Showing posts with label Aku dan Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Sejarah. Show all posts

Monday, January 2, 2017

2 Januari 1492M


Tarikh 2 Januari 1492M merupakan titik akhir buat kerajaan Nasriyyah di Granada yang rata-rata kita mengenal Alhambra kerananya.Kerajaan Nasriyyah cukup dekat buatku kerana tesis ijazah sarjana muda ku di UKM bertajuk Sultan Muhammad V Ghani bi-Allah:Satu Kajian Biografi dan Sumbangannya.Kegemilangan kerajaan Nasriyyah berlaku ketika zaman pemerintahan baginda.

Boleh tonton beberapa video di bawah ini:




Renungkan kata-kata ini;

Ketika Sultan Muhammad 12 menunggang kuda meninggalkan Kota Alhambra, beliau menangis teresak-esak sambil berpaling melihat kota yang indah ini buat kali yang terakhir. Ibunya menghampiri dan berkata...

“Janganlah kau menangis seperti seorang wanita untuk apa yang engkau tidak dapat pertahankan seperti seorang lelaki”

Wednesday, December 21, 2016

Sejarah Perang Salib



Setelah sekian lama aku tak study sejarah, maka mari kita rangsang sel-sel otak kita dengan tonton dokumentari tentang Perang Salib ni.Masa aku sem 5 dulu, subjek Perang Salib ini ada ditawarkan sebagai subjek elektif pelajar major Sejarah dan Tamadun Islam tapi aku tak ambik.Dokumentari ni diterbitkan oleh Aljazeera.Jangan risau, ianya dalam bahasa Inggeris.Boleh subscribe akaun youtube Al Jazeera English untuk tonton kesinambungan sejarah Perang Salib ni.

Wednesday, November 9, 2016

K-drama Sageuk

Anneyong haseyo yorobun..

Kali ni greeting aku dimulai dengan bahasa Korea sebab aku nak cerita/ulas/review tentang drama Korea bergenre sageuk yang aku pernah, sedang dan akan tengok.Sebelum tu, kita tengok definisi sageuk dulu apa.

The word sageuk 사극  literally means “historical drama” in Korean. The word itself is derived from Sino-Korean (Hanja) words, Sa (사/史) meaning “history” and geuk (극/劇) meaning “drama”. Sageuk refers to any Korean TV or film drama based on either historical figures, incorporate historical events, or use a historical backdrop. Although sageuk is not limited to a specific time period, per se, the term is generally used to refer to dramas taking place before the end of the Joseon Dynasty(1897), although that is not by any means a hard cut off.


Ok, dah faham.Ramai tak minat genre sageuk ni.Ye la, sejarah kan boleh buat lena tidur ja.Tapi, aku minat sampaikan hard disk aku banyak genre sageuk ni.Let's check it out.Sebelum itu, aku nak habaq, timeline sejarah Korea macam ni. Kerajaan 3 Kingdom(Silla, Baekje, Goguryeo)- Goryeo - Joseon.


1. Dae Jang Geum/Jewel in the Palace (2003, MBC)
Drama ni orang tak minat sejarah pun akan suka tengok sampaikan aku pun ada dua entri dalam blog ni pasal drama ni.Cerita ni boleh dikatakan separuh fiksyen dan sejarah.Fiksyen sebab ada la beberapa unsur tambah.Tapi,watak Jang-geum ni memang watak yang wujud, merupakan doktor wanita pertama zaman Joseon.Latar masa meliputi zaman pemerintahan King Seongjong (1457–1494), King Yeonsan (1494–1506) and King Jungjong (1506–1544).


2. Iljimae (2008, SBS)
Dilakonkan oleh Lee Jun-ki dan drama ni menjadi titik tolak kecemerlangan Jun-ki dalam memegang watak dalam sageuk.Cerita ni macam ala-ala Robin-hood dan mengambil latar semasa zaman Joseon di mana rakyat ramai yang hidup susah manakala menteri dan golongan bangsawan banyak seleweng harta kerajaan.Well, sejarah dah membuktikan.


