Showing posts with label resensi buku. Show all posts
Showing posts with label resensi buku. Show all posts

Sunday, November 28, 2021

Review Perempuan dari Masa Lalu oleh Wafa Awla

Sudah lama, Malaysia tiada buku puisi yang menjadi best seller seperti ini. Bacalah, dan anda akan mengerti mengapa buku ini menjadi best seller. Puisi yang ditulis saudari Wafa Awla ada jiwa, dan mudah difahami oleh semua orang. Hal ini mungkin kerana coretan yang dinukilkan pernah dihadapi oleh semua orang dalam meniti usia kedewasaan.

Antara puisi kesukaan aku dalam buku ini ialah Monolog: Pagi, Ketika Seorang Lelaki dan Perempuan, Sebuah Kota dalam Dada, Monolog: Syurga ialah Rak Perpustakaan dan Seorang Perempuan dari Masa Lalu.Aku kongsikan sedikit bait-bait yang aku suka daripada buku ini:

- Monolog: Pagi

Ajaibnya pagi, ia selalu hadir sebagai sebuah petanda harapan masih lagi ada.

- Sebuah Kota dalam Dada

Di kotaku, hanya di kotaku, kami terlupa cara menjadi gembira

Kami bisu yang cuma mereka-reka bahagia.

- Monolog: Syurga ialah Rak Perpustakaan

Barangkali syurga akan seperti rak-rak buku penuh di perpustakaan.

Kata-kata berpesta berusaha menjarakkan kesunyian.


Boleh juga dengarkan bacaan puisi tersebut di Spotify:

 

 Tahniah kepada penerbitan @inibukujiwa kerana menerbitkan buku seumpama ini. Aku pasti akan mendapatkan buku puisi daripada Wafa Awla lagi selepas ini. πŸ˜ƒ

Tuesday, September 28, 2021

Review Coffee Sara

 


TAKDIR…

Bagi aku, perkataan ni yang menggerakkan jalan cerita Coffee, Sara. Semua watak dalam ni belajar menerima takdir masing-masing. Cuma, cara bagaimana, cepat atau lambat sangat bergantung kepada diri sendiri dan sokongan orang sekeliling. Walaupun watak dalam ni agak banyak, penulis bijak membuat kita tahu perbezaan karakter setiap watak tersebut tanpa kita keliru. Aku suka nama watak-watak dalam ni yang ringkas dan senang disebut; Adam, Sara, Kifli, Fazwan.

Pertama kali baca karya Ieya Sya , aku boleh habiskan satu malam sahaja.Novel ni genrenya misteri dan thriller. Ada isu tentang lucid dreamer dalam ni. Bagus penulis selitkan isu ni dalam novel, dapat jugak aku pengetahuan baru.Plot nya macam kita tengok drama yang thriller di mana penghujung setiap bab penulis bijak letakkan cliffhanger membuatkan kita akan terus membaca. Sedar-sedar dah jam 3 pagi.πŸ˜‚

Cara penulis menulis cerita macam aku rasa sedang tengok filem Hollywood. Cara watak-wataknya berdialog mengingatkan aku kepada filem rom-com Hollywood. Cuma, cadangan aku, penulis tambah sedikit apa-apa yang membuatkan latarnya ada nuansa tempatan.Ada juga disebut tapi bagi aku belum cukup. Contohnya, disebut menu makanan Malaysia atau latar tempat Malaysia yang popular seperti Langkawi dan Cameron Highland. Jika tidak, aku akan rasa macam baca novel Inggeris yang diterjemahkan.

Bagi aku yang dah lama sangat tak baca novel Melayu, sejak syarikat Jemari Seni tutup, yes, aku akan cari lagi novel Ieya Sya yang lain pulak. Cara penulisan beliau bagi aku ada identiti sendiri. Kudos kepada penulis.πŸ‘

Thursday, July 29, 2021

Review Kim Ji-yeong ( κΉ€μ§€μ˜) Lahir 1982

Selepas tonton filemnya, baru aku baca bukunya. Bagi aku, baik buku atau filem, keduanya mempunyai garapan terbaik dan tersendiri bagi menterjemah rasa Kim Ji-yeong.Boleh dapatkan buku ni dari @gadisbuku.Filem nya aku tonton di TVN Movies. Novelnya diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh penerbit Gramedia.Novel ni jadi kontroversi kat Korea sebab bawak isu feminisme kononnya. Bukan senang wanita nak survive dalam sistem patriarki di negara Asia khususnya.

Buku ini mengisahkan Kim Ji-yeong yang mula mengalami depression setelah melahirkan anak. Dia mula menjadi orang lain. Hal ini disedari oleh suaminya. Yang bagusnya, watak suami Ji-yeong sangat supportive supaya isterinya menjadi sihat seperti sedia kala. Dalam filem digambarkan jelas sikap suaminya yang menyokong setiap apa yang Ji-yeong buat.Dalam filem, Gong Yoo membawa watak suami Ji-yeong yang menggalakkan isterinya mendapatkan rawatan di hospital, menyusun temujanji dan menguruskan kerja rumah. Jika tidak kerana sokongan suami, mungkin depression Ji-yeong menjadi lagi parah.

Dilema wanita bermula sejak lahir, zaman sekolah, universiti, alam pekerjaan, dan bergelar isteri dan ibu digarap dengan baik menerusi monolog dalaman Kim Ji-yeong. Semua yang bergelar perempuan rasanya boleh relate dengan monolog dalaman Kim Ji-yeong. Diskriminasi antara pelajar lelaki dan perempuan di sekolah, diskriminasi terhadap pelajar universiti sewaktu untuk mendapatkan pekerjaan, sehinggalah wanita bekerjaya yang terpaksa mengimbangkan antara kerjaya dan tugas sebagai ibu.


Sentiasa ada tekanan pada setiap peringkat umur bagi wanita. Ditambah pula dengan sistem patriarki yang diamalkan di kebanyakan negara Asia menyebabkan wanita sentiasa tertekan untuk memenuhi jangkaan masyarakat. Di Korea lagi lah apabila tekanan wanita untuk melahirkan anak lelaki untuk membawa nama keluarga.Isu tentang diskriminasi gender ini nampaknya tak akan berkesudahan.

Persoalannya, adakah wanita akan terus membiarkan diri larut dalam jangkaan masyarakat atau berani bersuara dalam mempertahankan diri?

                                                               Review di ML Studios

Tuesday, July 27, 2021

Review Manikam Kalbu

 


Sungguh teruja membaca kisah dua zaman diceritakan dari sudut pandang seekor kucing. Zaman kesultanan Melayu Melaka membawakan kisah Manikam Kalbu, seorang hamba yang meminati ilmu busana. Garis masa menunjukkan transisi penduduk ketika itu di awal permulaan Islam di mana pakaian menutup aurat belum meresap dalam kalangan masyarakat.Banyak penggunaan bahasa Melayu lama dan istana digunakan tetapi jangan risau, ada glosari di bahagian belakang buku ini.

