Shafiq — Lelaki yang Tahu Menjaga Semua Orang, Kecuali Dirinya Sendiri
Ada satu ayat Haidar Hasanudin tentang Shafiq dalam video BTS Cinta Dalam Sekam yang pada mulanya kedengaran seperti deskripsi watak biasa.
Katanya, Shafiq seorang yang sangat bertanggungjawab dan mengambil berat keadaan sekeliling, tetapi situasi boleh membuatkan dia berubah menjadi seseorang yang bukan dirinya sendiri.
Selepas habis menonton drama ini, frasa “bukan dirinya sendiri” itu terasa lain pula. Sebab kita semua tahu apa yang akhirnya berlaku. Shafiq bukan sahaja berubah menjadi seseorang yang bukan dirinya sendiri.
Dia benar-benar hidup sebagai Imran.
Okay, Haidar. Itu deskripsi watak atau spoiler yang disorok dalam ayat? ๐
Tetapi semakin saya fikirkan semula perjalanan Shafiq, saya rasa perubahan itu sebenarnya bermula jauh sebelum dia mengambil identiti Imran.Shafiq menjadi “bukan dirinya sendiri” kerana terlalu lama menjadi versi paling default dirinya.
Dan default Shafiq cuma satu:
Jaga orang.
Bahasa cinta Shafiq cuma satu: jaga
Kalau diperhatikan, Shafiq bukan watak yang banyak bercakap tentang emosinya sendiri.
Dia lebih banyak melakukan sesuatu.
Ada masalah, dia selesaikan.Ada orang perlukan pertolongan, dia bantu. Laila dalam kesusahan, dia ada. Imran perlukan dia, dia jadi abang.Ada bahaya, dia fikir apa yang perlu dibuat dahulu.
Dan saya dengan adik yang menonton, Shafiq ni tak ada family ke? Sibuk sangat ke sana sini.๐คฃ๐คฃ
Mungkin sebab itu juga apabila Shafiq mencintai Laila, cinta itu keluar dalam bahasa yang paling dia faham:menjaga.
Dan saya rasa ini menjelaskan kenapa rejection Laila begitu sukar untuk dia terima.Bukan semata-mata kerana ego seorang lelaki yang cintanya ditolak.Bayangkan kalau sepanjang hidup, cara kita berkata aku sayang kau ialah dengan menjaga seseorang.
Kita tak pandai sangat berkata:
Aku perlukan kau.
Aku takut kehilangan kau.
Aku kecewa.
Aku cemburu.
Aku terluka.
Sebaliknya kita berkata:Biar aku uruskan. Dan hipotesis saya lagi, disebabkan dia sudah tiada family la, dia faham sayang=jaga. Dan dia tiada contoh family yang boleh dia nampak ada bahasa cinta/sayang lain selain jaga.
Kemudian suatu hari orang yang kita sayang berkata, secara asasnya: Aku tidak memilih kau.
Shafiq mungkin tidak mempunyai bahasa lain untuk memahami penolakan itu selain:Tak cukup lagi ke semua yang aku dah buat?Bukan bermaksud Laila berhutang cinta kepadanya. Tidak.
Tetapi dari sudut Shafiq, dia sudah memberikan bentuk cinta terbesar yang dia tahu.
Dan buat pertama kali, menjaga seseorang tidak cukup untuk membuatkan orang itu memilihnya.
Dia tak sempat pun patah hati dengan betul.
Di sinilah saya rasa pembacaan Shafiq sebagai sekadar “lelaki yang baran selepas perempuan pilih adiknya” menjadi terlalu mudah. Sebab lihat semula apa yang Shafiq buat selepas Laila tidak memilihnya.Dia tak sempat duduk menangisi nasib.
Laila baru sahaja menolaknya. Laila memilih Imran. Kemudian berlaku tragedi apabila Laila tidak sengaja menyebabkan kematian Sudin, abang iparnya yang mahu menjualnya.
Dan apa Shafiq buat?
Shafiq kembali kepada default mode.
Ada masalah.
Jadi dia cuba menyelesaikannya.
Malah dia keluar mencari kereta untuk membantu Imran dan Laila melarikan diri.
Ini lelaki yang baru sahaja mengetahui perempuan yang dicintainya memilih adiknya, tetapi apabila kedua-duanya berada dalam bahaya, tindak balas pertamanya masih:Aku kena tolong.
