Salam mahabbah..Dah lama nak sambung entri tentang
kawan-kawanku kat SMSSI,tapi tak buat-buat jugak..So,nilah sambungannya..
Nak tahu macam mana aku boleh tercampak kat bumi Sekolah
Menengah Sains Sultan Iskandar,Mersing ni,boleh tengok entri ni..Aku rasa
ukhuwah kat sini lebih erat mungkin sebab semua pelajar diwajibkan tinggal di
asrama.Ye la,balik asrama ke,pergi sekolah ke,muka-muka yang sama jugak yang
kita jumpa..Walaupun 2 tahun je aku menuntut ilmu kat sini,tapi ukhuwah dengan
kawan-kawan kat sini sangat terasa sampai sekarang.
- Rabiatul Adawiyah bt Mohamad-Wiwi.
Yang ni memang BFF sampai la ni.Masa aku
kenal dia kat SMKAJB takdelah rapat mane pun,just kenal gitu-gitu je.Tapi tu la
kan,takdir menentukan bahawa aku sekelas dengan Wiwi masa kat SMKAJB dan masih
sekelas juga mase baru pindah SMSSI masa form 4.Mase form 5 je,kami terpisah
gara-gara ‘ranking’ peperiksaan.Hehe.Dia bijak pandai dalam ‘science stream’
jika nak dibandingkan dengan aku.Dia agak sensitif jugak la,selalu jugak gaduh
dengan dia(mungkin sebab anak bongsu kut,hehe,asif Wiwi!),tapi dia macam jugak
Fit dengan Azni,tak takut-takut nak tegur aku jika aku ada buat salah.Tu baru
betul sahabat!Banyak perbezaan sifat dan perangai sebenarnya antara aku dengan
Wiwi,tapi tu la kan,perbezaan itu yang melengkapkan persahabatan kami.Aku suka
bincang pasal isu semasa dengan dia nak-nak isu sukan.Banyak-banyak
kawan,dengan dia aku boleh bincang pasal sukan,nak-nak badminton dan bola
sepak.Sangat rindu kan dia!Sekarang dia sedang merantau di bumi Perlembahan
Nil(Iskandariah,Mesir) dan bakal bergelar doktor lagi 3 atau 4
tahun..Hehe..Chaiyok Dr!
· Saidatul Masitah bt Mohd.Shahridin-Sai
· Saidatul Masitah bt Mohd.Shahridin-Sai
Ada jugak kawan kat SMSSI yang aku dapat
panggil Sai selepas aku berpisah dengan Saidatul Akmal yang aku tinggalkan kat
SMKAJB.Hehe..Die memang asal sekolah sini sejak form 1.Banyak-banyak pelajar
lama kat sini,aku memang boleh cam dia dengan cepat sebab dia sorang je pakai
tudung labuh.Peribadinya sangat baik.Aku tak pernah jumpa orang macam dia.Dia
sentiasa berbaik sangka dengan semua orang.Bagus ada kawan macam Sai
ni,peribadinya buat kita rasa nak jadi baik jugak.(aku ni nakal sikit,hehe).Cita-cita
dia nak jadi ustazah memang akan tercapai sebab sekarang dia belajar kat
Institut Pendidikan Guru(IPG) kat Batu Pahat pengkhususan Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab.
- Aminatulmunawwarah bt Mustafa Kamal-Moena
· Nadhirah Razanah bt Shahrol-Nad
Yang Nad ni aku tak tahulah macam mana
boleh rapat dengan dia.Dahla aku baru kenal dia masa kiteorang ada ‘camping’
kat Pulau Besar mase form 4 yang melibatkan 4 kelas masa tu.Aku baru tahu dia
tu ‘wujud’ mase tu(hehe..sori Nad).Sai yang kenalkan kiteorang kalau tak
silap.Best kawan dengan Nad sebab perangai gila-gila sikit kut.Satu lagi
persamaan kiteorang ialah sama-sama berasal dari kelas KAA sebelum tercampak
kat bumi Mersing ni.Firasat aku tentang dia dan firasat dia tentang aku sama
kuat dan tepat.Hehe.Dia pernah ‘target’ aku kena ‘cabutan bertuah’ kena buat
‘public speaking’ spontan masa perhimpunan setiap hari Selasa.Memang la ko
Nad!And then, aku ‘target’ dia dapat tawaran program Persijilan Tahfiz Darul
Quran-UIAM,tak dapatla dia cuti lama sangat lepas SPM sebab die kene daftar
awal bulan 1.Hehe.. Genius dia ni!Kalau tak,takkan dia dapat tawaran program
Persijilan Tahfiz Darul Quran-UIAM lepas SPM dulu.Habis je kat DQ,dia dapat
‘offer’ JPA untuk buat A-Level Medic kat INTEC Shah Alam.InsyaAllah,dia ‘fly’
gi Ireland tahun depan!Aja aja,fighting!