Manakala, zaman moden menceritakan Ziryab, seorang pelajar yang mengkhusus dalam jurusan jahitan di Sekolah Teknik.Dia seorang yang berminat dengan ilmu jahitan dan pakaian Melayu Islam walau dia seorang jejaka.Disebut semua jenis kain dan jahitan di dalam buku ini.Terjumpa la istilah jahitan kia, insang pari, kain cindai jantan, kain kasa dan pelbagai lagi.Teringat kenangan ketika belajar subjek Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Ekonomi Rumah Tangga ketika menengah rendah. 

Garapan yang menarik menggabungkan ilmu tentang busana Melayu serta sejarahnya. Dikaitkan pula dengan bagaimana kedatangan Islam membentuk kebudayaan Melayu itu sendiri dalam berpakaian. Falsafah penciptaan baju kurung dan baju Melayu disebut dengan jelas.Sungguh lah Melayu dan Islam itu berpisah tiada.

Thursday, April 8, 2021

Review Pendiam oleh Aiman Amri & Aqila Masri

 


Sekejap sahaja aku mampu menghabiskan bacaan buku ini dalam masa sehari. Perkara yang berkaitan dengan diri kita sudah tentunya mampu menarik pembaca membacanya tanpa berhenti. Kupasan secara asas perbezaan introvert,extovert dan ambivert melalui contoh kehidupan seharian membuatkan buku ini mudah difahami.

Jenis-jenis introvert dinyatakan dalam buku ini. Ada 4 jenis iaitu Introvert Sosial, Introvert Berfikir, Introvert Gementar dan Introvert Tenang.Aku rasa aku termasuk dalam campuran Introvert Berfikir dan Introvert Tenang.

Antara deskripsi karakter Introvert Tenang yang dinyatakan ialah:

"Mereka ini biasanya banyak berfikir, berimaginasi dan menganalisis. Mereka lebih seronok menggerakkan idea dan pemikiran (thought), berbanding bersuara (voice). Mereka tiada masalah untuk kekal bertenaga dalam persekitaran sosial orang ramai, tetapi akhirnya mereka akan tak banyak bercakap dan lebih banyak berfikir atau menganalisis."

Sementara itu, antara deskripsi karakter Introvert Tenang yang aku rasa tepat dengan diri aku:

"Setiap tindakan mereka, pasti dimulai dengan berfikir dahulu. Mereka mampu untuk tekan butang pause sebelum membuat sesuatu dan mencari cara terbaik untuk bersuara dan bertindak.Biasanya untuk mengenal mereka ini, jenis diam dan banyak mendengar pandangan orang dalam kumpulan dahulu, kemudian apabila mereka bersuara, akan tinggi peratusan untuk dipersetujui dan dikagumi dengan karisma mereka."

Ni yang orang sekeliling tak faham, aku ingat aku pelik jenis tak suka bagi pendapat antara yang terawal kalau dalam mesyuarat atau perbincangan. Bila aku dah dengar semua pendapat dan tak jumpa solusi, baru biasanya aku akan bagi pendapat hasil analisis aku sendiri. Rupanya memang wujud karakter sebegini.

Seperti kata penulis di akhir buku ini, "Tidak salah untuk menjadi diri sendiri malah itu yang sebaiknya. Usah lagi memakai topeng dan menipu diri. Mari berbangga dengan identiti sendiri. Kerana kita semua unik dan berbeza."

Boleh dapatkan buku ini di sini :Iman Shoppe

Monday, February 22, 2021

Review A Thinking Person's Guide to The Truly Happy Life

 


Mengenali buku ini melalui AA Plus @aaplus.co oleh @aidaazlin_  sebagai salah satu perbincangan Book of the Month. Buku ini ditulis oleh His Royal Higness Prince Ghazi bin Muhammad.

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian perbincangan, "Life" dan "Happiness". Penulis mengaitkan tujuan kita dihidupkan di muka bumi dan kaitannya bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia dan pastinya di akhirat sana.

Antara quotes yang aku suka daripada buku ini:

"Indeed,happiness, as we have seen,comes from the activity of getting or having.But giving as much as we can all the time in some way to someone or something that needs it can lead to happiness." 

- "From the Islamic point of view, the question 'why is life' is tantamount to asking 'why did God create human beings?'. (Az-Zariyat, 51:56)

-"All this is to say then that in order for people to be happy, society has to give people their fundamental rights.(life, religion, family and dignity, reason, property)".

- "Uninterrupted giving leads to happiness; the root of happiness is paradise; the root of paradise is divine beatitude; the root of divine beatitude is divine bliss, and divine bliss is inherent in God's perfection."

- "Happiness comes through giving our time, energy, acts, care, mercy, love, knowledge, possessions, wealth, health, and even our lives."

Buku yang akan menjadi bahan bacaan saya berulang kali semestinya sebagai muhasabah diri. Sangat bagus dijadikan permulaan bagi sesiapa yang mencari bahan bacaan motivasi diri dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami.

Thursday, February 18, 2021

Review Secebis Cinta Tihani karya Ednin

 


Salam mahabbah.

Semenjak Jemari Seni menamatkan operasi, aku dah jarang baca novel sebab dah terbiasa dengan gaya penulisan penulis-penulis JS. Cuma, ada beberapa penulis JS yang masih aktif terbitkan novel dengan syarikat lain dan juga terbit sendiri yang aku follow.Jadi, bila tahu Ednin terbitkan novel baharu, maka dengan pantas aku pm di facebook dan dapat beli dengan autograf penulis.

Seperti biasa cerita-cerita Ednin yang sebelum ini, cerita ini sangat manis tentang Tia dan Imar. Penceritaan oleh Ednin kali ini lebih lancar tanpa ada konflik yang terlalu menyerabutkan jalan cerita.Hal ini juga mungkin disebabkan watak Tia dan Imar yang sudah masuk 30-an jadi digambarkan mereka mampu menangani konflik hidup dengan lebih matang.

Ini kelebihan kebanyakan penulis-penulis kelahiran Jemari Seni, mereka mampu menulis cerita yang kita rasa watak-watak tersebut ada di sekeliling kita dan penceritaan mereka tidak terlalu drama seperti drama adaptasi pukul 7 malam,,oppss...

Jika anda inginkan cerita yang tidak stress tanpa konflik orang ketiga yang tidak berkesudahan, inilah novelnya.

p/s: kepada penulis @eforednin :Wujudkah kafe "Love Me, Please! dalam novel ini?