3. Queen Seondeok (2009, MBC)
Drama ni mengisahkan bagaimana kecekalan Puteri Deokman yang terpisah dengan kembar dan ibu bapanya sejak kecil dan seterusnya menjadi Permaisuri Seondeok, antara pemerintah ketika zaman kegemilangan kerajaan Silla.Watak Seondeuk ni memang wujud, cuma cerita tentang beliau terpisah dengan kembarnya ditokok tambah bagi penyedap cerita.Beliau tak ada kembar pun,cuma ada seorang kakak.Ye la,kalau ikut betul-betul sejarah,bosan lah jadinya.Jadi,perlu tambah gula,garam,esen vanila sikit bagi tambah konflik dalam drama.Drama ni aku tak habis tengok lagi sebab 50 episod.Bertabah la tengok sageuk dan kebiasaannya genre sageuk ni antara 20-50 episod.20 tu kira tahap paling sikit.


4. Sungkyunkwan Scandal (2010, KBS)
Drama ni mengisahkan watak heroinnya menyamar menjadi lelaki iaitu abangnya bagi membolehkan dia memasuki Sungkyunkwan.Sungkyunkwan ni kira macam universiti lah dan memang wujud pun Universiti Sungkyunkwan di Korea Selatan sekarang.Zaman di mana wanita tidak dibenarkan mendapat pendidikan menjadikan watak utamanya berjuang mendapatkan hak tersebut.Memang zaman dulu-dulu ni, dalam tamadun mana pun akan wujud diskriminasi terhadap wanita dari segi mendapatkan pendidikan dan peningkatan kelas sosial dan taraf hidup dalam masyarakat.Cerita ni memang fiksyen sepenuhnya.Cuma, isu pendidikan bagi wanita zaman tersebut yang ditonjolkan.


5. Deep-Rooted Tree (2011, SBS)
Drama ni menonjolkan zaman kegemilangan King Sejong, yang merupakan pencetus kepada penciptaan tulisan Hangeul bagi menjadikan rakyatnya boleh membaca dan seterusnya menjadi titik tolak kepada perkembangan keilmuan zaman tersebut.Drama ni aku ingat-ingat lupa sebab tengok kat tv dulu.Jadi, kena download balik ni bagi nak hadam jalan ceritanya.

Saturday, April 9, 2016

Six Flying Dragons OST - Muiiya, Is There Any Difference? (Byun Yo Han)





Sword dance and flower-viewing,
the melody of Dohwajeon¹ is shivery cheerful
All the great works for the past 500 years² went for nothing

Fathers get stabbed to death by sword,
children get torn to death under taxes
The wail of pain is echoing through Manwoldae³
in the flying ashes (of cremated bodies)

Mu-Yi-Yi-Ya (Is there any difference)? Mu-Yi-Yi-Ya?
I’m asking the world, on deciding life and death
Is there any difference between politics and swords?

You, the nameless bird in the sky,
why are you wailing so sadly?
You can’t find where wildflowers have fallen anyway

Mu-Yi-Yi-Ya (Is there any difference)? Mu-Yi-Yi-Ya?
I’m asking the world, on deciding life and death
Is there any difference between politics and swords?

You, the nameless bird in the sky,
why are you wailing so sadly?
You can’t find where wildflowers have fallen anyway


Translator’s Notes: ¹ Dohwajeon, 도화전 : The name of Yi In-Gyem’s luxurious mansion
² This drama takes place 500 years after Goryeo’s founding
³ Manwoldae 만월대 滿月臺 : The palace of Goryeo dynasty
*According to the official SBS homepage, the song’s title “Mu-Yi-Yi-Ya” came from Mencius. (The Work of Mencius Book 1, Part 1)

Lagu ni aku dapat rasakan keperitan rakyat ketika saat-saat kejatuhan kerajaan Goryeo di mana golongan pemerintah berterusan mengaut harta sedangkan rakyat ramai yang kelaparan.

Friday, October 2, 2015

The Truth: Islam in Anatolia

Salam alaik..


Tahun lepas,siri The Truth ni tentang Islam kat Spain,ditayangkan di TV Alhijrah masa bulan puasa.Kebetulan,masa tu aku tengah praktikal kat Muzium Shah Alam.Aku dengan rakan-rakan praktikal UKM merangkap housemate setia tengok tiap-tiap episod dan terpana dengan keindahan Andalus.Tahun ni,kat Turki pulak.Aku memang bercita-cita nak sambung master kat Turki (doakan ye..),jadi memang wajib tengok la. Tak silap aku,akan mula ditayangkan di TV Alhijrah pada 8 Oktober jam 9 malam.Maka, moh lerr kite tengok beramai-ramai ye..

