Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Thursday, September 17, 2026

Friday, September 4, 2026

Falsafah Pembaris Plastik: Lurus Bila Perlu, Lentur Bila Perlu

Ada banyak kejadian yang berlaku dalam hidup aku sekarang menyebabkan aku teringat sesuatu. Tahun 2019, aku menghadiri satu kursus guru tempat aku mengajar, dan salah satu soalan ditanya dalam checklist ujian personaliti:
"Peraturan boleh dilanggar"  & "Peraturan perlu dipatuhi"

Dan aku yang masih darah muda masa tu, haha, terus angkat tangan memberitahu penceramah, kena tambah satu lagi soalan, "Peraturan kena fleksibel", suka hati aku je kan betulkan penceramah.😂😂 Sebab aku sangat tak setuju sebab kedua-dua pernyataan yang diberikan. Sebab ini akan menjadikan terlalu ekstrem, kalau tiada peraturan, hidup akan huru-hara. Manakala terlalu rigid dengan peraturan, boleh menyebabkan banyak benda yang sepatutnya boleh dilakukan tidak dilakukan kerana terlalu memikirkan tidak boleh mengubah peraturan.

Dan lagi lawaknya, dua orang bff aku masa tu yang sangat berpegang kepada "Peraturan boleh dilanggar" akhirnya bila berkawan dengan aku menyebabkan kami mengeluarkan falsafah pembaris plastik, 🤣🤣.

Bagi kami, "Jadilah seperti pembaris plastik, bila perlu lurus, lurus lah gunakannya, bila boleh lentur, lenturkan pembaris tersebut. " macam random gila bila fikir mana datang entah falsafah kami ini. Dan kami giat menyebarkannya kepada students form 4-form 5 yang dah matang. Nasib lah students kami masa tu, 🤣🤣.



Dan sehari dua ni, aku terbaca status pelakon Haidar Hasanudin di Threads, "“Kita perlu melayar tanpa terkejar-kejar, kita kena laju tapi bukan melulu.”

Aku tersentak bila baca, ada sesuatu menyentak fikiran bawah sedar aku. Mungkin masalah bermula apabila kita terlalu lama hidup dengan satu ekstrem sehingga kita membina ekstrem yang lain untuk melawannya. Berdepan orang yang lambat, kita belajar mendesak. Berdepan orang yang melulu, kita belajar menahan. Lama-lama respons yang asalnya lahir daripada keadaan menjadi cara default kita menghadapi semua keadaan. Dan aku lah banyak terpaksa beradaptasi dengan kedua keadaan ekstrem ini, dan itu sangat meletihkan. Bukannya aku tak boleh, tapi kalau setiap kali keadaan, aku perlu menyesuaikan diri dengan dua keadaan ekstrem terlalu laju dan terlalu perlahan ini, malah dilabel pula oleh dua pihak dengan "skema' dan "tidak on time", benda tu sangat lelah.😭😭

Dalam Islam sendiri ada konsep wasatiyyah, tidak terlalu ekstrem dalam melakukan sesuatu, tapi tidak lah pula mengambil mudah dalam sesuatu perkara. Ambil jalan pertengahan/bersederhana dalam kehidupan kita supaya kehidupan lebih mudah dan tenang.

Dalam menentukan tindakan kita, pergerakan kita kena mengambil kira semua maklumat dan keadaan. Bukan bertindak melulu tanpa tahu tindakan kita nak ke mana, atau bertindak terlalu perlahan sedangkan maklumat sudah cukup untuk mengambil langkah mula. 

Kemudian, ada netizen komen. "Asal haluan perjalanan jelas, biarlah perjalanan mengikut waktunya," NO!, mana boleh ikut flow gitu je, kalau just ikut flow dan route diambil jelas, tapi tak tahu apa yang nak dikejar dan dipegang, perjalanan tu jadi tak ada makna pun. Kononnya fleksibel kan, "aku go with the flow je", tapi ikut flow tanpa tahu apa yang dikehendaki tanpa sedar menyusahkan orang lain yang terpaksa meneka. Manusia bukan ada telepati, dan aku boleh teka "dia mesti nak makan ni" setiap masa. Dan komen Haidar seterusnya, "Betulkan halatuju, baru ditariknya picu," YESS, balik asal, tentukan matlamat, ambil kira semua keadaan, baru gerak semula. 

