Monday, April 30, 2012

STPM Aliran Agama Part 1


Salam mahabbah buat pembaca..
Keputusan kemasukan ke tingkatan 6 baru diumumkan.Bagi lepasan SPM 2011,pasti ada yang sedang bingung dan memikirkan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6.Saya akan fokus untuk memberi maklumat beberapa subjek yang ditawarkan di peringkat STPM khususnya jurusan agama.Kenapa fokus jurusan agama?Sebabnya saya dulu pun boleh dikatakan ‘zero’ tentang jurusan ni.

‘Eh,form 6 pun ada aliran agama?’
‘Belajar dalam bahasa Arab macam STAM ke?’


Itu antara kata-kata yang bermain di fikiran saya semasa mendapat tawaran form 6 dulu.
Subjek yang wajib diambil ialah Pengajian Am(PA) dan wajib mendapat prinsipal bagi melayakkan lepasan STPM memohon ke IPTA.Pakej subjek bergantung kepada sekolah yang ditawarkan kepada anda.Saya dulu mengambil STPM di SMKA Sheikh Abdul Malek(SHAMS),Kuala Terengganu.Di sini,selain Pengajian Am(kan memang subjek wajib),kami wajib mengambil subjek Bahasa Melayu(BM),Bahasa Arab(BA) dan Sejarah(SEJ). Kemudian,bagi mencukupkan 5 subjek(tak banyak sekolah yang suruh ambil 5 subjek) kami diberi pilihan untuk mengambil subjek Syariah(SYA) atau Usuluddin(USU). Disebabkan minat course law,saya ambil subjek Syariah.

Ada juga SMKA@SMA yang menawarkan 4 subjek sahaja.Biasanya Bahasa Arab wajib ambil(dah nama pun jurusan agama kan!) dan kombinasi dua subjek lain.Kalau di KISAS ada pakej PA+SYA+USU+BA, PA+SYA+SEJ+BA, PA+BM+USU+BA, dan PA+SYA+Ekonomi(EKO)+BA. Anda diingatkan untuk mengenal pasti cita-cita dan matlamat anda untuk memilih pakej subjek yang bersesuaian.

Katalah anda minat bidang undang-undang(law syariah khususnya),subjek syariah wajib diambil.Jika minat untuk menceburi bidang perbankan atau kewangan Islam,subjek syariah juga penting dan boleh digabungkan dengan subjek ekonomi.Setahu saya,hanya USIM yang menetapkan syarat mesti mengambil subjek ekonomi bagi mengikuti program sarjana muda pentadbiran muamalat.Tapi,peluang pelajar aliran agama sangat luas untuk melanjutkan pelajaran ke pelbagai bidang di IPTA.



1.Pengajian Am
Subjek yang mesti,mesti,mesti dapat prinsipal dan kalau boleh A lah.Sukatan PA ni terlalu luas dan pembacaan dan ulangkaji tidak terhad kepada sukatan pelajaran sahaja.Kertas 1 PA berbentuk objektif dan mengandungi 50 soalan.Terdapat 4 bahagian iaitu Sistem Pentadbiran,Sistem Kehakiman dan Sistem Perundangan.Anda akan diajar mengenal dan memahami apa itu demokrasi berparlimen,perlembagaan,hierarki mahkamah sivil dan syariah,prosedur penggubalan akta di Parlimen,perbezaan bidang kuasa sistem kerajaan negeri dan persekutuan dan banyak lagi..Ilmu ni sangat berguna untuk memahami sistem pentadbiran negara.Satu bahagian lagi ialah penyelesaian masalah melibatkan penggunaan matematik sebanyak 15 soalan.Bahagian ni 'favourite' bagi semua pelajar kerana senang skor.Anda kena pandai aplikasikan formula matematik yang anda pelajari dahulu dalam bahagian ni.Saya perhatikan persamaan algebra dan persamaan linear banyak digunakan.Jangan risau jika anda tak pandai matematik,saya pun tak pandai sangat.Anda kena bijak berfikir untuk menyelesaikan masalah yang diberi(nama pun penyelesaian masalah kan).