Penulis dah jawab dekat post den di ig, kafe tu imaginasi penulis je. Kan best kalau ada betul-betul kafe macam tu.



Saturday, February 13, 2021

Review About Love - Tere Liye

Salam mahabbah..

Tahun 2021 aku ada reading slump agak teruk di mana bulan Februari baru aku mulakan bacaan. Antara tips nak atasi reading slump ialah mulakan dengan bacaan agak ringan seperti buku puisi atau quotes. Maka, buku ni jadi pilihan aku untuk mulakan bacaan pada tahun 2021

Disebabkan ni buku quotes, tak ada la nak review sangat. Bagi sesiapa yang follow Tere Liye di media sosial seperti Facebook dan Instagram, akan tahu beliau akan selalu update kata-kata yang tajam dan menusuk kalbu.


Jadi, kata-kata dalam buku ini berkisar tentang cinta. Ada lagi 2 buku kata-kata beliau iaitu tentang kawan; About Friends dan tentang kehidupan; About Life.

Di sini, aku akan kongsikan beberapa quotes yang bagi aku agak menarik:

- Ajari aku untuk selalu memiliki hati yang cantik. Tidak peduli meski orang-orang tidak pernah sekali pun menyedari kecantikan hati tersebut.

- Jika dua orang benar-benar saling menyukai, itu bukan bererti mereka harus bersama saat ini juga. Tunggulah di waktu yang tepat, saat semua memang sudah siap, maka kebersamaan itu bisa jadi hadiah yang hebat untuk orang-orang yang bersabar.

-  Cinta itu macam musik yang indah. Bedanya, cinta sejati akan membuatmu tetap menari meskipun musiknya telah lama berhenti.

- Kata orang bijak, kita tidak pernah merasa lapar untuk dua hal. Satu, kerana jatuh cinta. Dua, karena kesedihan yang mendalam. Maka akan lebih menyakitkan akibatnya ketika kita mengalami jatuh cinta sekaligus kesedihan yang mendalam.

- Kekeliruan fatal dari orang yang jatuh cinta adalah: dia menginginkan cintanya berbalas, pengin tahu apakah seseorang itu juga suka atau tidak. Padahal sebenarnya, jatuh cinta itu sendiri sudah anugerah. Sudah spesial. Terlepas dari dibalas atau tidak, tahu atau tidak.

- Ketika kita sungguh menyayangi seserang, maka perasaan itu tidak hanya menetap di hati, tapi juga di bola mata kita. Itulah kenapa saat ada seseorang yang benar-benar mencintai orang lain, maka rasa cintanya terlihat dari bola matanya. Bola mata itu menatap seribu kali lebih indah.

Saturday, February 6, 2021

Review You Are Loved by Mizi Wahid


 " It has become harder to love ourselves each say, especially when all we see are perfectly curated posts of other people's happiness on social media."

Buku ketiga ustaz Mizi Wahid membawa kita menelusuri konsep kasih sayang dan kesan kepada kehidupan kita.Terutamanya bagi sesiapa yang selalu merasa rendah diri, terasa diri tidak disayangi dan diperlukan oleh orang sekeliling.Pendekatan penulis menggarap buku ini berjaya membuatkan sesiapa sahaja akan ada harapan bahawa ada yang menyayangi anda di luar sana.

7 Things to Remember When You Feel Broken, Left Out & Abandoned:

- You Were Created on Purpose

- Your Mistakes Don't Define You

- Somebody Out There Loves You for Who You Are

- Forgiveness Begins with The Self

- You Are Enough

- Never Attach Your Value to People and Things

- To Know You is to Love You, So Know Yourself

Pendekatan penulis dalam mengaitkan realiti kehidupan dengan realiti beragama terasa lancar dan membuatkan buku ini sesuai dibaca sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa. Itu kebolehan beliau menggarap karya-karya sebelum ini.

Di sini, saya kongsikan beberapa kata-kata menarik di dalam buku ini:

- Remember, Allah loves you more than you think, more than you feel. And His best rewards are saved for those who patiently persevere.

- Love is a critical for your mind and body as oxygen is. The more connected you are with love, the healthier you will be emotionally and physically.

- Friends, your knowledge and experiences will be the elements that enrich you.

Penulis mengakhiri buku ini dengan kata-kata yang healing dan menarik:

" You are enough. Enough to be loved and appreciated for who you are. And any improvements you make in your life gives you more reason to love yourself even more, and to appreciate God's generous blessings to you."

Boleh dapatkan buku ini di Iman Shoppe


Saturday, October 7, 2017

Review Pelukis Jalanan - Teme Abdullah

“Ia kekal dongeng..Jika engkau tidak mula berjalan..’’

Bila aku baca je kata-kata ni dekat kulit muka depan, memang aku rasa tak rugi beli buku ni.Buku ni dah keluar tahun lepas lagi, tapi aku selalu bertagak-tagak je nak beli walaupun buku ni dah bestseller.Tapi, minggu ni aku kerap rasa stress dan terus rasa nak cari apa-apa buku untuk naikkan balik semangat aku.

Tak salah la aku beli buku ni pada masa sekarang.Banyak quotes dalam ni yang aku suka.Antaranya ialah:
  • ·         “Sungguh, kadangkala kita perlu keluar dari ‘zon selesa’ untuk belajar bersyukur dan bercita-cita.Beruntunglah mereka yang Allah telah bantu untuk dijauhkan dari wabak terlampau selesa” -m/s 53. Aku memang boleh relate betul dengan quotes ini,sebab sekarang aku kira seorang diri tercampak kerja kat Senawang  dengan pekerjaan yang aku dulu tak nak sangat, tapi sekarang aku dah bergelar cikgu pun.Dengan housemate yang tak berapa mesra alam sangat, mula-mula aku kerja,sangat depress.Dengan kerja yang aku separuh hati tak berapa nak suka,memang keluar dari zon selesa betullah aku ni.                                                                                                
  •  ·         “Dia sedar ini merupakan ujian Allah untuknya.Dalam keadaan kesempitan wang,apa sahaja sanggup dilakukan oleh seseorang untuk mencari rezeki” –m/s 83. Ni pun aku rasa,lumrah baru kerja dengan gaji tak lah banyak mana, memang ada keinginan aku nak tambah pendapatan.Cuba-cuba nak belajar berniaga,tapi ada sesetengah perniagaan yang secara berjemaah ni,ada yang diajar kena overclaim produk,sungguh aku rasa tak selesa.Dan sekarang, aku selesa dengan kerja home tutor je.                                                                                                                                                               
  • ·         “Janganlah tengok periuk nasi orang lain untuk bandingkan dengan periuk nasi kau sendiri. Tapi, tengoklah periuk nasi orang lain untuk pastikan mereka ada cukup makanan. Bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan beri pada kita.Bantu orang lain.Kau akan jadi tenang.” –m/s 102                                                                                      
  • ·         “Kalau kalian punyai minat,fikirkan bagaimana cara untuk salurkannya ke jalan Allah.Asah minat itu setajam-tajamnya.Gunakan bakat itu untuk meraih redha Allah.Kalau tidak, kehebatan itu hanyalah debu yang tiada nilainya.”-m/s 196                                                                                                                                                              
  • ·         “Tangan ini.Mata ini.Semua ini anugerah Allah kepada hamba-Nya.Mana mungkin seorang hamba sanggup menggunakannya untuk mengundang murka Tuhannya.Itu derhaka”- m/s 202
Buku yang sangat bagus untuk inspirasi dan motivasi.Teme ni rahsiakan identitinya macam Hlovate. Beliau seorang arkitek.Kalau Matluthfi menyentuh kita dengan videonya, Teme ni menyentuh kita melalui lukisan dan tulisannya.Jarang jumpa orang boleh menulis sehingga kita tersentuh dan melukis dengan sangat baik.Sungguh aku cemburu dengan bakat yang dianugerahkan kepadanya.Nanti aku akan beli pulak sambungan buku ni,Arkitek Jalanan.