Dan ini sesuai dengan status Haidar seterusnya, "Dan cahaya tetap mampu menembusi pintu yang tertutup rapat, ...selagi adanya ruang''.  Yang aku faham, cahaya tetap bergerak mencari ruang untuk masuk ke dalam pintu yang ada, bila dah ada matlamat dan kita pegang sungguh-sungguh, usahakanlah macam mana pun selagi ada ruang dan peluang, tapi jangan lupa matlamat asal.

Tentukan apa matlamat dengan firm/jelas, ambil kira consequences kepada diri dan orang lain kerana matlamat tak menghalalkan cara. Dan jika terjumpa dua matlamat atau lebih yang boleh dipegang tanpa dua-dua membatalkan atau beri kesan besar satu sama lain, kekalkan saja keduanya. Sepanjang perjalanan pula, cara jika perlu adjust, adjust la jangan terlalu rigid atau selesa ikut flow, janji matlamat tidak dilupa. Ini sesuai dengan falsafah pembaris plastik aku tadi, haha, bila perlu ikut peraturan, ikutlah, tapi bila peraturan yang ada tidak munasabah, lenturkan sikit jangan terlalu rigid, kalau itu peraturan manusia. Dan hal ini tidak terpakai untuk  peraturan Allah yang kita sesuka hati boleh ubah.

Aku masa bersekolah dulu, ada beberapa peraturan yang bagi aku kononnya nak sesuaikan dengan imej sekolah agama, tapi aku tak nampak justifikasi kenapa peraturan tersebut perlu ada, yang lagi kelakar masa tu aku pengawas asrama, suka hati aku je lepaskan kawan-kawan yang tak ikut peraturan tu yang bagi aku tak relevan.😂😂

Mungkin menjadi pembaris plastik bukan tentang menjadi orang yang paling mudah menyesuaikan diri. Ia tentang tahu apa yang perlu kekal lurus, apa yang masih boleh dilenturkan, dan bila kita perlu berkata: kali ini, bukan aku yang perlu melentur. 

Dulu falsafah pembaris plastik aku,lurus bila perlu, lentur bila perlu.Sekarang, sedikit berubah iaitu,  jangan sampai orang lain menentukan setiap kali bila kita perlu melentur hanya kerana mereka tidak mahu menyesuaikan diri.Sebab ada beza antara aku memilih untuk lentur kerana keadaan memerlukannya dengan aku terpaksa sentiasa lentur supaya semua orang lain boleh kekal seperti mereka. Dan keadaan aku terpaksa sentiasa lentur tanpa orang lain ambil kebertanggungjawaban atas tindakan sendiri itu sangat melelahkan.



Wednesday, May 11, 2022

Sunday, May 23, 2021

Willing to Learn

 Salam mahabbah..

Lama tak rant kat sini..Kali ni saja nak rant tentang life aku tahun ni. Pandemik covid-19 menyebabkan banyak urusan tergendala tapi ada juga hikmahnya "stay at home" kali ni. Aku ambil peluang masa berada di rumah untuk belajar banyak perkara baru.

Hikmahnya banyak pusat-pusat pembelajaran menawarkan kursus secara atas talian.Ni bagus sebab menjimatkan kos pengangkutan.Hanya perlukan line internet yang stabil, daftar sahaja lah mana-mana kursus yang anda berkenan.Belajar bahasa asing, ilmu agama, ilmu tajwid, kursus kemahiran komputer dan banyak lagi.


Alhamdulilah, tahun ni aku memulakan pengajian dalam Sarjana Pendidikan(Pendidikan Islam) mod cuti sekolah di UKM, Bangi. Ekoran pandemik juga, kelas dijalankan secara atas talian sahaja. Cabaran juga hendak memahami pembelajaran dengan tidak dapat bersemuka dengan pensyarah.Semester 1 bakal berakhir bulan 6 ini. Sem ini aku ambil 4 subjek; Penulisan Akademik I, Kaedah Penyelidikan I, Isu-Isu Pendidikan di Malaysia, dan Budaya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.