Wednesday, September 30, 2015

International Coffee Day‬





Coffee Houses and Coffee Culture has spread to the Europe and World from the Ottoman Empire.

Thursday, April 30, 2015

PBAKL 2015

Pada 27 April lalu,aku dan geng biblioholic merangkap Kajaians juga,Syahirah Shofe,plan untuk pergi PBAKL 2015 bagi menghabiskan saki-baki baucar buku.Aku memang akan simpan baucer buku aku untuk ke PBAKL ni sebab biasanya diskaun lagi banyak dan pakej-pakej buku lagi menarik ditawarkan oleh kebanyakan penerbit.Aku ada 3 keping baucar lagi yang masih belum diguna...

Kami memutuskan untuk pergi pada hari Isnin kerana kurang sesak berbanding hujung minggu.Kalau pergi hujung minggu atau cuti umum,jawabnya lagi nampak orang daripada buku,,haha....Maka kami pun bergerak ke PWTC seawal jam 930 pagi dari UKM menggunakan KTM Komuter.

Nak dijadikan cerita,kami sampai sekitar jam 1100 pagi,kami pusing-pusing dulu,round kedua baru nak start beli.Bila sampai tingkat 2,rupanya-rupanya kumpulan Inteam dijadualkan buat persembahan dan ada slot tazkirah zuhur bersama Ustaz Don.Makanya,kami pun stop sekejap dan tengok persembahan depa..Lepas zuhur,baru mulakan operasi membeli-belah..

Maka,,inilah hasilnya..


Ok,dalam gambar ni hasil pancingan di pesta buku plus juga dengan hasil pancingan buku ku di tempat lain sebelum ini juga menggunakan baucar buku.

Risalah Pemuda Muslim oleh Dr Maszlee Malik dengan The Other Side of the Coin oleh Aiman Azlan dan Ameer Misran aku beli ketika pesta buku di UKM.Manakala segala terbitan DUBOOK Press iaitu Diagnosis,dan tulisan Zul Fikri Zamir iaiatu Masharakat Melawan Mahasiswa serta Sekolah Bukan Penjara,Universiti Bukan Kilang aku beli ketika karnival kolej Pendeta Za'ba di UKM.

Dan belian di PBAKL ialah:
    • Booth JS Adiwarna:Aku tertarik disebabkan ada pakej RM50 untuk 3 buah antologi cerpen.Harusla memang aku jadi tertarik untuk membelinya.Kalau harga asal,mahunya melayang hampir RM100.Maka,aku pun beli pakej ni dan dapat antologi cerpen Kerana Dia:Ratu Sehari,Cinta Pertama dan Kisah Cinta Seribu Wajah.
    • Booth ITBM:Aku memang dah decide awal-awal yang booth ni wajib pergi dengan Syahirah sebab susah dah nak beli buku-buku ITBM kalau bukan kat pesta buku.Syahirah borong buku-buku falsafah,manakala aku beli 3 buah buku setelah jenuh berfikir nak beli yang mana,,,haha..Rambang mata aku.Buku Falsafah Sejarah Ibnu Khaldun:Kajian Dasar Falsafah Ilmu Budaya oleh Muhsin Mahdi, Identiti Muslim Eropah menurut Tariq Ramadan terjemahan oleh Nor Faridah Mat Nong, dan karya klasik Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad.
    • Booth ImanShoppe:Yang ni pun aku dah aim awal-awal sebab aku nak beli buku Ilham Kembara hasil karya gabungan penulis Grup Karyawan Luar Negara(GKLN).Buku travelog yang memang aku target nak beli sebab pelbagai coretan dari pelbagai negara diketengahkan dalam buku ni.Dan,bagi mencukupkan baucar RM50, aku pun ambil buku Ikhwah Pakai Jeans karya Inche Gabbana.Aku memang follow blog APG ni dan buku ni dah memang lama nak beli.Aku juga beli komik Gangster karya HanzaArtz.
    • Booth KaryaSeni:Kat sini je aku pakai duit cash.Kebetulan,memang ada diskaun gila-gila.Aku pun beli novel Suami Yang Kubenci karya E-Man Sufi,harga asal RM20,jadi RM10.Novel ni pun dah lama aku nak beli,tapi tak terbeli..haha..Lepas tu,aku pun beli juga novel Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin.Aku beli sebab tak puas hati dengan ending dalam drama,pendek sangat part EL dengan Kyra Lydia dalam drama tu,,Novel ni harga asal RM30, jadi RM26.Disebabkan diskaun gila-gila ni la,membuatkan aku beli novel kat booth ni.Kalau tidak,mungkin tak beli..
    • Booth PTS:Aku cari komik Misi 4Flat karya Afiq dan Nazry bila aku tau komik ni memang akan launching masa PBAKL ni.Penangan siri komik MISI yang diperkenalkan oleh adik aku,memang aku terus beli Misi 4 Flat ni.Kenapalah Afiq dengan Nazry ni buat komik ni masa aku dah last sem kat UKM,huhu...Ni pun aku dapat diskaun,RM10 harga asalnya,selepas diskaun,jadi RM7.50.
Tahun ni mungkin tahun last aku pergi PBAKL ni,Setakat ni tak pernah miss pergi setiap tahun semenjak aku study kat UKM.Kecuali ditakdirkan aku sambung master atau kerja kat area Lembah Kelang,boleh la pergi lagi kan...



