Pada 13 Mei yang lalu,Mesyuarat Agung Tahunan a.k.a AGM bagi kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam (NAHDAH) berlangsung.Sudah pasti lega bagi kami pelajar tahun 3 kerana sudah melepaskan jawatan kepada pimpinan baru,,haha,,Dua sesi bersama pimpinan kelab,banyak suka duka aku bersama mereka.
Ketika pertama kali ditaklifkan,aku bertugas sebagai Timbalan Exco Informasi dan Penerbitan,dari zero tak tau apa-apa pasal ICT dan multimedia,aku belajar perlahan-lahan Adobe Photoshop, segala video editing,fotografi dan yang seangkatan dengannya.Banyak yang aku belajar ketika ini.
Menginjak tahun 3,aku diberi jawatan yang lebih besar, sebagai Timbalan Yang Dipertua.Sungguh,andai diputar masa,aku rasa tidak sanggup menggalas jawatan ini.Tapi,itulah usah disesali takdirNYA,pasti ada hikmah di sebalik semua ini.Ketika ini,bebanan tugas ku sudah kurang,banyak kepada penyeliaan belakang tabir seperti menyelenggara kertas kerja program dan membantu urusan surat menyurat dan laporan setiausaha.
Akhir kata,kepada saff pimpinan baru NAHDAH sesi 2015/2016,semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.Kenangan kita bersama tetap terpahat di ingatan (dah kenapa mood sedih tetiba,,huhu)...
Selain kegilaan aku terhadap buku,aku juga agak gila terhadap drama luar negara,terutamanya Korea.Disebabkan aku suka memasak,walaupun takdelah pandai mana,jadi drama-drama Korea yang bertemakan masakan memang menarik perhatian aku.Antaranya ialah:
Haruslah drama Dae Jang Geum ni masuk senarai..Rasa envious gila tengok heroin ni masak pelbagai jenis masakan dengan cekapnya,Watak beliau ni bukan sekadar memasak makanan yang sedap,malah dipastikan berkhasiat dengan dimasukkan pelbagai herba dalam masakan.
Seterusnya,Baker King Kim Tak-goo.Disiarkan di saluran KBS tahun 2010. Cerita pasal pembuatan roti.Perghh,,bila tengok scene depa ni buat roti,baru ku tahu bukan senang nak buat roti dan adik beradik pastri ni.Perlu cukup bahan,adunan yang menjadi,suhu yang sesuai,baru la roti yang dibuat akan sedap dan secukup rasa.
Last but not least,drama Pasta yang disiarkan di saluran MBC.Tahun sama juga disiarkan dengan drama Baker King Kim Tak-goo.Memang penuh dengan masakan Itali je cerita ni,dah nama pun tajuk Pasta kan.Baru ku tahu apa beza pasta,spagetti,jenis-jenis masakan pasta macam olio,carbonara,dan lain-lain lagi.Penangan drama ni pada diriku ialah bila buat spagetti kat rumah,aku akan guna kuali macam dalam gambar kat atas tu dan lambung-lambung,,haha,,konon fefeeling chef sangat...
Pada 27 April lalu,aku dan geng biblioholic merangkap Kajaians juga,Syahirah Shofe,plan untuk pergi PBAKL 2015 bagi menghabiskan saki-baki baucar buku.Aku memang akan simpan baucer buku aku untuk ke PBAKL ni sebab biasanya diskaun lagi banyak dan pakej-pakej buku lagi menarik ditawarkan oleh kebanyakan penerbit.Aku ada 3 keping baucar lagi yang masih belum diguna...
Kami memutuskan untuk pergi pada hari Isnin kerana kurang sesak berbanding hujung minggu.Kalau pergi hujung minggu atau cuti umum,jawabnya lagi nampak orang daripada buku,,haha....Maka kami pun bergerak ke PWTC seawal jam 930 pagi dari UKM menggunakan KTM Komuter.
Nak dijadikan cerita,kami sampai sekitar jam 1100 pagi,kami pusing-pusing dulu,round kedua baru nak start beli.Bila sampai tingkat 2,rupanya-rupanya kumpulan Inteam dijadualkan buat persembahan dan ada slot tazkirah zuhur bersama Ustaz Don.Makanya,kami pun stop sekejap dan tengok persembahan depa..Lepas zuhur,baru mulakan operasi membeli-belah..
