Sunday, April 8, 2012

Pengalaman di SBP Part 2


Salam mahabbah...
Ada orang kata,belajar kat sekolah mana-mana pun sama je,yang penting kemahuan diri kita untuk belajar.Pendapat tu mungkin betul kalau dikira dari aspek keputusan peperiksaan awam di mana pelajar sekolah biasa juga menunjukkan kecemerlangan saban tahun.Tetapi jika dikira daripada aspek pembentukan jati diri dan ciri kepimpinan,sekolah berasrama(tak kiralah asrama penuh atau asrama harian)mampu menjadi medan terpenting dalam membentuk peribadi seseorang.

Disini aku akan highlightkan beberapa point menarik sepanjang aku belajar di SBP(pengalaman setiap orang mungkin tak sama):


1.Sistem pembelajaran di sini lebih banyak menggunakan modul yang dibuat sendiri oleh guru-guru.Kami jarang membuat nota yang berjela-jela yang banyak memakan masa sebaliknya pendekatan lebih banyak membuat latihan.Dan latihan dalam modul yang diberikan lazimnya berbentuk nota yang kami kena isi jawapan kat tempat kosong(biasanya untuk subjek pure science-fizik,kima dan biologi) dan soalan-soalan SPM past years(biasanya tuk subjek bahasa Arab dan Sejarah).

Memang berkesan kerana secara tidak langsung kita ada nota kita sendiri untuk semua subjek dan tahu mengaplikasikannya ketika menjawab soalan.Kalau dulu masa sekolah biasa,satu subjek dalam 3 buah buku diperlukan.Untuk apa?Ya lah,nak buat nota,latihan, lepas tu tak siap-siap jugak sebab jadi banyak sangat..Buku –buku tulis yang dibeli semasa mula-mula daftar tak guna sangat pun sebab banyak guna ‘test pad’.Memang kena sedia stok test pad banyak-banyak.
P/S:Sistem ni most tuk upper form je la.Lower form mungkin tak  berapa pakai system ni.

2.Sistem rumah
Setiap kesalahan yang dibuat oleh pelajar akan demerit dan secara tidak langsung menjejaskan mata rumah.Kalau kita menyertai kegiatan kokurikulum juga turut menyumbang kepada mata rumah.Kebersihan dan keceriaan dorm turut dikira.Rasa-rasanya semua SBP pakai system rumah ni.Aku dikira sangat bertuah kerana tahun pertama aku di sini(tingkatan 4 2008) rumah ku iaitu Informatique menjadi juara Sistem Rumah pada tahun tersebut dan dianugerahkan Piala Al-Ghazali.Memang gembira!Siapa tak bangga kan!Masa ni aku faham perasaan Harry Potter ketika Gryffindor muncul juara rumah dalam movie tu.(Ceh!). 

Kadang-kadang terfikir gak tak jadi assabiah ke(hehe ni gara-gara belajar istilah semangat assabiah dlm sejarah form 4).Tapi dah duduk lama-lama kat sini,rasanya tak jadi assabiah pun sistem rumah ni.Sistem rumah ni malah membantu dalam menjaga tahap disiplin pelajar.Yang menariknya,best friend aku masa form 4 dan form 5 semuanya rumah Education!Masa form 4 Wiwi(Edu I) dan Saidatul Masitah(Sai-Edu II).Masa form 5 tambah dengan Nur Ilham(atau nicknamenya E-am(Edu III) dan Sofia Syafika(Pia! Edu IV).
Bangunan Lower Form


3.Sistem mentor-mentee
Setiap pelajar diberi seorang mentor.Dan seorang mentor ada beberapa mentee di bawahnya.Setiap rumah kan ada guru-guru rumah.Dan setiap guru ni akan dibahagikan la ikut bilik contohnya Info I 3 orang guru,Info II 3 orang guru gak dan begitulah seterusnya.Harus diingat,mentor untuk aspura dan aspuri ialah sama.Contohnya cikgu A mentor bagi ahli Info IV maknanya semua ahli Info IV yang menjadi menteenya tak kiralah aspuri atau aspura kira macam adik-beradiklah..Perjumpaan setiap dua kali sebulan dan dibuat di..ha..ni part yang best...dibuat di aspura atau aspuri..ikut mentor kita la..Masa nilah yang aspuri boleh gi jalan kat aspura dan sebaliknya.

Mentor ku ialah Sensei Yab Lea Lea,satu-satunya guru berbangsa Cina kat sini.Kenapa Sensei?Sensei ialah dalam bahasa Jepun bermaksud cikgu..Mentorku ini ialah guru bahasa Jepun..Eh?Camne pulak ada bahasa Jepun ni..nanti aku cerita dalam point yang lain..Mentor ni tempat kita bermanja dan mengadu masalah lah..sebab most of SBP student kan tinggal jauh dari ibu bapa..ni kira penggantilah ni..

Ha tu dia(Baca macam bunyi loghat utara)..Baru tulis 3 point dah panjang entri ni..Betapa bestnya duduk kat sini sampai panjang ni aku boleh share kat blog ni..Nantikan sambungannya..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...