Showing posts with label pesta buku. Show all posts
Showing posts with label pesta buku. Show all posts

Sunday, April 30, 2017

PBAKL 2017

Salam PBAKL..

Disebabkan tahun lepas aku tak dapat pergi PBAKL yang diadakan di MAEPS Serdang, memang aku dah tanamkan azam dari awal tahun lagi nak pergi jugak tahun ni.Nasib la aku dapat kerja area Negeri Sembilan.Cuma yang tak berapa best, aku tercampak sorang-sorang kerja kat sini. Kata orang, tak ada teman suka duka la macam tu.Sorang pun sorang la.Nak pergi jugak punya pasal kan.Sebab biasanya aku berteman masa zaman UKM dulu dengan Syahirah Shofe.

Tapi, perancangan Allah itu lebih baik.Kawan lama aku masa sekolah rendah,Zurina sanggup turun dari Johor semata nak pergi PBAKL ni jugak.Maka, dia pun tumpang tidur rumah aku semalam dan pagi esoknya,29 April, kami gerak ke PWTC dengan KTM dari Senawang.Dan hasilnya ialah...

                                 Ini sebenarnya hasil belian di PWTC campur online sempena PBAKL.

Disebabkan Zurina ada hal lain nak kena gerak dari PWTC tengah hari itu, kami decide pergi booth Jemari Seni dulu.Habis diborongnya..haha..Aku paksa dia amek autograf Rodier walaupun pada mulanya malu-malu alah.Ye la,dah datang jauh-jauh rugi je kan kalau tak amek autograf.Aku tak beli dulu sebab nak tunggu adik aku yang baru habis praktikal kat Putrajaya datang lepas Zuhur.Novel JS tulisan Packy Siddique tu yang adik aku request, maka aku sebagai kakak mithali, layankan je la sambil fikir macam mana nak survive sementara tunggu gaji masuk bulan ni.

Maka,selepas Zurina beredar, dan sementara tunggu adik aku datang,aku pun jalan-jalan booth-booth yang berada di tingkat 2 dan 3.Aku pergi booth Komik M dan Skuad Misi, nak belikan Misi PT3 untuk adik bongsu ku yang amek PT3 tahun ni.Dan Alhamdulillah, rezeki aku, ada penulis komik tu, Nazry Salam.


Kemudian, aku pergi ke booth Puteh Press untuk dapatkan buku terbaru Matluthfi, Alegori Rumah Api.Buku terbaru tulisan Ustaz Hasrizal, Setia dengan Kebenaran aku rancang nak dapatkan di booth Iman Shoppe.Tapi, Ya Allah, ramainya umat dekat Iman Shoppe.Aku pun pergi ke booth The Wakaf Buku dan Alhamdulillah ada.Berpusing-pusing aku cari The Wakaf Buku ni kerana kedudukannya agak tersorok.Bagi sesiapa, nak wakafkan buku,boleh berhubung dengan The Wakaf Buku.

Dan rezeki aku jugak sejurus je adik aku sampai, penulis Ramlee Awang Murshid pun tiba.Pada mulanya, novel terbaru beliau, Anding Ayangan tak masuk dalam bajet aku bulan ni.Tapi, alang-alang penulisnya ada kan,maka lari lah bajet aku...haha..Dah lama aku nak amek gambar dengan RAM dan dapat autograf beliau.




Aku cadangkan sesiapa nak jumpa ramai penulis masa PBAKL, datang lah masa hujung minggu.Masa aku pergi ni, ada juga penulis terkenal dari Indonesia, Tere Liye.Fattah Amin pun ada..haha..Nasib baik aku tak minat.Booth Telaga Biru aku pergi dapatkan buku terbaru Ustaz Pahrol untuk ibuku.

Cuma, kelemahan PBAKL tahun ni bagi aku, pengunjung tak dapat pelan lantai syarikat-syarikat dalam bentuk hardcopies macam tahun-tahun sebelum ni.Jenuh la pengunjung nak menjenguk pelan yang besar gedabak tu bagi setiap aras.Kelebihannya, Sunway Putra Mall bersebelahan PWTC ni dah bukak, jadi, ada pilihan untuk menjamu selera.

Kesimpulannya, simpan lah duit dari sekarang untuk PBAKL tahun depan agar tak lari bajet macam aku dan boleh beli stok buku banyak-banyak.