Kait-berkait akar beringin,
Di situlah banyak ular melata,
Nak ku pesan pada angin,
Sayangnya angin tak tahu berkata.

Sungguhkah tuan beli jerami, 
Kalau sungguh mana diannya,
Sungguhkah tuan cintakan kami,
Kalau sungguh mana tandanya.

P/S:Terima kasih Syahirah Shofe sebab sudi teman pi PBAKL tiap-tiap tahun..Hehe..

Monday, March 16, 2015

1300 Years of Islamic History in 3 Minutes



Video ni diterbitkan oleh Lost Islamic History.Boleh tengok page fb mereka.Bagus untuk sesiapa yang baru nak dapat gambaran awal secara keseluruhan sejarah Islam selama 1300 tahun..

Wednesday, January 14, 2015

Sains & Teknologi dalam Tamadun Islam

''Eksperimen merupakan aspek paling penting dalam ilmu kimia.Nilai ilmu kimia tidak diakui oleh apa yang dibacanya melainkan telah diuji dan dibuktikan melalui eksperimen.''
''Kunci untuk memahami struktur logam,bahkan untuk semua benda,ialah al-mizan atau keseimbangan''

Kata-kata ni aku jumpa semasa membaca dan mengkaji artikel tentang Jabir ibnu Hayyan,seorang ilmuan Islam dahulu kala yang pakar dalam bidang ilmu kimia.Tugasan ini pula terangkum dalam subjek Sains & Teknologi dalam Tamaddun Islam,antara subjek elektif yang ditawarkan untuk pelajar pengkhususan sejarah di jabatan aku.

Bila ambil subjek ini,terasa kembali ketika zaman ambil SPM,sebab aku dulu aliran sains agama.Bila belajar sains daripada sudut sejarah ni,makin menarik pula.Betapa banyaknya ilmu sains masa kini telah dimulakan dan dipelopori oleh ilmuan Islam dulu kala. Ibnu Sina (perubatan),Al-Khawarizmi (matematik), Al-Zahrawi(pembedahan), sekadar menyatakan beberapa nama begitu unggul dalam pelbagai bidang kajian di samping mereka kelihatan menyerlah dalam bidang tertentu.

Satu lagi tugasan ialah aku perlu menyiapkan sebuah artikel bertajuk ''Peringkat Perkembangan Sains & Teknologi zaman Bani Umayyah di Damsyik".Nah,di sini kesukaran bermula.Disebabkan kerajaan ini kerajaan terawal dalam tamadun Islam,maka perkembangan ilmu sains baru bermula.Tidak banyak rekod sejarah perkembangan tentang sains didapati.Aku banyak menemukan fakta yang berulang.Semua rujukan dalam bahasa Inggeris ditambah pula hanya ilmu perubatan,kimia, dan farmasi yang dilihat sedikit bermula.Aku rasa dah macam pelajar perubatan apabila senarai rujukan aku hampir kesemuanya ada perkataan "medical,pharmacy,chemistry"...haha..Ilmu ini dilihat berkembang di peringkat awal kerana berkait rapat dengan keperluan masyarakat dalam menjaga kesihatan ketika itu.