Maka,,inilah hasilnya..
Ok,dalam gambar ni hasil pancingan di pesta buku plus juga dengan hasil pancingan buku ku di tempat lain sebelum ini juga menggunakan baucar buku.
Risalah Pemuda Muslim oleh Dr Maszlee Malik dengan The Other Side of the Coin oleh Aiman Azlan dan Ameer Misran aku beli ketika pesta buku di UKM.Manakala segala terbitan DUBOOK Press iaitu Diagnosis,dan tulisan Zul Fikri Zamir iaiatu Masharakat Melawan Mahasiswa serta Sekolah Bukan Penjara,Universiti Bukan Kilang aku beli ketika karnival kolej Pendeta Za'ba di UKM.
Dan belian di PBAKL ialah:
Booth JS Adiwarna:Aku tertarik disebabkan ada pakej RM50 untuk 3 buah antologi cerpen.Harusla memang aku jadi tertarik untuk membelinya.Kalau harga asal,mahunya melayang hampir RM100.Maka,aku pun beli pakej ni dan dapat antologi cerpen Kerana Dia:Ratu Sehari,Cinta Pertama dan Kisah Cinta Seribu Wajah.
Booth ITBM:Aku memang dah decide awal-awal yang booth ni wajib pergi dengan Syahirah sebab susah dah nak beli buku-buku ITBM kalau bukan kat pesta buku.Syahirah borong buku-buku falsafah,manakala aku beli 3 buah buku setelah jenuh berfikir nak beli yang mana,,,haha..Rambang mata aku.Buku Falsafah Sejarah Ibnu Khaldun:Kajian Dasar Falsafah Ilmu Budaya oleh Muhsin Mahdi, Identiti Muslim Eropah menurut Tariq Ramadan terjemahan oleh Nor Faridah Mat Nong, dan karya klasik Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad.
Booth ImanShoppe:Yang ni pun aku dah aim awal-awal sebab aku nak beli buku Ilham Kembara hasil karya gabungan penulis Grup Karyawan Luar Negara(GKLN).Buku travelog yang memang aku target nak beli sebab pelbagai coretan dari pelbagai negara diketengahkan dalam buku ni.Dan,bagi mencukupkan baucar RM50, aku pun ambil buku Ikhwah Pakai Jeans karya Inche Gabbana.Aku memang follow blog APG ni dan buku ni dah memang lama nak beli.Aku juga beli komik Gangster karya HanzaArtz.
Booth KaryaSeni:Kat sini je aku pakai duit cash.Kebetulan,memang ada diskaun gila-gila.Aku pun beli novel Suami Yang Kubenci karya E-Man Sufi,harga asal RM20,jadi RM10.Novel ni pun dah lama aku nak beli,tapi tak terbeli..haha..Lepas tu,aku pun beli juga novel Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin.Aku beli sebab tak puas hati dengan ending dalam drama,pendek sangat part EL dengan Kyra Lydia dalam drama tu,,Novel ni harga asal RM30, jadi RM26.Disebabkan diskaun gila-gila ni la,membuatkan aku beli novel kat booth ni.Kalau tidak,mungkin tak beli..
Booth PTS:Aku cari komik Misi 4Flat karya Afiq dan Nazry bila aku tau komik ni memang akan launching masa PBAKL ni.Penangan siri komik MISI yang diperkenalkan oleh adik aku,memang aku terus beli Misi 4 Flat ni.Kenapalah Afiq dengan Nazry ni buat komik ni masa aku dah last sem kat UKM,huhu...Ni pun aku dapat diskaun,RM10 harga asalnya,selepas diskaun,jadi RM7.50.
Tahun ni mungkin tahun last aku pergi PBAKL ni,Setakat ni tak pernah miss pergi setiap tahun semenjak aku study kat UKM.Kecuali ditakdirkan aku sambung master atau kerja kat area Lembah Kelang,boleh la pergi lagi kan...
Kait-berkait akar beringin,
Di situlah banyak ular melata,
Nak ku pesan pada angin,
Sayangnya angin tak tahu berkata.
Sungguhkah tuan beli jerami,
Kalau sungguh mana diannya,
Sungguhkah tuan cintakan kami,
Kalau sungguh mana tandanya.
P/S:Terima kasih Syahirah Shofe sebab sudi teman pi PBAKL tiap-tiap tahun..Hehe..
