Salam ukhuwah..
Semoga pembaca diredhai Allah
sentiasa..
Sekarang ni tajuk yang
bermain-main di status rakan-rakanku di facebook,tidak lain tidak bukan ialah
IPTA,Medsi,Munsyi dan bla..bla.Semuanya berkaitan hala tuju selepas mendapat
keputusan STPM,iaitu menjejakkan kaki ke IPTA..
Tetapi,bukan itu fokus utama
dalam entri kali ini,saudara lelakiku yang merupakan lepasan SPM semenjak dua
minggu ini sibuk menghadiri temuduga Diploma Tahfiz Darul Quran dan Institut
Pengajian Islam(INSPI),Kemaman.Apabila melihat dirinya,aku seolah-olah melihat
diriku dua tahun lalu ketika pasca-SPM.Sibuk memikirkan dan memahami apa itu
istilah asasi,matrikulasi,diploma,Politeknik,Tingkatan 6,Institut Pendidikan
Guru(IPG) dan bla...bla..Ditambah lagi juniorku di SHAMS juga rajin bertanya :
‘Nak masuk maktab camne ah?’
‘Form 6 susah tak?’
‘Asasi dgn diploma,mana bagus?’
‘Mesir dgn Jordan,mana lagi
best?’
‘JPA dgn MARA,mana senang dpt?’
Sememangnya menjadi rakyat
Malaysia cukup bertuah,pelbagai laluan pengajian disediakan selepas SPM untuk
memastikan rakyat mendapat pendidikan sepanjang hayat.Selepas SPM dulu,setelah
meneliti kesemua pilihan yang ada,terdapat pro dan kontra bagi semua pilihan di
atas.Yang penting,kita kena tahu kemampuan diri kita memilih laluan pengajian
yang bersesuaian dengan keputusan SPM,minat,cita-cita dan keperluan masa depan.
1.Asasi..
Tidak semua IPTA menyediakan
program asasi,yang popular ialah Asasi UIA kerana UIA menyediakan semua program
asasi meliputi semua bidang iaitu sains,perakaunan,ilmu wahyu,sains kemanusiaan
dan bahasa.Tapi,berdasarkan pengalaman sendiri,hanya pelajar yang memperoleh
result sekurang-kurangnya 6A ke atas yang ditawarkan tempat di UIA dan subjek
Bahasa Inggeris biasanya dapat gred A.Persaingan sangat kuat untuk merebut
tempat di UIA mungkin kerana satu-satunya IPTA yang menawarkan asasi untuk
semua jenis bidang.Bagi pelajar sekolah agama,saya sarankan pohonlah juga USIM
kerana USIM memang dikhaskan untuk pelajar aliran agama kerana meletakkan syarat
mengambil Bahasa Arab Tinggi untuk syarat kemasukannya.Persaingan tidaklah
terlalu sengit kerana hanya bersaing dengan pelajar aliran agama sahaja.Bagi
yang inginkan suasana islamik seperti di zaman sekolah(biasanya budak sekolah
agama la),USIM adalah jawapannya(berdasarkan pemerhatian je ni).
2.Matrikulasi
Em,,salah satu laluan yang
terpantas utk masuk ke IPTA kerana tempoh pengajian hanya setahun.Tetapi,perlu
diingatkan anda perlu bertindak pantas untuk study di peringkat Matrik,kerana
cara pengajaran yang cukup pantas.(Ni kawan-kawan kat matrik kata la).Anda
perlu mendapat pointer yg tinggi bagi mengelakkan anda mendapat course ‘lelong’
. Persaingan untuk mendapat tempat di IPTA dalam course
medic,pharmacy,dentistry(lainla kalau anda tak minat bidang-bidang ni)sangat
sengit.Tetapi,menurut fakta terbaru,pelajar aliran sains digalakkan mengambil
aliran sains tulen(kimia,fizik,biologi) berbanding sains
gunaan(kejuruteraan,bioteknologi) kerana kekurangan pakar dalam bidang
ini.Ops,bidang perakaunan juga ditawarkan di Matrikulasi.Saya dulu mendapat
tawaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS) dalam jurusan
perakaunan.Tetapi,dah tahu kemampuan diri sendiri plus memang tak nak belajar
dah bidang yang berkaitan matematik,jadi tak pergi lah berkelana ke KMNS.Pendapat
saya jika anda ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains,matrikulasi
pilihan terbaik berbanding STPM.
3.Diploma
Diploma memakan masa selama 3
tahun jadi salah satu sebab kenapa aku tak nak ambil diploma(ni kes nak cepat
je ni).Kebaikan mengambil diploma ialah anda berpeluang membaiki pointer kerana
tempoh pengajian yang lama.Banyak IPTA yang menawarkan pengajian peringkat
diploma,yang popular ialah UiTM.Kelebihan bagi lulusan diploma ialah diploma
diiktiraf untuk memohon pekerjaan di sector awam mahupun swasta dengan tangga
gaji berbeza berbanding menggunakan sijil SPM.Peringatan,sijil matrikulasi dan
asasi tidak diiktiraf untuk tangga gaji setaraf diploma.Boleh rujuk laman web
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) untuk melihat perbezaan tangga gaji bagi
jika menggunakan sijil SPM dan STPM/Diploma dan Setaraf.