Baru lah faham perasaan pelajar ku setiap kali kelas PDPR, maafkan ustazah ya anak-anak jika terlalu tegas semasa PDPR.

Aku juga ambil kesempatan untuk mendaftarkan diri dalam kelas bahasa Korea.Kelas bermula minggu ini selama 8 minggu dengan pertemuan sekali seminggu. Bermula dengan mengenali huruf Hangul dan belajar membaca serta menulis. Menarik sekali. Yang berminat, boleh ke fb Akademi Bahasa Korea untuk tahu cara mendaftar.


Semoga urusan tahun ini dipermudahkan.Mohon doa kalian yang membaca post ini.

Monday, February 22, 2021

Review A Thinking Person's Guide to The Truly Happy Life

 


Mengenali buku ini melalui AA Plus @aaplus.co oleh @aidaazlin_  sebagai salah satu perbincangan Book of the Month. Buku ini ditulis oleh His Royal Higness Prince Ghazi bin Muhammad.

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian perbincangan, "Life" dan "Happiness". Penulis mengaitkan tujuan kita dihidupkan di muka bumi dan kaitannya bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia dan pastinya di akhirat sana.

Antara quotes yang aku suka daripada buku ini:

-  "Indeed,happiness, as we have seen,comes from the activity of getting or having.But giving as much as we can all the time in some way to someone or something that needs it can lead to happiness." 

- "From the Islamic point of view, the question 'why is life' is tantamount to asking 'why did God create human beings?'. (Az-Zariyat, 51:56)

-"All this is to say then that in order for people to be happy, society has to give people their fundamental rights.(life, religion, family and dignity, reason, property)".

- "Uninterrupted giving leads to happiness; the root of happiness is paradise; the root of paradise is divine beatitude; the root of divine beatitude is divine bliss, and divine bliss is inherent in God's perfection."

- "Happiness comes through giving our time, energy, acts, care, mercy, love, knowledge, possessions, wealth, health, and even our lives."

Buku yang akan menjadi bahan bacaan saya berulang kali semestinya sebagai muhasabah diri. Sangat bagus dijadikan permulaan bagi sesiapa yang mencari bahan bacaan motivasi diri dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami.

Saturday, February 6, 2021

Review You Are Loved by Mizi Wahid


 " It has become harder to love ourselves each say, especially when all we see are perfectly curated posts of other people's happiness on social media."

Buku ketiga ustaz Mizi Wahid membawa kita menelusuri konsep kasih sayang dan kesan kepada kehidupan kita.Terutamanya bagi sesiapa yang selalu merasa rendah diri, terasa diri tidak disayangi dan diperlukan oleh orang sekeliling.Pendekatan penulis menggarap buku ini berjaya membuatkan sesiapa sahaja akan ada harapan bahawa ada yang menyayangi anda di luar sana.

7 Things to Remember When You Feel Broken, Left Out & Abandoned:

- You Were Created on Purpose

- Your Mistakes Don't Define You

- Somebody Out There Loves You for Who You Are

- Forgiveness Begins with The Self

- You Are Enough

- Never Attach Your Value to People and Things

- To Know You is to Love You, So Know Yourself

Pendekatan penulis dalam mengaitkan realiti kehidupan dengan realiti beragama terasa lancar dan membuatkan buku ini sesuai dibaca sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa. Itu kebolehan beliau menggarap karya-karya sebelum ini.

Di sini, saya kongsikan beberapa kata-kata menarik di dalam buku ini:

- Remember, Allah loves you more than you think, more than you feel. And His best rewards are saved for those who patiently persevere.

- Love is a critical for your mind and body as oxygen is. The more connected you are with love, the healthier you will be emotionally and physically.

- Friends, your knowledge and experiences will be the elements that enrich you.

