Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012

Salam mahabbah..

Hari ni hari terakhir dalam kalendar 2012 Masihi.Begitu banyak perkara berlaku pada diriku pada tahun ini.Bermula dengan keriangan bercuti panjang di rumah(lepas habes peksa STPM),ba'da zalik dapat result STPM pulak(yang ni rasa mcm tak nak imbas kembali je),sehinggalah keriangan diriku melonjak kembali apabila mendapat tawaran ke UKM..So,here I am...

Perjalanan diriku sebagai penuntut ilmu di UKM mengubah perjalanan hidupku sehingga 360 darjah.Di sini aku belajar pelbagai ilmu baru tidak kiralah sama ada dari sudut akademik,kokurikulum,mahupun pergaulan bersama pelbagai lapisan masyarakat.Dan bila dah habis satu semester kat sini(walaupun final exam aku tak start lagi,kira dah hujung sem jugak lah kan!),aku akui aku begitu gembira di sini dan amat bersyukur kerana Allah mentakdirkan aku berada di sini.

Pengalaman bergelut dengan lautan buku di Perpustakaan Tun Seri Lanang,mempelajari pelbagai cabang ilmu baru di Fakulti Pengajian Islam(Akidah Islam,Akhlak dan Tasawuf,Fiqh Sirah,Penulisan Makalah Arab,Nahu wa Sarf,Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia),terlibat dalam menganjurkan Festival Seni UKM 2012(yang ni cheq  tak taula macam mana boleh terlibat..hehe),menjadi ahli Bulan Sabit Merah Malaysia(yang ni pun cheq tak tau nak habaq lagu mana cheq boleh jadi ahli,sebab macam bertentangan ja dengan personaliti cheq),dan last but  not least,aku menjadi ahli kelab debat bahasa Arab UKM..(yang debat ni memang minat,tak boleh nak kata apa dah,cuma dalam bahasa Arab it's something new for me)...Semua benda ni memang membuatkan hidupku di UKM menjadi lebih seronok...

Sebagai khulasahnya,doakan lah aku dapat menempuh peperiksaan akhir semester ni dengan tenang dan dapat pointer above 3.00..Juga selamat menempuh peperiksaan akhir semester juga buat rakan-rakan di IPT...(aku caye sek2 aku leh wat molek lake!)


P/S:Entri terakhir aku dalam tahun 2012 ni memang penuh dengan campuran BA dan BI,serta loghat utara dengan ganu,there's no point,saja-saja sebagai pengakhiran tahun 2012)...

Untuk renungan bersama..

Thursday, December 20, 2012

Dalam Sujud Cintaku


Munsyid : Abd Halim - Devotees
http://liriknasyid.com


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.


Tuesday, December 18, 2012

Musabaqah Widiyyah Almunazarah 2012

Salam mahabbah..Kali ni entri aku agak formal sikit..Menurut tajuk di atas,bermaksud pertandingan persahabatan debat bahasa Arab..Let's check out..

Pertandingan ini dianjurkan oleh pelajar tahun 1 USIM dan USIM menjemput UM,UKM,Darul Quran, dan KUIS untuk menyertai pertandingan ini.Syaratnya ialah peserta mestilah pelajar tahun 1 yang tidak pernah menyertai apatah lagi mewakili universiti masing-masing dalam debat bahasa Arab.Menjelang seminggu sebelum pertandingan iaitu 15 Disember 2012,YDP Kelab Debat Bahasa Arab UKM,saudara Mohamad Akmal Amali Bin Jamaluddin mengorak langkah mencari ahli-ahli baru kelab sebagai persiapan menghadapi pertandingan ini.

Dan aku pun saja-saja mendaftarkan diri untuk menyertai kelab debat ini dengan tujuan mahu meningkatkan skil kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab.Ramai juga rakanku dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam tahun 1 menyertai kelab ini dengan tujuan yang sama.Kami didedahkan dengan asas debat dan bagaimana menyusun ayat untuk berdebat dalam bahasa Arab.Barisan pendebat utama kami pada hari musabaqah tersebut ialah saudari Siti Aishah Hamzah,saudara Sheikh Ahmad Zahidi,saudara Emir Alhakim dan saudara Asrul.Dan ahli-ahli yang lain(macam akula) berperanan membantu mereka mencari isi-isi hujah untuk pertandingan.