Aku be like, boleh je dia tak tolong kan, tapi naluri pertama dia ialah tetap tolong mereka.
Masalahnya, apabila dia kembali—
Imran dan Laila sudah pergi.
Tanpa menunggunya. Tanpa meninggalkan pesan. Dan saya rasa di sinilah kemarahan Shafiq perlu dibaca dengan lebih daripada satu emosi.
Ya, mungkin ada cemburu.
Ya, dia patah hati.
Tetapi mungkin ada juga sesuatu yang jauh lebih dalam:
Kenapa korang tak tunggu aku?
Kenapa korang tak beritahu aku?
Kenapa korang tak percaya aku akan bantu?
Dan mungkin soalan yang Shafiq sendiri tidak tahu bagaimana hendak tanyakan:
Kalau korang berdua tak perlukan aku, aku ni siapa?
Shafiq tahu bagaimana menjadi orang yang diperlukan
Saya rasa inilah perkara paling menyedihkan tentang Shafiq.
Dia tahu bagaimana hendak diperlukan.Tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak memerlukan orang lain.
Kita kena ingat juga bahawa Shafiq tidak benar-benar mempunyai sebuah keluarga atau “rumah” yang boleh dia pulang seperti orang lain.
Jadi menjaga orang bukan sekadar sifat baik Shafiq.
Ia mungkin sudah menjadi sebahagian daripada identitinya.
Aku berguna kerana aku boleh menjaga.
Sebab itu apabila berlaku krisis, dia sangat functional. Tetapi menjadi functional tidak sama dengan menjadi okay.Default mode dia tetap boleh bekerja dengan normal, tapi bila melibatkan Laila-Imran, emosinya dah mula kacau bilau dan terus dilabel baran oleh netizen.
Dan saya rasa sepanjang cerita, Shafiq hampir tidak pernah mempunyai ruang untuk memproses satu emosi sebelum masalah seterusnya datang.
Ditolak Laila.
Belum sempat proses.
Imran dan Laila lari.
Belum sempat proses.
Kemudian datang tragedi yang jauh lebih besar.
Imran mati.
Dan lebih buruk lagi, Imran mati selepas berpatah balik untuk menyelamatkan Shafiq.
Di sinilah seluruh dunia emosi Shafiq diterbalikkan.
Sepanjang hidupnya, Shafiq ialah orang yang menjaga.
Tetapi pada saat paling penting—
Imran kembali untuknya.
Dan Imran mati.
Kalau identiti paling asas Shafiq selama ini ialah:
Aku sepatutnya menjaga orang yang aku sayang,
bagaimana dia hendak hidup dengan hakikat bahawa:
orang yang aku sepatutnya jaga mati kerana kembali untuk aku?
Sebab itu saya semakin sukar membaca apa yang berlaku kepada Shafiq selepas itu sebagai kisah lelaki yang tidak boleh move on daripada cinta pertamanya.Laila memang sebahagian daripada lukanya.Tetapi Imran menyentuh sesuatu yang lebih dalam.
Imran menghancurkan identiti Shafiq sebagai penjaga.
Shafiq gagal menyelamatkan orang yang selama ini dia rasa bertanggungjawab untuk jaga.Dan kemudian dia melakukan sesuatu yang sangat tragik.Dia terus hidup.Tetapi bukan sepenuhnya sebagai Shafiq.
Saya rasa ini beza yang penting.
Selama bertahun-tahun selepas tragedi itu, Shafiq masih boleh meneruskan kehidupan.
Dia boleh menjaga orang.
Dia boleh membina keluarga.
Dia boleh menjadi ayah.
Dia boleh menjadi Uwan.
Dari luar, seseorang yang boleh terus menjalani hidup mungkin nampak seperti seseorang yang sudah selesai dengan masa lalunya.
Tetapi berfungsi bukan semestinya sembuh.
Shafiq sangat pandai melakukan perkara yang sama seperti sejak muda:
letakkan apa yang perlu dibuat di hadapan,
letakkan apa yang dia rasa di belakang.
Sebab itu saya tertarik dengan dua keadaan Uwan yang kita lihat pada usia tuanya.Apabila dia berada dalam keadaan tidak waras atau keliru, kita nampak kemarahan dan behaviour yang menyebabkan sesetengah penonton melihat Shafiq sebagai seorang yang baran.
Tetapi apabila Uwan waras?
Dia boleh bercakap dengan baik dengan anak dan cucunya.