Subjek ini sungguh menarik ditambah dengan pensyarah yang sangat 'sporting'.Malah,kami dibawa melawat ke Kompleks Falak al-Khawarizmi,salah satu kompleks falak di Malaysia yang terletak di Melaka.Kami berpeluang mencerap matahari,(bulan tak dapat sebab hujan),diajar sedikit cara membaca peta bintang,serta cara menentukan arah kiblat.Kajian lapangan sebegini membuatkan subjek ini lebih menarik.Terima kasih kepada Prof Madya Dr Roziah Sidik kerana berjaya membuatkan kami menelusuri subjek ini dengan rasa teruja dan seronok.

Pada minggu terakhir semester,Dr Roziah telah mengemukakan persoalan kepada kami,"Adakah faktor-faktor kegemilangan sains teknologi tamadun  Islam dahulu dapat diaplikasikan zaman sekarang?"

Hasil perbincangan kami ialah;

  • Gerakan penterjemahan giat dilakukan daripada bahasa asing ke bahasa ibunda.Melihatkan bahasa Inggeris sekarang yang menjadi 'lingua franca',menyebabkan faktor penterjemahan ke bahasa ibunda kini sukar diaplikasikan.
  • Integrasi antara ilmu naqli dan aqli dilakukan.Walaupun sudah ada usaha dilakukan di peringkat sekolah menengah dengan diwujudkan aliran sains agama,namun ia seakan tiada ksesinambungan apabila di peringkat universiti kerana sistem sedia ada lazimnya menumpukan kepada satu-satu bidang sahaja.
  • Perlunya ada orang perseorangan atau badan bukan kerajaan yang menyokong dari segi pengeluaran dana untuk sebarang projek penggalakan bidang sains dan teknologi.
Semester 5 sudah pun berakhir.Tinggal satu semester sahaja lagi aku di bumi UKM ini bagi menghabiskan pengajian ijazah sarjana muda.Moga Allah permudahkan.

p/s:Subjek terakhir semester depan,Sastera Arab Moden,Sejarah Kesenian Islam,dan Sejarah Pemikiran Politik Islam dan tesis berkaitan kerajaan Islam terakhir di Sepanyol,kerajaan Granada.

Thursday, January 1, 2015

Pemikiran Malik Bennabi

Salam alaik..

Pabila masuknya bulan Januari,bermakna musim peperiksaan akhir bagi kebanyakan pelajar IPTA pun bermula.Sem 5 ni aku ada 2 paper je,,bunyi macam heaven,tapi tak jugak,sebab bila ada sikit je paper utk exam,bermakna aku ditimbuni tugasan yang menimbun bagi subjek lain yang ditiadakan final exam tu..Haruslah kan,tugasan banyak sebab nak cover markah untuk penilaian subjek,takkan senang-senang lecturer nak bagi markah free,,hehe..

Subjek Wajib Fakulti aku tinggal satu je untuk dihabiskan iaitu subjek Pemikiran Islam Semasa.Subjek ni terletak di bawah pengkhususan Jabatan Usuluddin & Falsafah.Bagi aku subjek ni menarik untuk diikuti walaupun boleh dikatakan majoriti pelajar kurang suka disebabkan perlu memerah otak memahami pelbagai aliran pemikiran.Dalam subjek ni,kami mengenali pelbagai aliran pemikiran seperti gerakan Islah, reformisme,tradisionalisme,pluralisme,liberalisme dan macam-macam -isme yang lain.Subjek ni penuh dengan falsafah yang tersirat.

Kami juga mempelajari biografi beberapa orang tokoh seperti Syed Muhd Abduh,Malik Bennabi,Jamaluddin Al-Afghani  serta ulama masa kini yang tidak asing lagi,Syeikh Yusof Al-Qardawi.Aku tertarik dengan teori peradaban dan ketamadunan oleh Malik Bennabi.Dah namanya pun aku ni budak sejarah,memang senang tertarik dengan teori-teori macam ni..hehe..Boleh rujuk latar belakang beliau di sini..