Barisan pendebat utama UKM ketika pusingan ke-2

UM,lwn UKM ketika pusingan ke-2

Menjelang pertandingan,rombongan kami seramai 2 orang bertindak sebagai murabbi,4 orang pendebat utama,dan 5 orang penyokong(penyokong juga bertindak sebagai jurukamera,hehe) bergerak ke USIM seawal 9 pagi.Dan alhamdulillah,UKM mendapat tempat keempat daripada 6 pasukan yang bertanding dan turut layak ke separuh akhir.Dan hal ini merupakan hal di luar jangkaan kerana YDP Kelab kami hanya mensasarkan peringkat penyertaan sahaja.Berikut adalah laluan UKM hingga ke separuh akhir:



PERINGKAT
PESERTA
TAJUK
KEPUTUSAN
Pusingan Pertama
USIM B lwn UKM
1)    وَسَائِلُ الإِعْلَامِ تُسَاعِدُ عَلَى نَشرِالدعوة الإسلامية
Media massa membantu dalam penyebaran dakwah Islam

UKM
Pusingan Kedua
UM lwn UKM
مُشَارَكَةُ الشَّبَابِ فِي السِّيَاسَةِ الحِزبِيَّةِ ضَرُورَةٌ
Penyertaan pemuda dalam parti politik penting
UM
Separuh Akhir
USIM A lwn UKM
إِلغَاءُ شَهَادَةٌ مُتَوَسِّطَةٌ يُسَبِّبُ تَأَخَّرٍ الطَّلَبَة فِي الدِّرَاسَةِ
Pemansuhan PMR menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran
USIM A
Separuh Akhir
UM lwn DQ
DQ


Barisan pendebat utama UKM ketika separuh akhir

Akhirnya,pertandingan akhir menemukan team USIM A dan Darul Quran dengan tajuk 
استِخدَامُ الكَامِيرَاهَاتِ لِتُقَنِّصِ السُّرعَةِ فِي الشَّوَارِعِ ضَرُورَةٌ

Maksudnya,penggunaan kamera AES dalam menangkap salah laku memandu secara laju di jalan raya sangat penting.Dan team USIM A memenangi pertandingan akhir ini.Mestilah,tuan rumah lah katakan!
Pendebat Darul Quran ketika pusingan akhir

Pendebat USIM A ketika peringkat akhir

Apapun,syukran jazilan saya ucapkan banyak-banyak kepada pihak tuan rumah kerana layanan yang memuaskan kepada wakil UKM sepanjang pertandingan yang berlangsung sehari suntuk dari pagi hingga ke malam.Secara keseluruhannya,musabaqah ini berjaya memberi pendedahan mengenai konsep debat bahasa Arab yang sebenar kepada semua ahli-ahli kelab yang baru.

Akhir kata,.هيا نحب اللغة العربية


Ahli-ahli kelab debat bahasa Arab UKM bergambar selepas pertandingan...
P/S:Semua gambar diambil daripada fb YDP Kelab Debat,mohon dihalalkanlah hendaknya...

Monday, December 17, 2012

Maha Mendengar

Salam mahabbah..

First time dengar lagu ni kat radio NasyidFm.Memang menusuk kalbu..Malas tulis banyak-banyak,tengoklah sendiri ye..




Munsyid : Halim
http://liriknasyid.com


Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA

Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama

Ya ALLAH
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan

Ya ALLAH
ENGKAU Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH....

Tuesday, December 11, 2012

Apabila Iman Diuji...

Salam mahabbah dan ukhuwah semua..

Kali ni saya ingin kongsikan satu filem yang menjadi tugasan saya untuk diulas.Apa?Ulas filem jadik assignment?Jangan terkejut pulak.Memang lecturer course Pengajian Islam sekarang ni canggih-canggih pemikiran mereka dalam memerah idea untuk bagi tugasan kat kami.Kali ni bawah subjek Fiqh Sirah.Kami dikehendaki membuat ulasan tentang filem Mohammad,Messenger of God.Kalau search kat internet,filem ni jugak dipanggil dengan tajuk The Message dan The Story of Islam.Filem ni dah lama sangat diterbitkan,iaitu pada tahun 1976.Malas lah pulak,nak citer panjang-panjang,nak tahu lebih lanjut tentang filem ni,boleh tengok sini.

Filem ni secara keseluruhannya menceritakan tentang perjuangan dakwah Rasulullah sejak awal penyebaran Islam sehinggalah kewafatan baginda.Memang real jugaklah gambaran yang ditunjukkan dalam filem ni nak-nak bila 'part' suasana kota Mekkah ditunjukkan dengan adanya penyembahan berhala serta berlakunya jurang antara golongan bangsawan dan hamba.

