OST Drama ini memang daebak! Kebanyakan babak drama ini yang berlegar di ruang mahkamah dan penyiasatan kes sangat-sangat memerlukan background music yang gempak.Boleh dikatakan semua background music dalam drama ni aku suka daripada yang melatari babak sedih sehinggalah bab suspens sehinggakan aku guna salah satu background music dalam drama ini untuk projek video aku.
Alhamdulilah,pendaftaran bagi subjek semester ini sudah selamat ku lakukan.Moga Allah permudahkan urusanku menempuh 9 subjek lagi pada semester ini.Di kala keinginanku mula membara untuk mempelajari subjek-subjek baru semester ini,ingatanku tiba-tiba teringat subjek sem lepas iaitu,Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus.
Terima kasih kepada pensyarah kami,Ustaz Ezad Azraai Jamsari yang berusaha menumbuhkan minat kepada kami dalam menelusuri sejarah kerajaan bani Umayyah tahap kedua di Andalus.Bermula daripada pembukaan oleh Tariq bin Ziyad, era gabenor,era imarah,khilafah,kerajaan Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun,sehinggalah kejatuhan kerajaan ini ketika era pemerintahan kerajaan kecil Nasriyyah di Granada.Pelbagai metod pengajaran dilakukan oleh ustaz bagi menarik minat kami.Antaranya,membuat ulasan video berdasarkan dokumentari An Islamic History of Europe yang berdurasi hampir dua jam! serta membaca,memahami dan mengulas artikel jurnal berbahasa Inggeris berkaitan subjek ini.
Ni dia dokumentari 'An Islamic History of Europe'
Ketika mempelajari apa jua subjek berkaitan sejarah,saat paling ku tidak gemari ialah apabila masuk bab atau subtopik tentang kejatuhan sesuatu kerajaan apatah lagi kerajaan tersebut ialah kerajaan yang membawa nama Islam.Terasa sakit dan sebak hati mengenangkan kejatuhan kerajaan Islam.Namun,itu lah apa yang kita katakan belajar daripada sejarah agar kita tidak mengulanginya.Pembukaan kerajaan Islam di Andalus begitu signifikan dalam membuka pintu masuk agar Islam tersebar lebih luas ke Eropah.
Namun,apa yang tinggal sekarang di Andalus(Sepanyol) hanyalah tinggalan bangunan bersejarah semata-mata meliputi masjid Cordova dan Alhambra.Masyarakat Sepanyol sekarang majoritinya beragama Kristian.Persoalannya,di manakah tinggalan masyarakat Islam yang sepatutnya masih wujud di situ jika kita berpandukan kepada fakta bahawa pada suatu ketika,masyarakat Islam dan bukan Islam hidup dengan aman di bawah era kerajaan bani Umayyah?
Keindahan seni bina Alhambra!
Saya bukanlah orang yang arif untuk mengulas tentang hal ini.Anda boleh merujuk artikel ustaz Hasrizal ini,saifulislam.com/2013/03/andalus-yang-pernah-kupelajari/untuk lebih memahami apa yang saya maksudkan.Sekadar berkongsi cerita tentang diri yang begitu mencintai bidang sejarah dan berusaha mendalaminya.Apapun,moga Allah redha!
Tirai semester 4 dibuka dengan satu soalan perbincangan yang agak menarik ketika kuliah bagi subjek Metodologi Dakwah dicetuskan oleh sahabatku dalam kelab debat arab,iaitu saudari Aisyah.''Dalam sibuk kita memfokuskan kepada sasaran dakwah kita seperti kalangan kanak-kanak, remaja dan juga non muslim, kadang-kadang kita terlepas pandang mengenai golongan kelainan upaya ini. Mereka juga sebenarnya sasaran dakwah kita. Bincangkan..".
Setelah membuat research meliputi pak cik 'google'(memang sumber rujukan utama budak u ni,,huhu),maka jawapanku begini:
Mengenai isu dakwah kepada golongan kelainan upaya ini,saya berpendapat memang kita agak terlepas pandang terhadap keperluan golongan ini terhadap agama sedangkan mereka sepatutnya turut mempunyai hak yang sama seperti manusia normal.
'Isu orang kurang upaya (OKU) bagaikan tiada tempat di dalam agenda Islam dan dakwah di Malaysia.'Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu dapat dilihat melalui pendekatan institusi agama Islam sendiri.Maszlee juga berpendapat, isu OKU ini timbul kerana institusi agama tidak melihat diri mereka di dalam kerangka moden sebagai institusi bersifat ‘Rahmatan lil ‘Alamin’ untuk menyebarkan nilai kebajikan, sebaliknya lebih menumpu soal hukum-hakam dan undang-undang.Beliau berkata, masalah antara OKU dan institusi Islam diburukkan lagi dengan karenah birokrasi yang merencatkan usaha dakwah Islam serta tidak berani membuat sesuatu tanpa fatwa ataupun keputusan dari badan penasihat Syariah.
