Saturday, November 3, 2012

Aku dan Buku

Salam mahabbah kepada pembaca..

Kesibukan sebagai pelajar universiti kini memaksa aku melupakan seketika dunia 'blogging'.Pabila aku melihat entri di blog,tak sangka sudah sebulan lamanya aku tidak meletakkan entri baru di sini.Awal minggu bulan November ini barulah aku boleh menghela nafas lega sedikit sebanyak kerana banyak tugasan yang ditugaskan sudah pun dihantar.Ingat tak,aku pernah cerita dalam entri sebelum ini tentang keghairahan aku dengan buku,tak kiralah genre apa pun.

Dan keghairahan aku sangatlah membara apabila belajar di UKM ni.Sebagai IPTA yang bolehlah nak dikategorikan berada di area Lembah Kelang,sudah semestinya akses untuk ke pusat-pusat membeli-belah terkemuka sangatlah senang.Naik je KTM,anda boleh pergi ke mana-mana.Jika rakan-rakanku teruja nak ke Jalan TAR dan sewaktu dengannya,aku lagi teruja nak berkunjung ke MPH,Popular,Borders dan Kinokuniya.Baru je semalam aku pergi ke Ekspo Buku Islam di KL Sentral.Sangat best!Akhirnya,melayang lah duit aku hampir RM70.hehe..Hobi punya pasal kan!Mentang-mentanglah duit PTPTN baru masuk masa tu.

Ni antara buku-buku aku beli:
Dah lama nak beli Versus ni.Ketinggalan zaman sikit aku,orang lain dah lama dah beli!

Yang ni pun sama,aku baru je nak beli padahal ni  novel pertama Hilal.Bila dah beli,baru perasan cover novel
ni lebih kurang sama tema dengan Versus.

Buku paling laris kat pasaran sekarang.Kira aku kira awal lah boleh dapatkan
buku ni.

Dan keghairahan aku juga turut membara apabila perpustakaan UKM yang kami gelar PTSL penuh dengan jutaan buku tak kiralah daripada yang lama macam Sulalatus Salatin sehinggalah yang terbaru macam Beduk Diketuk.PTSL 'stand for' Perpustakaan Tun Seri Lanang.Lepas siap je tugasan aku,memang banyak buku-buku aku pinjam di PTSL untuk bacaan suka-suka je sebab sebelum ni buku-buku aku pinjam semuanya lebih menjurus untuk menyiapkan tugasan.

Then,kawanku kata,'Kau nak baca semua ni?' Dengan nada terkejut.Sama lah juga reaksi mereka apabila aku mengambil kira-kira 6 buah buku untuk dibeli semasa Ekspo Buku Islam di KL Sentral.Seolah-olah macam aku buat salah besar je borong buku banyak-banyak ni.Well,dah ni memang hobi aku.Nak buek camno!Aku tak cakap apapun bila mereka borong baju,beg,kasut dan yang sewaktu dengannya.Aku memang fikir banyak kali kalau nak beli baju,kasut atau beg ni tapi tidak untuk buku!

Bukankah membaca itu kunci kepada ilmu pengetahuan.Sehinggakan wahyu yang pertama turun menekankan kepentingan membaca sebagai kunci kepada ilmu pengetahuan.Allah tak tekankan pulak dengar ke,lihat ke,yang ditekankan ialah MEMBACA!Begitu sekali ditekankan kepentingan membaca dalam AL-Quran.

Akhir kata,

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...