Paling aku tak boleh tahan bila 'part' hamba-hamba diseksa oleh tuan mereka.Mungkin kita dah biasa dengar cerita Bilal hanya sebut 'Ahad,Ahad' je semasa dijemur di tengah panas di padang pasir dan ditindih batu besar di atasnya.Namun,bila digambarkan secara jelas dalam filem situasi tersebut,secara tak langsung memang la buat hatiku sebak.

Aku lantas terfikir,jika aku berada dalam keadaan sedemikian,mampukah aku bertahan dan mempertahankan akidah ku ini?Nauzubillah hi minzalik.Memang generasi yang terawal memeluk Islam begitu tabah mempertahankan akidah ini sehingga ke akhir nyawa mereka.Senario umat Islam yang berada di Malaysia berada di zon selesa yang sebenarnya.Kita belum pernah betul-betul berada dalam keadaan iman kita begitu teruji oleh musuh-musuh Islam.

Lagi satu aku suka tengok dialog sewaktu babak Ammar bercakap dengan ibu bapanya tentang dakwah baginda.Masa tu berhala sembahan di rumahnya terjatuh,lalu:

Yassir(bapa Ammar):Apa akan terjadi sekarang?Maafkan aku,ini salahku.Tuhan ini telah menjaga kita sepanjang hidup kita.

Ammar:Tapi dia terjatuh,dia tak mampu pun nak tolong diri sendiri.

Sumayya(ibu Ammar):Kamu telah dengar kata-kata apa?

Ammar:Tuhan sebenar tidak dapat dilihat.Bukannya diperbuat daripada tanah liat.

Sumayyah:Ibu risaukan kamu.Kamu mendengar orang-orang yang akan melukakan kamu.

Ammar:Tapi aku mendengar kepada Muhammad.

Yassir:Muhammad memang seorang yang pemurah,tapi dia menyebarkan pemikiran yang berbahaya.

Ammar:Pemikiran bahaya?? Bahawa tak seorang pun patut berlapar! Bahawa orang kaya tak patut menindas orang miskin! Bahawa orang gagah tak boleh menindas orang yang lemah! Inikah yang dikatakan bahaya? Orang perempuan tak sepatutnya dipaksa kahwin,dan berhak memilih! Baru malam ini baginda bersabda,hentikan menanam hidup-hidup bayi perempuan yang baru lahir!

Ok cukup-cukup lah tu ye.Boleh lah cari filem ni dan tengok.Banyak ibrah kita boleh dapat daripada filem ini.Bila lah agaknya Malaysia nak buat filem macam ni?

Kesimpulannya,jangan kita mudah berasa selesa dengan tahap keimanan kita selama ini.Seharusnya kita berusaha meningkatkan tahap keimanan kita dengan memperbanyakkan amal ibadah dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

P/S:Tugasan untuk subjek Nahu wa Sorof aku tak hantar lagi.Yang ni lagi best,sebab kene buat video berdasarkan mana-mana tajuk yang dah dipelajari.Camne? Canggih kan pemikiran pensyarah FPI ni?Nanti dah siap editing segala bagai,aku upload kat blog ni.



Wednesday, November 21, 2012

Kembara Hidup

Hayatilah lagu ini dalam kembara kita menuju ke akhirat yang kekal abadi..


Album : 
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan kepadaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

lagu&lirik: Syamer(Syam DeHearty)

Ilmu yang Bermanfaat

Salam mahabbah kepada pembaca..
Kali ni saya ingin kongsikan satu matan dalam kitab al-Hikam.Tahu tak apa itu kitab al-Hikam?Kitab ini dikarang oleh Syaikh Ibnu Athaillah as-Sakandari yang banyak membicarakan tentang akhlak dan ilmu tasawuf.Sangat bagus isi di dalamnya apabila membicarakan satu persatu perihal akhlak manusia.Contohnya, tentang mensyukuri nikmat,kepentingan cita-cita dan banyak lagi.Boleh dapatkan terjemahan kitab ini terbitan syarikat Telaga Biru karya Dr.Zulkifli Mohd al-Bakri,penceramah yang tidak asing lagi.

Sebenarnya,saya dikehendaki membicarakan salah satu matan dalam kitab ni sebagai salah satu tugasan bagi subjek Akhlak dan Tasawuf.Dan ku akui,hati aku banyak tersentuh apabila belajar subjek ni,aku rasa akhlak aku banyak sangat perlu dibaiki tak kiralah sama ada lahiriah atau batiniah.