Antara teorinya ialah:
Dua Asas Pembinaan Peradaban iaitu: 
  • Memahami Teori Pembangunan Tamadun 
  • Membina Semula Kebudayaan Masyarakat Islam                

Menurut Malik lagi: 
  • Masyarakat Islam sedang berdepan dengan masalah peradaban. 
  • Kehilangan peradaban ialah punca hilangnya peranan masyarakat Islam dalam sejarah hari ini. 
  • Pembangunan semula peradaban ialah asas kemajuan semula masyarakat Islam. 
  • Peradaban adalah ‘sumber’. Dari sumber peradaban, maka lahirlah pencapaian-pencapaian dalam bentuk produk-produk ketamadunan pelbagai bidang kehidupan i.e sosial, ekonomi dan politik. 
  • Peradaban melahirkan masyarakat pencipta. Mereka mencipta pelbagai produk ketamadunan untuk keperluan seluruh warga masyarakat. Mereka tidak lagi bergantung kepada produk ciptaan peradaban lain bagi memenuhi keperluan kehidupan warga masyarakatnya. 
Akhir kata,aku nak kongsi kata-kata daripada Ibnu Khaldun,tokoh sejarawan yang terkenal:
“Throughout history many nations have suffered a physical defeat, but that has never marked the end of a nation. But when a nation has become the victim of a psychological defeat, then that marks the end of a nation.” 

Tuesday, April 1, 2014

Islamic History Facts #Islam Scholars#Medical Field

  • Hundreds of years before Darwin, in the 800s the Iraqi zoologist al-Jahiz pioneered the idea of natural selection as an explanation for how animals adapted traits that suited their environments.This page is from al-Jahiz's "Book of Animals".

  • "Man breathes air which may carry various kinds of infections...so man's experiments and investigations have led him to build up the sciences for medical and veterinary services." - al-Biruni (973-1050), who lived in Central Asia and India. In Europe, they did not "discover" that diseases were spread by pathogens until the 1800s, whereas it was common knowledge in the Muslim world.

  • In the 13th century, Ibn al-Nafis discovered the process of pulmonary circulation of blood through the lungs. Before him, people believed blood seeped from one side of the heart to the other through small holes in the septum. 
  • In the 10th century, al-Zahrawi was the first to use catgut to close internal stitches in surgery. The same material and procedure is used today.
  • In the 900s, al-Zahrawi revolutionized surgery and took it from a barbaric guessing game to a real science. Many of the ideas and methods he invented are still in use today.
  • Long before modern mental health, al-Razi specialized in how to treat and care for those who have mental illnesses in the 900s.

Wednesday, March 12, 2014

Islamic History Facts #Islam Scholars#Physics Geography

• In the early 1000s, Ibn al-Haytham wrote about gravitational pull between two masses - 600 years before Newton.
• The first person to insist on an empirical study of science, the scientific method, was the Muslim scholar Ibn al-Haytham in the 11th century.
• The water pumps we all rely on today to bring water to our homes was designed by a Muslim inventor, al-Jazari in 1206 in Diyarbakir, Turkey.
• In the early 11th century, Ibn al-Haytham accurately calculated the depth of the atmosphere by using trigonometry and the refraction of sunlight. It was only when satellites were invented in the 20th century that he was proven right.
• In the early 1000s, the mathematician and engineer, al-Karaji, wrote a book on the extraction of groundwater for irrigation. Not only did he describe the engineering aspects of bringing up groundwater, but he also wrote of the legal aspects of water rights, and referenced the schools of Islamic law (fiqh) in his analysis.
• Your GPS uses trigonometry to calculate position. In the 800s, so did al-Nayrizi to calculate position relative to Makkah for salah.
• In 956, the geographer al-Masudi drew a world map that included a new continent across the ocean from Africa and labelled it the "unknown land". That was 536 years before Columbus.