                                   Antara lukisan Teme yang menjadi popular selepas diupload ke                                                      Instagram.Boleh la follow instagram beliau Teme Abdullah.

Boleh dapatkan  buku Teme keluaran Iman Shoppe di sini, https://www.imanshoppe.com/products/pelukis-jalanan-by-teme-abdullah?_pos=2&_sid=f657bfe89&_ss=r&ref=k3rhjb5mbo

Saturday, September 30, 2017

Review Rooftop Rant - Hlovate

Salam mahabbah..

Aku baru habis tengok filem Bisik pada Langit (BPL).Mulanya rasa nak tengok sebab Beto Kusyairy yang berlakon.Lepas tu, banyak pula review dekat facebook mengatakan dah lama tak ada filem Melayu yang berkualiti macam ni.Tambah pulak,bila aku tahu Kabir Bhatia yang menjadi pengarah,lagi membara rasa nak pergi tengok cerita ni.Aku yang jenis tengok wayang dalam sekali je seumur hidup pun pergi lah tengok cerita ni dengan cikgu-cikgu sekolah aku.




Ok, apa pulak kaitan review novel Rooftop Rant karya Hlovate dengan filem ni.Persamaan tema tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.Masa tengok filem ni,terus aku teringat novel Hlovate yang ini.Dalam filem BPL ni, aku terkesan dengan watak Zaidi lakonan Beto, anak sulung yang redha terhadap nasib diri yang berkorban untuk adiknya Hajar sambung pelajaran ke luar negara.Cuma, kadang-kadang terlepas la perasaan yang dijeruknya selama ni pada ayahnya.Ada jugak watak Iqram, anak bongsu yang sering dibandingkan dengan Hajar sebab tak cemerlang dalam akademik.

Dalam banyak-banyak novel Hlovate, aku paling suka Rooftop Rant.Watak dalam novel ni tak sebanyak seperti dalam novel-novel Hlovate yang lain.Watak utama Jade dengan Trisy.Watak sampingan ada la kawan-kawan kartunis Jade, kawan Trisy dekat Matrik dengan Aberdeen, watak ibu bapa Jade dan Trisy,atuk,opah dan pak Su Trisy.Aku suka cara Hlovate begitu menumpukan kepada perkembangan karakter watak Jade dan Trisy. Teknik imbas kembali perbualan demi perbualan antara Jade dengan Trisy semasa di rooftop bagi aku sangat menyentuh rasa.

Jade in the middle, sering menjeruk rasa pabila dibandingkan dengan abang dan adiknya yang cemerlang di USM dan UM.Sama macam watak Iqram dalam BPL.Trisy yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya nakkan perhatian keluarga menjadikan Trisy seorang yang reserved dan antisocial.Kadang-kadang aku jadi takut nak kahwin,bina keluarga sendiri dan bila ada anak,aku takut aku jadi pilih kasih kat anak-anak aku.Macam yang Jade rasa.

“Live well or hell, you choose”. Kata-kata ini menggerakkan perjalanan cerita ini.Watak Jade dan Trisy yang masing-masing nakkan perhatian keluarga menjadikan mereka mudah memahami satu sama lain. “We live in same boat, but different cabin”..How I wish boleh jumpa seorang yang boleh dibuat kawan macam Jade.Kita akan lagi senang bercerita pabila orang yang mendengar itu mengalami rasa yang sama.Dan, aku tak jumpa lagi ‘Jade’ atau ‘Trisy’ dekat alam realiti ni.

Dan Hlovate berjaya buat aku terpesona dengan kerjaya Jade sebagai pelukis atau kartunis.Menarik untuk kita tahu tentang dunia komik.Lain dengan novel-novel Hlovate yang lain yang banyak cerita tentang kerjaya doktor dan jurutera sahaja.

                                       Lagu yang menjadi latar persahabatan Jade dan Trisy

Lontarkan..kalau tidak ia meracun..kongsikan..walau hanya pada awan-awan..

Dan mereka terus bercerita..sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa..

Thursday, December 8, 2016

Kampung





-    Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain. 
- Jangan cepat meletakkan hukum.Siapa tahu, dulu menjadi sebutan kerana perangainya,kemudian menjadi sebutan kerana kematiannya.
-  Cari sesuatu di ''kampung dunia' sebelum kita ke "kampung sana". Kita menyangka berada di atas dunia sudah cukup indah.Ada yang lebih indah.

Lepas habis aku baca novel ni, memang thumbs up aku bagi kat penulis.Genre dan gaya penulisan yang agak lain daripada novel-novel keluaran FIXI yang aku biasa baca.Latar kampung dengan masyarakat yang biasa menempuh kehidupan sehari-sehari berjaya digarap dengan penulis dengan penuh falsafah yang tersirat.Yang best sebab baca loghat utara.Malas nak review banyak, sila baca.Ada sesuatu yang kita akan dapat lepas baca novel ni.

Friday, September 30, 2016

Anomalis

Anomalis - Orang yang menyimpang daripada kebiasaan.


Dah lama tak review buku dalam blog ini.Buku ni aku beli masa Pesta Buku Selangor 2016 di SACC.Aku beli buku ni kat booth Iman Shoppe dengan buku Cakar Ayam Seorang Doktor.Buku ni terbitan Deen Prints.Sejujurnya, sebab aku beli buku ni disebabkan kulit buku yang tertera maksud anomalis.Lain daripada yang lain reka bentuk kulit buku ini.Terus terbayangkan kamus.

