Wednesday, February 3, 2021

규현 Best Song

Setelah aku maraton habis semua lagu ballader Kyu (nickname bagi Kyuhyun yang dengar lagu ballad je 365 hari setahun,haha..) sini, aku nak listkan lagu-lagunya yang menurut aku sedap di halwa telinga sendiri je la. Lain orang lain citarasa kan.List ni dibuat tak ikut ranking tapi ikut tahun sebab susah nak decide mana yang paling best.

1. 2014- At Gwanghwamun

Lagu solo pertama yang direkod oleh beliau dan melonjakkan namanya selaku penyanyi balada utama di Korea. Peminat New Journey to the West mesti tau, lagu ni dijadikan background setiap kali scene Kyuhyun tengah frust kalah game, haha...



2. 2014 - Flying, Deep in the Night

Lagu ni bukan berentak balada. Lagu ni ala-ala kita nak mulakan hari dengan gembira atau lagu pergi bercuti tepi pantai gitu. Walaupun kekuatan beliau lagu balada, tapi suara dia sesuai je lagu rancak macam ni.




3. 2015- Autumn Sleeves

Lagu ni aku mula-mula nak dengar sebab tajuknya. Mula-mula, bunyi instrumental memang feeling-feeling lagu musim luruh.Rasa tenang je dengar lagu ni.


4. 2015 - Wind

Starting lagu ni memang tenang dan gaya Kyu sampaikan lagu ni aku rasa ala-ala kita tengok teater muzikal sikit.




5. 2016- Still

Lagu ni memang feeling balada stail lama-lama. padan la komposernya pun penyanyi yang veteran dah di Korea.MV dia pun aku suka tengok sebab cantik sinematografinya.





6. 2016 - When with Me

Lagu ni rancak, sama dengan vibe lagu Flying, Deep in the Night tapi versi tenang dan ceria.



7. 2019 - Aewol-ri

Lagu ni release selepas Kyuhyun tamatkan military service wajib di Korea. Lagu ni bagi aku mengukuhkan lagi nama dia sebagai penyanyi balada. Vibe lagu ni tenang dan kemudian meningkat sewaktu korus. MV lagu ni pun cantik.Aewol-ri ni salah satu tempat di Pulau Jeju.



8. 2019- The Day We Meet Again

Permulaan lagu ni typical lagu balada, tapi graf terus meningkat bila korus.Tengah-tengah lagu ni ada bunyi gitar rasanya macam vibe lagu Melayu.



9. 2019- Time with You

Lagu ni aku suka sebab vibe ceria-ceria je. Memang lagu ni lagu first dia release lepas habis military service. MV pun comel sebab footage banyaknya diambil daripada simpanan dia rasanya.


10. 2020- Dreaming

Ni lagu first #Project2021 beliau. Dia akan release satu lagu setiap 4 musim.Ni untuk musim panas. So, vibe agak ceria dan bersemangat, dan menceritakan tentang impian.Aku suka dengar lagu ni pagi-pagi sebelum pergi kerja bagi semangat sikit.



11. 2020- Daystar

Lagu ni lagu kedua projek beliau untuk musim luruh.Sangat la terasa vibe OST drama Korea. Yoo Yeon-seok diajak berlakon MV ni oleh Kyuhyun sendiri. Kebetulan, depa berlakon teater muzikal yang sama iaitu Werther.


12. When the Weather is Fine OST

Masa first time aku dengar lagu ni masa tengok drama ni, memang dah boleh teka ni suara dia.Dia pun ada bagitau dalam Youtube channel dia, lagu ni lagu kegemaran dia.

Bonus, aku nak sertakan jugak persembahan beliau masa King of Mask Singer tahun 2019.Beliau idol pertama yang menang sebanyak 5 kali dalam rancangan ni.Semua persembahan beliau sangat superb dan dia berjaya nyanyikan lagu orang lain seolah-olah macam lagu dia sendiri.

1. Urban Zakapa- I Don't Love You

                                            Meremang dengar dia nyanyi lagu ni.

2. Energetic - Wanna One

                                           Dia berjaya ubah lagu ni macam jadi lagu dia sendiri.
                                            Sampai aku lupa versi asal.


p/s: Memandangkan hari ni birthday dia, so, aku post entri ni hari ni.생일 축하합니다!



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...