Ni matan yang aku syarahkan ketika kelas tutorial subjek ni:

العلم النافع هو الذى ينبسط في الصدر شفاعه وينکشف به عن القلب قناعه


‘Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang memancarkan cahaya di dalam dada,dan menyingkap katupnya hati’’


Maksud matan ni lebih kurang macam ni la;

1.Ilmu yang bermanfaat seharusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah.Kalau sampai kita menjauhkan diri dengan Allah,maknanya mungkin ada salah silap kita sendiri dalam proses menuntut ilmu.Mungkin niat kita tak betul,jadi kena perbetulkan niat.Lainla belajar ilmu yang diharamkan contohnya ilmu sihir,memanglah menyebabkan kita jauh daripada Allah.

2.Ilmu yang bermanfaat juga seharusnya dapat memperbaiki akhlak kita.Maknanya kita aplikasikan apa yang kita belajar dan tahu dalam membentuk akhlak sesuai seorang Muslim. Sebab tu ada beza sebenarnya orang yang 'berakademik' dan orang yang 'berilmu'. Krisis nilai dalam kalangan remaja dan belia sekarang terutamanya pelajar IPT yang dikatakan hanya berilmu tetapi tidak berakhlak membuatkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap golongan ini untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara pada masa akan datang.

Golongan sebegini sepatutnya hanya ditakrifkan sebagai golongan akademik tetapi bukan golongan orang yang berilmu.

Kesimpulannya,betulkan niat kita sebagai pelajar dalam perjuangan menuntut ilmu agar ilmu yang ditimba bermanfaat kepada kita sebagai pemiliknya serta dapat dimanfaatkan kepada agama,bangsa dan negara.

''Ilmu lebih berharga daripada harta kerana ilmu yang akan menjaga pemiliknya,sedangkan harta kamulah yang mesti menjaganya.''

Saturday, November 3, 2012

Aku dan Buku

Salam mahabbah kepada pembaca..

Kesibukan sebagai pelajar universiti kini memaksa aku melupakan seketika dunia 'blogging'.Pabila aku melihat entri di blog,tak sangka sudah sebulan lamanya aku tidak meletakkan entri baru di sini.Awal minggu bulan November ini barulah aku boleh menghela nafas lega sedikit sebanyak kerana banyak tugasan yang ditugaskan sudah pun dihantar.Ingat tak,aku pernah cerita dalam entri sebelum ini tentang keghairahan aku dengan buku,tak kiralah genre apa pun.

Dan keghairahan aku sangatlah membara apabila belajar di UKM ni.Sebagai IPTA yang bolehlah nak dikategorikan berada di area Lembah Kelang,sudah semestinya akses untuk ke pusat-pusat membeli-belah terkemuka sangatlah senang.Naik je KTM,anda boleh pergi ke mana-mana.Jika rakan-rakanku teruja nak ke Jalan TAR dan sewaktu dengannya,aku lagi teruja nak berkunjung ke MPH,Popular,Borders dan Kinokuniya.Baru je semalam aku pergi ke Ekspo Buku Islam di KL Sentral.Sangat best!Akhirnya,melayang lah duit aku hampir RM70.hehe..Hobi punya pasal kan!Mentang-mentanglah duit PTPTN baru masuk masa tu.

Saturday, September 15, 2012

Bermulanya Era Baru!

Salam ukhuwah dan mahabbah..

Hampir dua minggu telah berlalu selepas selesai Minggu Mesra Pelajar UKM 2012.Ingatkan dah habis MMP bolehlah lega sikit,tapi tidak!Cabaran sebenar sebagai mahasiswa bermula selepas MMP.Pening jugaklah nak daftar dan gugur subjek masa minggu kedua plus daftar kelas tutorial.Biasalah masa ni semua nak kena ada geng,kalau boleh jadual kuliah dan kelas tutorial semua nak sama!Hehe..Biasalah budak tahun 1 kut!

Untuk fakulti aku(Fakulti Pengajian Islam=FPI), memang dah diingatkan oleh lecturer dan senior yang subjek kiteorang memang banyak untuk setiap sem.Lebih kurang 9@10 subjek gitu.Kena pandai manage masa nak study,kokurikulum,aktiviti kolej lagi,plus nak keluar jalan pergi KL la..Hehe..Setakat ni memang jadual kelas aku penuh hari Isnin sampai Jumaat dan hari-hari boleh dikatakan pukul 5 petang baru balik kecuali hari Jumaat ada satu kelas je.Boleh la rilek sikit..
Inilah FPI...