Dan sebab yang kedua, sebab ada kata pengantar daripada Saudari Sayidah Muizzah Kamarul Shukri, pengasas Legasi Oakheart, di kulit belakang buku ini.Aku memang kagum dengan penulisan beliau dan lantas aku beli buku ni walaupun tidak begitu mengenali penulis ini.

Dr Ariza Mohamed menulis catatan pengembaraannya ke pelbagai negara dan dianalisis secara objektif pengajaran yang dapat ditimba.Beliau tidak sekadar menceritakan tempat yang dilawati, malah sikap penduduk tempatan turut diperhati dan bagi aku, gaya penulisan sebegini memberi kelainan terhadap gaya penulisan travelog.Antara negara yang diceritakan dalam buku ini ialah Rusia, India, Mesir, Pakistan, dan Indonesia.

Bab yang paling aku suka apabila beliau pergi ke Deoband, India di sebuah madrasah terkenal di mana Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat juga pernah belajar di sana.Perpustakaan madrasah ini menempatkan ribuan manuskrip lama dalam pelbagai bidang.Semasa kunjungan beliau ke sana, perpustakaan dalam proses pengubahsuaian semula.

Gaya penulisan beliau lebih kepada nada menegur secara terus kepada pembaca tanpa menggunakan ayat kiasan yang berbunga-bunga.Bagus sebagai peringatan kepada kita agar tidak terus terleka.Catatan pengembaraan yang diselit ibrah sebegini perlu agar kita tidak terus terbuai dengan pengembaraan yang manis-manis sahaja.Setiap pengembaraan beliau, beliau tidak segan silu berdakwah kepada non-Muslim dan hal ini amat mengkagumkan.

Memang aku akan beli lagi buku beliau jika ada buku seterusnya selepas ini.

Tuesday, August 16, 2016

Diagnosis Seorang Doktor

Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: kaya, bergaya,glamour,rasa superior..Lupakan serta merta.Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dangkalnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa DIA.

Baca blurb buku DIAGNOSIS ni je dah mampu buat aku tak fikir panjang untuk beli buku ni.Buku ni aku beli pakai baucar buku.RM50 untuk 3 buah buku Dubook Press.Aku beli masa Kolej Pendeta Za'ba buat karnival kolej masa aku sem 6.Dah berzaman baca, baru nak buat review.

Buku DIAGNOSIS ni ditulis secara bersama oleh tiga orang doktor, Dr.Anwar Fazal, Dr Aizzat dan Dr Azzah.Kita dapat rasakan pengalaman yang diceritakan mereka dalam bergelumang dalam kesibukan hospital sehari-hari.Jujur,bukan mudah untuk menjadi seorang doktor.Perlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat.Dan, apapun seperti blurb buku ni, "Setiap DIAGNOSIS itu hakikatnya datang dari DIA.Doktor hanya perantara".Sehabis daya mana pun doktor berusaha, ALLAH jua menentukannya.

Seterusnya, buku Cakar Ayam Seorang Doktor.Buku ni aku tertarik disebabkan tajuk dan kulit bukunya.Kreatif betul pereka bentuk kulit buku ni.Buku ni diselenggara oleh Dr Fahd Razy,dan turut ditulis bersama dengan Dr Sharif Ahmad,Dr Onn Azli,Dr Kamarul Ariffin dan Cikpuan Jazlina Syahrul Cikpuan Jazlina ni seorang pakar pemakanan atau dietitician.

Jika nak dibandingkan dengan DIAGNOSIS, CASD lebih tersusun dan ada nada humor.Siap diselitkan beberapa info kesihatan.Rasa berilmu sikit seusai membacanya.Dan, aku lebih suka gaya penulisan dalam buku ni.Nampak sastera sangat tapi ada nada humor.Bukan senang nak cerita sesuatu benda yang berfakta dan serius dan pada masa yang sama diselitkan nada humor.Oh, mungkin aku lupa, yang penulis-penulis buku ni daripada Grup Karyawan Luar Negara.Jadi,darah penulis sudah tersedia dalam adrenalin mereka.

Penulisan Dr Sharif dan Fahd Razy lebih serius walau ada sedikit nada humor,mungkin kerana faktor pengalaman dan usia.Penulisan Dr Onn banyak berunsur nasihat dan motivasi kepada pelajar perubatan dan bagaimana menghadapi cabaran sebagai seorang doktor.Ditambah dengan ilmu tentang pemakanan oleh Cikpuan Jazlina, tidak rugi baca buku ni.

Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan.Sedikit senyum dan tawa.Teladan dan iktibar.Hati yang tersentuh.Semangat dan inspirasi.Cubit-cubit sikit.Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal.

Lepas baca kedua-dua buku ini,aku lebih menghargai dan cuba untuk memahami warga Kementerian Kesihatan keseluruhannya termasuklah doktor,pembantu pegawai perubatan,jururawat,ahli farmasi,juru x-ray,mak cik cleaner dan lain-lain yang aku tak ingat dah..

Sunday, June 19, 2016

Karya Syud

Dah lama aku nak buat entri khas tentang novel-novel Syud. Syud ni antara penulis terawal dengan Jemari Seni.Gaya penulisan Syud ni kalau aku nak gambarkan macam kalau kita masak tu secukup rasa.Tak terlebih masin ke manis ke atau tawar.Sedang-sedang sahaja.Gaya penulisan Syud sangat bersahaja, memang menggambarkan realiti kehidupan seharian dan itu membuatkan kita rasa dekat dengan novelnya.

Ok, jom kita tengok sepintas lalu novel-novelnya.

1. Tentang...Dhiya
Novel ni mengisahkan Azril Mustaufi dan Dhiya Nurlisa.Mula kenal sebab terpaksa satu kumpulan untuk subjek English di UTM Skudai. Oh ya, semua watak dalam novel Syud merupakan pelajar dan alumni UTM dan Syud ni memang anak Johor jadi memang latar tempat dalam novel-novelnya sekitar Johor dan ada sedikit di Lembah Kelang.Sebab ni novel pertama dengan JS, jadi cerita pasal kehidupan di universiti sebagai permulaan untuk Syud dikenali pembaca memang berjaya.

UPDATE 4/6/2023: Novel Tentang Dhiya versi cetakan semula oleh Manes Wordworks boleh dapatkan secara online di sini.




2. Untuk Awak Teja Aulia
Adil dan Aulia ni bersahabat baik sejak sekolah dan jiran satu taman.Tapi ye lah, lelaki dan perempuan mana boleh kawan baik, ada yang tergelincir.Jalan cerita yang klise macam ni bila Syud tulis, kita tak rasa sangat cliche tu, dan kita boleh terima.Satu lagi, Adil ni kawan baik dengan Azril, watak utama daripada novel sebelum ni. Geng depa ni ialah Azril, Adil, Pacai, Taufiq, dan Umar Hamka.Jadi, ada jugak la penampilan khas atau cameo gitu daripada Azril dalam novel ni.Novel-novel JS memang terkenal dengan cross over watak-watak macam ni.