· Sofia Syafika bt Halim-Pia
Yang ni bangunan untuk area kelas menengah atas |
· Sofia Syafika bt Halim-Pia
Pia ni pun sama kes dengan Nad,aku tak tahu
bila masa lah aku boleh rapat dengan dia.Mungkin sebab banyak persamaan
kut.Kiteorang suka pergi mana-mana awal giler daripada budak-budak lain.Aku
jenis tak suka lambat-lambat,sama la dengan Pia.Lagi satu,orang lain mungkin
nampak Pia ni macam biasa je,mungkin sebab dia kelas Sains Tulen,bukan kelas Sains
Tulen Agama,tapi semua lagu nasyid dalam kepala dia.Aku pun terkejut!Aku rasa
aku banyak ‘improve’ English aku bila dengan Pia sebab Pia ni jenis ‘speaking’
sikit.Thanks Pia!Masa form 4,Pia berangan nak jadi ‘pilot’.Tapi tu la bukan
senang nak jadi ‘pilot’ kan,jadi aku pun ‘suggest’ kan la kami sama-sama amek
course ‘law’.Tapi,sekarang tinggal dia sorang je amek course ‘law’ kat UiTM
Shah Alam.Takpela,ada jugak dia meneruskan cita-cita aku yang tak
kesampaian.Hehe..
· Nur Ilham bt Haron-E-am
· Nur Ilham bt Haron-E-am
Aku start rapat dengan E-am sama masa aku
rapat dengan Pia.Start je tahun kami form 5,aku,Pia dan E-am boleh dikatakan ke
mana-mana sentiasa bersama la.Nak gi sekolah,dewan makan,surau,’outing’,semua
sama-sama.Dorm aku dengan Pia dan E-am setentang je.Jerit je sikit nama diorang,lepas tu
kiteorang gerak ke mana-mana bersama-sama.Sampaikan adik-adik junior aku dah
tahu dah bila ‘time’ diorang akan panggil aku.E-am pandai Maths dan Add
Maths.Aku dengan Pia memang lemah bab-bab Maths ni,so kiteorang banyak study
dengan E-am la.E-am sangat sabar melayan kerenah aku dan Pia yang agak
‘lampi’(lambat ‘pick up’) Maths ni.Syukran,E-am!Cita-cita dia nak jadi cikgu
Maths memang akan tercapai sebab sekarang dia amek degree Pendidikan mengkhusus
dalam Matematik kat UPSI.E-am ni sukakan semua benda berkaitan Jepun terutama
anime dan komik Jepun.Selalu jugaklah teman dia beli komik Jepun time keluar
‘outing’.Hehe.Padahal komik barang larangan!Tak hairanlah E-am best student
dalam subjek bahasa Jepun dari form 1 sampai form 4.
Ramai lagi kawan-kawan aku macam Hajar dengan Naim yang kaki
Hindustan macam aku,(hehe),Rahmah dengan Shikin yang ‘sweet’,Hanis seorang
ketua yang baik(banyak-banyak ketua yang aku pernah bekerja sama,Hanis adalah
yang terbaik sebab mengambil kira pendapat orang bawahan),Azie,Erin,Aiman,Ili,Mira,Julie,Diba,Wani,AnNabilah,Ziera,tak lupa juga ‘dormmate’ aku Husna,Yana,Neyney
dengan Nisa’.I owe you all big!
2 comments:
patut la..beruntung dapat jalinkan ukhwah kat mersing..teruskan penulisan..boleh keluarkan novel macam dr. siti..hihi..aq memang dari dulu sampai skrg salute giler kat mu sbb hebat bab sjrh..pengetahuan am kau aq rse boleh kalah PM n menteri2nye..yg penting kita akan tetap berhubung sampai bila2..
is that you,saidatul masitah?rasa macam mu je..sampai tahap buat novel tu taklah kot..imaginasi aku takdelah tinggi macam dr.siti..
Post a Comment