Dan aku yang masih darah muda masa tu, haha, terus angkat tangan memberitahu penceramah, kena tambah satu lagi soalan, "Peraturan kena fleksibel", suka hati aku je kan betulkan penceramah.ππ Sebab aku sangat tak setuju sebab kedua-dua pernyataan yang diberikan. Sebab ini akan menjadikan terlalu ekstrem, kalau tiada peraturan, hidup akan huru-hara. Manakala terlalu rigid dengan peraturan, boleh menyebabkan banyak benda yang sepatutnya boleh dilakukan tidak dilakukan kerana terlalu memikirkan tidak boleh mengubah peraturan.
Dan lagi lawaknya, dua orang bff aku masa tu yang sangat berpegang kepada "Peraturan boleh dilanggar" akhirnya bila berkawan dengan aku menyebabkan kami mengeluarkan falsafah pembaris plastik, π€£π€£.
Dan sehari dua ni, aku terbaca status pelakon Haidar Hasanudin di Threads, "“Kita perlu melayar tanpa terkejar-kejar, kita kena laju tapi bukan melulu.”
Kemudian, ada netizen komen. "Asal haluan perjalanan jelas, biarlah perjalanan mengikut waktunya," NO!, mana boleh ikut flow gitu je, kalau just ikut flow dan route diambil jelas, tapi tak tahu apa yang nak dikejar dan dipegang, perjalanan tu jadi tak ada makna pun. Kononnya fleksibel kan, "aku go with the flow je", tapi ikut flow tanpa tahu apa yang dikehendaki tanpa sedar menyusahkan orang lain yang terpaksa meneka. Manusia bukan ada telepati, dan aku boleh teka "dia mesti nak makan ni" setiap masa. Dan komen Haidar seterusnya, "Betulkan halatuju, baru ditariknya picu," YESS, balik asal, tentukan matlamat, ambil kira semua keadaan, baru gerak semula.
Dan ini sesuai dengan status Haidar seterusnya, "Dan cahaya tetap mampu menembusi pintu yang tertutup rapat, ...selagi adanya ruang''. Yang aku faham, cahaya tetap bergerak mencari ruang untuk masuk ke dalam pintu yang ada, bila dah ada matlamat dan kita pegang sungguh-sungguh, usahakanlah macam mana pun selagi ada ruang dan peluang, tapi jangan lupa matlamat asal.
Tentukan apa matlamat dengan firm/jelas, ambil kira consequences, dan sepanjang perjalanan jika perlu adjust, adjust la janji matlamat tidak dilupa. Ini sesuai dengan falsafah pembaris plastik aku tadi, haha, bila perlu ikut peraturan, ikutlah, tapi bila peraturan yang ada tidak munasabah, lenturkan sikit jangan terlalu rigid, kalau itu peraturan manusia. Bukan peraturan Allah yang kita tak sewenang-wenangnya boleh ubah.
Aku masa bersekolah dulu, ada beberapa peraturan yang bagi aku kononnya nak sesuaikan dengan imej sekolah agama, tapi aku tak nampak justifikasi kenapa peraturan tersebut perlu ada, yang lagi kelakar masa tu aku pengawas asrama, suka hati aku je lepaskan kawan-kawan yang tak ikut peraturan tu yang bagi aku tak relevan.ππ
Mungkin menjadi pembaris plastik bukan tentang menjadi orang yang paling mudah menyesuaikan diri. Ia tentang tahu apa yang perlu kekal lurus, apa yang masih boleh dilenturkan, dan bila kita perlu berkata: kali ini, bukan aku yang perlu melentur.
Dulu falsafah pembaris plastik aku,lurus bila perlu, lentur bila perlu.Sekarang, sedikit berubah iaitu, jangan sampai orang lain menentukan setiap kali bila kita perlu melentur hanya kerana mereka tidak mahu menyesuaikan diri.Sebab ada beza antara aku memilih untuk lentur kerana keadaan memerlukannya dengan aku terpaksa sentiasa lentur supaya semua orang lain boleh kekal seperti mereka. Dan keadaan aku terpaksa sentiasa lentur tanpa orang lain ambil kebertanggungjawaban atas tindakan sendiri itu sangat melelahkan.
