Showing posts with label teacher life. Show all posts
Showing posts with label teacher life. Show all posts

Saturday, May 2, 2020

Teaching Under Quarantine

Salam PKP hari ke-46



New Normal untuk guru-guru serata dunia untuk menjalankan pembelajaran 100% atas talian ketika ini. Menarik perkongsian seorang guru ni bagaimana untuk menghadapi semua ini dan merancang pembelajaran atas talian.

Antara luahan nya yang sangat aku setuju ialah pertama kali kita menghadapi sesuatu perkara yang kita tak tahu bila akan kesudahan pandemik ini berakhir. Guru perlu merancang bagaimana untuk memastikan pembelajaran secara atas talian ini berjalan dalam keadaan esok lusa tak akan pasti bila pun sekolah akan dibuka semula.

Aku juga dalam proses memikirkan dan belajar pelbagai medium untuk pembelajaran secara atas talian ini.Buat masa sekarang, platform utama yang aku gunakan ialah Google Classroom untuk memuat naik bahan-bahan pengajaran, dokumentasi tugasan pelajar,  dan penggredan markah quiz online.Manakala, medium Telegram aku gunakan untuk interaksi antara aku dan pelajar. 

Dan, the struggle is real sebab aku masih terawang-awang memikirkan pelajar ni faham atau tidak. Aku belum gunakan interaksi secara langsung menerusi Google Meet atau FB live memikirkan ada beberapa orang pelajar mempunyai kekangan tiada gajet seperti laptop atau telefon bimbit dan juga masalah ketiadaan internet.Bertabahlah semua guru di dunia dalam menghadapi kekangan-kekangan seperti ini.

Boleh follow podcast Teach Me, Teacher di Spotify Podcasts untuk lebih banyak episod menarik di sini.

Sunday, April 19, 2020

Black Dog : Being a Teacher



Salam PKP hari ke-33...

Jangan salah anggap dengan tajuknya yang mungkin membawa tanggapan genre thriller. Drama ini boleh dikira masuk dalam genre "slice of life" mengisahkan kerjaya seorang guru.

Seo Hyun-jin membawa watak seorang guru yang dilantik secara kontrak di sebuah sekolah swasta.Manakala, dia ditugaskan terus di bawah penyeliaan guru senior dibawakan oleh Ra Mi-ran.

Sebagai seorang guru, drama ini berjaya membawakan sisi pandang seorang guru secara terperinci.Tugas-tugas guru seperti pentadbiran selain mengajar turut diceritakan.Maknanya, bukan guru-guru di Malaysia sahaja dibebani tugas-tugas pentadbiran.Pelakon-pelakon drama ini juga berjaya membawa watak guru sehingga terasa yang mereka benar-benar seorang guru.

Sinopsis secara ringkas mengisahkan Ko Ha-neul yang dibawakan oleh Hyun-jin berjaya mendapat tempat menjadi guru secara kontrak selama setahun atau boleh dikatakan sebagai guru ganti di Daechi High School. Persaingan untuk menjadi guru di Korea sangat sengit hatta untuk menjadi guru kontrak sekalipun. 


Beliau banyak diajar oleh Park Sung-soon sebagai ketua College Advisory Group dan rakan-rakan dalam team nya, Do Yeon-woo dan Bae Myung-soo.Berada di dalam team yang perlu memastikan pelajar-pelajar dapat masuk ke universiti dalam kursus pilihan serta mengimbangi dengan tugas mengajar, kerenah rakan sejawat yang kadang kala memeningkan, semua ini menjadi kan Ha-neul matang dalam melalui proses menjadi seorang guru.

Di dalam drama ini menunjukkan secara jelas kerjaya guru bukanlah senang seperti yang disangka sesetengah pihak.Guru perlu menghadapi kerenah dan kehendak orang atasan iaitu pentadbir, rakan sejawat sesama guru, murid dan ibu bapa murid.4 golongan perlu dihadapi oleh guru ditambah pula kerja persiapan sebelum mengajar dan kerja-kerja pentadbiran yang lain. Itu realiti sebenarnya.

Recommended kdrama untuk semua guru yang mungkin rindukan suasana persekolahan semasa PKP ini dan juga kepada yang bukan guru untuk menyelami sisi sebenar kerjaya seorang guru.



Monday, April 6, 2020

PKP Hari ke-20



Sudah masuk hari ke-20 PKP di Malaysia. Haih, rindu pulak budak-budak IQKL ni.Manakan sama kelas online dengan face-to-face dengan budak-budak ni.

Saturday, April 4, 2020

PKP hari ke-18



Yeah, tak kan sama mengajar secara online yang peratus pelajar log in pun tak sampai separuh.Tapi, semua guru di seluruh dunia sekarang ini perlu nak atau tidak mengadakan pembelajaran secara online sepanjang PKP ini.Sekarang ni, aku selesa menggunakan platform Google Classroom untuk pembelajaran secara maya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...