Thursday, February 11, 2021

KShow Yang Menarik Boleh Ditonton Part 1

 Kali ni, aku terasa nak buat entri tentang Kshow yang boleh ditonton.Ni list berdasarkan preference aku sendiri, lain orang lain citarasa ya.List aku susun random, tak ikut top 10 ke apa sebab susah nak decide mana yang paling best.

1. Running Man, SBS (2010- sekarang) 

Yoo Jae-suk, Haha, Jee Seok-jin. Kim Jong-kook. Lee Kwang-soo. Song Ji-hyo,

Jeon So-min,Yang Se-chan

Kshow yang pertama aku kenal. Kawan-kawan yang kenalkan ketika tengah stress menghadapi dunia form 6. Boleh la hilangkan stress dan bergelak ketawa. Walaupun setelah Gary keluar, aku masih setia menonton RM setiap minggu. Ditambah dengan kerenah Jeon So-min dan Yang Se-chan yang lagi menceriakan RM, RM masih lagi bertahan di Korea di kala rancangan yang lain dah ditamatkan.Nak tengok Song Joong-ki zaman muda-muda, boleh la tengok RM episod awal-awal.

2. Family Outing, SBS (2008-2010)    

Yoo Jae-suk , Lee Hyo-ri ,Kim Su-ro, Yoon Jong-shin ,Dae-sung, Kim Jong-kook, Park Ye-jin 

Lee Chun-hee, Park Hae-jin, Park Si-yeon            

                                             

FO ni yang jadi tarikan disebabkan semua cast akan pegi ke pinggir Bandar dan melalui kehidupan di sana. Lari sekejap dari kesibukan Seoul, boleh nampak sisi manusiawi mereka. Kita boleh tahu siapa yang pandai masak, yang tak biasa buat kerja-kerja rumah dan nampak muka bangun tidur dalam keadaan tak mekap, haha..

3. Strong Heart, SBS (2009-2012)

Kang Ho-dong , Lee Seung-gi , Lee Dong-wook , Shin Dong-yup, Boom, Leeteuk,Eunhyuk,Shindong


Kalau nak tahu cerita macam-macam tentang kehidupan sebenar artis Korea, boleh la tengok SH ni. Habis semua cerita didedahkan. Masa ni kegemilangan 2nd gen Kpop macam Super Junior, Girls Generation, Big Bang, 2NE1. Jadi, mereka selalu jadi guest dalam SH ni.Masa ni best, sebab nampak interaksi antara artis berlainan company yang mustahil nak nampak dah sekarang.

4. Star Golden Bell Challenge, KBS (2004-2010)

Ji Suk-jin, Jun Hyun-moo, Lee Chae-young

Format rancangan ni ada dua bahagian tak silap aku. Ada talk show sebab yang jadi guest pun rata-rata 2nd gen Kpop dan bahagian kedua ada kuiz. Jadi, boleh tahu la siapa artis yang bijak-bijak dalam rancangan ini. Kita sebagai penonton pun dapat ilmu baru.

5. The Return of Superman, KBS (2013- sekarang)

Rancangan ni bagus sebab dapat ilmu tentang mendidik anak-anak. Formatnya ayah akan jaga anak-anak selama 2 hari di mana ibu akan dapat me time dan berehat. Boleh nampak kalutnya ayah bila kena jaga anak masing-masing tanpa bantuan isteri masing-masing.

Kebanyakan nya artis popular yang join sebab nak ada masa dengan anak-anak. Aku follow dari awal masa zaman Tablo, Song Il-kook, Lee Hwi-jae dan Uhm Tae-woong. Favourite tentulah triplets Daehan Minguk Manse.Besar dah budak-budak ni.


6. Happy Together, KBS (2001-sekarang)

Yoo Jae-suk, Jun Hyun-moo, Jo Se-ho

Ni rancangan talk show dah lama kat KBS. Aku akan tengok episod yang ada guest best je.


7. Weekly Idol, MBC (2011- sekarang)

Doni Coni mempopularkan rancangan ni. Setiap minggu akan ada artis jadi guest.Bila Doni Coni ada isu dengan crew, mereka tinggalkan WI dan buat rancangan Idol Room pulak. Tapi, still rancangan ni ada peminat sendiri walau dah bertukar MC. Segmen Random Play Dance yang popular dalam WI membuatkan semua idol yang jadi guest dalam ni akan hafal lagu dan dance masing-masing.

