Wednesday, March 27, 2019

Aida Azlin

Assalamualaikum pembaca setia..(persoalannya, ada ke?..haha)

Berhabuk sudah blog aku ni untuk beberapa bulan..Dan lepas habis je maraton K-drama Sky Castle baru-baru ini, aku terjumpa satu video di youtube yang review drama ini dari sudut yang sangat islamik. Siapakah youtuber ini? Dia ialah Aida Azlin..



Subhanallah, suaranya yang sangat lembut dan menenangkan hati ketika memberi perkongsian di channel youtubenya. Boleh follow beliau di channel Youtube Aida Azlin, di instagram Aida Azlin, dan paling istimewa Tuesday Love Letter nya yang telah bermula sekitar tahun 2016. Selepas aku habis murajaah hampir kebanyakan videonya, oh my godd..kenapa aku lambat jumpa dia ni? Perkongsiannya sangat memotivasi dan tidak lupa mengaitkan ibrah kisah Rasulullah dalam setiap videonya.

Sedikit perkongsian tentang dirinya. Beliau berasal dari Singapura, dan sekarang menetap di Tangier, Morocco kerana berkahwin dengan warga Morocco. Beliau berkelulusan dalam bidang pengajian media sebab tu video-video dan gambar yang diambil dan dimuat naik beliau sangatlah cantik dan sejuk mata memandang,Mula menjadi seorang yang ulat buku apabila tinggal di Morocco.

Oh ya, untuk semua terutama muslimah, boleh subscibe Tuesday Love Letter di Aida Azlin. Setiap hari Selasa, TLL akan dihantar ke emel kita dan seolah-olah dapat satu perkongsian yang sangat inspiring tiap-tiap minggu.

Antara video-videonya yang aku suka ialah:


Video ini yang membawa aku mengenali beliau apabila viral drama SKY Castle ni.


Untuk mengetahui cerita bagaimana dia survive di tempat baru sekepas berkahwin.


Yup, we are bookworm!!


Her BFF is Raja Sarina, salah seorang kerabat diraja negeri Perak.Inspiring jugak Sarina ni.
Boleh baca penulisannya di Dear Sarina.


Is Your Place in Jannah guaranteed?


Bertambah lagi senarai buku aku yang nak dibeli. 


Haa..dia pun layan drama Nur ni..


Yup, aku tengah cabar diri nak sambung belajar lagi ni..


Well, I become an adult, right?


Sesuai tontonan yang bakal berkahwin..

And many many more..

 Bagi aku, beliau dah bagi satu nafas dan warna baru dalam kehidupan aku dalam kesibukan kerja di sekolah sebagai guru dan warden asrama..Kita perlukan makanan rohani,bukan? Dan pada masa yang sama aku sedang meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris aku sebagai persiapan sambung master. Dan video-video serta TLL beliau banyak membantu aku dalam hal ni..Kesimpulannya, apa lagi, boleh subscribe channel Youtube beliau dan TLL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...