Salam Ramadhan al-Mubarak separuh masa kedua..Kalau dalam
sukan bola sepak,sekarang ni dah masa kecederaan pun..
Dalam masa-masa sekarang,aku cenderung memerhati perbezaan
antara status-status lewat di facebook dan blog rakan-rakanku dan terdapat
perbezaan ketara antara status remaja awal 13 tahun dan remaja sebaya aku iaitu
awal 20-an..
Biasanya remaja awal 13 tahun akan bercerita tentang
persiapan raya dan remaja sebaya aku akan bercerita tentang merebut ganjaran
pahala sepuluh malam terakhir..See,ada perbezaan di situ..
Teringat masa kecil-kecil dulu,biasanya kita dimomokkan oleh
ibu bapa supaya berpuasa dan dijanjikan ganjaran wang ringgit atau sesuatu
barang yang diinginkan..Lepas tu,ayat yang popular ialah ‘kalau tak puasa,tak
boleh raya..’hehe..
Maka,kita pun dipasakkan dengan anggapan bahawa kita puasa
untuk mendapat ganjaran duniawi dan dimomokkan lebih dengan kemeriahan
menyambut hari raya daripada merebut pahala membuat amal ibadah....Dan lazimnya
orang ramai akan lebih memenuhi masjid HANYA untuk solat sunat hari raya
Aidilfitri dan tidak pula berterusan kemeriahan masjid di waktu solat-solat
fardu selepas itu..(ni pun peringatan untuk diri sendiri)
Sedar atau tidak,hari raya yang asalnya perlu diraikan dengan
sederhana selaras tuntutan syarak sudah menjadi budaya yang bermewah-mewah dan
dikomersialkan pula oleh pihak-pihak tertentu..
Namun,terdapat kecenderungan yang ketara dalam kalangan
remaja seusia aku dalam menyambut bulan Ramadhan dalam kerangka menambah amal
ibadah..Satu perkembangan yang menarik sebenarnya kerana ramai yang beroleh
kesedaran ini(termasuklah aku..hehe) ketika usia sudah mencecah angka
20-an..Mungkin kerana sudah matang berfikir agaknya..
Memanglah Nabi ada bersabda yang mafhumnya ada amal ibadah
yang kena dipaksa sehingga menjadi darah daging,tapi sampai bila kita nak
biarkan kefahaman bulan Ramadhan di Malaysia yang sekian lama cenderung kepada
adat budaya terus dipasakkan ke dalam pemikiran generasi muda
kita..Wallahualam..
The Prophet(Sallahu
Alaihe Wasalllam) also urged the Muslims to prepare for death and to take
provisions for the Hereafter,He said: ‘Be in this world like a stranger,or a
wayfarer’’ (By Bukhari)
0 comments:
Post a Comment