Sunday, June 19, 2016

Karya Syud

Dah lama aku nak buat entri khas tentang novel-novel Syud. Syud ni antara penulis terawal dengan Jemari Seni.Gaya penulisan Syud ni kalau aku nak gambarkan macam kalau kita masak tu secukup rasa.Tak terlebih masin ke manis ke atau tawar.Sedang-sedang sahaja.Gaya penulisan Syud sangat bersahaja, memang menggambarkan realiti kehidupan seharian dan itu membuatkan kita rasa dekat dengan novelnya.

Ok, jom kita tengok sepintas lalu novel-novelnya.

1. Tentang...Dhiya
Novel ni mengisahkan Azril Mustaufi dan Dhiya Nurlisa.Mula kenal sebab terpaksa satu kumpulan untuk subjek English di UTM Skudai. Oh ya, semua watak dalam novel Syud merupakan pelajar dan alumni UTM dan Syud ni memang anak Johor jadi memang latar tempat dalam novel-novelnya sekitar Johor dan ada sedikit di Lembah Kelang.Sebab ni novel pertama dengan JS, jadi cerita pasal kehidupan di universiti sebagai permulaan untuk Syud dikenali pembaca memang berjaya.

UPDATE 4/6/2023: Novel Tentang Dhiya versi cetakan semula oleh Manes Wordworks boleh dapatkan secara online di sini.




2. Untuk Awak Teja Aulia
Adil dan Aulia ni bersahabat baik sejak sekolah dan jiran satu taman.Tapi ye lah, lelaki dan perempuan mana boleh kawan baik, ada yang tergelincir.Jalan cerita yang klise macam ni bila Syud tulis, kita tak rasa sangat cliche tu, dan kita boleh terima.Satu lagi, Adil ni kawan baik dengan Azril, watak utama daripada novel sebelum ni. Geng depa ni ialah Azril, Adil, Pacai, Taufiq, dan Umar Hamka.Jadi, ada jugak la penampilan khas atau cameo gitu daripada Azril dalam novel ni.Novel-novel JS memang terkenal dengan cross over watak-watak macam ni.



3. Baju Melayu Hijau Serindit
Novel Syud paling nipis tapi yang banyak kali aku ulang.Kali ni cerita pasal Pacai pula.Pacai ni nama betulnya Firas.Kalau sebelum ni, watak hero heroin memang kenal secara natural, maksudnya atas nama rakan sekelas, jiran satu taman, kali ni watak Pacai ni terberkenan dengan Wardah yang telah dijumpa nya banyak kali secara kebetulan di mana-mana.Kalau ikut timeline dalam novel ni, macam Pacai yang kahwin last sekali dalam geng depa ni.



4. Tas Merah Jambu dalam antologi Kebun Mimpi
Yang ni pulak watak heroin, Nisa menyimpan perasaan pada Adif. Kawan-kawannya cuba beritahu Adif perasaan Nisa ni tapi tidak secara direct.Jenuh la Adif dan kawan-kawannya juga meneka siapakah gerangan orangnya.Suka sangat watak-watak kawan-kawan Adif dan Nisa yang menceriakan keadaan.Teringat masa zaman belajar aku kat UKM dulu.

Update 7/10/2018

5. Dia..dalam Ramai dalam antologi Tinta
Rasa macam setting drama Korea sangat..Fadli Ameeruddin atau Ameer atau Lee (panggilan Azril masa zaman sekolah), selalu terserempak dengan Sufiy Suraiya, seorang penulis novel kanak-kanak di JS.Masa tu Sufiy ni intern di bangunan yang sama dengan Lee.Habis intern, terus hilang jejak.Dan tak disangka-sangka, mereka jiran sebelah rumah dan sekampung,haha..Ada scene kononnya Ameer ni sampaikan ucapan melalui Sinar FM,,ok,ini lawak.
Yang best,watak Sufiy dan Ameer ni ulat buku dan Ameer confess kat Sufiy pun kt kedai buku.Azril dan Lisa ada buat cameo dalam cerita ni.Rupanya baru aku faham Lee yang disebut dalam novela 10 tu rupanya Ameer ni.Dan Firdaus, hero dalam Vignette,tu abang kepada bekas teman lelaki Sufiy.Di awal novel Vignette,ada diceritakan yang Firdaus dapat kad jemputan kahwin Sufiy dan Ameer.
(p/s: Aku baru beli Tinta asbab jualan selamat tinggal JS, tu sebab baru tau cerita Ameer-Sufiy ni dan baru update entri ni.Maka, lengkaplah senarai novel karya Syud yang aku ada.