Namun,satu perkara yang selalu disebut dan diingatkan oleh ibu bapa kepada anak mereka yang baru menjejakkan kaki ke alam universiti bahawa JANGAN TERKENA KEJUTAN BUDAYA! Dah banyak contoh dah sebenarnya nak-nak kalau bab pelajar perempuan,malaslah nak cakap.Ada juga terdengar rungutan daripada rakan-rakan yang sudah biasa dalam biah sekolah agama merungut dengan suasana di sini.Ramai yang nak ke USIM sebenarnya sebab memikirkan pelajar USIM memang diambil daripada pelajar aliran agama.

Bagi aku,ALLAH KNOWS BETTER kenapa kita ditempatkan di sini.Ada hikmah yang tersembunyi yang mungkin kita tidak tahu.Inilah peluang kita menyebarkan dakwah terutama dalam kalangan pelajar non-Muslim di sini.Bagi rakan-rakan sefakulti denganku,keluarlah daripada kepompong selesa dan bukalah mata anda,bergaullah dengan rakan-rakan dari fakulti lain..Sesungguhnya,ilmu Allah itu luas!

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


Saturday, August 25, 2012

Ukhuwah Itu Manis 3


Salam mahabbah..Dah lama nak sambung entri tentang kawan-kawanku kat SMSSI,tapi tak buat-buat jugak..So,nilah sambungannya..

Nak tahu macam mana aku boleh tercampak kat bumi Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar,Mersing ni,boleh tengok entri ni..Aku rasa ukhuwah kat sini lebih erat mungkin sebab semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama.Ye la,balik asrama ke,pergi sekolah ke,muka-muka yang sama jugak yang kita jumpa..Walaupun 2 tahun je aku menuntut ilmu kat sini,tapi ukhuwah dengan kawan-kawan kat sini sangat terasa sampai sekarang.
·     

Thursday, August 23, 2012

Remaja dan Amalan Ziarah



Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada pembaca yang sudi membaca entri dan blog saya selama ini(ada ke orang baca blog ni?).

Kenapa saya kaitkan ziarah dan remaja?Selalunya,budaya ziarah-menziarahi ni memang disinonimkan dengan hari raya.Betul tak?Masa nilah kita jumpa sedara-mara yang tak selalu jumpa,kawan-kawan zaman sekolah,kawan sekampung dan kadang-kadang dari ceruk mana datang tiba-tiba rupanya ada pertalian darah dengan kita.

Walaupun aku lihat sambutan hari raya di Malaysia ni ada sikit terpesong dengan bermewah-mewahan sehingga tahap membazir,namun budaya ziarah-menziarahi ni antara amalan baik yang perlu dikekalkan.

Akhir-akhir ini,generasi tua kat kampung aku ada jugaklah membebel yang budak-budak muda sekarang ni dah kurang dah ziarah-ziarah ni.Tahunya,melekat depan TV je,takpun mengadap ‘facebook’.Kalau kat kampung aku,tak ketara sangat lagi lah kut senario ni.Tapi,pengalaman aku duduk kat bandar dulu,memang ketara sangat lah.

Cuma yang aku perasan,mana-mana aku pergi beraya sekarang ni(tak kira lah kampung ke,bandar ke,sama je),akan ada aku terperasan orang ‘online’ ‘facebook’ tak kira masa dan tempat.Ye la,sekarang ni kan banyak gajet@telefon pintar yang boleh online 24 jam kat mana-mana je.Tapi bagi aku, sangat ‘weird’ la nak ‘online’ jugak tengah-tengah ziarah kat rumah orang kan.Macam tak beradab je.Lagipun setahun sekali je kut,kita jumpa saudara-mara dan sahabat-sahabat kita.

Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Aisyah r.a:
‘Silaturahim,berjiran dengan baik,serta berakhlak baik semuanya itu memakmurkan kehidupan berumah tangga dan menambahkan umur.’

Budaya ziarah-menziarahi dalam Islam merupakan suatu ibadat yang mempunyai tempat tersendiri.Selain daripada mempertautkan hubungan silaturahim,ia juga dapat mendekatkan yang jauh serta menghilangkan perasaan syak wasangka sesame insan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
‘Ziarahilah terkadang-kadang nescaya akan menambahkan sayang.’
-Dipetik daripada Majalah Anis keluaran September 2010 tulisan Dr.Nik Yusri Musa,Pensyarah Pusat Pengajian Umum,UKM.

Namun begitu,dalam suasana berhari raya dengan saudara-mara,jangan lupa menjaga aurat dan batas pergaulan kita terutama bagi muslimah.Walaupun dengan saudara-mara,ada aurat dan batas yang perlu dijaga.Seringkali,persoalan ini dipandang remeh di musim perayaan. Yang aku perasan nak-nak masa nak bersalam-salaman, main redah je antara sepupu lelaki dan perempuan,ipar duai,mahupun bapa saudara dan anak saudara.Jangan cemari niat murni ketika berziarah dengan perkara yang boleh mendatangkan dosa.

