila memilih Imran, pilihan Shafiq untuk mengkhianati Imran-Laila dan kemudian menebus semula di episode akhir, dan pilihan Imran untuk balik menyelamatkan abangnya. Ini menjadikan cerita ini cukup rencah. Bagi aku, penulis berjaya menjadikan pilihan Imran untuk balik menyelamatkan Shafiq mengembalikan maruahnya di mata penonton.
Dalam cerita ni, tak semudah kita letak label baik dan jahat terhadap watak utama, semua ada sebab sendiri dalam membuat pilihan. Ini menjadikan CHARACTER-DRIVEN dan plot cerita ini bergerak seiring.

4. SHOW AND TELL SEIRING

Ini pun susah ya nak bagi bergerak sekali dalam cerita. Aku bagi contoh, penonton dah diberikan watak klu Uwan melalui Shafiq muda menerusi emosinya dan dialog seperti “aku janji” aku buat” dan POV anak-anak Uwan bahawa “ayah akan pastikan mama..” Kemudian, Dato Razak Ahmad sebagai Uwan ketika tua menyebut semula dalam dialog “mama kamu beri kehidupan semula kepada ayah”. Saling melengkapi show dgn tell cerita ni untuk beri klu memang Shafiq-Amanda ada perkahwinan yang bahagia, tak perlu pun letak montaj atau “mereka bahagia selepas kahwin” bla bla kat skrin.😂

 

5. Continuity watak — antara kekuatan terbesar CDS

Sangat synchronise perwatakan muda dan tua walaupun dilakonkan orang berbeza. Konsisten kedua-dua watak di mana emosi stabil semasa biasanya/normal, dan emosi sedikit berkecamuk ketika melibatkan Imran-Laila. Watak Shafiq muda yang ditunjukkan menjaga semua orang diterjemahkan Uwan ketika tua dengan menyebut “Ayah menyusahkan Man ke, ayah tak nak jadi beban”.😭😭😭

6. Dialog yang bukan sekadar cantik, tetapi konsisten dengan watak

Dialog Shafiq muda ialah literally janji → buat → takkan → pastikan → tak pernah.

Dan kita dapat lihat masa default atau masa marah, dia ambil tanggungjawab terhadap tindakannya. Dan masa ep 12, “aku takkan bawak lari Laila, Im”, memang Shafiq tak bawak lari Laila.

7. Persembahan pelakon

Scene Imran-Shafiq di episode akhir membuatkan aku rasa titik cerita ini ialah hubungan abang-adik tu. Kedua-dua pelakon berjaya menyampaikan emosi dengan baik, tipulah tak keluarkan tisu masa episode akhir ni, haha.Dan pujian kepada Haidar kerana berjaya menyampaikan lakonan dengan  nada perubahan nada. Ada beza nada tegas ketika berjanji, tone drop ketika Amanda bertanyakan ada family tak, emosi berkecamuk ketika konflik Laila–Imran, fasa kemurungan selepas Imran meninggal dan perubahan expression mula tersenyum dengan Amanda muncul di episode akhir.

Tentang titik luka Uwan(Shafiq) saya dah ceritakan di sini:1.https://suarasfw.blogspot.com/2026/08/cinta-dalam-sekam-rupanya-bukan-laila.html.

2. https://suarasfw.blogspot.com/2026/08/cinta-dalam-sekam-rupanya-semua-watak.html

 

 8. Imran–Laila–Shafiq bukan sekadar cinta tiga segi

Relationship mereka membawa tanggungjawab, persahabatan, khianat, pilihan, rasa bersalah dan kemurungan. Terutama Imran: dia bukan hanya lelaki yang dapat Laila; kematiannya selepas berpatah balik menyelamatkan Shafiq mengubah pusat kehidupan Shafiq. Saya suka apabila Imran mendoakan Amanda, “percayalah, aku doakan awak dapat jodoh yang saying, hargai dan jaga awak, “ dan ironinya orang yang dia patah balik nak selamatkan tu lah abang yang dia percaya selama ini akhirnya menjadi jodoh Amanda.🥰

 9. Pilihan dan kesan — terutama Imran–Laila

Bagi saya, kematian Imran bukanlah menyedihkan, Itu ialah hasil pilihannya sendiri. Cuma Shafiq sudah mengikat rasa bersalah disebabkan kematian Imran sehingga ke tua sedangkan dia sudah pun memberi dua pilihan kepada mereka. Dan saya suka cerita menyebut siap-siap umur Imran-Laila sekitar 21 tahun dan umur Shafiq pertengahan 20-an, Itu memberikan justifikasi di mana pilihan yang dibuat ketiga watak berkait dengan umur dan pengalaman hidup. Untuk Laila, anak kampung yang impian untuk menjengah dunia , logik lah untuk lebih tertarik dengan Imran yang kebetulan berkongsi minat sama dalam seni.