Kertas 2 pulak dianggap ‘killer’ bagi pelajar.Bahagian A dan B pelajar dikehendaki menjawab satu karangan laras sains dan satu karangan laras sastera.Jika laras bahasa yang digunakan salah,karangan anda dianggap terpesong.Saya biasanya skor karangan laras sains walaupun ramai anggap laras sains susah kerana melibatkan istilah sains.Tapi,bagi saya senang untuk skor laras sains kerana faktanya sudah konkrit.Bagi karangan laras sastera melibatkan tema pendidikan,pelancongan,sains kemasyarakatan amat meluas tajuknya dan faktanya boleh berubah-ubah.Bahagian C pula ulasan dan kefahaman teks.Bahagian D dan E melibatkan graf dan carta.Ni pun bahagian 'favourite' sebab senang skor.Ye lah kira data dalam teks yang diberi,buat jadual dan graf.Tu untuk bahagian D.Bahagian E pulak kita dikehendaki mentafsir dan menganalisis jadual atau graf yang diberikan dan mengulasnya dalam bentuk teks.Mesti pening kan?Tak payah pening-pening.Biasanya guru akan ‘guide’ dan siap bagi contoh ayat yang perlu dihafal bagi menyusun analisis anda dengan tepat.Jangan risau ye!
Ni buku saya guna dulu..

Kalau student STPM di Terengganu,kebanyakan nya guna buku Pengajian Am Kertas 1 yang merangkumi sukatan semua bahagian kecuali untuk bahagian penyelesaian masalah yang ditulis oleh Abdul Manap Adam,guru SMK Ajil.Fakta yang ditulisnya sangat mudah untuk difahami dan dikaitkan antara satu sama lain.Oh lupa pulak,ada satu lagi bahagian dalam kertas 1 iaitu bahagian dasar negara dan isu semasa.Dasar negara ni macam Dasar Ekonomi Baru,Dasar Pelajaran Kebangsaan,Dasar Pertanian Negara,Dasar Pandang ke Timur dan terbaru Model Ekonomi Baru.Memang kena hafal lah dasar-dasar ni(bab ni yang ramai malas nak 'study').Isu semasa contohnya pelaksanaan PLKN,dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris(MMBI) dan banyak lagi.Subjek ni banyakkan pembacaan akhbar serta majalah ilmiah seperti Dewan Masyarakat dan Dewan Kosmik.Saya guna juga buku Pengajian Am Kertas 1 terbitan Oxford kerana bahagian dasar dan isu semasanya sangat terkini.Saya sarankan janganlah beli buku rujukan dari syarkat yang sama dengan yang telah rakan anda beli.Pakatlah dengan rakan anda beli buku dari syarikat yang berbeza kerana lain syarikat lain input yang dapat diperoleh.

Ni blog yang rajin saya kunjungi:

2.Bahasa Arab
Pergh..antara subjek yang digeruni jugaklah nak-nak kertas 1.Kertas 1 anda dikehendaki menjawab satu karangan,kefahaman teks,rumusan dan soalan nahu.Soalan nahu memang ‘killer’.Anda kena pandai aplikasikan semua ilmu nahu yang anda pelajari.Contoh soalannya anda dikehendaki membuat dialog antara ibu dan anak dan mesti memasukkan unsur isim,jamak muannas salim,fee’l mudari’,mubtada’ marfu’ dan macam-macam lagila.Tapi jarang orang dapat markah 60 kertas 1 ni.Kalau dapat 50 tu dah kira macam dapat A dah! Carilah balik nota bahasa Arab semasa anda di tingkatan 5 dahulu kerana sangat berguna untuk ‘revise’ kertas 1 ni.
Asas bahasa Arab..teringat masa mula belajar bahasa Arab masa form 1

