Saturday, April 21, 2012

PASCA-SPM...SUATU KETIKA DAHULU


Salam ukhuwah..
Semoga pembaca diredhai Allah sentiasa..
Sekarang ni tajuk yang bermain-main di status rakan-rakanku di facebook,tidak lain tidak bukan ialah IPTA,Medsi,Munsyi dan bla..bla.Semuanya berkaitan hala tuju selepas mendapat keputusan STPM,iaitu menjejakkan kaki ke IPTA..

Tetapi,bukan itu fokus utama dalam entri kali ini,saudara lelakiku yang merupakan lepasan SPM semenjak dua minggu ini sibuk menghadiri temuduga Diploma Tahfiz Darul Quran dan Institut Pengajian Islam(INSPI),Kemaman.Apabila melihat dirinya,aku seolah-olah melihat diriku dua tahun lalu ketika pasca-SPM.Sibuk memikirkan dan memahami apa itu istilah asasi,matrikulasi,diploma,Politeknik,Tingkatan 6,Institut Pendidikan Guru(IPG) dan bla...bla..Ditambah lagi juniorku di SHAMS juga rajin bertanya :
‘Nak masuk maktab camne ah?’
‘Form 6 susah tak?’
‘Asasi dgn diploma,mana bagus?’
‘Mesir dgn Jordan,mana lagi best?’
‘JPA dgn MARA,mana senang dpt?’


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)
Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)


Sememangnya menjadi rakyat Malaysia cukup bertuah,pelbagai laluan pengajian disediakan selepas SPM untuk memastikan rakyat mendapat pendidikan sepanjang hayat.Selepas SPM dulu,setelah meneliti kesemua pilihan yang ada,terdapat pro dan kontra bagi semua pilihan di atas.Yang penting,kita kena tahu kemampuan diri kita memilih laluan pengajian yang bersesuaian dengan keputusan SPM,minat,cita-cita dan keperluan masa depan.

1.Asasi..
Tidak semua IPTA menyediakan program asasi,yang popular ialah Asasi UIA kerana UIA menyediakan semua program asasi meliputi semua bidang iaitu sains,perakaunan,ilmu wahyu,sains kemanusiaan dan bahasa.Tapi,berdasarkan pengalaman sendiri,hanya pelajar yang memperoleh result sekurang-kurangnya 6A ke atas yang ditawarkan tempat di UIA dan subjek Bahasa Inggeris biasanya dapat gred A.Persaingan sangat kuat untuk merebut tempat di UIA mungkin kerana satu-satunya IPTA yang menawarkan asasi untuk semua jenis bidang.Bagi pelajar sekolah agama,saya sarankan pohonlah juga USIM kerana USIM memang dikhaskan untuk pelajar aliran agama kerana meletakkan syarat mengambil Bahasa Arab Tinggi untuk syarat kemasukannya.Persaingan tidaklah terlalu sengit kerana hanya bersaing dengan pelajar aliran agama sahaja.Bagi yang inginkan suasana islamik seperti di zaman sekolah(biasanya budak sekolah agama la),USIM adalah jawapannya(berdasarkan pemerhatian je ni).



2.Matrikulasi
Em,,salah satu laluan yang terpantas utk masuk ke IPTA kerana tempoh pengajian hanya setahun.Tetapi,perlu diingatkan anda perlu bertindak pantas untuk study di peringkat Matrik,kerana cara pengajaran yang cukup pantas.(Ni kawan-kawan kat matrik kata la).Anda perlu mendapat pointer yg tinggi bagi mengelakkan anda mendapat course ‘lelong’ . Persaingan untuk mendapat tempat di IPTA dalam course medic,pharmacy,dentistry(lainla kalau anda tak minat bidang-bidang ni)sangat sengit.Tetapi,menurut fakta terbaru,pelajar aliran sains digalakkan mengambil aliran sains tulen(kimia,fizik,biologi) berbanding sains gunaan(kejuruteraan,bioteknologi) kerana kekurangan pakar dalam bidang ini.Ops,bidang perakaunan juga ditawarkan di Matrikulasi.Saya dulu mendapat tawaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS) dalam jurusan perakaunan.Tetapi,dah tahu kemampuan diri sendiri plus memang tak nak belajar dah bidang yang berkaitan matematik,jadi tak pergi lah berkelana ke KMNS.Pendapat saya jika anda ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains,matrikulasi pilihan terbaik berbanding STPM.

3.Diploma
Diploma memakan masa selama 3 tahun jadi salah satu sebab kenapa aku tak nak ambil diploma(ni kes nak cepat je ni).Kebaikan mengambil diploma ialah anda berpeluang membaiki pointer kerana tempoh pengajian yang lama.Banyak IPTA yang menawarkan pengajian peringkat diploma,yang popular ialah UiTM.Kelebihan bagi lulusan diploma ialah diploma diiktiraf untuk memohon pekerjaan di sector awam mahupun swasta dengan tangga gaji berbeza berbanding menggunakan sijil SPM.Peringatan,sijil matrikulasi dan asasi tidak diiktiraf untuk tangga gaji setaraf diploma.Boleh rujuk laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) untuk melihat perbezaan tangga gaji bagi jika menggunakan sijil SPM dan STPM/Diploma dan Setaraf.