3. Baju Melayu Hijau Serindit
Novel Syud paling nipis tapi yang banyak kali aku ulang.Kali ni cerita pasal Pacai pula.Pacai ni nama betulnya Firas.Kalau sebelum ni, watak hero heroin memang kenal secara natural, maksudnya atas nama rakan sekelas, jiran satu taman, kali ni watak Pacai ni terberkenan dengan Wardah yang telah dijumpa nya banyak kali secara kebetulan di mana-mana.Kalau ikut timeline dalam novel ni, macam Pacai yang kahwin last sekali dalam geng depa ni.



4. Tas Merah Jambu dalam antologi Kebun Mimpi
Yang ni pulak watak heroin, Nisa menyimpan perasaan pada Adif. Kawan-kawannya cuba beritahu Adif perasaan Nisa ni tapi tidak secara direct.Jenuh la Adif dan kawan-kawannya juga meneka siapakah gerangan orangnya.Suka sangat watak-watak kawan-kawan Adif dan Nisa yang menceriakan keadaan.Teringat masa zaman belajar aku kat UKM dulu.

Update 7/10/2018

5. Dia..dalam Ramai dalam antologi Tinta
Rasa macam setting drama Korea sangat..Fadli Ameeruddin atau Ameer atau Lee (panggilan Azril masa zaman sekolah), selalu terserempak dengan Sufiy Suraiya, seorang penulis novel kanak-kanak di JS.Masa tu Sufiy ni intern di bangunan yang sama dengan Lee.Habis intern, terus hilang jejak.Dan tak disangka-sangka, mereka jiran sebelah rumah dan sekampung,haha..Ada scene kononnya Ameer ni sampaikan ucapan melalui Sinar FM,,ok,ini lawak.
Yang best,watak Sufiy dan Ameer ni ulat buku dan Ameer confess kat Sufiy pun kt kedai buku.Azril dan Lisa ada buat cameo dalam cerita ni.Rupanya baru aku faham Lee yang disebut dalam novela 10 tu rupanya Ameer ni.Dan Firdaus, hero dalam Vignette,tu abang kepada bekas teman lelaki Sufiy.Di awal novel Vignette,ada diceritakan yang Firdaus dapat kad jemputan kahwin Sufiy dan Ameer.
(p/s: Aku baru beli Tinta asbab jualan selamat tinggal JS, tu sebab baru tau cerita Ameer-Sufiy ni dan baru update entri ni.Maka, lengkaplah senarai novel karya Syud yang aku ada.


Friday, May 20, 2016

Cerita Korea Kami....

Ini bukan lah cerita aku pergi ke Korea ke apa. Kali ni aku nak review sebuah buku yang menghimpunkan pengalaman 4 orang rakyat Malaysia yang pernah pergi dan tinggal di Korea Selatan.Terdapat catatan Ummu Hani Abu Hassan, penulis yang aku kagum cara penulisannya, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif dan Ahmad Fouad.

Buku ini hasil terbitan syarikat Inteam Publishing.Coretan pertama dimulakan dengan Ummu Hani bercerita tentang pengalamannya sedari mula menjejakkan kaki ke bumi Korea ini bersama keluarganya.Beliau menuntut ilmu di peringkat doktor falsafah di Hankuk University of Foreign Studies dalam bidang Sastera Bandingan (Melayu).Aku suka dengan ketabahan beliau yang memulakan hidup di bumi Sonata ini dengan pada permulaan tidak tahu langsung berbahasa Korea sehingga lah boleh bertutur sedikit demi sedikit.

Sebagai seorang penulis mapan, Ummu Hani berjaya menggarap dan menganalisis budaya masyarakat Korea sama ada yang baik atau yang buruk.Budaya yang baik seperti menghormati orang yang lebih tua, budaya integriti,budaya kerja rajin dan tidak kurang juga budaya Barat yang mula menular seperti pergaulan bebas diperincikan sebaiknya oleh beliau.Tak ada lah kita disajikan dengan cerita yang manis-manis sahaja tentang Korea.

Beralih kepada catatan kedua, puan Norhayati Abu Bakar selalu mengembara dan catatan dari sudut seorang pengembara sepertinya begitu mengesankan.Beliau juga memberi tips musim mana yang sesuai untuk melancong ke Korea Selatan dalam bab Empat Musim, Empat Pilihan.Catatan ketiga oleh Hanafi Sarif daripada kaca mata seorang pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Korea University.Beliau banyak menceritakan budaya sukan masyarakat Korea dan bagaimana survival pelajar Malaysia di perantauan.

Friday, January 16, 2015

Negeri 5 Menara

Salam alaik..

Dah lama rasanya aku tak buat resensi buku dalam blog ini.Pernah baca "Negeri 5 Menara"? Karya ini dihasilkan oleh A.Fuadi,mengisahkan seorang remaja,Alif Fikri dalam menjalani hari-hari kehidupannya sebagai seorang pelajar di Pondok Madani.Pondok Madani ini diiinspirasi daripada Pondok Gontor.Aku difahamkan ada juga pelajar Malaysia di sana.Mungkin kalau ada ibu bapa berminat menghantar anak belajar ke sini,boleh ikuti facebook Pondok Modern Darussalam Gontor.Pengalaman penulis yang bergelar pelajar di Pondok Gontor ini diceritakan melalui watak Alif dan rakan-rakannya.Novel ini juga telah diadaptasi ke filem,untuk mendapat gambaran lebih jelas,boleh tonton filem ini di youtube.


Seusai membaca novel ini,aku rasakan wahhhh!!..Aku sangat ingin bersekolah di tempat serupa ini!Disiplin yang diterapkan di pondok ini sangat kena dengan jiwa aku.Pondok ini bukan sekadar sekolah agama atau pesantren biasa yang hanya tempat belajar ilmu agama,malah lebih daripada itu.

Pelajar di sekolah ini diwajibkan bertutur bahasa Arab dan bahasa Inggeris sahaja,bahasa Indonesia dilarang sama sekali kecuali ketika cuti persekolahan.Malah,cara pengajaran bahasa asing di mana perlu menghafal setiap kali solat Subuh dan adanya penggerak bahasa(macam "pengawas" kut) menjadikan penguasaan bahasa Arab dan Inggeris tidak mustahil dicapai.Aku kadang-kadang malu dengan keupayaan diri yang masih kurang mampu bertutur bahasa Arab dengan baik,terutamanya apabila berdepan dengan pelajar dari negara Arab pabila berjumpa di fakulti.Padahal,hampir 10 tahun belajar bahasa Arab sejak sekolah menengah,apatah lagi mengambil jurusan bahasa Arab kini.

