Wednesday, December 10, 2014

Aku dan Muzik



Haha,,nak gelak pun ada tengok poster ni,,aku rasa aku ni jenis AB,,terlalu mudah menjadi bosan,,actually,aku ni jenis study sambil dengar something,contohnya muzik atau drama,,ya,,dengar drama,bukan tengok drama,aku dengar je dialog yang dituturkan oleh para pelakon sambil study,,

Kalau muzik,aku prefer instrumental bagi subjek yang perlukan kefahaman dan hafalan,instrumental means hanya muzik tanpa suara penyanyi..Antara instrumental yang aku suka:





Kalau subjek yang tak berat sangat,aku main hentam je dengar lagu apa-apa pun,,korea,nasyid,hindi,english,melayu,rock kapak,,semua pun aku dengar ikut mood,,by the way,music is universal! Kalau korang tak sesuai cara study macam ni,,jangan ikut ye..

Sunday, November 30, 2014

Music is universal...




Kemudian,cuba dengar lagu P.Ramlee yang ini...




Kemudian,versi Imad yang ini..



Music is universal...

Saturday, November 22, 2014

Bengkel Penulisan Skrip Patuh Syariah


''Drama patuh syariah tidak semestinya tentang kisah ustaz dan ustazah. Filem Islam juga tidak semestinya kisah cinta di pondok madrasah sahaja. Islam itu luas lagi universal sifatnya.''
-Zabidi Mohamed-

Alhamdulilah,aku diberi peluang untuk mengikuti Bengkel Penulisan Skrip Patuh Syariah anjuran FINAS bersama Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,Fakulti Pengajian Islam,UKM.Dan FINAS menjemput Encik Zabidi Mohamed,figura yang tidak asing lagi dalam penghasilan skrip drama patuh syariah ini.Aku terpanggil nak ceritakan pengalaman ini bila melihat antara status terkini Encik Zabidi di atas.Padahal,bengkel ini dah lama lepas kut, iaitu pada 17-19 April 2014 yang lalu.


Bengkel ini sebenarnya salah satu slot program dalam Minggu Pelajar Jabatan Dakwah.Penyertaan terbuka kepada 30 orang sahaja.Hati aku mula-mula berbolak-balik jugak lah nak join atau tidak.Akhirnya,aku hubungi urusetia program untuk bagi nama sebab aku difahamkan penyertaan percuma kottt! Mana nak dapat  macam ni,kalau kat luar dah beratus-ratus! Dan aku rupanya peserta yang ke-30 mendaftar!Hari pertama mendaftar,baru aku perasan yang aku lah satu satunya bukan pelajar Jabatan Dakwah yang join,majoriti pelajar Jabatan Dakwah yang join ialah daripada pengkhususan Komunikasi.Namun,free punya pasal,aku tebalkan muka melalui 3 hari tersebut dan sampai sekarang bila mengenangkan pengalaman tersebut,aku tersenyum sendiri memikirkan agak nekad keputusan aku pada masa itu,,But,,it's really really worth!

Wednesday, September 10, 2014

Big Bang - Haru Haru

Entah kenapa mood tetiba duk layan lagu Big Bang yang lama ni,,Haru Haru,,mula-mula dengar walaupun tak faham,,tapi macam boleh feel susunan muziknya dengan lirik,bila faham liriknya dengan tengok klip video,,memang boleh sebak weyh..Check this out!


                                           Boleh lah cuba nak fahamkan liriknya kat sini...


                                          Versi acoustic live,,terserlah kemantapan vokal depa ni,,


                                                                Versi live dance


                                         Yang ni lawak,,versi parody oleh Yoo Jaesuk dan
                                          rakan-rakannya,tapi,not bad,,sedap jugak...


[ALL]
Doraboji malgo tteonagara
Tto nareul chatji malgo saragara
Neoreul saranghaetgie huhoe eopgie
Johatdeon gieongman gajyeogara
Geureokjeoreok chama bolman hae
Geureokjeoreok gyeondyeo naelman hae
Neon geureolsurok haengbokhaeya dwae

Haruharu mudyeojyeo ga eh eh eh eh

Don’t look back and leave
Don’t find me again and just live on
Because I have no regrets from loving you, so only take the good memories
I can bear it in some way
I can stand it in some way
You should be happy if you are like this

Day by day it fades away



Friday, August 1, 2014

Vlog Puasa dan Raya

Salam alaik..
Di sini aku ingin kongsikan dua video yang aku rasa sesuai ditonton dengan musim puasa dan raya ni iaitu oleh Matluthfi yang tidak asing lagi dan geng (kalau boleh dikatakan geng la,,aku tak tau nak panggil apa depa ni) Mr The All Shared (MTAS)..

Hope you enjoy!







Saturday, July 5, 2014

اغنية الشارة خواطر 7


Salam alaik..
Pernah tonton rancangan Khawater oleh ustaz Ahmad Al Sughairi,seorang pendakwah dari dunia Arab yang banyak mencetuskan pemikiran baru menerusi rancangannya,Khawater(Thoughts)? Kalau belum,sila tonton di youtube.



Sebenarnya,aku tertarik dengan lagu tema rancangan ni musim yang ke-7 yang dinyanyikan oleh Maher Zain dan gubahan oleh Hamza Namira.Patutla sedap pun lagu ni!Hayati liriknya bersama.