 

 10. Amanda bukan pengganti Laila

Amanda ialah  orang pertama melihat Shafiq sebagai manusia, bertanyakan ada keluarga ke tidak, memberi isyarat “siapa jaga abang selama ni”, sebab 2 kali Amanda menyebut “abang dah buat macam-macam untuk keluarga Imran. Dan watak Uwan Ketika tua menyebut, Amanda lah memberikan kehidupan kepadanya selepas tragedi. Dapat dilihat watak Uwan berkata jiwanya rasa kosong semula selepas kematian isterinya. Ini bererti Amanda sudah menjadi kehidupan baru untuk Shafiq. Dan of course lah saya suka part ni, “Amanda, abang datang sayang.” Sewaktu Uwan hendak menghembuskan nafas terakhir.Tak perlu pertandingan cinta Laila vs Amanda; dua hubungan itu mempunyai tempat berbeza dalam kehidupan Shafiq.

 

 11. Anak-anak dan cucu — pengakhiran kepada seluruh kehidupan Shafiq

“Ayah ni menyusahkan Man ke?”

“Ayah tak nak jadi beban.”

“Ayah bukan beban kami.”

Anak-anak sebak ketika menjawab menjadikan scene itu terasa raw. Menjaga Uwan mungkin berat, tetapi Uwan bukan beban. Dan akhirnya lelaki yang menjaga semua orang mendapat keluarga yang tahu menjaganya kembali.

 

 12. Casting anak-anak Uwan — sebab hilang 0.5

Mula-mula aku mengira, eh macam tak tally umur ni. Tapi ketika tiba di tengah cerita,melihat banyak scene Uwan dan anak-anak perlukan emosi yang sangat sebak, yes aku akui, pelakon lebih berumur lebih mudah menyampaikan emosi itu dengan baik. Di episode 12, bagaimana ditunjukkan anak-anak mencarinya dan bawak balik, “jom balik ayah” sungguh sebak. Emosi mereka berjaya meyakinkan saya yang mereka keluarga bahagia dan tidak merasakan menjaga ayah sebagai beban.

 

 13. Watak lain mendapat tempat yang cukup

Tiada watak yang membazir dalam cerita ni. Di akhir cerita menunjukkan kehidupan diteruskan. Dan saya suka scene anak-anak Uwan menyerahkan barang tinggalan Laila dan Imran kepada Sarah menggambarkan bermula lah kehidupan baru.

 14. Kenapa 9.5/10

Plot  + dialog +  kesinambungan plot dan watak + pengarahan+ persembahan+ set dan outfit era 80-an + ending semuanya saling menyokong. Jarang aku jumpa cerita Melayu sekemas ini, Tahniah kepada produksi  Global Film Station Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Feroz Kader dan skrip ditulis Eenaz Mokhtar berjaya menggarap naskhah hebat ini. Berani saya katakan, ini drama bersiri Melayu terbaik sepanjang 10 tahun. Tolak 0.5 terutamanya pada umur casting anak-anak Uwan, tapi penyampaian emosi dan dinamik hubungan anak-anak Uwan sudah berjaya buat saya lupa tentang umur mereka.

15. Kenapa ending ini terasa CUKUP

Bukan semua orang mendapat apa yang mereka mahu;kehilangan tetap kehilangan; pilihan mempunyai akibat;tetapi setiap hubungan sampai ke tempatnya dan setiap watak mendapat penutup yang memuaskan.Sedihnya peristiwa tidak semestinya cerita belum selesai.

Dalam kes CDS ini, bukan HAPPY ENDING, SAD ENDING, OPEN ENDING, saya namakan PUAS dan CUKUP. Tak ada apa perlu diterangkan lagi, semuanya sudah dijawab di hujung cerita. Rupanya, ada cerita yang tidak perlu memberikan kita segala-galanya untuk membuat kita rasa cukup. Ia cuma perlu tahu apa yang perlu diberikan, apa yang perlu dilepaskan, dan bila waktunya untuk berhenti.


Dan Cinta Dalam Sekam berhenti tepat ketika saya sudah tidak meminta apa-apa lagi.

 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...