Bagi kertas 2 anda dikehendaki menjawab soalan kefahaman tentang syair dan prosa Arab.Alah senang kata sastera Arablah.Macam belajar KOMSAS dulu bezanya yang ni dalam bahasa Arab.Ada lah tema,pengajaran,unsur ‘balaghah’ dalam teks.Kertas ni ramai yang skor sebab hafal je.Tapi,saya ni malas sikit nak hafal sebab ada teks yang tak berapa nak faham.Tapi,kalau syair atau prosa tu kita faham,bolehlah ‘goreng’ sikit-sikit apa tema atau isi pentingnya.Yang penting hafal.Faham tu bonusla!Soalan balaghah diperuntukkan 40 markah.Yang ni 'favourite' sebab memang kena hafal contoh je semua unsur balaghah yang kita pernah belajar.Contohnya kinayah,majaz,majaz mursal,istia’rah, dan banyak lagi.Bagi bahagian sastera tu buku yang digunakan tulisan Usman Khalid.Syair dan prosa tu kita belajar dari zaman jahiliah,awal kedatangan Islam,kegemilangan Islam,Bani Umaiyah,Bani Abbasiyah sampailah zaman moden.Best jugak belajar sastera Arab ni sebab orang Arab lazimnya merekodkan sejarah mereka dalam bentuk syair atau prosa.Syair tentang kemenangan tentera Islam sangat membangkitkan semangat.

Jangan takut jika anda tak berapa skor subjek Bahasa Arab Tinggi masa SPM dulu sebab kertas 2 boleh membantu anda skor subjek ni.Ramai rakan saya yang tak berapa nak skor masa SPM boleh skor Bahasa Arab masa STPM.Senang kata,kena rajin!

Panjanglah pulak entri ni..Sekadar perkongsian pengalaman dari hamba yang hina ini..Jika entri ni dapat respon yang baik,saya akan sambung dengan subjek Syariah,Usuludin dan Sejarah.

Akhir kata,kembalikan kegemilangan umat Islam dengan ketinggian ilmu dan budi!

94 comments:

Siti Zuhaira (selangor) said...

assalamualaikum..
izinkan saya bertanya pendapat..
saya seorang pelajar sekolah menengah harian biasa dan kini baru sahaja masuk ke tingkatan enam bawah..saya mendapat jurusan kemanusiaan..saya amat berminat untuk mengambil subjek syariah . minat mendalam itu meyakinkan saya untuk bertukar jurusan..masalahnya mengikut maklumat yang saudari berikan di atas,kombinasi subjek yang perlu di ambil termasuklah subjek bahasa arab (wajib ambil) . tetapi saya lansung tiada asas bahasa arab . semasa spm juga saya tidak mengambil subjek bahasa arab..tolong beri pendapat..layakkah saya ? saya juga bercadang untuk membuat pertukaran sekolah . dan saya berniat untuk bertukar ke SMKA Sheikh Abdul Malek(SHAMS),Kuala Terengganu.. *menanti jawapan saudari..

sfw said...

terima kasih kerana sudi membaca entri ini..
setahu saya untuk melayakkan anda mengambil jurusan agama,WAJIB mengambil bahasa arab tinggi semasa SPM..ada juga SMKA di Terengganu yang menawarkan pelajarnya mengambil subjek syariah sahaja tanpa mengambil bahasa arab malah ada juga pelajar sekolah biasa yang mengambil subjek syariah tanpa mengambil bahasa arab..tapi jika anda ingin mengambil subjek syariah sahaja semasa STPM..silakan tetapi anda tidak boleh menyambung ke bidang syariah ketika program sarjana muda kerana memerlukan syarat bahasa arab sebagai gandingan dengan subjek syariah..seolah-olah tiada guna anda mengambil subjek ini jika tidak boleh digunakan untuk pemilihan bidang ketika menyambung 'degree'

buat pilihan yang terbaik.

Qani'ah said...

salam.,.,
saya ingin mengambil jurusan agama untuk STPM,.,boleh tak saudari t0long terangkan untuk saya mengenai syariah, usuluddin dan sejarah?