Ayuh rakan-rakanku yang bergelar remaja,mari kita tautkan ukhuwah,hormati yang tua,bersopan dengan yang muda.Yang  jauh didekatkan,yang dekat dimesra-mesrakan!

Wednesday, August 15, 2012

9/10 Punca Rezeki


Salam mahabbah buat pembaca..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Pernah atau tidak kita bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan??Tak pernah terlintas kut di benak fikiran kita..Kalau zaman sekolah dulu,nak dengar kawan-kawan kita kata nak jadi ‘businessman’ bila disoal tentang cita-cita oleh guru,mesti susah kan! Tapi aku ada je sorang kawan aku dulu yang memang cita-cita dia nak jadi ‘businessman’..Bila disoal oleh guru tentang cita-citanya, dia jawab nak jadi ahli perniagaan makanan halal!Memang superb lah jawapan dia..Tu yang buat aku ingat sampai sekarang..Yang aku tahu sekarang, dia study bidang ekonomi kat salah sebuah IPTA..Dah dekat dah tu dengan bidang perniagaan..Moga cita-cita dia tercapai..Amin..

Aku terasa nak tulis pasal kerjaya ahli perniagaan ni sebab melihatkan fenomena kurangnya usahawan Bumiputera atau lebih tepatnya orang Islam terlibat dalam bidang perniagaan.Pernah tak kita berkehendakkan sesuatu barang atau produk,tetapi susah untuk mendapatkannya daripada orang Islam.Pilihan yang ada hanyalah usahawan bukan Islam.Memanglah tak salah berjual beli dengan orang buka Islam,namun aku percaya masih ramai yang lebih selesa berurus niaga dengan orang seagama.

Namun,sering terjadi timbul masalah juga berjual beli dengan orang Islam.Antaranya isu kebersihan,layanan yang kurang sopan terhadap pelanggan,penipuan sukatan dan timbangan,serta kekurangan stok terhadap produk yang dikehendaki oleh pelanggan.Hal beginilah membuatkan sesetengah golongan mencebik ketika diminta memberikan sokongan terhadap usahawan Islam.Hal ini juga memberikan imej yang buruk terhadap agama Islam.Rasulullah S.A.W telah memberikan contoh yang baik sebagai ahli perniagaan berjaya. Mengapa tidak kita mencontohinya??

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Sekarang ni aku dah mula membeli secara atas talian..Hehe..Secara ‘online’ lah...Dulu aku kurang yakin dengan transaksi atas talian ni.Ye la takut tak puas hati bila barang sudah dipos sebab tak dapat tengok ‘live’ sebelum beli..Sekarang ni aku yakin untuk jual beli buku dan tudung je secara ‘online.Aku  mula beli secara ‘online’ sebab susah nak dapatkan buku dan tudung yang aku nak kat kawasan tempat tinggal aku..Kalau buku mungkin tak akan timbul masalah tak puas hati,tapi masa nak beli tudung(aku pakai tudung bidang 60,susah nak cari tudung jenis ni) aku ‘survey’ dulu kat facebook dan google..Caranya cari website atau blog yang mempunyai ‘pageview’ yang tinggi serta banyak maklum balas dan komen yang memuaskan daripada pengunjung.

Fikir-fikir balik memang dapat pahala banyak orang berniaga ni nak-nak bila perkhidmatan atau produk yang dijual susah didapati,kira dah macam fardu kifayah dah.Jadi,bila seseorang berniaga benda yang orang nak tapi susah nak dapat,dah kira banyak pahala bagi dia sebab memudahkan urusan ramai orang..Contohnya aku,susah sangat nak cari orang jual tudung bidang 60 dan tudung labuh..Kalau ada pun,jenis yang jarang daripada kain bawal..Akhirnya,aku jumpa juga kat internet..Memang beliau telah memudahkan ramai muslimah yang tercari-cari tudung yang sesuai untuk menutup aurat..See,mesti dia dapat banyak pahala kan!

Akhir kata,
‘Seandainya kita tidak mampu melakukan walau sedikit kebaikan dan kesenangan kepada orang lain,berusahalah supaya kita tidak melakukan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.’

P/S:Sesiapa yang ingin membeli secara online tudung bidang 60 dan 50,boleh jenguk blog ni..Hijab for Muslimah..Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kualiti barangnya..