Antara faktor yang mungkin menyebabkan kita terlepas pandang ialah kebanyakan golongan agamawan tidak mempunyai kepakaran khas dalam mendekati golongan ini terutama dalam keperluan berbahasa isyarat dengan golongan bisu dan pekak.Kekurangan bahan bacaan agama dalam bentuk braille bagi golongan cacat penglihatan juga seharusnya diberi perhatian.
Namun,untuk mengatakan bahawa tiada langsung usaha yang dijalankan bagi membantu memenuhi keperluan agama golongan ini adalah tidak tepat.Misalnya, Ketua Projek Rintis Fakih Universiti Malaya (UM), Dr Nazean Jomhari, telah mengasaskan Akademi Fakih Intelek dengan kerjasama UM untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan bagi membantu mengajar kanak-kanak kurang upaya belajar mengaji al-Quran dan solat.Selain itu, telah wujud juga perbincangan dan keputusan memasukan pertubuhan atau organisasi yang menguruskan golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai layak di dalam asnaf fisabilillah untuk menerima zakat.IPTA seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pula bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Islam Malaysia (PERTIS) bagi menghasilkan al-Quran dalam tulisan braille.
Namun,usaha ini tidak mencukupi semata-mata dalam tempoh jangka masa panjang.Sesuatu perlu dilakukan secara sistematik oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan,individu dan masyarakat dalam membantu memenuhi keperluan beragama kepada golongan kelainan upaya ini.
Lyrics Romaji Yume oikakete tatakai tsuzukero Ai to yuuki to yuujou Kono BUREEDO wa ORE no bunshin Chikara no kagiri moero maware Burning Soul Wo, wo wo wo, yeah yeah Wo, wo wo wo, yeah yeah Hitori bocchi ja dekinai koto mo OMAE ga ireba yareru Kono sekai no hate made mo ORE to issho ni ikou Shiseijuu wa ai no ASURIITO Kagayake me o samase (DORAGUUN, DORANZAA, DORASHIERU, DORAIGAA) Yomigaere! Sora kakete koi ORE no ENERUGII Ima tachi agare seijuu Subete no teki o uchi taosu tame Minna no kibou daite kakero Shining Soul Wo, wo wo wo, yeah yeah Wo, wo wo wo, yeah yeah Kizutsuita kono KARADA Yasumeru toki mo basho mo nai Dakedo tatakau MOCHIBEESHON ga minagiru kono tamashii BITTO CHIPPU ni himitsu no KYARAKUTAA Hibike FEIZU shikakero (TAKAO, KAI, MAKKUSU, REI) Believe your dream Michi no chikara o shinjite ikiru Sunda kokoro no FAITAA Chichi to ani to no mienai kizuna Itsuka kanarazu kanaete yaruze Kono kessen wa tomo to no yakusoku Sekai o aite ni BATORU suru Moero BUREEDO PAWAA zenkai Nazo no chikara o yume no chikara o Power Soul Yume oikakete tatakai tsuzukero Ai to yuuki to yuujou Kono BUREEDO wa ORE no bunshin Chikara no kagiri moero maware Sora kakete koi ORE no ENERUGII Ima tachi agare seijuu Subete no teki o uchi taosu tame Minna no kibou daite kakero Shining Soul Chikara no kagiri moero maware Burning Soul English Translation Chase your dreams and keep fighting Love and courage and friendship This blade is part of me Burn, spin, with all your strength, burning soul Wow wow wow wow yeah yeah Wow wow wow wow yeah yeah With you, I can do things I couldn't do alone Let's go to the ends of the earth together The four holy beasts are the athletes of love Shine, awaken (Dragoon, Dranzer, Draciel, Driger) Revive! My energy bounds across the sky Now stand up, holy beasts To destroy all our enemies Race with everyone's hopes, shining soul Wow wow wow wow yeah yeah Wow wow wow wow yeah yeah There's no time or place To rest this wounded body But my soul is welling with the motivation to fight A hidden character in a bit chip Echo, commence the phase (Takao, Kai, Max, Rei) Believe your dream I believe in the power of the unknown I'm clear-hearted fighter With an unseen bond with my father and brother Someday I'll make it happen This battle is a promise to a friend I'll battle all the opponents in the world Burn, blade, full power Mysterious power, the power of dreams, power soul Chase your dreams and keep fighting Love and courage and friendship This blade is part of me Burn, spin, with all your strength My energy bounds across the sky Now stand up, holy beasts To destroy all our enemies Race with everyone's hopes, shining soul Burn, spin, with all your strength, burning soul P/S:Mood 'Fighting Spirit' untuk final exam!