Shahrulelul said...

assalamualaikum..saya pelajar stpm sesi 2012/2013..badge saya sistem bau telah di perkenalkan..boleh saudari terangkan bagaimana sy boleh mndptkan buku stpm untuk aliran agama..

sfw said...

buat Qani'ah dan Shahruleul..rujuk entri ini..

http://suarasfw.blogspot.com/2012/05/stpm-aliran-agama-part-2.html

Unknown said...

takutnya nak ambil bahasa arab

sfw said...

saudari athifah,,
yakinkan diri banyak faedah mempelajari bahasa arab,,lughah arabiah lughah jannah!

Unknown said...

assalamualaikum... sy nak buat pertukaran ke jurusan agama.. tp sebelum tu nak tau jgak, mmg takdak effect ap2 ke klu nak apply course more related to science bila amek jurusan ni? please answer...

sfw said...

maksudnya apa Michin Maeil? kalau saudara ambil jurusan agama,peratus kebarangkalian untuk sambung ke jurusan sains selepas STPM sangatlah tipis kerana tiada kesinambungan pembelajaran.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Maaf sebab terlambat komen memandangkan sekarang ni dah masuk tahun 2014. Jauh sgt dengan entri ni. Boleh ke kalau saya buat rayuan untuk mengambil aliran agama (bahasa arab, syariah, dll), sedangkan saya langsung tidak mengambil subjek bahasa Arab semasa menduduki peperiksaan SPM 2013, tahun lepas. Macam mana ya? Saya memang bercita-cita untuk mengambil aliran agama. :(

Harap saudari penulis sudi membalasnya.
Wassalam.

~Farahin.

sfw said...

Salam alaik..
Saudari Farahin..

Maaf kerana lambat membalas pertanyaan saudari,,
Jawapan saya sama seperti jawapan kepada saudari Zuhaira di atas,,pengambilan subjek bahasa Arab sewaktu SPM amat penting untuk meneruskan pengajian aliran agama tidak kira sama ada di tingkatan enam STPM ataupun diploma IPTA..Cuma,jika tidak silap ,ada IPTS yang menawarkan diploma dalam bidang agama tanpa memerlukan kelayakan bahasa Arab,,boleh rujuk di internet..

Anonymous said...

Assalamualaikum :)

Saya pelajar aliran agama SPM tahun lepas and ingat nak sambung belajar di Form6 Sc Kemanusiaan. Boleh ke kalau mase form 6 tu saya tak belajar subjek aliran agama pun tapi nak sambung Ijazah dlm bidang agama sedangkan masa SPM saya memang pelajar aliran ni?

Tq

sfw said...

kepada anonymous,,
cadangan saya,,jika semasa SPM saudara/i memang pelajar aliran agama,,seeloknya sambung ke aliran agama semasa form 6,,aliran agama boleh digabungkan dgn kemanusiaan semasa form 6 dgn adanya gabungan sbjek bahasa melayu dan sejarah dgn bhs arab serta syariah dan usuludin..
diharap dpt menjawab soalan saudara/i

Unknown said...

klau nk ambik bidang engineering apabila nk smbung degree..leyh ke ambik jurusn agama?

a s h a said...

Salam . Nak tanya ~ saya dapat aliran Agama tetap saya amat gerun dengan BAT sebab sepanjang 5 tahun mempelajarinya , memang tak pernah dapat A , oleh itu saya ingin menukar ke aliran kemanusiaan ..

Adakah itu suatu keputusan yang salah ? Kalau aliran kemanusiaan ( sastera ) nak sambung course psikologi boleh tak ?

sfw said...

kepada asha..
sepanjang pengalaman saya,ramai yag mampu skor Bahasa Arab ketika peringkat STPM berbanding sewaktu SPM,,jika anda menukar ke aliran kemanusiaan,itu pilihan anda,,cuma sayang dan rugi kerana anda daripada aliran agama sebelum ini,,suka saya ingatkan persaingan aliran kemanusiaan utk memasuki IPTA sangat hebat dan hal ini tidak berlaku dalam aliran agama,,
Sebaiknya buat istikharah terlebih dahulu dan mohon pandangan ibu bapa dan guru..