Aku juga suka kegiatan kokurikulum di pondok ini.Kegiatannya bukan biasa seperti yang terdapat di Malaysia,malah sangat luas.Boleh belajar muzik,teater,(dua-dua ni aku suka..hehe..),ada kelab debat,perpustakaan,Tahfizhul Quran,kewartawanan,silat,diskusi ilmiah,nasyid, sukan mencakupi semua jenis sukan.Wah,heaven! Memang tak kan rasa bosan sekolah macam ni kan..Bagi melatih kemahiran komunikasi  pula,aktiviti pidato bahasa Inggeris dan bahasa  Arab diwajibkan kepada semua pelajar mengikut giliran.

Last but not least,yang ni aku suka.Bagi pelajar tingkatan enam pula,mereka akan membuat satu persembahan berskala besar pada tahun terakhir persekolahan mereka dinamakan Six Class Show.Dalam persembahan ini,terangkum semua cabang seni,teater,muzik, dan nasyid.Aku usha-usha youtube,,perghh!! memang gempak,kalah show kat Istana Budaya.Siapa kata pelajar sekolah agama tak boleh terlibat dalam cabang seni,jika kena cara dan diberi peluang,lagi gempak pulak kan!


                                                          Tengok ni,gempak kan!


Kalau dah masjidnya besar ni,boleh bayang la berapa ramai pelajar pondok ni..

p/s:Novel ni aku suka baca pabila perlukan motivasi untuk belajar.

Thursday, May 22, 2014

Catatan Hati Oki Setiana Dewi

Siapa tidak kenal dengan Oki Setiana Dewi? Aktres dari Indonesia ini meledak naik namanya ekoran wataknya sebagai Anna Althafunnisa dalam filem mega, Ketika Cinta Bertasbih.Peribadinya yang berjilbab dan sederhana baik di dalam dan di luar filem menambat hati ramai wanita untuk menjadi muslimah sepertinya.Namun,untuk sampai di tahap kerjayanya sekarang,banyak onak duri telah ditempuhinya.Semua itu dinukilkan Oki dalam sebuah buku bertajuk ''Catatan Hati Oki Setiana Dewi''.

Oki pada asalnya tidak bertudung malah masa kecilnya dia sudah pun merasai dunia gemerlapan seorang artis.Sejak kecil,Oki sudah bergelar model malah pengacara di beberapa majlis hiburan sekitar Batam di kepulauan Riau,tempat asalnya.Namun,Oki juga merupakan seorang pelajar yang pintar,kehidupan artisnya sedikit pun tidak menjejaskan pelajarannya.Menginjak usia 16 tahun,iaitu ketika di SMA,Oki nekad berhijrah ke Jakarta seorang diri demi mengejar impiannnya mahu menjadi artis dan pada masa yang sama meneruskan persekolahan SMA nya di sana.

Permulaan ketika baru tinggal di Jakarta membuatkan Oki mengharungi hidupnya dengan penuh kepayahan.Oki yang belum berjilbab ketika itu kaget sebentar apabila melihat sekolah barunya itu dipenuhi pelajar-pelajar yang berpakaian seperti pelajar pesantren@sekolah agama.Walau bagaimanapun,Oki begitu bersungguh mengejar impiannya menjadi artis dengan menghadiri berpuluh-puluh uji bakat di merata syarikat produksi dan hasilnya dia terpilih membawakan beberapa watak dalam sinetron dan membintangi iklan.

Hidayah Allah mula menyapa apabila ibunya diserang sejenis penyakit kulit yang sangat kronik membuatkan Oki bernazar dan berniat untuk berjilbab dan mula mendekatkan diri kepada Allah.Dunia hiburan yang selama ini dipujanya ditinggalkan begitu sahaja dan saat namanya sedang naik,ujian Allah datang apabila menjadi rebutan para produser malah disuruh menanggalkan jilbabnya.Oki berjaya menepis dugaan itu lantas belajar semula ilmu agama dan giat belajar ilmu akademik sehingga diterima sebagai mahasiswa jurusan Sastera Belanda di Universiti Indonesia.

''Terkadang ada perasaan iri dan sedih yang menyelinap masuk di hatiku ketika kutemukan teman-teman yang sedari kecilnya memang sudah berjilbab di pesantren.Mereka memiliki akhlak yang baik di mataku.Aku merasa terlambat karena baru memulai mendekatiNya...''
''Namun seorang teman mengatakan, yang membuat tersadar betapa hidayah Allah itu sangatlah berharga, ''Kalau mereka lebih paham agama,itu hal yang biasa karena mereka tumbuh di lingkungan kondusif.Justru kalau mereka tak baik, itu yang patut dipertanyakan.Sementara kamu adalah orang yang luar biasa dan bahkan bisa lebih hebat dari mereka,karena semangatmu untuk menemukan Allah di tengah lingkungan yang tidak kondusif ini''

Saturday, August 31, 2013

What is your ANTHEM?

….saya dalam gelap..

…dan salah siapa kalau saya tak nampak.

..kenapa orang sekeliling hanya pandai bising..

…tapi tak pandai menghulur tangan..

Jangan pernah judge masa lampau orang lain.Mana mungkin kita tahu masa lampaunya itulah masa depan kita.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising dengan pada yang salah dan pincang,jika kita tak pernah singsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Ungkapan bermakna dari Hlovate kali ni boleh buat sesiapa yang pernah bersikap judgemental terhadap orang lain akan terasa punya…Kalau tak terasa jugak,memang kena benam kat paya belakang tu!

Novel Anthem ni memang bawa Hlovate-style yang biasa punya,iaitu seseorang yang pernah merasa zaman gelap ingin kembali merasa pencahayaan agung.Cuma,watak Dania Dashrin ini kembali kepada-NYA bertitik tolak daripada ‘kelemasan’ Dash yang bosan dengan expectation orang sekeliling terhadapnya selaku third-culture kid lalu membawanya untuk ‘define’ balik siapa dia sebenarnya. Kerja bapanya sebagai seorang diplomat bermula dari Belgium, Romania, Austria, Perancis,Amerika,India dan Turki membuatkan Dania tidak merasa dirinya ‘anak Malaysia’.



Dalam perjalanan untuk mencari definition tentang diri dialah membuatkan Dash ni berubah sedikit demi sedikit.Dan,sedikit demi sedikit,Dash mula membuang prinsip hidupnya sebelum ini bahawa dia berhak untuk menjadi dirinya sendiri tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat sekeliling.Dan akhirnya Dania Dashrin berubah ‘to be a Malay Muslim,not just a Malay ’.

