Thursday, February 20, 2014

Islam di Andalus:Antara Tersurat dan Tersirat

Salam alaik...

Alhamdulilah,pendaftaran bagi subjek semester ini sudah selamat ku lakukan.Moga Allah permudahkan urusanku menempuh 9 subjek lagi pada semester ini.Di kala keinginanku mula membara untuk mempelajari subjek-subjek baru semester ini,ingatanku tiba-tiba teringat subjek sem lepas iaitu,Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus.

Terima kasih kepada pensyarah kami,Ustaz Ezad Azraai Jamsari yang berusaha menumbuhkan minat kepada kami dalam menelusuri sejarah kerajaan bani Umayyah tahap kedua di Andalus.Bermula daripada pembukaan oleh Tariq bin Ziyad, era gabenor,era imarah,khilafah,kerajaan Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun,sehinggalah kejatuhan kerajaan ini ketika era pemerintahan kerajaan kecil Nasriyyah di Granada.Pelbagai metod pengajaran dilakukan oleh ustaz bagi menarik minat kami.Antaranya,membuat ulasan video berdasarkan dokumentari An Islamic History of Europe yang berdurasi hampir dua jam! serta membaca,memahami dan mengulas artikel jurnal berbahasa Inggeris berkaitan subjek ini.

                                     Ni dia dokumentari 'An Islamic History of Europe'

Ketika mempelajari apa jua subjek berkaitan sejarah,saat paling ku tidak gemari ialah apabila masuk bab atau subtopik tentang kejatuhan sesuatu kerajaan apatah lagi kerajaan tersebut ialah kerajaan yang membawa nama Islam.Terasa sakit dan sebak hati mengenangkan kejatuhan kerajaan Islam.Namun,itu lah apa yang kita katakan belajar daripada sejarah agar kita tidak mengulanginya.Pembukaan kerajaan Islam di Andalus begitu signifikan dalam membuka pintu masuk agar Islam tersebar lebih luas ke Eropah.

Namun,apa yang tinggal sekarang di Andalus(Sepanyol) hanyalah tinggalan bangunan bersejarah semata-mata meliputi masjid Cordova dan Alhambra.Masyarakat Sepanyol sekarang majoritinya beragama Kristian.Persoalannya,di manakah tinggalan masyarakat Islam yang sepatutnya masih wujud di situ jika kita berpandukan kepada fakta bahawa pada suatu ketika,masyarakat Islam dan bukan Islam hidup dengan aman di bawah era kerajaan bani Umayyah?

                                                        Keindahan seni bina Alhambra!

Saya bukanlah orang yang arif untuk mengulas tentang hal ini.Anda boleh merujuk artikel ustaz Hasrizal ini,saifulislam.com/2013/03/andalus-yang-pernah-kupelajari/ untuk lebih memahami apa yang saya maksudkan.Sekadar berkongsi cerita tentang diri yang begitu mencintai bidang sejarah dan berusaha mendalaminya.Apapun,moga Allah redha!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...