Selain kegilaan aku terhadap buku,aku juga agak gila terhadap drama luar negara,terutamanya Korea.Disebabkan aku suka memasak,walaupun takdelah pandai mana,jadi drama-drama Korea yang bertemakan masakan memang menarik perhatian aku.Antaranya ialah:
Haruslah drama Dae Jang Geum ni masuk senarai..Rasa envious gila tengok heroin ni masak pelbagai jenis masakan dengan cekapnya,Watak beliau ni bukan sekadar memasak makanan yang sedap,malah dipastikan berkhasiat dengan dimasukkan pelbagai herba dalam masakan.
Seterusnya,Baker King Kim Tak-goo.Disiarkan di saluran KBS tahun 2010. Cerita pasal pembuatan roti.Perghh,,bila tengok scene depa ni buat roti,baru ku tahu bukan senang nak buat roti dan adik beradik pastri ni.Perlu cukup bahan,adunan yang menjadi,suhu yang sesuai,baru la roti yang dibuat akan sedap dan secukup rasa.
Last but not least,drama Pasta yang disiarkan di saluran MBC.Tahun sama juga disiarkan dengan drama Baker King Kim Tak-goo.Memang penuh dengan masakan Itali je cerita ni,dah nama pun tajuk Pasta kan.Baru ku tahu apa beza pasta,spagetti,jenis-jenis masakan pasta macam olio,carbonara,dan lain-lain lagi.Penangan drama ni pada diriku ialah bila buat spagetti kat rumah,aku akan guna kuali macam dalam gambar kat atas tu dan lambung-lambung,,haha,,konon fefeeling chef sangat...
Last sekali,drama tengah airing kat Korea,saluran TVN la ni,Let's Eat Season 2.Entah kenapa, aku lagi suka season 2 daripada season 1,bagi aku,heroin ni makan lebih berselera berbanding heroin season 1,haha..Hero ialah leader kumpulan BEAST, Yoon Dujoon.Cerita ni mengisahkan hero ni sebagai blogger yang reviu tentang makanan dan restoran terkenal dalam blognya.Heroin ni pulak rupanya kawan hero ni masa kecik-kecik dulu.Heroin ni pernah diejek ketika kecik-kecik dulu disebabkan maslah obesiti.Walaupun at last,dia berjaya turunkan berat badan,tapi selera makannya tetap kuat,,haha,,memang ni aku faham sangat,apatah lagi rumah hero dengan heroin ni berdepan je,,walaupun depa ni asyik bergaduh je terutama bab cara makan,tapi persamaan depa ialah suka makan,hehe.Ada lagi 4 episod sebelum melabuhkan tirainya..First time,aku tengok drama Korea,aku rasa tak kisah heroin ni dengan first hero atau second hero,sebab dua-dua baik,,
Nampak selera sungguh dia makan,jangan la korang tengok
drama ni bila lapar, atau plan nak diet ke apa,memang tak jadi,,haha..
Tapi,aku rasa triplets Daehan Minguk Manse ni jugak power bab-bab makan ni,haha,
Apatah lagi Minguk,selera sungguh depa ni makan..
0 comments:
Post a Comment