Malah antara perkara yang difikirkannya ialah dia tidak mahu menjadi beban kepada mereka. Dan di episod 4:
"Ayah ni menyusahkan Man ke? "Ayah tak nak jadi beban" "Ayah bukan beban kami"๐ญ๐ญ
Literally Shafiq yang biasa menjaga tak nak jadi beban orang. Tetapi apabila fikirannya kembali jelas, naluri yang keluar masih sama: Jangan susahkan orang kerana aku.
Shafiq muda mahu menjaga orang.
Shafiq tua tidak mahu orang terpaksa menjaganya.
Bahasanya masih sama.
Sebab itu saya rasa tidak tepat untuk menjadikan “baran” sebagai pusat personaliti Shafiq.
Shafiq bukan manusia yang tidak mempunyai kemarahan.
Dia jelas boleh marah.
Tetapi marah bukan bahasa default Shafiq. Menjaga ialah bahasa defaultnya.
Dan sebab itu bilamana muncul klu pov anak-anak Uwan tentang perkahwinan Shafiq dan Amanda, ialah:
"Ayah jaga mama macam permaisuri"
Perkataan permaisuri literally bermaksud keputusan boleh diajak berbincang tapi masa sama dijaga dengan sepenuh hati.
"Ayah akan pastikan mama sentiasa cantik."
Word "pastikan" tu tersangat lah Shafiq. Kalau perhatikan dialog Shafiq bila sesiapa minta tolong ialah, "Saya janji, saya buat." Bukan macam "saya cuba, saya tengoklah dulu, ๐" bila pastikan bermakna benda tu kena ada effort berterusan dan berganda.
Saya puji writer menggunakan perkataan perbuatan konkrit yang penonton boleh visualkan dan disertai dengan kata penegas "pasti", auto di minda kita terbayang eh, takde orang lain boleh penuhi description ni kecuali Shafiq. Bermakna character continuity drama ni ditulis dengan baik di mana jarang dapat dilakukan dalam drama Melayu.
"Dan ketika mama sakit, ayah tak pernah tinggalkan mama, tak pernah". masa ni nada Shariman dah berubah sebak. Untuk seorang Shafiq yang hidupnya hanya kerja menguruskan kilang, untuk akhirnya berubah tidak meninggalkan isteri ketika sakit, tak kan tak faham lagi Amanda tu dah jadi cinta matinya oii netizen?๐, ok untuk fail cinta Shafiq-Amanda ni kena bukak post baru.๐
![]() |
| Perkataan "jaga" ni je la Shafiq reti guna untuk gambarkan jodoh=jaga.๐ |
![]() |
| Dan tanpa sedar doa jodoh dah ada depan mata.๐ |
Jadi, bila sebenarnya Shafiq menjadi “bukan dirinya sendiri”?
Mungkin bukan ketika dia mula dipanggil Imran. Mungkin jauh lebih awal.
Setiap kali Shafiq berkata: orang lain dahulu,sedikit demi sedikit dia meninggalkan dirinya sendiri di belakang.Dia tidak sempat menjadi lelaki yang patah hati kerana ada orang yang perlu diselamatkan.Dia tidak sempat menjadi abang yang terasa ditinggalkan kerana ada masalah yang perlu diselesaikan.Dia tidak sempat berkabung sebagai Shafiq kerana rasa bersalah terhadap Imran terlalu besar.
Dan akhirnya, lelaki yang sepanjang hidupnya begitu sibuk memastikan semua orang baik-baik sahaja itu tidak pernah benar-benar bertanya:
Shafiq sendiri baik-baik sahaja ke?
Dan ironinya, pengakhiran manis buat Shafiq yang sibuk menjaga semua orang semasa mudanya akhirnya dijaga dengan baik oleh anak-anak dan cucunya. Dan Amanda lah memberikan rumah dan keluarga kepadanya.
Mungkin sebab itu ayat Haidar dalam BTS tadi terasa jauh lebih berat selepas cerita tamat.
Shafiq memang akhirnya menjadi seseorang yang bukan dirinya sendiri.
Secara literal, dia menjadi Imran.
Tetapi secara emosi, mungkin Shafiq sudah lama kehilangan dirinya sebelum nama itu bertukar.
Kerana Shafiq tahu bagaimana menjaga semua orang.
Kecuali dirinya sendiri.



0 comments:
Post a Comment