Sambungan bahagian 1.
1. New Journey to the West,
tvN (2015- sekarang)
Kang Ho-dong, Lee Soo-geun,
Eun Ji-won, Song Mino, P.O, Cho Kyu-hyun, Ahn Jae-hyun
Aku mula tengok NJTTW ni sebab
Kyuhyun ada. Last-last, terhibur sebab chemistry semua cast. Tambah
pulak yang jadi PD NJTTW ni ialah Na Young-seok PD yang famous di Korea dengan
rekod cemerlangnya sebelum ni semasa terbitkan 2 Days and 1 Night. Musim 2-6
semua cast shooting kat luar negara. Musim 7-8 yang latest shooting dalam
negara je sebab pandemic Covid19.
Aku suka kuiz-kuiz Na PD dalam ni
macam teka OST bagi drama dan filem, teka objek, seni bina, malah nama orang.
Dan, kebanyakan mereka gagal dalam misi berkumpulan, haha, kesian sungguh tak
dapat makan sedap-sedap. Morning mission pun best dan kelakar sebab semua akan
sabotaj satu sama lain supaya gagal dan tak dapat makan breakfast.Misi utama
mereka setiap musim untuk selesaikan misi untuk dapat 7 Dragon Ball dan krew
produksi akan tunaikan semua hajat dan hadiah yang mereka nak.
Masa musim 1-4, mereka akan
pegang watak-watak daripada siri klasik China,
Journey to the West. Masa musim 5-8, Na PD makin kreatif dengan
macam-macam tema watak dan kostum cast kena pakai.Paling gempak bagi aku masa
musim 7. Boleh la tengok Ho-dong comel bila jadi beruang panda, Su-geun jadi
orang Mexico, Ji-won jadi Rain, Kyuhyun kena cat muka jadi biru 3 kali
berturut-turut sebab jadi Genie dan Statue of Liberty, Mino dan P.O yang bff
jadi pasangan Firaun dan Cleopatra.Tapi, paling aku suka masa depa pegang watak
daripada filem, Mino betul-betul tiru watak Jack Sparrow, Kyuhyun gelak sebijik
macam Joker, dan P.O yang comel jadi Olaf.
Chemistry cast pun best untuk ditonton, kita boleh tengok Ahn Jae-hyun jadi bff dgn Kyuhyun, Mino dan P.O yang memang kawan baik pun di luar, Eun Ji-won yang pelik daripada orang lain dan suka berdebat dengan Kyuhyun, dan macam mana Kang Ho-dong dan Lee Su-geun sebagai pelawak yang dah veteran bagi peluang cast yang lain untuk menyerlah.Tak sabar tunggu musim 9 tahun ni. Harap Na PD sempat shooting dengan Mino dan P.O sebelum diorang pergi military service.
2. Kang Kitchen, tvN (2019)
Kang Ho-dong, Lee Soo-geun,
Eun Ji-won, Song Mino, P.O, Cho Kyu-hyun, Ahn Jae-hyun
Ni spin-off semua cast NJTTW masa
tahun 2019. Semua cast akan buka restoran di mana semua jadi tukang masak, buat
air, cashier.Pendek kata, semua buat sendiri. Bila lagi nak tengok retis ni
serve customer kan. Kalau nak tengok semua 7 orang cast ada termasuk Ahn
Jae-hyun, P.O dan Kyuhyun ada, kena tengok Kang Kitchen.(P.O join NJTTW masa
musim 5-6 masa Kyuhyun pergi military service, Jae-hyun tak join NJTTW masa
musim 7-8 sebab kes cerai dengan Ku Hye-sun)
Masa musim ke-2, temanya masakan
Korea macam teokpokki dan jajangmyeon.Masa ending musim 2, baru Kyuhyun ada
selepas discharge daripada military service. Musim ke-3, temanya masakan Itali
di mana Kyuhyun buat pizza saiz 60 cm. Kebolehan seni Mino dimanfaatkan dengan
buat dessert cantik-cantik dengan Ji-won.
3. Idol Room, JTBC (2018-2020)
Jeong Hyeong-don, Defconn.
