Salam ukhuwah kepada pembaca sekalian..
Bagi umat Islam,solat fardu lima waktu sehari semalam difardukan ke atas mereka yang sudah mukallaf(baligh dan berakal).Namun,berapa ramai yang mampu mencapai khusyuk dalam solat seperti mana sahabat-sahabat Rasulullah apatah lagi untuk mencapai piawaian seperti baginda.Saya sendiri masih sukar untuk memperoleh khusyuk ketika solat.Solat seperti tidak ubah hanya sekadar rutin yang kita lakukan setiap hari seperti juga makan dan tidur.Mari kita lihat apa erti khusyuk dalam solat:
Khusyuk dalam solat bermaksud melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah yang dilakukan dengan anggota badan dan hati serta menjaga syarat,rukun dan adab-adab solat dengan sempurna.
Cara menjaga kesempurnaan solat:
- Berwuduk dengan sempurna.
- Memastikan tempat dan pakaian untuk bersolat berada dalam keadaan yang bersih.
- Memilih suasana tenang untuk solat.
- Menjaga keikhlasan dan memahami makna bacaan dalam solat.
- Memandang tempat sujud serta menjaga pergerakan anggota badan.
- Melupakan seketika masalah dunia.
Dipetik daripada buku teks Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 4 tajuk Syak dalam Solat.
Semasa saya tinggal di asrama,ramai yang lebih memikirkan masa untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran sehinggakan solat sunat yang lazimnya dilakukan tidak dilakukan semasa musim peperiksaan.(Muhasabah untuk diri sendiri juga yang melakukan perkara yang sama).
''Solat jadi tak khusyuk sebab hati kita tak hadir sama.Ruang hati ketika itu dipenuhi dengan exam,tak ada tempat lagi bagi khusyuk dengan Allah menempatinya.Jangan jadikan exam lebih penting daripada Allah sedangkan rahmat Allah sepatutnya yang kita lebih yakini pada saat-saat akhir begini.Jadi,letakkan Allah dalam hati.Mungkin juga solat jadi tak khusyuk disebabkan solat itu dah dianggap rutin harian oleh minda kita bukan lagi satu urusan penting yang perlu dipertingkatkan kualitinya saban waktu,'' dialog Khazinatul Asrar.
Petikan daripada novel Seindah Mawar Berduri karya Fatimah Syarha Mohd Noordin,m/s 352.
Akhir kalam,ayuh kita pertingkatkan solat kita dan berusaha memperoleh khusyuk dalam solat!Bersama mencari keredhaan Allah.
0 comments:
Post a Comment