Thursday, April 23, 2015

Kill Me Heal Me

Di kala deadline tesis kian menghambat,sempat lagi aku maraton drama korea,haha.Mana boleh tahan,jalan cerita ni best pulak tu.Memang drama terbaik pembuka tirai 2015..Drama ni mengisahkan watak utamanya yang menghidap DID( dissociative identity disorder) atau maksudnya kecelaruan pelbagai identiti. Watak utama,Cha Do-hyun (Ji Sung) ada 7 personaliti berbeza yang akan 'keluar' apabila dirinya tertekan atau marah..Bayangkan, 7 personaliti tu,Bab aku tak tahan nak gelak tengok apabila dia bertukar menjadi budak perempuan 17 tahun,,cute jerr,,haha..Heroin cerite ni pulak bertindak sebagai psychiatrist yang merawatnya secara rahsia..

Bila Ji Sung jadi Yo Na, tu tak leh blah,,,haha..
Tapi,watak Shin Se-gi ni ramai jugak orang suka,sebab watak ala-ala 'bad boy' tapi sebenarnya sangat innocent dan sukakan Oh Ri-jin.Menariknya,citer ni twist sikit di penghujungnya, ,Cha Do-hyun ni bukan lah Cha Do-hyun yang sebenar,sebaliknya heroin,Oh Ri-jin (Hwang Jung-eum) merupakan Cha Do-hyun, Macam mana boleh jadi macam ni,tengok sendiri la ye.




                                          Ok,ni ayat paling cair dalam drama ni,,haha,,

Dan,OST drama ni sangat la best,,jarang la OST drama korea ada rap,tapi lagu ni tetap rasa best walaupun ada rap,,




Drama ni sangat best dari segi jalan cerita dan kemantapan lakonan pelakonnya,dah tentulah Ji Sung yang sangat cemerlang membawakan 7 watak personaliti berbeza.Beliau mampu membawakan ketujuh-tujuh watak dengan baik tanpa ada pertindihan karakter ketujuh watak tersebut sampai kita boleh bezakan setiap karakternya..Cerita ni ada sedih,konflik,kelakar, pendek kata cukup rencah dan rempah ratus,hehe.Mampu dapat award bagi tahun ni..



''A man pure love is woman's dream''-Han Chae Yeon-

''Fear is something you make yourself''-Shin Se Gi-


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...