Lepas ada krisis dengan MBC, Doni Coni buat rancangan ni pulak.Best jugak sebab idea lagi fresh.Aku akan tengok kalau ada idol yang best je jadi guest. Tapi setakat ni, semua yang jadi guest yang dah otai dan dah biasa dengan lawak Doni Coni.
4. Amazing Saturday, tvN
(2018-sekarang)
Boom, Shin Dong-yup, Kim Dong-hyun, Moon Se-yoon , Park Na-rae
Rancangan ni unik cast tetap dan
guest akan teka dan sambung lirik lagu.Jika betul, dapat reward makanan
sedap-sedap. Boleh tahu kepelbagaian makanan seluruh dunia dalam rancangan ni.
5. Coffee Friends, tvN (2019)
Yoo Yeon-seok, Son Ho-jun, Choi
Ji-woo and Yang Se-jong
Rancangan ni hasil idea Yoo
Yeon-seok dan bffnya, Son Ho-jun. Mereka buka restoran di Jeju dan hasil
keuntungan didermakan.Harga makanan dan minuman tak ditetapkan, terpulang
kepada pelanggan nak bayar berapa pun.Yeon-seok memang pandai masak dan Ho-jun
ada lesen barista. Yeon-seok rekrut Se-jong dan Ho-jun rekrut Ji-woo sebagai
cast tetap. Se-jong incharge bahagian basuh-membasuh dan Ji-woo bahagian
cashier, pelayan dan hiasan kedai. Mereka juga jemput guest untuk tolong sekali
sekala. DBSK Yunho, Nam Joo-hyuk, B1A4 Baro, dan EXO Sehun antara yang pernah
menolong depa di kafe.
6. Exciting India, KBS (2015)
Kyuhyun (Super Junior), Minho
(SHINee), Jonghyun (CNBLUE), Sunggyu (Infinite), and Suho (EXO)
Baru aku tau semua cast ni
dipanggil Kyu-line. Geng Kyuhyun semua ni.Sayangnya Changmin ada masa awal dan
akhir episode je, tak dapat ikut pergi India sebab konflik jadual. Stesen KBS
bagi task untuk idol-idol ni semua pergi buat kaji selidik pasaran Kpop di
India. Masa tahun 2015 tu, Kpop belum begitu hype di India.Mereka akan pergi
interview rakyat tempatan dan buat liputan berita untuk ditayangkan di berita
utama di KBS. Mereka rasa sendiri pengalaman jadi wartawan dan excited hafal
skrip untuk ditayangkan di berita utama.
7. Youth Over Flowers, tvN
(2014-2018)
Ni pun idea gila Na PD jugak.
Formatnya semua cast akan tiba-tiba diberitahu akan pergi negara sekian-sekian
dan akan diberi bajet untuk penginapan dan makanan. Kad kredit semua pun tak
bawak. Pergi pun sehelai sepinggang, tak sempat nak packing apa-apa.
Yang aku follow musim kat Laos untuk pelakon Reply 1994 ada Yeon-seok,Ho-jun dan Baro. Kat Iceland ada Jung Woo, Sang-hoon, Jo Jung-suk dan Kang Ha-neul. Pelakon lelaki utama Reply 1988 pulak pergi Afrika. Dan juga, hasil request hadiah daripada Mino masa NJTTW musim 4, dia dan kumpulan Winner diangkut pergi Australia.
8. Salty Tour, tvN (2017-2020)
Super Junior‘s Kyuhyun, Han
Hye Jin, Lee Yong Jin and Park Myeong Su.
Musim-musim pandemik tak boleh pergi luar negara ni elok la tengok rancangan travel macam ni. Cast tetap semua nya yang memang kaki travel. Setiap hari akan ada salah seorang daripada mereka bertindak sebagai tour guide dan pegang bajet untuk semua perbelanjaan.Habis je satu-satu trip kat sesebuah negara, akan dipilih tour guide terbaik dan dapat gold badge.