Penulis mengakhiri buku ini dengan kata-kata yang healing dan menarik:

" You are enough. Enough to be loved and appreciated for who you are. And any improvements you make in your life gives you more reason to love yourself even more, and to appreciate God's generous blessings to you."

Boleh dapatkan buku ini di Iman Shoppe


Sunday, April 26, 2020

The Good Life Podcast


Salam Ramadhan dan salam PKP hari ke-40..

Aku baru berjinak-jinak menggunakan apps Spotify tetapi hanya di laptop sahaja apabila menggunakan Wifi. Salah satu ciri yang best tang Spotify ni ialah adanya Podcasts. Kalau ikut Cambridge English Dictionary, maksud podcast ialah:

- a radio programme that is stored in a digital form that you can download from the internet and play on a computer or on an MP3 player

Kalau ikut aku punya definition, podcasts is a good way to listen something which is very beneficial to us. Serabut nak dengar radio masa-masa PKP ni terutamanya bila Work from Home . Jadi, Podcasts ialah alternatif terbaik yang menenangkan. Terutamanya ketika bulan Ramadhan di mana kita inginkan pengisian jiwa yang mampu buat kita muhasabah diri.

Sebab dekat Spotify ni macam-macam podcasts ada ikut kegemaran masing-masing. Aku banyak follow Podcasts yang berkaitan agama, motivasi dan inspirasi. Cumanya, podcasts yang dalam bahasa Malaysia masih belum banyak. Jadi, marilah tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan dengar podcasts dalam English.

Bagi yang mungkin bimbang tak faham bahasa Inggeris tahap antarabangsa macam British, boleh follow podcasts dalam English yang berasal dari Singapura antaranya The Good Life Podcast. Podcast ini dikelolakan oleh Ustaz Mizi Wahid, penulis buku best-seller The Art of Letting God dan Call Upon You. 



Salah satu episod yang aku baru dengar dan sangat menyentuh rasa ialah temubual Ustaz Mizi dengan Lisa Surihani bertajuk Gratitude, Forgiveness and The Art of Letting Go. Lisa Surihani menceritakan bagaimana hubungannya dengan arwah ayahnya yang sangat rapat, titik mula beliau mendalami agama, mula memakai hijab, dan rasa kesyukurannya terhadap kebahagiaan yang dimilikinya selama ini.

Ada salah satu part yang aku terkesan dengan perbualan Ustaz Mizi dan Lisa yang banyak beritahu bertapa dia bersyukur atas segala kebahagiaan yang beliau kecapi sekarang seperti berikut:

Lisa: Especially the part where when you said Allah SWT is Most Forgiving. Even if to His servants, who are angry of themselves or having it trouble to forgive themselves, that's  why I'm unable to truly feel that sense of piece of tranquility in the heart over what happened to me. 

On one tangent,it let me to want  to learn about religion more, perhaps I should grab on to being grateful for great things that been happening so far. It's about moving forward with the great things that happening to me. 

Alhamdulillah, I have husband who loves me more than I love him. Alhamdulilah, I have 2 beautiful children. Alhamdulilah, I have my mum  staying with me who has been ever such a great support system ,still loving us, still mothering  us. Alhamdulilah, income ada jugak, bayangkan kalau takde income, maybe I would not be able to help with pay my kids education..

Ustaz Mizi: You just listing down all the things that you are grateful for. That's been such a wonderful episode. I think this probably the longest episode we have done. 

Jadi, boleh la follow podcasts ini. Banyak lagi podcast yang menarik dan inspired, mungkin akan post lagi dari semasa ke semasa.

Saturday, April 25, 2020

TBR Ramadhan List

Salam PKP hari ke-39..

What is TBR? A jargon or Bookish abbreviations, which is bookaholics can understand.






My TBR Ramadhan List as follows:
1.  A Thinking Person's Guide in Our Times by HRH Prince Ghazi bin Muhammad
2.  Seni Berfikir yang Hilang by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
3.  Nearness to You by Fadhilah Wahid
4. 40 Teknik Mendidik Gaya Rasulullah by Sheikh Muhammad Fattah Abu Ghuddah,  Translated by Dr Shuhadak Mahmud


Sunday, April 19, 2020

Black Dog : Being a Teacher



Salam PKP hari ke-33...