4.STPM/Tingkatan 6
Erk,,Tingkatan 6?Mesti yang ni
pilihan terakhir bagi kebanyakan lepasan SPM.Ye la,aku dah besar,takkan nak
kena pakai baju sekolah lagi,lepas tu terikat dengan peraturan sekolah lagi.Itu
persepsi bagi orang yang memang tak pernah tengok atau ambil tahu pengalaman
sebenar bergelar pelajar Tingkatan 6.Disebabkan aku pernah bergelar pelajar
Tingkatan 6,aku akan beri gambaran sebenar.Antara kelebihan melanjutkan pengajian
di Tingkatan 6:
· - Jimat kos.
Rasanya
semua ex-form 6 setuju dengan point ni.Mana tak jimatnya,pergi sekolah pakai
uniform sekolah je.Tak payah pening-pening nak cari baju kemeja pelbagai
warna(bagi lelaki) dan pening fikir nak suai padankan tudung dan baju
kurung(bagi perempuan).Pakai je baju sekolah yang boleh ditukar ganti dan tahan
pakai selama setahun.Yuran sekolah pun bukannya mahal sangat plus yuran untuk
mengambil peperiksaan STPM pun dah dimansuhkan.Duit tinggal guna untuk beli
buku je.Kalau pandai sikit,cari-carilah senior form 6 dan ex-form 6 dan beli
buku second-hand daripada mereka.
· -Mendapat kepercayaan daripada guru-guru
Apabila
anda bergelar pelajar Form 6,anda akan rapat dan ‘kamceng’ dengan guru-guru
bagaikan kawan anda.Maksudnya,anda tidak lah rasa terlalu segan untuk
berbincang tentang masalah pembelajaran(bincang masalah lain pun boleh) dengan
guru kerana kebanyakan guru Form 6 akan berkomunikasi dengan kita seolah-olah
rakan kita sendiri.Guru akan memberi kepercayaan kepada pelajar form 6
menguruskan sebarang majlis di sekolah kerana menganggap pelajar form 6 ni
sudah matang.
· -Peluang cerah mendapat tempat di IPTA.
Kelebihan
ni yang biasanya diceritakan oleh guru-guru Tingkatan 6.Peluang terbuka luas
dan lebih banyak pilihan program pengajian untuk lepasan STPM jika dibandingkan
lepasan SPM(yang ni buat aku rambang mata semasa hendak mengisi borang UPU
baru-baru ni).Kebanyakan lepasan STPM mudah mendapat tempat di IPTA terkemuka
seperti UM,UKM,USM,UPM dan UPSI.Bagi yang ada keinginan untuk ke UIA tetapi
tidak mendapat peluang,STPM adalah laluan terbaik kerana UIA hanya menerima
lepasan STPM dan tidak menerima lepasan matrikulasi ke program ijazah pertama.
Banyak lagi kelebihan
sebenarnya cuma suka diingatkan jangan bersuka-ria ketika di Tingkatan 6 Bawah
kerana asas yang kukuh ketika 6 Bawah membolehkan anda senang untuk ‘catch-up’
ketika di Tingkatan 6 Atas.Kalau anda tanya saya adakah Form 6 ni susah,kalau
diikutkan dari segi sukatan pelajarannya ketika zaman saya dulu memang susah.Tetapi,kerajaan
telah membuat sistem modular bagi Tingkatan 6 yang mirip sistem pembelajaran di
universiti(ada sistem pembahagian subjek untuk setiap penggal) baru-baru ini
bagi pelajar Tingkatan 6 Bawah mulai tahun ini.Dan setelah meneliti sistem
tersebut,diakui sangat memudahkan pelajar form 6 untuk skor STPM.Saya akan buat
satu entri tentang aliran dan subjek yang boleh diambil untuk STPM selepas ini.
Kesimpulannya,berfikir dengan
bijak yang mana satu laluan yang ingin anda ambil sesuai dengan tahap keupayaan
anda.Dan jangan lupa niatkan LILLAHITAALA...Jadikan peluang menuntut ilmu untuk
lebih mendekatkan diri kita dengan ALLAH SUBHANAHUWATAALA..
3 comments:
salam, nak tanya klu dekat sekolah biasa STPM aliran agama ada tak???? -harap balas-
kepada anonymous..
setahu saya,tiada sekolah biasa yg menawarkan STPM aliran agama..apa pun boleh rujuk kepada pejabat pelajaran daerah atau jabatan pelajaran negeri anda..
salam.. sy nak bertanya.. yang saudara awk temuduga inspi tu.. temuduga nye mcm mana ya? harap awk balas.
Post a Comment