Anonymous said...

saya cadang kepada yang mengambil subjek syariah stpm 2015 belilah buku RUJUKAN LENGKAP SYARIAH STPM terbitan "Baitulsyifa" .Buku rujukan tu ak mula di jual pada awal Disember 2014.

Anonymous said...

email " syariahstpm@gmail.com " untuk mendapatkan naskah rujukan lengkap syariah STPM.

Putri Aniliya Zulfah said...

assalamualaikum , ada x nota yg ringkas untuk lower form sbagai rujukan untuk exam ? tq

sfw said...

Putri Aniliya Zulfah..

waalaikumsalam, saya kurang buat nota ringkas masa dulu-dulu,hehe,,sebab stail saya study lagi suka refer buku dan skema jawapan peperiksaan percubaan dan sebenar yang lepas-lepas.

Anonymous said...

assalamualaikum. nak tanya, sekolah agama mana lagi yg ada subjek ekonomi?

sfw said...
This comment has been removed by the author.
sfw said...

Kalau kat terengganu,sekolah SMASZA dgn SMKA Durian Guling utk form 6.kalau negeri lain saya tak tahu

mmh said...

Assalamualaikum.. Saya student form 4 yg amik sains agama.. Akak, saya nak tnye ckit.. Kalau nak ambil STAM macam mne pulak eh? Ramai orang kata kena ambil exam SMU waktu form 4.. Tapi, kalau tak ambil, boleh ke ambil STAM? And.... STAM ni mcam mne sebenarnye?

Unknown said...

Assalamualaikum,saya nk tnye dya soalan:
1)dimana lagi sekolah terengganu stpm aliran agama?
2) ade x asrama kt sekolh stpm terengganu biasanye? Sbb saya duduk di selangor, tpi kg.terengganu

Unknown said...

Assalamualaikum . Sy nk tnye . Sekolah mne yg ade subjek perakaunan di trg ?

Anonymous said...

Assalammualaikum...
Sye nk tnye..sye mrupakan plajr stpm aliran agama.sye ambil subjek pngajian am,syariah,b.arab dn usuludin...sye xambil sejarah.bleh ker sye mohon jurusan law di ipta slps tamat stpm?

Anonymous said...

Assalamualaikum kak,saya dapat jurusan kemanusiaan form 6(bm,pengajiam am, pengajian perniagaan,sejarah,muet). Saya berminat nak ambil law. Despite syariah law, saya boleh ke ambil jurusan law di university nanti?

kkkkk said...

Assalamualaikum, kalau sy baru nak masuk lepas cuti nanti (sbb sy haritu ada dapat twrn tapi takmsasuk n kne lah buat rayuan).. dah buat rayuan dah.. tapi dkt skola sy ditempatkn ni saya diberi jurusan sains. Tapi saya nak jurusan agama, jadi macam mana ye? Masuk ke sekolah tersebut dahulu baru isi borang pindah ke sekolah lain yg ada jurusan agama ke? Mohon panduan admin, terima kasih

sfw said...

Setakat yg akak tahu tak perlu amek SMU untuk amek STAM..STAM bljar semua sbjek agama mcm tafsir,hadis,insyak,feqah dan lain-lain dalam bhs arb

sfw said...

Ada Smka sheikh abdul malek,smka durian guling,smka nurul ittifaq,sma maarif.

sfw said...

Maaf..akak tak tau sek mana ada sbjek akaun..boleh rujuk PPD berdekatan

sfw said...

Kalau nak amek law,muet pastikan dpt band 4.

sfw said...

Pergi ke sekolah tersebut dahulu.mintak.buatkan surat pertukaran ke sekolah yang ada aliran agama.kemudian rujuk ke PPD.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya, semua SMKA ada STPM ke?

kkkkk said...

