Tatkala menguliti helai demi helai madah sastera Arab yang menjadi antara muqarrar ku dalam kertas Bahasa Arab Kertas 2..aku terpandang satu prosa zaman Abbasiyah yang bertajuk 'Fi Wasfil Kitab' karya Al-Jahiz..Antara maksud prosa ini ialah menceritakan kegilaan penulis prosa ini terhadap buku atau kitab..banyak unsur tasybih(perumpamaan..sape yg belajar balaghah taulah apa maknanya ni) yang diumpamakan penulis bagi menggambarkan kegembiraannya tatkala menatap buku.
Bila menatap prosa ini,terasa yang prosa ini dutujukan juga kepadaku..
Aku akui aku jenis yang gila menatap buku tak kira lah apa genre sekalipun..serius, fiksyen,motivasi,novel,buku agama,komik,hatta buku resipi sekalipun..(hehe.)Minat ku dalam membaca ku kira faktor genetik main peranan jugak kut..abah ku minat baca suratkhabar dan buku agama..satu almari besar kat rumah je penuh dengan buku agama sejak dari kitab kuning yang dalam bahasa Arab sampaila buku agama versi moden keluaran PTS dan Telaga Biru..suratkhabar je dua jenis tiap-tiap hari beli..Berita Harian dan Utusan Malaysia..Ummiku pula minat baca novel,puisi dan cerpen..orang sastera la katakan.dan minat ku ini juga turut diikuti oleh adik-beradikku yang lain..biarlah depa baca komik ke,,janji baca gak..biasanya faktor umur yang menentukan jenis genre buku yang dibaca oleh seseorang..Habis je periksa STPM, aku akan beli sebanyak mungkin buku untuk mengisi masa lapangku,..sesiapa yang pencinta buku pasti bersetuju dengan saya bahawa bau buku umpama bau perfume Ambi Pur (bunyi hiperbola sikitlah) betapa nak tunjukkan taksubnya terhadap buku..
Antara genre buku yang saya pernah dan akan baca:
1.Novel cinta-Trilogi Tak Seindah Mimpi karya Sharifah Abu Salem dan macam-macam lagila keluaran Alaf 21..tak dilupa koleksi Yoyo keluaran Creative Enterprise,tapi semenjak meningkat tua ni selera dah kurang tuk baca novel-novel berbaur hedonis ni..
2.Novel islamik-Salju Sakinah,Bukan Yang Pertama,Tautan Hati,Sinergi,Denyut Kasih Medik dan macam-macam lagi..sekarang dalam proses mengumpul novel sebegini terutama novel Sebarkan Cintamu karya Fatimah Syarha antara novel yang dicanang sebagai sebuah novel tauhid yang harus dimiliki..bila baca novel islamik tak kan rasa rugi baca berulangkali.kadang-kadang aku berhenti baca di mana-mana muka surat yang terdapat isi tazkirah yang menyentuh hati.
3.Majalah-Zaman PMR dan SPM dulu baca Dewan Siswa dan Fokus SPM..dah meningkat tua ni cari bahan bacaan lain pulak..mujur terjumpa dengan Solusi..dalam Solusi ada semua ilmu.ilmu motivasi,kewangan,tauhid,sirah,fiqh,hadis,jinayah,keluarga, semuanya ada berbaloi dengan harga RM10..skang ni tengah nak cukupkan isu-isu yang lepas..
Majalah Gen-Q best gak tapi bagaimanapun Solusi lebih menyentuh jiwa..Gen-Q lebih sesuai kepada remaja awal belasan tahun
4.Kitab agama-Sedang cuba menghabiskan kitab La Tahzan karya Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni..setiap kata-katanya penuh hikmah dan motivasi berlandaskan syariat..lepas ni nak cari buku Sirah Nabawiyyah oleh Dr.Said Ramadhan al-Buti,ulama terkenal Syria.
Rumusannya,sebagai umat Islam wajiblah kita menjadikan Al-Quran bacaan harian kita kerana bahan bacaan lain tidak mampu menandingi ketinggian ilmu dalam Al-Quran..hobi hobi juga..jangan sampai meninggalkan ibadah
kanak-kanak ni nak baca Quran,kita?
0 comments:
Post a Comment