Sungguh,bukan senang bagi seorang Dania Dashrin hendak mempraktikkan Islam di tengah-tengah keluarga yang hanya Islam hanya pada nama.Satu yang aku suka ialah apabila Hlovate membawa beberapa persoalan masyarakat yang dikaitkan dengan pemberontakan dalam diri Dash.Kerana bagi Dash,macam tak tally la dengan title Islam tapi,’kejap pakai tudung kejap tidak,paginya doa selamat,malamnya ada konsert’,semua hal ini membuatkan orang yang baru hendak mengenali Islam akan keliru.Pabila orang dah tak boleh beza yang mana budaya dan agama,itulah jadinya.

 Dan sebenarnya cukup ramai manusia yang spesies dengan ‘Dania Dashrin’ ni kat luar sana yang mata dah naik kelabu dengan pertembungan budaya dan agama.Maka,jadi tanggungjawab kita lah untuk menarik tangan mereka daripada terus kelemasan dan not be judgemental to them.Kerana setiap manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang berbeza,maka tak adil nak pukul rata semua orang untuk terus berubah ‘as in alim’ la.

Yang pasti aku suka setting tempat dalam novel ini ‘which is’ India.Huh,heaven!Memang rasa nak amek subjek Sejarah Tamadun Islam di India la sem 5 nanti!(Haha,padahal baru je nak masuk sem 3!)Dengan lagu-lagu Hindi lama zaman 60-an dan 70-an melatari latar penceritaan memang kena la dengan jiwa aku ni. Lagu Zindagi Ek Safar hai Suhana dalam filem Andaz 1971 tu pun sampai boleh terlibat dalam novel ni.Tak sangka pulak maksud lagu ni sangat deep.Pandai Hlovate quote lagu Hindi ye,,Hehe. Aku ingatkan Hlovate tak main lagu-lagu Hindi ni.Yang pastinya,lepas baca novel ni,aku dah masukkan India sebagai list negara yang Hlovate dah pernah pergi selepas Aberdeen,Scotland(yang ni sah-sah tempat belajar dia!), Indonesia (dlm Rooftop Rant dan Contengan Jalanan), dan Australia (dlm Versus dan Contengan Jalanan).



Ok,dah panjang aku melalut ni.Kalau nak tahu lebih lanjut,bolehlah dapatkan novel ni di kedai-kedai berdekatan anda!Kesimpulannya,jadikanlah our syahadah as our anthem kerana tanpa syahadah,hidup kita sebenarnya tak ada makna apa pun kat dunia ni.

p/s:Memang rasa nak cari buku Syahadatul Haq oleh Abu A’la Al-Maududi lepas baca Anthem ni.

Tuesday, July 9, 2013

24 Hours in the Life as a Muslim

‘’A person of faith orders his whole life according to the Qur'an and strives to apply carefully from day to day what he has read and learned in its verses. In everything he does from the moment he gets up in the morning until the time he falls asleep at night, he is intent on thinking, speaking and acting according to the teachings of the Qur'an. Allah shows in the Qur'an that this dedication dominates the whole life of a believer.’’(page 9)

Dan lagi….
But some people think that religion is composed of rituals limited to certain times—that life is divided into times for prayer and other times. They think about Allah and the afterlife only when they pray, fast, give sadaqah or go on the pilgrimage to Mecca. At other times they are engrossed in the business of the world. Life in this world is for them an unpleasant rush. Such people are almost totally divorced from the Qur'an and have their own personal goals in life, their own understanding of morality, their own world view and sense of values. The have no idea of what the teaching of the Qur'an really means. (page 9)

Zaapp! Memang terasa apabila baca perenggan kat atas ni.Kebanyakan daripada kita walaupun tak semua hanya memikirkan Islam apabila tiba ke sesetengah perkara seperti perkahwinan(tu pun telah dicampur dengan adat budaya hingga tak nampak beza) dan kematian.Kebanyakan kita juga tidak berusaha memahami ajaran Quran yang sebenarnya kerana jika kita memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian,insyaAllah kehidupan kita diberkati olehNya.

One of the basic differences between Muslims who live their lives according to the teachings of the Qur'an and those people who reject Allah is this: the wisdom Allah gives to those who use their conscience and stand in awe of the glory of Allah. (For a detailed discussion see Harun Yahya's True Wisdom Described in The Qur'an) Because of their wisdom, believers are immediately aware of the reason behind events that godless people and those unable to grasp the truth regard as meaningless happenstance.(page 14)

Itulah indahnya Islam apabila mengajar kita dalam segenap aspek kehidupan daripada sekecil-kecil perkara seperti cara beristinjak sehinggalah ke sebesar-sebesar perkara seperti mentadbir negara.Apabila kita menyedari yang kita memegang tanggungjawab sebagai seorang Muslim,seharusnya kita menjadikan seluruh kehidupan kita selama 24 jam sehari itu berpaksi kepada ajarannya yang telah termaktub di dalam Al-Quran.

24 Hours in The Life as A Muslim tulisan penulis tersohor Harun Yahya ini menyentuh kehidupan seharian kita sebagai seorang manusia dan tentunya mestilah berpaksikan identiti sebagai seorang Muslim bermula daripada kita bangun tidur pada siang hari sehinggalah menyentuh aspek hubungan sesama manusia.Seharusnya kita berusaha untuk menjadi Muslim dan Mukmin yang lebih baik dari hari ke hari agar kehidupan kita di dunia ini tidak sia-sia.

Bagi sesiapa yang ingin mula berjinak-jinak dengan karya Harun Yahya,buku ini sesuai sebagai bahan bacaan awal kerana gaya bahasanya yang mudah difahami. Jangan tak jadi baca pulak bila tengok ‘for 9 years and above’ tertera di kulit depannya.Untuk mencari ilmu,tak perlu malu kan?

Akhir kata,
Believers who follow the values described by Allah in the Qur'an and make them prevail over every moment of their lives will live in the best way. Allah announces good tidings to these believers in the following words(page 166):
It is not your wealth or your children that will bring you near to Us, only in the case of people who believe and act rightly; such people will have a double recompense for what they did. They will be safe from all harm in the High Halls of Paradise. (Surah Saba': 37)

Those who believe and do right actions and establish prayer and pay alms, will have their reward with their Lord. They will feel no fear and will know no sorrow. (Surat al-Baqara:277)

Those who fulfil Allah's contract and do not break their agreement; those who join what Allah has commanded to be joined and are afraid of their Lord and fear an evil Reckoning; those who are steadfast in seeking the face of their Lord, and establish prayer and give from the provision We have given them, secretly and openly, and stave off evil with good, it is they who will have the Ultimate Abode.(Surat ar-Ra'd: 20-22)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...