Di kala deadline tesis kian menghambat,sempat lagi aku maraton drama korea,haha.Mana boleh tahan,jalan cerita ni best pulak tu.Memang drama terbaik pembuka tirai 2015..Drama ni mengisahkan watak utamanya yang menghidap DID( dissociative identity disorder) atau maksudnya kecelaruan pelbagai identiti. Watak utama,Cha Do-hyun (Ji Sung) ada 7 personaliti berbeza yang akan 'keluar' apabila dirinya tertekan atau marah..Bayangkan, 7 personaliti tu,Bab aku tak tahan nak gelak tengok apabila dia bertukar menjadi budak perempuan 17 tahun,,cute jerr,,haha..Heroin cerite ni pulak bertindak sebagai psychiatrist yang merawatnya secara rahsia..
Bila Ji Sung jadi Yo Na, tu tak leh blah,,,haha..
Tapi,watak Shin Se-gi ni ramai jugak orang suka,sebab watak ala-ala 'bad boy' tapi sebenarnya sangat innocent dan sukakan Oh Ri-jin.Menariknya,citer ni twist sikit di penghujungnya, ,Cha Do-hyun ni bukan lah Cha Do-hyun yang sebenar,sebaliknya heroin,Oh Ri-jin (Hwang Jung-eum) merupakan Cha Do-hyun, Macam mana boleh jadi macam ni,tengok sendiri la ye.
Ok,ni ayat paling cair dalam drama ni,,haha,,
Dan,OST drama ni sangat la best,,jarang la OST drama korea ada rap,tapi lagu ni tetap rasa best walaupun ada rap,,
Drama ni sangat best dari segi jalan cerita dan kemantapan lakonan pelakonnya,dah tentulah Ji Sung yang sangat cemerlang membawakan 7 watak personaliti berbeza.Beliau mampu membawakan ketujuh-tujuh watak dengan baik tanpa ada pertindihan karakter ketujuh watak tersebut sampai kita boleh bezakan setiap karakternya..Cerita ni ada sedih,konflik,kelakar, pendek kata cukup rencah dan rempah ratus,hehe.Mampu dapat award bagi tahun ni..
''A man pure love is woman's dream''-Han Chae Yeon-
''Fear is something you make yourself''-Shin Se Gi-
Tetibe lak post pasal KPop kan,,hehe,,It's ok,,Tapi taste aku lebih ke lagu yang ada feel ballad,ataupun yang ak rasa feel laa,kalau lagu tu rancak,tapi ada feel,layan jugak,,Dan taste aku bukan la pada grup yang menari banyak tu,,yang feel ballad dgn slow rock aku layan.
Jom tengok list 4 lagu KPop yang aku rasa dpt feel tu,,hehe
Feel sedih part chorus tu,,siap efek hujan lagi..
Tengok jalan cerita MV ni macam kena dengan lagu
Ni genre slow rock,tapi terasa feel sedih tu kan,,
Ni pun rancak,tapi aku rasa feel,CN Blue ni dengan FT Island satu company,sebab tu genre macam sama tapi tak serupa P/S:I'm VIP,B2UTY,BOICE,PRIMADONNA...
Video ni diterbitkan oleh Lost Islamic History.Boleh tengok page fb mereka.Bagus untuk sesiapa yang baru nak dapat gambaran awal secara keseluruhan sejarah Islam selama 1300 tahun..
Sambil duk buat tesis ni,aku suka layan lagu,lagu Hamza Namira ni best,,tajuk Dallemet Keda Leh,,best sangat,,ce tgk video nyer,,lirik nye pasal penyanyi ni merungut tentang kesesakan lalu lintas yang perlu dilalui hari-hari untuk pergi kerja.Poin utama sebenarnya, Hamza Namira ni banyak melakukan kritikan sosial terhadap pemerintahan negaranya, iaitu Mesir.Lagu-lagunya yang lain sarat dengan kritikan sosial tentang masyarakat dan pemerintah..
Blog yang macam-macam ada.Seorang yang bookaholic, suka muzik,layan drama,belajar macam-macam bahasa (tahu sikit-sikit je sebab secara tak formal),suka masak (walapun tak pandai mana),suka travel (walaupun tak pernah travel betul-betul lagi),dan menulis bila ada mood.Salam perkenalan....