4.STPM/Tingkatan 6
Erk,,Tingkatan 6?Mesti yang ni pilihan terakhir bagi kebanyakan lepasan SPM.Ye la,aku dah besar,takkan nak kena pakai baju sekolah lagi,lepas tu terikat dengan peraturan sekolah lagi.Itu persepsi bagi orang yang memang tak pernah tengok atau ambil tahu pengalaman sebenar bergelar pelajar Tingkatan 6.Disebabkan aku pernah bergelar pelajar Tingkatan 6,aku akan beri gambaran sebenar.Antara kelebihan melanjutkan pengajian di Tingkatan 6:

·       - Jimat kos.
Rasanya semua ex-form 6 setuju dengan point ni.Mana tak jimatnya,pergi sekolah pakai uniform sekolah je.Tak payah pening-pening nak cari baju kemeja pelbagai warna(bagi lelaki) dan pening fikir nak suai padankan tudung dan baju kurung(bagi perempuan).Pakai je baju sekolah yang boleh ditukar ganti dan tahan pakai selama setahun.Yuran sekolah pun bukannya mahal sangat plus yuran untuk mengambil peperiksaan STPM pun dah dimansuhkan.Duit tinggal guna untuk beli buku je.Kalau pandai sikit,cari-carilah senior form 6 dan ex-form 6 dan beli buku second-hand daripada mereka.

·         -Mendapat kepercayaan daripada guru-guru
Apabila anda bergelar pelajar Form 6,anda akan rapat dan ‘kamceng’ dengan guru-guru bagaikan kawan anda.Maksudnya,anda tidak lah rasa terlalu segan untuk berbincang tentang masalah pembelajaran(bincang masalah lain pun boleh) dengan guru kerana kebanyakan guru Form 6 akan berkomunikasi dengan kita seolah-olah rakan kita sendiri.Guru akan memberi kepercayaan kepada pelajar form 6 menguruskan sebarang majlis di sekolah kerana menganggap pelajar form 6 ni sudah matang.

·         -Peluang cerah mendapat tempat di IPTA.
Kelebihan ni yang biasanya diceritakan oleh guru-guru Tingkatan 6.Peluang terbuka luas dan lebih banyak pilihan program pengajian untuk lepasan STPM jika dibandingkan lepasan SPM(yang ni buat aku rambang mata semasa hendak mengisi borang UPU baru-baru ni).Kebanyakan lepasan STPM mudah mendapat tempat di IPTA terkemuka seperti UM,UKM,USM,UPM dan UPSI.Bagi yang ada keinginan untuk ke UIA tetapi tidak mendapat peluang,STPM adalah laluan terbaik kerana UIA hanya menerima lepasan STPM dan tidak menerima lepasan matrikulasi ke program ijazah pertama.

Banyak lagi kelebihan sebenarnya cuma suka diingatkan jangan bersuka-ria ketika di Tingkatan 6 Bawah kerana asas yang kukuh ketika 6 Bawah membolehkan anda senang untuk ‘catch-up’ ketika di Tingkatan 6 Atas.Kalau anda tanya saya adakah Form 6 ni susah,kalau diikutkan dari segi sukatan pelajarannya ketika zaman saya dulu memang susah.Tetapi,kerajaan telah membuat sistem modular bagi Tingkatan 6 yang mirip sistem pembelajaran di universiti(ada sistem pembahagian subjek untuk setiap penggal) baru-baru ini bagi pelajar Tingkatan 6 Bawah mulai tahun ini.Dan setelah meneliti sistem tersebut,diakui sangat memudahkan pelajar form 6 untuk skor STPM.Saya akan buat satu entri tentang aliran dan subjek yang boleh diambil untuk STPM selepas ini.


Kesimpulannya,berfikir dengan bijak yang mana satu laluan yang ingin anda ambil sesuai dengan tahap keupayaan anda.Dan jangan lupa niatkan LILLAHITAALA...Jadikan peluang menuntut ilmu untuk lebih mendekatkan diri kita dengan ALLAH SUBHANAHUWATAALA..

3 comments:

Anonymous said...

salam, nak tanya klu dekat sekolah biasa STPM aliran agama ada tak???? -harap balas-

sfw said...

kepada anonymous..
setahu saya,tiada sekolah biasa yg menawarkan STPM aliran agama..apa pun boleh rujuk kepada pejabat pelajaran daerah atau jabatan pelajaran negeri anda..

Anonymous said...

salam.. sy nak bertanya.. yang saudara awk temuduga inspi tu.. temuduga nye mcm mana ya? harap awk balas.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...