Jangan salah anggap dengan tajuknya yang mungkin membawa tanggapan genre thriller. Drama ini boleh dikira masuk dalam genre "slice of life" mengisahkan kerjaya seorang guru.

Seo Hyun-jin membawa watak seorang guru yang dilantik secara kontrak di sebuah sekolah swasta.Manakala, dia ditugaskan terus di bawah penyeliaan guru senior dibawakan oleh Ra Mi-ran.

Sebagai seorang guru, drama ini berjaya membawakan sisi pandang seorang guru secara terperinci.Tugas-tugas guru seperti pentadbiran selain mengajar turut diceritakan.Maknanya, bukan guru-guru di Malaysia sahaja dibebani tugas-tugas pentadbiran.Pelakon-pelakon drama ini juga berjaya membawa watak guru sehingga terasa yang mereka benar-benar seorang guru.

Sinopsis secara ringkas mengisahkan Ko Ha-neul yang dibawakan oleh Hyun-jin berjaya mendapat tempat menjadi guru secara kontrak selama setahun atau boleh dikatakan sebagai guru ganti di Daechi High School. Persaingan untuk menjadi guru di Korea sangat sengit hatta untuk menjadi guru kontrak sekalipun. 


Beliau banyak diajar oleh Park Sung-soon sebagai ketua College Advisory Group dan rakan-rakan dalam team nya, Do Yeon-woo dan Bae Myung-soo.Berada di dalam team yang perlu memastikan pelajar-pelajar dapat masuk ke universiti dalam kursus pilihan serta mengimbangi dengan tugas mengajar, kerenah rakan sejawat yang kadang kala memeningkan, semua ini menjadi kan Ha-neul matang dalam melalui proses menjadi seorang guru.

Di dalam drama ini menunjukkan secara jelas kerjaya guru bukanlah senang seperti yang disangka sesetengah pihak.Guru perlu menghadapi kerenah dan kehendak orang atasan iaitu pentadbir, rakan sejawat sesama guru, murid dan ibu bapa murid.4 golongan perlu dihadapi oleh guru ditambah pula kerja persiapan sebelum mengajar dan kerja-kerja pentadbiran yang lain. Itu realiti sebenarnya.

Recommended kdrama untuk semua guru yang mungkin rindukan suasana persekolahan semasa PKP ini dan juga kepada yang bukan guru untuk menyelami sisi sebenar kerjaya seorang guru.



Saturday, January 25, 2020

Letting Things Go



Salam mahabbah..
Video terbaru AA ini tentang bagaimana melepaskan rasa kepada masa lalu yang kita kesal.Yup, banyak perkara dalam hidup aku yang aku susah sangat nak move on.Ada sesetengahnya aku move on dengan rasa seolah-olah aku padamkan daripada kotak ingatan dan banyak lagi yang belum dan masih rasa terbuku di hati.

Beberapa point penting dalam video ini:

  • Stop running away and hiding from it.
  • Arm yourself with His words, and understand that truly everything happens for a reason.
  • Busy yourself with positive things.
  • But don't stand in your own way of happiness
  • And remember, "Allah intends for your ease, and does not intend for your hardship"  (Quran, 2:185)
Ada satu lagi point penting yang aku dapat ketika aku join kelas di AA Plus.Dalam salah satu kelas AA yang bertemakan positivity, salah satu kunci ialah letting things go, sama dengan video dia atas ni.Point penting yang aku dapat daripada kelas ini ialah:
  • Life just too short and too precious to keep insignificant things to heart.
  • Reassure yourself that Allah is in control, and is His wisdom, has also given us control too, so keep choosing you.
  • We need to learn easy-going. Don't take things personally or take things to heart. Forgive yourself, and forgive others.
p/s: Boleh tau lebih lanjut tentang AA Plus di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...