Monday, August 13, 2012

Ramadhan:Adat Budaya atau Tuntutan Agama?


Salam Ramadhan al-Mubarak separuh masa kedua..Kalau dalam sukan bola sepak,sekarang ni dah masa kecederaan pun..

Dalam masa-masa sekarang,aku cenderung memerhati perbezaan antara status-status lewat di facebook dan blog rakan-rakanku dan terdapat perbezaan ketara antara status remaja awal 13 tahun dan remaja sebaya aku iaitu awal 20-an..

Biasanya remaja awal 13 tahun akan bercerita tentang persiapan raya dan remaja sebaya aku akan bercerita tentang merebut ganjaran pahala sepuluh malam terakhir..See,ada perbezaan di situ..

Teringat masa kecil-kecil dulu,biasanya kita dimomokkan oleh ibu bapa supaya berpuasa dan dijanjikan ganjaran wang ringgit atau sesuatu barang yang diinginkan..Lepas tu,ayat yang popular ialah ‘kalau tak puasa,tak boleh raya..’hehe..

Maka,kita pun dipasakkan dengan anggapan bahawa kita puasa untuk mendapat ganjaran duniawi dan dimomokkan lebih dengan kemeriahan menyambut hari raya daripada merebut pahala membuat amal ibadah....Dan lazimnya orang ramai akan lebih memenuhi masjid HANYA untuk solat sunat hari raya Aidilfitri dan tidak pula berterusan kemeriahan masjid di waktu solat-solat fardu selepas itu..(ni pun peringatan untuk diri sendiri)

Sedar atau tidak,hari raya yang asalnya perlu diraikan dengan sederhana selaras tuntutan syarak sudah menjadi budaya yang bermewah-mewah dan dikomersialkan pula oleh pihak-pihak tertentu..
Namun,terdapat kecenderungan yang ketara dalam kalangan remaja seusia aku dalam menyambut bulan Ramadhan dalam kerangka menambah amal ibadah..Satu perkembangan yang menarik sebenarnya kerana ramai yang beroleh kesedaran ini(termasuklah aku..hehe) ketika usia sudah mencecah angka 20-an..Mungkin kerana sudah matang berfikir agaknya..

Memanglah Nabi ada bersabda yang mafhumnya ada amal ibadah yang kena dipaksa sehingga menjadi darah daging,tapi sampai bila kita nak biarkan kefahaman bulan Ramadhan di Malaysia yang sekian lama cenderung kepada adat budaya terus dipasakkan ke dalam pemikiran generasi muda kita..Wallahualam..

The Prophet(Sallahu Alaihe Wasalllam) also urged the Muslims to prepare for death and to take provisions for the Hereafter,He said: ‘Be in this world like a stranger,or a wayfarer’’ (By Bukhari)


Friday, July 27, 2012

CONTENGAN JALANAN...Bukan Sekadar Contengan..


Salam ukhuwah..Lama jugak rasanya tak ‘review’ buku di blog kesayangan aku ni.Jadi,sempena ‘atmosfera’ Ramadan sedang melanda umat Islam sekarang,aku rasa aku nak ‘review’ novel Contengan Jalanan(CJ) karya Hlovate.Eh,eh,,apa kena mengena novel ni dengan bulan Ramadan pulak?.Ha,tulah nak ‘review’ tu..

Novel ni aku baru beli sekitar hujung bulan 6 baru ni.Masa tu kat kedai buku,aku memang ‘target’ nak beli sebuah je novel sebab nak ‘spend’ duit tu benda lain.Hati aku masa tu berbelah bagi sama ada nak beli CJ atau satu lagi karya Hlovate,Versus.Walaupun otak aku ni menghantar isyarat supaya beli Versus,tapi hati dan tangan aku mengatakan sebaliknya.Maka,selamatlah novel CJ ni dibeli!

Sewaktu aku baru hendak masuk ke alam pembacaan novel ni,baru perasan muka depan dan muka belakangnya(muka belakang ke?),agak unik.Keluarga aku pun seronok je suka kat aku bila aku tengah baca novel ni.Anda mesti mulakan pembacaan dengan cerita Fend barulah cerita K2(baca=K square).Mula-mula ingatkan K2 ni pasal maths ke,yelah ada bunyi square lak kat situ.Rupa-rupanya K2 ni orang!
Betul kan unik muka depan dgn muka belakang buku ni..

‘The man that decided to change on the 12th dies on the 11th’.