سنحيــا كِـرامــا بـأوطــاننــا
We will live with dignity in our homeland

ونبني من العدل مستقبلا
and we’ll build future full of justice

نـشــارك تغــييرنــا كـلـنــــا
We will all partake this change

عــلـى النفـس ثوراتنـا أولا
Our revolt is first to change ourselves

نفك قيود الهوى والفسـاد
We’ll break the chains of immorality and corruption

وبالعـلم ننهض في كل واد
and with knowledge we will rise in every land

وهـذي خواطر جيـل البنـاء
and these are the thought of the generation that will build

نُـريــد بـهـا رفعــة للـبـــلاد
through which we seek the advancement of our countries

سنبني اذا ماهدمنا العلل
We will build once we destroy the ailments

ولا لسنـا نقبــل اي خـلـل
And we will not accept any defects

بإحساننا تستقيم الحياة
Life will be better when we strive for perfection

خـــواطـــر دعــوة للـعـمــل
Khawater is a call for action.

Sunday, June 1, 2014

Emergency Couple

Han Ah Reum: But why do people say "she's dirty" when a girl has a lot of dating history and they say "he's capable" when a guy does the same?

Im Yong Gyu: That's because, to put it simply when a lock can be opened with many keys, the lock has already lost its purpose. But if one key can open many locks. That's what you call the master key.

"A girl’s life is really a life of luck depending on the guy she meets.'' –  Oh Jin Hee 


Di tengah-tengah musim study week ni,sempat lagi den maraton drama Korea,,hehe,,release tension sat,drama Emergency Couple ni kira baru lagi la sebab ditayangkan start bulan 1 sampai final episodnya bulan 4 hari tu,,Drama ni mengisahkan sepasang suami isteri yang sudah bercerai dipertemukan semula selepas enam tahun ketika mereka ditakdirkan sama-sama menjadi doktor pelatih di sebuah hospital.

Oh Jin-hee(lakonan Song Ji-hyo) dan  Oh Chang-min(lakonan Choi Jin-hyuk) berkahwin pada usia yang agak muda dan ditambah dengan tentangan ibu si hero maka perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun.Ibu Chang-min ni mahukan menantu seorang doktor ditambah lagi latar belakang keluarga si hero ni kebanyakannya doktor sedangkan Jin-hee ni hanyalah seorang dietitian.Namun,siapa sangka,penceraian menjadikan Jin-hee ni seorang yang tabah dan akhirnya dia nekad mengambil ujian kemasukan ke sekolah perubatan hampir tiga kali dan akhirnya layak menjadi seorang doktor.

Thursday, May 22, 2014

Catatan Hati Oki Setiana Dewi

Siapa tidak kenal dengan Oki Setiana Dewi? Aktres dari Indonesia ini meledak naik namanya ekoran wataknya sebagai Anna Althafunnisa dalam filem mega, Ketika Cinta Bertasbih.Peribadinya yang berjilbab dan sederhana baik di dalam dan di luar filem menambat hati ramai wanita untuk menjadi muslimah sepertinya.Namun,untuk sampai di tahap kerjayanya sekarang,banyak onak duri telah ditempuhinya.Semua itu dinukilkan Oki dalam sebuah buku bertajuk ''Catatan Hati Oki Setiana Dewi''.

Oki pada asalnya tidak bertudung malah masa kecilnya dia sudah pun merasai dunia gemerlapan seorang artis.Sejak kecil,Oki sudah bergelar model malah pengacara di beberapa majlis hiburan sekitar Batam di kepulauan Riau,tempat asalnya.Namun,Oki juga merupakan seorang pelajar yang pintar,kehidupan artisnya sedikit pun tidak menjejaskan pelajarannya.Menginjak usia 16 tahun,iaitu ketika di SMA,Oki nekad berhijrah ke Jakarta seorang diri demi mengejar impiannnya mahu menjadi artis dan pada masa yang sama meneruskan persekolahan SMA nya di sana.

Permulaan ketika baru tinggal di Jakarta membuatkan Oki mengharungi hidupnya dengan penuh kepayahan.Oki yang belum berjilbab ketika itu kaget sebentar apabila melihat sekolah barunya itu dipenuhi pelajar-pelajar yang berpakaian seperti pelajar pesantren@sekolah agama.Walau bagaimanapun,Oki begitu bersungguh mengejar impiannya menjadi artis dengan menghadiri berpuluh-puluh uji bakat di merata syarikat produksi dan hasilnya dia terpilih membawakan beberapa watak dalam sinetron dan membintangi iklan.

Hidayah Allah mula menyapa apabila ibunya diserang sejenis penyakit kulit yang sangat kronik membuatkan Oki bernazar dan berniat untuk berjilbab dan mula mendekatkan diri kepada Allah.Dunia hiburan yang selama ini dipujanya ditinggalkan begitu sahaja dan saat namanya sedang naik,ujian Allah datang apabila menjadi rebutan para produser malah disuruh menanggalkan jilbabnya.Oki berjaya menepis dugaan itu lantas belajar semula ilmu agama dan giat belajar ilmu akademik sehingga diterima sebagai mahasiswa jurusan Sastera Belanda di Universiti Indonesia.

''Terkadang ada perasaan iri dan sedih yang menyelinap masuk di hatiku ketika kutemukan teman-teman yang sedari kecilnya memang sudah berjilbab di pesantren.Mereka memiliki akhlak yang baik di mataku.Aku merasa terlambat karena baru memulai mendekatiNya...''
''Namun seorang teman mengatakan, yang membuat tersadar betapa hidayah Allah itu sangatlah berharga, ''Kalau mereka lebih paham agama,itu hal yang biasa karena mereka tumbuh di lingkungan kondusif.Justru kalau mereka tak baik, itu yang patut dipertanyakan.Sementara kamu adalah orang yang luar biasa dan bahkan bisa lebih hebat dari mereka,karena semangatmu untuk menemukan Allah di tengah lingkungan yang tidak kondusif ini''

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...