Nak tanya. Kalau sy ni dpt skola dkt ngn umah.. Dpt sains tapi taknk n dh ke ppd utk urusan pertukran sekolah n aliran. Jadi skrg ni sy perlu hadir ke sekolah yg telah sy terima ataupun tidak? Sebab ada baca yg dia tunggu je kt rumah smpi la dpt surat pengesahan pindah ke sekolah yg kita nak diluluskan... Tlg jawab.. Huhu. Lagipun haritu pi skola just lapor diri n takde bayar apa2 pun. Pastu skola pun ada kata kami anggap awak dah lapor diri n mrk bgi sy borang pindah n skrg ni camne ye? Minta bimbingan. Terima kasih.

kkkkk said...
This comment has been removed by the author.
kkkkk said...

Tak.

QasehRaudhah said...

assalamualaikum . saya nak tanya , boleh ke jike saye dari sekolah harian biase tapi nak masuk form6 smkadg . (aliran agame) atas sebab tertentu . tapi saye nak ambil kos Tesl .

sfw said...

QasehRaudhah..untuk urusan pertukaran sekolah tngkatan 6,dinasihatkan terus pergi ke JPN Terengganu..

Taufiq said...

Kalau syariah law...stpm kene amek subjek syariah

Taufiq said...

Kalau syariah law...stpm kene amek subjek syariah

Anonymous said...

Klu nk ambik bhgian medic blh ke ambik stpm bhgian agama

sfw said...

Kepada Anonymous..kalau nak amek medic.memang tak ada cari lain selain ambil stpm aliran sains atau matrikulasi sains hayat

Anonymous said...

Klu stam blh smbg medic tak ?

Anonymous said...

Salam...saya lulusan sekolah agama dan saya berminat untuk menyambung pengajian stpm dlm aliran agama.Boleh saya tahu senarai sekolah yang menawarkan stpm aliran agama atau semua sklh ade aliran tersebut? Tq.

Ariff Danial said...

assalamualaikum, saya lepasan STPM aliran agama. Subjek yg saya ambil adalah P.Am, B.Arab, Syariah dan Usuluddin. Keputusan akhir saya lulus semua kecuali subjek B.Arab, B.Arab saya fail. Poiter keseluruhan saya pula 2.17. Saya mohon pandangan saudari, course apa yang sesuai dgn result saya ini? Rasanya ada harapan atau tidak utk saya menjejakkan kaki saya ke universiti awam? Mohon maklum balas daripada saudari..

princeZZ gemini said...

Assalamualaikum,.subjek usuluddin tu macam mana?

sfw said...

Salam..
Kepada Anonymous..untuk senarai sekolah,,boleh rujuk JPN masing-masing.Kepada Ariff Danial,maaf cakap,mengikut pengalaman saya,pointer 2.17 agak sukar untuk ke IPTA.Apapun boleh rujuk guru kaunseling dan guru tingkatan 6 tentang hal ni..Kepada princeZZ gemini, subjek usuluddin banyak berkisarkan hal tauhid dan akidah dan merupakan kesinambungan subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah SPM

Unknown said...

Salam akak, macam mana nk tukar jurusan ting6 ? saya dapat jurusan agama, nk tukar kepada kemanusiaan. Sbb saya tak yakin dgn BAT.

Anonymous said...

Assalamualaikum,susah tak BAT STPM berbanding SPM? BAT saya masa SPM biasa saja c. saya tak yakin nak ambil BAT STPM.

Anonymous said...

assalamualaikum akak klu math dlm tingkatan 6 tu sush ta?sebab masa spm saya dpt addmath C je

Anonymous said...

Assalamualaikum....sy dapat jurusan agama...tpi boleh ke semasa nk ambik ijazah nanti sambung bidang perakaunan dan muamalat cthnye di usim sbb tkde ekonomi

Fasihah kamarudin said...

Gi JPN dok pun PPD mudoh

Anonymous said...

Nasihat . Doksoh tanye soalan Hok org wi jawapan doh �� siang kokrang

nr_atikah said...

Ddk 2 minggu dulu kt sekolah yg ditetapkan.. Bru boleh tukar ke sekolah menengah biasa

Anonymous said...

assalamualaikum...saya nk tnye sikit..dulu saya plajar sekolh sains tp saya blajar dlm aliran sains agama..saya dpt twrn form 6 dlm aliran agama.. saya mnt dlm bidang pngurusan halal jadi subjek apa yg saya boleh pilih??

