My Liberation Notes Korean Drama
Wednesday, May 11, 2022
Monday, February 14, 2022
Review When the Weather is Fine
Review K-Drama
Kalau anda inginkan drama yang slow-pace dan dijamu mata dengan sinematografi kawasan luar bandar yang menarik, anda mesti tonton drama ini. Vibe cerita ini pun rasa macam kita pun berada di musim sejuk sambil menghirup kopi memandang tepi tingkap, gitu..OST dan instrumental drama ini pun semua best, sesuai dengan latar musim sejuk tu.
Lakonan Park Min-young (Mok Hae-won) dan Seo Kang-joon (Im Eun-seob), cerita ini bermula dengan watak Mok Hae-won pulang ke kampungnya ketika musim sejuk akan bermula. Disebabkan lelah dengan kehidupan bandar, Hae-won pulang ke kampungnya dan menetap bersama ibu saudaranya.
Drama ini menarik bagi aku sebab menunjukkan kehidupan yang tenang di desa tanpa hiruk pikuk kota metropolitan seperti di Seoul.Watak Eun-seob pula mempunyai kedai buku kecil yang cantik dan cozy, Good Night Bookstore. Bertambah menarik, di kedai buku Eun-seob ini lah mereka wujudkan Kelab Buku yang akan berkumpul membincangkan pelbagai genre buku. Hae-won diajak menyertai Kelab Buku tersebut oleh rakan lama beliau, yang juga sekelas dengan Hae-won dan Eun-seob, iaitu Lee Jang-woo dipegang oleh Lee Jae-wook.Bagi peminat Kdrama yang juga bibliophile, pasti suka scene perbincangan Kelab Buku mereka ini.Banyak puisi dan cerita yang best aku dapat tahu daripada scene gathering Kelab Buku mereka ni.
Cerita ini juga mengisahkan bagaimana watak Hae-won dan Eun-seob ini berdamai dengan masa lalu.Masing-masing watak ini mempunyai cerita masa lalu yang membuatkan mereka agak sukar menempatkan diri dalam masyarakat dan lebih banyak menyendiri.Watak-watak sampingan dalam drama ini juga berjaya menambah rencah cerita ini seperti watak adik Eun-seob, ahli-ahli Kelab Buku daripada pelbagai peringkat usia, serta watak Jang-woo. Aku suka watak Lee Jae-wook dalam drama ini yang kecoh dan baik dengan kawan-kawannya, berbeza betul dengan watak Lee Jae-wook dalam Extraordinary You yang stress aje, haha..
Ahli Kelab Buku Good Night BookstoreKesimpulannya, jika anda inginkan drama bergenre slice of life, healing, sinematografi luar bandar yang cantik, dunia buku, kehidupan yang tenang, sila lah tonton drama ini, dan anda tidak akan menyesal.
Tuesday, August 17, 2021
Review Monthly Magazine Home
Review K-Drama
Drama ni boleh dikatakan kategori slice of life. Mengisahkan Na Young-won lakonan Jung So-min sebagai seorang editor. Watak penulis dan editor sesuai sungguh dengan So-min ni. Sebelum ni, dia pegang watak penulis dalam Because This is My First Life. Permulaan cerita, dia kena halau dari rumah sewa sebab ada orang beli bangunan tempat dia tinggal Dipendekkan cerita, dia pun baru kena buang kerja, kira sudah jatuh ditimpa tangga la.
Kemudian, kenalannya rekemen kerja kat syarikatnya. Young-won yang terdesak dan ketua editornya terdesak terima je Young-won ni kerja tanpa interview beria sangat. Rupanya, sebab bos mereka Yoo Ja-sung lakonan Kim Ji-suk seorang yang sangat cerewet, tak ada yang tahan kerja kat situ sebelum ni.Syarikat Young-won pergi interview ni syarikat majalah yang bertemakan dekorasi rumah dan hartanah. Dan Ja-sung ni rupanya ejen hartanah terkenal yang pakar bab-bab hartanah ni dan baru beli syarikat tu dan jadi CEO. Ja-sung ni juga yang beli rumah Young-won sebelum ni.
Disebabkan satu insiden, Ja-sung sewakan salah sebuah rumahnya kepada Young-won.Cekal betul watak Young-won dalam cerita ni. Ja-sung ni jugak ada channel Youtube sendiri bagi tips beli rumah dan urus kewangan. Young-won pun jadi semangat nak simpan duit untuk beli rumah sendiri.
Cantik pejabat majalah Monthly Magazine Home ni.Cerita ni sangat healing. Cerita tentang kehidupan di mana semua orang ada impian ada rumah sendiri.Watak-watak pekerja di syarikat Monthly Home pun ada karakter masing-masing. Confirm lepas tengok cerita ni, kita semua jadi semangat nak saving untuk ada rumah impian sendiri. Ilmu hartanah dan bagaimana memilih rumah untuk dibeli pun kita dapat dengan tengok cerita ni.
Thursday, March 11, 2021
Monday, February 15, 2021
Sunday, January 31, 2021
Like the First Day by Park Yong-ha, All In OST
Lama tak update blog ni, kali ni nak update sebab terdengar lagu ni dalam variety show New Journey to the West season 8. Ada game kena teka KDrama OST, sedap rupanya lagu ni. Pattern lagu zaman-zaman tu semua ala-ala melankolik dan merayu gitu, sezaman dengan Autumn in My Heart dan Winter Sonata.












