Genre saeguk drama Korea memang best!Drama ni pun dah banyak menang award,sebarang info boleh tengok sini! Tapi,apapun aku suka layan background music instrumental cerita ni..Bolehlah layan!
Pelakon kanak-kanak drama ini..
P/S:Mood tengah asyik layan instrumental ja la ni!
Salam alaik,, Sekian lama tidak berkongsi di blog ini,,saya ingin berkongsi syair daripada Al-Jahiz,pemikir dan sasterawan Muslim abad ke-8, di Basrah Iraq....
Buku itu mendiamkan diri selama mana engkau mahu dia diam begitu.
Buku itu fasih berceloteh apabila engkau mahukan perbincangan.
Buku itu tidak akan sekali-kali mengganggumu ketika engkau sibuk tidak mahu diganggu.
Dan ketika engkau sepi, buku itu temanmu yang sejati.
Dia tidak akan mengkhianatimu, jauh sekali bersikap hambar kepadamu.
Ia adalah sahabat, yang tidak pernah lelah, melayan kehendakmu"
Banyak tugasan ku semester ini menuntutku banyak membaca dan mengkaji dengan lebih mendalam cabang ilmu sejarah Islam sesuai dengan diriku yang mengambil pengkhususan Sejarah dan Tamaddun Islam. Bukan hanya bahan dalam bahasa Melayu yang perlu dikaji, bahasa Inggeris dan bahasa Arab juga menjadi antara tugasanku sem ini.
Kadangkala terdetik juga keluhan apabila terasa kesukaran membaca dan perlu memahami dalam bahasa asing.Tetapi,sering diingatkan oleh pensyarahku,,jika tidak kami yang mengkaji cabang sejarah Islam ini dan menyebarkannya pula dalam bahasa Melayu,,siapa lagi? Bidang ini semakin dipandang sepi oleh masyarakat,hatta dalam kalangan pelajar Pengajian Islam itu sendiri..
Dua subjek pengkhususan sejarah yang aku ambil sem ini ialah Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus.Bagi subjek ini, ada tugasan menuntut kami mengkaji sebarang artikel jurnal dalam bahasa asing pilihan sendiri.Lantas, aku memilih tajuk ''Identity and Differentiation in Ninth-Century al-Andalus''. Aku memilih tajuk ini kerana ingin mendalami kepelbagaian masyarakat yang terdapat di Andalus sewaktu era kerajaan Bani Umayyah tahap kedua.
Dan satu lagi subjek ialah Tamadun Islam Zaman Umawi dan Abbasi.Disebabkan pensyarahnya orang yang sama,jadi bentuk tugasannya sama juga.(hehe..) Jadi,aku memilih artikel bertajuk ''The Caliphs, the ʿUlamāʾ, and the Law: Defining the Role and Function of the Caliph in the Early ʿAbbāsid Period''.Jika bagi subjek sebelum ini,aku menumpukan isu sosial,,kali ini aku ingin menumpukan kepada isu politik.
Semoga aku diberi kekuatan oleh-Nya untuk terus membaca dan mengkaji cabang ilmu sejarah Islam agar dapat memberi manfaat kepada ummah...
Deru ombak pecah berderai Mengulang pantai datang dan pergi Begitu kasih insan diibaratkan Bagai ombak merubah pantai Tika kasih melestarikan sayang Semuanya indah dipandang mata Pabila rasa benci terbit di hati Rasa kasih dan sayang pun menyisih Tanda kasih yang abadi Dalam senang jua dalam kesempitan Kasih Ilahi tiada bersempadan Tak memilih siapa tidak berakhir Kekal selamanya
Di antara dua kasih Di maqamnya yang berbeza Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman Namun nafsu menodainya Terkadang kasih kita sesama insan Bisa mengundang keredhan Tuhan jika insan menghargainya Dan memuliakannya Kasih sayang Allah kekal selamanya Kasih manusia hanya sementara Deru ombak pecah berderai Mengulang pantai datang dan pergi Begitu kasih insan diibaratkan Bagai ombak merubah pantai
Blog yang macam-macam ada.Seorang yang bookaholic, suka muzik,layan drama,belajar macam-macam bahasa (tahu sikit-sikit je sebab secara tak formal),suka masak (walapun tak pandai mana),suka travel (walaupun tak pernah travel betul-betul lagi),dan menulis bila ada mood.Salam perkenalan....