Sunday, July 22, 2012

UPU..UKM

Salam mahabbah buat pembaca..Kali ni memang betul-betul berhabuk blog aku ni.Bayangkan dah hampir sebulan aku tak update blog ni..Dan perkara yang membuatkan aku kembali update entri di sini ialah aku ingin berkongsi berita gembira!Pada 13 Julai lalu,keputusan UPU bagi kemasukan sesi 2012/2013 pun diumumkan dan aku amat bersyukur kehadratNYA kerana aku antara insan terpilih ditawarkan tempat di universiti.


Nak cerita banyak-banyak pun malas,tengok je kat atas ni!

Mula-mula ada rasa terkilan jauh di sudut hati sebab aku harap dapat tawaran kursus undang-undang syariah UM sebab aku minat sangat law.Tapi,yang aku peliknya aku takdelah rasa terkilan sangat walaupun semasa mengisi UPU sebelum ni aku harap sangat dapat syariah law.Pilihan kedua aku iaitu syariah UKM pun tak 'pass' dan aku dapat pilihan ketiga.
Bila difikir-fikir aku rasa 'happy' je dapat 'course' ni kerana banyak sebab:
Pertama,sebab aku dapat UKM,aku pernah pergi lawatan ke UKM,tengok suasananya tenang je mungkin sebab di pinggir bandar.

Kedua,sebab aku minat sejarah kut sebab bunyi 'course' ni ada tamadun islam.

Ketiga,yuran UKM antara yang termurah.(tak tahulah betul ke tidak 'statement' aku ni)

Keempat,'course' aku ni TIGA TAHUN sahaja,'mostly' kawan-kawan aku dapat yang 4 tahun.Jadi,banyak sebab untuk aku gembira dengan takdir yang telah ditentukan.Ah,lupa satu lagi,my BFF pun dapat course yang sama dan Uni yang sama!

Tambahan pula, ada 4 orang(termasuk akulah) budak 'batch' aku yang dapat tawaran UKM.Lagi dua orang tu dapat 'course' Dakwah dan Kepimpinan.

Hehe,betullah Allah ada perancangan yang tersendiri buat hambaNya dan menjadi ujian buat kita samaada mahu bersyukur atau tidak di atas kehendakNya.

Akhir kalam,orang dah selalu cakap kata-kata ni,tapi aku nak ulang jugak, ''Kita hanya mampu merancang,ALLAH jua yang menentukan.''

P/S:Mengilham Harapan,Mencipta Masa Depan!(Slogan UKM)

Update 14/8/2012
Tahniah juga kepada rakan-rakan Tingkatan 6 2010/2011 SMKA Sheikh Abdul Malek yang berjaya mendapat tawaran IPTA..Perpisahan ini sekejap cuma dalam usaha menyebarkan dakwah di merata dunia...

Abdul Rahman-Pendidikan Jasmani-UPSI
Ahmad Azzamudin-Sains Sosial-UNIMAS
Mohd Faqih-Teknologi Komputer-UiTM
Mohd Zahireen-Antropologi dan Dakwah-UNISZA
Wan Muzhaffar-Dakwah dan Kepimpinan-UKM
Wan Nazrin Hanif-Dakwah dan Pengurusan Islam-USIM
Aida Sakinah-Dakwah-UNISZA
Amira Nadzirah-Pengurusan-UiTM
Noor Bahyah-Bahasa Arab dan Komunikasi-USIM
Nor Murni-Pengurusan Muamalat-UUM
Nur Afifah Hamizah-Dakwah dan Kepimpinan-UKM
Nur Izzati Atiema-Bahasa Arab-UPM
Nurul Amirah-Pendidikan Islam-UM
Radhiah-Bahasa Arab dan Komunikasi-USIM
Safiyyah-Teknologi Kreatif-UMK
Siti Aminah-Pengajian Arab dan Tamadun Islam-UKM
Wan Nabilah Atierah-Bahasa Arab dan Komunikasi-USIM

Saturday, June 30, 2012

Awaken by Maher Zain


We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn’t stop buying
We gave charity to the poor ’cause
We couldn’t stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we’re just lying
Oh

I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we’d bought
We went to London, Paris and Costa del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied
We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn’t have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat                                                     
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied
My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Oh
I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Lagu ni antara lagu yang terngiang-ngiang di telinga apabila aku membaca novel Contengan Jalanan karya Hlovate..tak tahulah kenapa..mungkin sebab titik persamaannya ialah hidup kita di atas dunia ni mesti ada tujuan iaitu kembali bertemu dengan Allah yang Maha Esa..dan semua amal kita akan dinilai di sana nanti..
Renung-renungkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...