Sekarang, MC WI Eunhyuk Super Junior dan Kwanghee Z.E.A pun best, mereka bagi aku berjaya mengacarakan rancangan ni dengan stail mereka tersendiri.




8. Knowing Brothers, JTBC (2015- sekarang)

Kang Ho-dong, Seo Jang-hoon, Kim Young-chul, Lee Soo-geun, Kim Hee-chul,Min Kyung-hoon, Lee Sang-min

KB ni formatnya ala-ala di sekolah. Guest akan datang pakai baju sekolah.Ni pun aku akan tengok episode yang guest aku rasa nak tengok. Antara episod yang mesti tengok yang SUJU jadi guest, memang lawak habis.


9. Radio Star, MBC (2007-sekarang)

Kim Gook-jin, Kim Gura, Ahn Young-mi, Yoon Jong-shin (2008-2019), Cho Kyu-hyun (2012-2017)

Ni rancangan yang laser, semua MC akan kenakan guest. Habis semua cerita panas akan tahu dalam RS ni. Best bagi sesiapa yang suka layan MC yang mulut-mulut laser dalam ni.


10. Yu Heeyeol's Sketchbook, KBS (2009-sekarang)

Yang best rancangan ni, semua guest akan nyanyi live. Sebab tu, bukan calang-calang yang jadi guest dalam YHS ni.


12. Immortal Songs, KBS (2011-sekarang)

IS ni dah pun diadaptasikan juga di Malaysia. Format IS ni sebenarnya remake balik lagu-lagu lama jadi lain habis  dari genre asal. Tapi, versi Korea ni buatkan remake tu jadi makin sedap didengar dan kita juga akan rasa nak cari lagu asal.







13. Problematic Man, TVN (2015- sekarang)

Jun Hyun-moo, Kim Ji-seok, Lee Jang-won (Peppertones), Ha Seok-jin

Rancangan ni memang mengasah minda dan IQ. Dikumpulkan bijak pandai lelaki di Korea dari kalangan pengacara, Kpop idol, pelakon dan juga imigran yang sudah lama menetap di Korea. Mereka akan selesaikan soalan-soalan menguji minda tiap-tiap minggu dan ada juga guest diundang untuk sama-sama selesaikan masalah.


14. Infinite Challenge, MBC (2005-2018)

Yoo Jae-suk, Park Myeong-su , Jeong Jun-ha , Haha , Hwang Kwanghee 

IC ni aku tak follow semua episod. Bila ada cabaran yang best, baru aku tonton. Antara episod yang best di mana semua cast berlakon di mana skrip ditulis oleh penulis skrip drama Signal. Lee Je-hoon pun ada buat cameo masa episod ni.Satu lagi episod yang best masa Yoo Jae-suk sahut cabaran menyanyi dan menari lagu baru,Dancing King dengan kumpulan EXO.




15. King of Mask Singer, MBC (2015-sekarang)

Ni pun rancangan yang dah diadaptasikan di Malaysia. Formatnya ialah sesiapa pun boleh menyanyi tapi akan pakai topeng.Pusingan pertama, akan lawan 1 sama 1. Kemudian, akan diundi penonton di studio dan juri. Yang menang undian, akan mara sampai pusingan 3 seterusnya akan kalahkan King dari minggu sebelumnya. Jika menang, akan ditabalkan King yang baru. King yang baru akan pertahankan takhta dalam pusingan defense. Jika undian menyebelahi King yang lama, maknanya King berjaya pertahankan takhta.

Episod yang signifikan bagi aku bila Kyuhyun Super Junior berjaya pertahankan takhta nya sebanyak 5 kali dan idol pertama yang berjaya menang.Sebelum tu, yang menang semuanya memang penyanyi dan tidak ada dalam kalangan Kpop Idol.Selepas itu, barulah Kang Seung-yoon dari kumpulan Winner berjaya menang 6 kali dan yang terbaru Yang Yo-seob dri kumpulan Highlight berjaya menang 8 kali.Yang aku perasan, kebanyakan yang join mampu nyanyi lebih dari kemampuan mereka yang biasa mungkin sebab pakai topeng dan rasa orang tak kan judge persembahan mereka berdasarkan penampilan.




 

Akan bersambung bahagian kedua.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...