Wednesday, March 5, 2014

Islamic History Facts #Ottoman Empire

MASJID BIRU, ISTANBUL

HAGIA SOPHIA
  • Pernah seorang ahli parlimen Turki bertanya kepada Lord Curzon, sebaik tamat perang dunia pertama tahun 1922, di Persidangan Lausanne, persidangan yang menjanjikan kemerdekaan Republik Turki. "Kenapa hanya Turki yang dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?". Lord Curzon menjawab, 'Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah menghancurkan kekuatannya iaitu Khalifah dan Islam."
  • 8 April 1924, Mustafa Kemal Atatürk telah membubarkan Mahkamah Shariah yang wujud sebagai legasi Dawlah Uthmaniyyah. Undang-undang baru yang berinspirasikan penal code Itali diperkenalkan.
  • ''Jika dunia ini sebuah negara,maka Costantinople yang paling layak menjadi ibu negaranya.''-Napoleon Bonaparte- 
  • By age 21, Ottoman sultan Mehmed II was fluent in Arabic, Turkish, Persian, Hebrew, Greek, and Latin.
  • "Coffee was first introduced by Yemeni Muslims in the 1400s. When the Ottoman Empire grew to encompass the Arabian Peninsula, coffee spread north to Istanbul and from there to the rest of Europe."
  • After the Ottoman conquest of Constantinople in 1453, Sultan Mehmed II allowed the city's Christians to continue to live in the city as they had before, and even encouraged Christian immigration to the city from surrounding lands.
  • The Ottoman palace in Istanbul, Topkapı Sarayı, had a massive kitchen in order to feed over 4000 fasting people every day in Ramadan. The tradition of free public food in Ramadan exists in Turkey till today.
  • Ataturk's reform of the Turkish language was meant to remove the influence of Arabic and Persian on Turkish and restore it to its pure Turkic roots. But many of the Arabic words removed from the language were simply replaced with French and English words. For example, the Ottoman Turkish word for political party "fırka" which originally came from Arabic was replaced with "parti", which was taken from French.
  • The idea of vaccination was introduced to England from the Ottoman Empire in the 1720s. The wife of an English ambassador observed smallpox vaccinations in Istanbul which were very common and brought the practice back to England, where it was popularized and helped end smallpox entirely.

Thursday, February 20, 2014

Islam di Andalus:Antara Tersurat dan Tersirat

Salam alaik...

Alhamdulilah,pendaftaran bagi subjek semester ini sudah selamat ku lakukan.Moga Allah permudahkan urusanku menempuh 9 subjek lagi pada semester ini.Di kala keinginanku mula membara untuk mempelajari subjek-subjek baru semester ini,ingatanku tiba-tiba teringat subjek sem lepas iaitu,Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus.

Terima kasih kepada pensyarah kami,Ustaz Ezad Azraai Jamsari yang berusaha menumbuhkan minat kepada kami dalam menelusuri sejarah kerajaan bani Umayyah tahap kedua di Andalus.Bermula daripada pembukaan oleh Tariq bin Ziyad, era gabenor,era imarah,khilafah,kerajaan Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun,sehinggalah kejatuhan kerajaan ini ketika era pemerintahan kerajaan kecil Nasriyyah di Granada.Pelbagai metod pengajaran dilakukan oleh ustaz bagi menarik minat kami.Antaranya,membuat ulasan video berdasarkan dokumentari An Islamic History of Europe yang berdurasi hampir dua jam! serta membaca,memahami dan mengulas artikel jurnal berbahasa Inggeris berkaitan subjek ini.

                                     Ni dia dokumentari 'An Islamic History of Europe'

Ketika mempelajari apa jua subjek berkaitan sejarah,saat paling ku tidak gemari ialah apabila masuk bab atau subtopik tentang kejatuhan sesuatu kerajaan apatah lagi kerajaan tersebut ialah kerajaan yang membawa nama Islam.Terasa sakit dan sebak hati mengenangkan kejatuhan kerajaan Islam.Namun,itu lah apa yang kita katakan belajar daripada sejarah agar kita tidak mengulanginya.Pembukaan kerajaan Islam di Andalus begitu signifikan dalam membuka pintu masuk agar Islam tersebar lebih luas ke Eropah.

Namun,apa yang tinggal sekarang di Andalus(Sepanyol) hanyalah tinggalan bangunan bersejarah semata-mata meliputi masjid Cordova dan Alhambra.Masyarakat Sepanyol sekarang majoritinya beragama Kristian.Persoalannya,di manakah tinggalan masyarakat Islam yang sepatutnya masih wujud di situ jika kita berpandukan kepada fakta bahawa pada suatu ketika,masyarakat Islam dan bukan Islam hidup dengan aman di bawah era kerajaan bani Umayyah?

                                                        Keindahan seni bina Alhambra!

Saya bukanlah orang yang arif untuk mengulas tentang hal ini.Anda boleh merujuk artikel ustaz Hasrizal ini,saifulislam.com/2013/03/andalus-yang-pernah-kupelajari/ untuk lebih memahami apa yang saya maksudkan.Sekadar berkongsi cerita tentang diri yang begitu mencintai bidang sejarah dan berusaha mendalaminya.Apapun,moga Allah redha!

Tuesday, November 19, 2013

Buku Itu...

