Tuesday, December 11, 2012

Apabila Iman Diuji...

Salam mahabbah dan ukhuwah semua..

Kali ni saya ingin kongsikan satu filem yang menjadi tugasan saya untuk diulas.Apa?Ulas filem jadik assignment?Jangan terkejut pulak.Memang lecturer course Pengajian Islam sekarang ni canggih-canggih pemikiran mereka dalam memerah idea untuk bagi tugasan kat kami.Kali ni bawah subjek Fiqh Sirah.Kami dikehendaki membuat ulasan tentang filem Mohammad,Messenger of God.Kalau search kat internet,filem ni jugak dipanggil dengan tajuk The Message dan The Story of Islam.Filem ni dah lama sangat diterbitkan,iaitu pada tahun 1976.Malas lah pulak,nak citer panjang-panjang,nak tahu lebih lanjut tentang filem ni,boleh tengok sini.

Filem ni secara keseluruhannya menceritakan tentang perjuangan dakwah Rasulullah sejak awal penyebaran Islam sehinggalah kewafatan baginda.Memang real jugaklah gambaran yang ditunjukkan dalam filem ni nak-nak bila 'part' suasana kota Mekkah ditunjukkan dengan adanya penyembahan berhala serta berlakunya jurang antara golongan bangsawan dan hamba.

Paling aku tak boleh tahan bila 'part' hamba-hamba diseksa oleh tuan mereka.Mungkin kita dah biasa dengar cerita Bilal hanya sebut 'Ahad,Ahad' je semasa dijemur di tengah panas di padang pasir dan ditindih batu besar di atasnya.Namun,bila digambarkan secara jelas dalam filem situasi tersebut,secara tak langsung memang la buat hatiku sebak.

Aku lantas terfikir,jika aku berada dalam keadaan sedemikian,mampukah aku bertahan dan mempertahankan akidah ku ini?Nauzubillah hi minzalik.Memang generasi yang terawal memeluk Islam begitu tabah mempertahankan akidah ini sehingga ke akhir nyawa mereka.Senario umat Islam yang berada di Malaysia berada di zon selesa yang sebenarnya.Kita belum pernah betul-betul berada dalam keadaan iman kita begitu teruji oleh musuh-musuh Islam.

Lagi satu aku suka tengok dialog sewaktu babak Ammar bercakap dengan ibu bapanya tentang dakwah baginda.Masa tu berhala sembahan di rumahnya terjatuh,lalu:

Yassir(bapa Ammar):Apa akan terjadi sekarang?Maafkan aku,ini salahku.Tuhan ini telah menjaga kita sepanjang hidup kita.

Ammar:Tapi dia terjatuh,dia tak mampu pun nak tolong diri sendiri.

Sumayya(ibu Ammar):Kamu telah dengar kata-kata apa?

Ammar:Tuhan sebenar tidak dapat dilihat.Bukannya diperbuat daripada tanah liat.

Sumayyah:Ibu risaukan kamu.Kamu mendengar orang-orang yang akan melukakan kamu.

Ammar:Tapi aku mendengar kepada Muhammad.

Yassir:Muhammad memang seorang yang pemurah,tapi dia menyebarkan pemikiran yang berbahaya.

Ammar:Pemikiran bahaya?? Bahawa tak seorang pun patut berlapar! Bahawa orang kaya tak patut menindas orang miskin! Bahawa orang gagah tak boleh menindas orang yang lemah! Inikah yang dikatakan bahaya? Orang perempuan tak sepatutnya dipaksa kahwin,dan berhak memilih! Baru malam ini baginda bersabda,hentikan menanam hidup-hidup bayi perempuan yang baru lahir!

Ok cukup-cukup lah tu ye.Boleh lah cari filem ni dan tengok.Banyak ibrah kita boleh dapat daripada filem ini.Bila lah agaknya Malaysia nak buat filem macam ni?

Kesimpulannya,jangan kita mudah berasa selesa dengan tahap keimanan kita selama ini.Seharusnya kita berusaha meningkatkan tahap keimanan kita dengan memperbanyakkan amal ibadah dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

P/S:Tugasan untuk subjek Nahu wa Sorof aku tak hantar lagi.Yang ni lagi best,sebab kene buat video berdasarkan mana-mana tajuk yang dah dipelajari.Camne? Canggih kan pemikiran pensyarah FPI ni?Nanti dah siap editing segala bagai,aku upload kat blog ni.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...