Thursday, April 30, 2015

PBAKL 2015

Pada 27 April lalu,aku dan geng biblioholic merangkap Kajaians juga,Syahirah Shofe,plan untuk pergi PBAKL 2015 bagi menghabiskan saki-baki baucar buku.Aku memang akan simpan baucer buku aku untuk ke PBAKL ni sebab biasanya diskaun lagi banyak dan pakej-pakej buku lagi menarik ditawarkan oleh kebanyakan penerbit.Aku ada 3 keping baucar lagi yang masih belum diguna...

Kami memutuskan untuk pergi pada hari Isnin kerana kurang sesak berbanding hujung minggu.Kalau pergi hujung minggu atau cuti umum,jawabnya lagi nampak orang daripada buku,,haha....Maka kami pun bergerak ke PWTC seawal jam 930 pagi dari UKM menggunakan KTM Komuter.

Nak dijadikan cerita,kami sampai sekitar jam 1100 pagi,kami pusing-pusing dulu,round kedua baru nak start beli.Bila sampai tingkat 2,rupanya-rupanya kumpulan Inteam dijadualkan buat persembahan dan ada slot tazkirah zuhur bersama Ustaz Don.Makanya,kami pun stop sekejap dan tengok persembahan depa..Lepas zuhur,baru mulakan operasi membeli-belah..

Maka,,inilah hasilnya..


Ok,dalam gambar ni hasil pancingan di pesta buku plus juga dengan hasil pancingan buku ku di tempat lain sebelum ini juga menggunakan baucar buku.

Risalah Pemuda Muslim oleh Dr Maszlee Malik dengan The Other Side of the Coin oleh Aiman Azlan dan Ameer Misran aku beli ketika pesta buku di UKM.Manakala segala terbitan DUBOOK Press iaitu Diagnosis,dan tulisan Zul Fikri Zamir iaiatu Masharakat Melawan Mahasiswa serta Sekolah Bukan Penjara,Universiti Bukan Kilang aku beli ketika karnival kolej Pendeta Za'ba di UKM.

Dan belian di PBAKL ialah:
    • Booth JS Adiwarna:Aku tertarik disebabkan ada pakej RM50 untuk 3 buah antologi cerpen.Harusla memang aku jadi tertarik untuk membelinya.Kalau harga asal,mahunya melayang hampir RM100.Maka,aku pun beli pakej ni dan dapat antologi cerpen Kerana Dia:Ratu Sehari,Cinta Pertama dan Kisah Cinta Seribu Wajah.
    • Booth ITBM:Aku memang dah decide awal-awal yang booth ni wajib pergi dengan Syahirah sebab susah dah nak beli buku-buku ITBM kalau bukan kat pesta buku.Syahirah borong buku-buku falsafah,manakala aku beli 3 buah buku setelah jenuh berfikir nak beli yang mana,,,haha..Rambang mata aku.Buku Falsafah Sejarah Ibnu Khaldun:Kajian Dasar Falsafah Ilmu Budaya oleh Muhsin Mahdi, Identiti Muslim Eropah menurut Tariq Ramadan terjemahan oleh Nor Faridah Mat Nong, dan karya klasik Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad.
    • Booth ImanShoppe:Yang ni pun aku dah aim awal-awal sebab aku nak beli buku Ilham Kembara hasil karya gabungan penulis Grup Karyawan Luar Negara(GKLN).Buku travelog yang memang aku target nak beli sebab pelbagai coretan dari pelbagai negara diketengahkan dalam buku ni.Dan,bagi mencukupkan baucar RM50, aku pun ambil buku Ikhwah Pakai Jeans karya Inche Gabbana.Aku memang follow blog APG ni dan buku ni dah memang lama nak beli.Aku juga beli komik Gangster karya HanzaArtz.
    • Booth KaryaSeni:Kat sini je aku pakai duit cash.Kebetulan,memang ada diskaun gila-gila.Aku pun beli novel Suami Yang Kubenci karya E-Man Sufi,harga asal RM20,jadi RM10.Novel ni pun dah lama aku nak beli,tapi tak terbeli..haha..Lepas tu,aku pun beli juga novel Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin.Aku beli sebab tak puas hati dengan ending dalam drama,pendek sangat part EL dengan Kyra Lydia dalam drama tu,,Novel ni harga asal RM30, jadi RM26.Disebabkan diskaun gila-gila ni la,membuatkan aku beli novel kat booth ni.Kalau tidak,mungkin tak beli..
    • Booth PTS:Aku cari komik Misi 4Flat karya Afiq dan Nazry bila aku tau komik ni memang akan launching masa PBAKL ni.Penangan siri komik MISI yang diperkenalkan oleh adik aku,memang aku terus beli Misi 4 Flat ni.Kenapalah Afiq dengan Nazry ni buat komik ni masa aku dah last sem kat UKM,huhu...Ni pun aku dapat diskaun,RM10 harga asalnya,selepas diskaun,jadi RM7.50.
Tahun ni mungkin tahun last aku pergi PBAKL ni,Setakat ni tak pernah miss pergi setiap tahun semenjak aku study kat UKM.Kecuali ditakdirkan aku sambung master atau kerja kat area Lembah Kelang,boleh la pergi lagi kan...