Mula-mula terjebak sebab
tertengok klip pendek mereka pergi Malaysia. Wah, jadi impress kejap. Aku pun
tengok yang episod kat Malaysia je sebelum tengok episod negara lain.Best sebab
nak tahu perspektif mereka terhadap Malaysia.Cuma, harap la KTM tingkatkan
perkhidmatan Komuter sebab ada salah satu scene depa tunggu komuter yang lambat
sebab jadual berubah-ubah.Jadi, tak elok untuk pandangan orang luar, pulak tu
ditayangkan dalam rancangan travel macam ni.
9. The Sixth Sense, tvN (2020)
Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo
(Lovelyz)
Daebak idea PD rancangan ni.
Setiap episod, akan ada 3 pilihan untuk cast dan guest untuk teka mana satu
yang fake atau dengan kata lainnya yang direka je oleh produksi. Contohnya,
akan ada 3 restoran di mana salah satunya fake di mana tukang masak tu diupah
je oleh krew untuk berlakon, makanan pun entah diambil dari mana-mana, lokasi
dan hiasan kedai pun krew je yang buat.Jadi, cast kena guna naluri sixth sense
la untuk teka mana satu yang fake.Tapi, kesian kat Jae-suk sebab cast perempuan
lain semua mulut bising, haha..Harap ada season kedua rancangan ni.
10. The House Detox, tvN
(2020-sekarang)
Shin Ae-ra, Park Na-rae and
Yoon Kyun-sang
Rancangan ni tepat ada masa musim
semua orang berkurung di rumah. Shin Ae-ra yang dikenali sebagai minimalist
dalam kalangan artis, Park Na-rae yang miximalist, dan Yoon Kyun-sang yang jadi
orang pertama rumahnya di detoxkan jadi cast utama rancangan ni. Mereka akan pergi
rumah guest yang rata-ratanya barang banyak dan dah fedup nak kemas rumah dan
betulkan.Ada seorang expert yang akan bagi tip hias dan susun balik barang
dalam rumah tanpa perlu perabot baru. Setiap kali tengok rancangan ni, mesti
rasa nak buang je semua barang yang dah tak perlu lagi.
11. Hidden Track, JTBC (2019-2020)
Super Junior Leeteuk
Rancangan ni jemput penyanyi dan
bincangkan lagu side tracks yang underrated daripada album masing-masing yang
dah terbit.Selain title tracks, banyak lagu side tracks yang best rupanya dapat
tahu daripada rancangan ni.
12. I Can See Your Voice, tvN
(2015-sekarang)
Kim Jong-kook, Leeteuk (Super
Junior), Yoo Se-yoon
Rancangan ni begitu popular sehingga diadaptasi di Malaysia. Kalau tengok daripada musim terawal, ramai penyanyi sebenar dah berjaya jadi penyanyi pun di Korea.Antaranya, Hwang Chi Yeul.
13. Mystical Record Shop, JTBC
(Jan 2021, Masih bersiaran)
Yoon Jong Shin, Jang Yoon
Jeong, Cho Kyu Hyun, Red Velvet Wendy
Rancangan ni baru lagi awal tahun
ni disiarkan.Unik dan fresh konsep rancangan ni. Setiap episod, akan ada tetamu
diundang daripada kalangan orang biasa yang pakar dalam bidang masing-masing.Tetamu
kemudian akan beritahu playlist lagu masing-masing yang mereka suka.Kemudian, MC
akan cadangkan lagu untuk ditambah dalam playlist tetamu dan tetamu akan undi
mana lagu yang mereka suka daripada cadangan MC. Lagu yang diundi akan dinyanyi
secara live oleh MC yang dipilih, sebab tu semua MC memang penyanyi.
Episod yang aku suka setakat ni episod
2 di mana mereka jemput pakar-pakar kewangan yang popular dan episod 3 diundang
pelajar-pelajar yang skor markah penuh dalam exam CSAT tahun 2019-2021.
Kemudian, akan ada satu segmen MC
akan baca surat-surat dari penonton yang
bercerita tentang masalah kehidupan masing-masing.Lepas tu, mereka akan
cadangkan lagu-lagu yang relevan dengan cerita penonton tersebut.
Semua list ni setakat yang aku
suka dan tonton.Banyak lagi rancangan aneka ragam di Korea yang menarik. Boleh
tengok di kisstvshow.
0 comments:
Post a Comment