Salam alaik,,

Sekian lama tidak berkongsi di blog ini,,saya ingin berkongsi syair daripada Al-Jahiz,pemikir dan sasterawan Muslim abad ke-8, di Basrah Iraq....




Buku itu mendiamkan diri selama mana engkau mahu dia diam begitu. 
Buku itu fasih berceloteh apabila engkau mahukan perbincangan. 
Buku itu tidak akan sekali-kali mengganggumu ketika engkau sibuk tidak mahu diganggu. 
Dan ketika engkau sepi, buku itu temanmu yang sejati.
Dia tidak akan mengkhianatimu, jauh sekali bersikap hambar kepadamu. 
Ia adalah sahabat, yang tidak pernah lelah, melayan kehendakmu"

Banyak tugasan ku semester ini menuntutku banyak membaca dan mengkaji dengan lebih mendalam cabang ilmu sejarah Islam sesuai dengan diriku yang mengambil pengkhususan Sejarah dan Tamaddun Islam. Bukan hanya bahan dalam bahasa Melayu yang perlu dikaji, bahasa Inggeris dan bahasa Arab juga menjadi antara tugasanku sem ini.

Kadangkala terdetik juga keluhan apabila terasa kesukaran membaca dan perlu memahami dalam bahasa asing.Tetapi,sering diingatkan oleh pensyarahku,,jika tidak kami yang mengkaji cabang sejarah Islam ini dan menyebarkannya pula dalam bahasa Melayu,,siapa lagi? Bidang ini semakin dipandang sepi oleh masyarakat,hatta dalam kalangan pelajar Pengajian Islam itu sendiri..

Dua subjek pengkhususan sejarah yang aku ambil sem ini ialah Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus.Bagi subjek ini, ada tugasan menuntut kami mengkaji sebarang artikel jurnal dalam bahasa asing pilihan sendiri.Lantas, aku memilih tajuk ''Identity and Differentiation in Ninth-Century al-Andalus''. Aku memilih tajuk ini kerana ingin mendalami kepelbagaian masyarakat yang terdapat di Andalus sewaktu era kerajaan Bani Umayyah tahap kedua.

Dan satu lagi subjek ialah Tamadun Islam Zaman Umawi dan Abbasi.Disebabkan pensyarahnya orang yang sama,jadi bentuk tugasannya sama juga.(hehe..) Jadi,aku memilih artikel bertajuk ''The Caliphs, the ʿUlamāʾ, and the Law: Defining the Role and Function of the Caliph in the Early ʿAbbāsid Period''.Jika bagi subjek sebelum ini,aku menumpukan isu sosial,,kali ini aku ingin menumpukan kepada isu politik.

Semoga aku diberi kekuatan oleh-Nya untuk terus membaca dan mengkaji cabang ilmu sejarah Islam agar dapat memberi manfaat kepada ummah...

Thursday, June 21, 2012

Apabila Cerita Sejarah Divisualkan

Salam ukhuwah buat pembaca..

''Sesiapa yang melupai sejarah,pasti akan mengulanginya''.-George Santayana

''Aduh,Sejarah ke lepas ni?Bosan la..dahla mengantuk''
''Kalau susah nak tidur,baca buku Sejarah gerenti tertidur''

Dialog di atas ni mesti pernah bermain di bibir anda(tidak terkecuali saya) sewaktu zaman persekolahan dahulu.Subjek S..E..J..A..R..A..H subjek yang menggerunkan dan membosankan bagi sesetengah orang.Ye lah,apa gunanya belajar benda yang dah lepas,ya tak? Aku memanglah geram dengan sesiapa yang suka buat kenyataan berani mati macam contoh dekat atas depan aku.Sebab apa?Sebab aku pencinta sejarah!

Bagi aku,sejarah ialah subjek yang menarik sebab aku nak tahu kisah-kisah tamadun dan manusia zaman dahulu.Setiap permulaan kan ada pengakhiran.Jadi,kita mestilah kena ambik tahu kisah permulaan kita paling tidak sejarah bangsa,negara dan agama kita sendiri.Seperti kata ahli falsafah di atas,kalau kita tak nak ambik tahu sejarah,memang kita kan mengulanginya.

Friday, January 27, 2012

Mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh

''Kota Kostantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik,tentera yang baik,dan rakyat yang baik,''begitulah maksud sebuah hadis Nabi Muhammad SAW.
Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan,maka ianya direalisasikan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang ketika itu baru berusia 21 tahun pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...