Kait-berkait akar beringin,
Di situlah banyak ular melata,
Nak ku pesan pada angin,
Sayangnya angin tak tahu berkata.

Sungguhkah tuan beli jerami, 
Kalau sungguh mana diannya,
Sungguhkah tuan cintakan kami,
Kalau sungguh mana tandanya.

P/S:Terima kasih Syahirah Shofe sebab sudi teman pi PBAKL tiap-tiap tahun..Hehe..

Sunday, May 5, 2013

Ronda-Ronda PBAKL 2013

Salam alaik!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Akhirnya,impian aku untuk menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 tercapai juga. Bukan sekali,tapi dua kali aku pergi,iaitu pada 28 April dan 3 Mei.Dan, inilah hasilnya!




Dan,paling menggembirakan aku dapat berjumpa dengan penulis yang tidak asing lagi,iaitu Hilal Asyraf.Siap amek autograf dan bergambar lagi.




Booth yang aku pergi booth Jemari Seni,Galeri Ilmu,PTS,Karangkraf,Karya Seni,Telaga Biru,Creative Enterprise(kat sini boleh dapatkan majalah Gila-Gila yang lama dengan harga RM1!) dan Hijjaz Productions.Kat booth Hijjaz sempat la beramah mesra dengan salah seorang anggotanya,Isman Nadim atau lebih dikenali kerana menggunakan nama Manis Helma dalam penulisan lirik lagu nasyid.

Oh, ya kat booth Institut Terjemahan Negara Malaysia(ITNM), masa 3 Mei tu ada bicara karya bersama Sabri Yunus dan U-Wei Haji Shaari bersama moderator yang tidak asing lagi,Sayed Munawar.


Ok,cukup-cukup la tu,cerita PBAKL kali ni.Sekarang masa untuk habiskan baca semua buku-buku yang dah dibeli tu.

Akhir kata,
''Bangsa membaca bangsa berjaya''

P/S:Ini 'entri'  blog ku yang ke-100!

Saturday, November 3, 2012

Aku dan Buku

Salam mahabbah kepada pembaca..

Kesibukan sebagai pelajar universiti kini memaksa aku melupakan seketika dunia 'blogging'.Pabila aku melihat entri di blog,tak sangka sudah sebulan lamanya aku tidak meletakkan entri baru di sini.Awal minggu bulan November ini barulah aku boleh menghela nafas lega sedikit sebanyak kerana banyak tugasan yang ditugaskan sudah pun dihantar.Ingat tak,aku pernah cerita dalam entri sebelum ini tentang keghairahan aku dengan buku,tak kiralah genre apa pun.

Dan keghairahan aku sangatlah membara apabila belajar di UKM ni.Sebagai IPTA yang bolehlah nak dikategorikan berada di area Lembah Kelang,sudah semestinya akses untuk ke pusat-pusat membeli-belah terkemuka sangatlah senang.Naik je KTM,anda boleh pergi ke mana-mana.Jika rakan-rakanku teruja nak ke Jalan TAR dan sewaktu dengannya,aku lagi teruja nak berkunjung ke MPH,Popular,Borders dan Kinokuniya.Baru je semalam aku pergi ke Ekspo Buku Islam di KL Sentral.Sangat best!Akhirnya,melayang lah duit aku hampir RM70.hehe..Hobi punya pasal kan!Mentang-mentanglah duit PTPTN baru masuk masa tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...