Anonymous said...

assalamualaikum...saya nk tnye sikit..dulu saya plajar sekolh sains tp saya blajar dlm aliran sains agama..saya dpt twrn form 6 dlm aliran agama.. saya mnt dlm bidang pngurusan halal jadi subjek apa yg saya boleh pilih??

Khaty said...

Assalamualaikum,saudari klau nk ambil stam n stpm kena sekolah yang sama atau mcm mn ye?maaf bertanya

Khaty said...

Boleh buat rayuan utk stpm kan?biasanya bulan brp dmklmkn pljr trpilih ke stpm?

Mohon jawapan dripd saudari

sfw said...

Kepada Khaty..boleh buat rayuan untuk stpm.pergi ke JPN berdekatan

yusri said...

assalamualaikum akak nak tanye pasal kemasukan STPM ni klu budak dari sek menengah arab kn bidang ape yang sesuai untuk saye amik?
klu blh whatsapp saye 0177897316 sbb saye nk tahu lebih detail.....

kkkkk said...

STPM ada 3 bidang; sains,kemanusiaan dan agama. Jdi alang² dh ambil bhs arab masa smk dlu sambung la dlm bidang Agama. Dan utk bidang agama stpm ni tk banyak, kne cari dulu.

Anonymous said...

Saya nak tanya,saya dari sekolah kebangsaan harian(smk) bukan dari sekolah agama dan saya tiada asas bahasa arab tapi saya minat dalam bidang usuluddin,boleh tak saya memohon dan layak tak saya?

Ana said...

Assalamualaikum,
Sy brminat nk ambil law slps STPM,result SPM sy dpt math dan eko D sej sy dpt C+....adkh pluang utk sy bljr law slps STPM susah?
Adkh pihak universiti akn tgk jgk result SPM sy wlaupun sy lpasn STPM ?
Pljr STPM di KISAS ambil MUET di sklh atau ambil sndiri?

sfw said...

Kepada Anonymous,kalau tak pernah ambil bahasa arab susah sangat nak sambung aliran agama.Kepada Ana, kalau nak ambil law,seeloknya ambil subjek sejarah semasa STPM dan muet kena dapat band 4

Ana said...

Terima kasih

Mekyah Putak said...
This comment has been removed by the author.
Mekyah Putak said...

Hai 😊 nak tye part 2 mne ye ? Ke tkde . ? Harap ade smbungannye. Seronok mmbaca😁

Zati said...

Assalamualaikum akk... Saya nk tnya.. Kwn saya dapat jurusan agama.. Saya sarankn dia ambil syar supaya dapat ambil syar law.. Tapi dia x nk sebb result spm dia x melayakkn dia mohon law.. betul ke dia akn tgk semula result spm ? Mohon balas.. Terima ksih.

arif amzar said...

Assalamualaikum...saya nak tanya,bagi aliran agama,tiada jurusan sains ke?sebab saya berminat untuk mengambil jurusan sains(perubatan @ kejuruteraan etc.)selepas stpm,tapi dalam masa yang sama,saya juga mahu menyambung pelajaran agama tinggi..jadi kalau saya nak teruskan karier dalam sains tapi dalam masa yang sama masih berpeluang untuk mempelajari ilmu agama tinggi,bolehkah kalau saya masuk aliran agama tingkatan 6?(sekarang saya form 4,ambil aliran sains tulen agama di sekolah menengah harian)

Unknown said...

Assalamualaikum,saya pelajar sekolah harian biasa. Masa spm dulu saya tak ambil bahasa arab sbb sekolah dulu tak tawarkan subjek tu. Tapi saya berminat nak ambil subjek bahasa arab. Bolehkah kalau saya nak ambil subjek bahasa arab semasa stpm? :)

Unknown said...

asslamualaikum..kak susahka bljar arab?😭 nk sngt ambil subj arab time stpm ni😅

sfw said...

Kepada asiah syakirin, https://suarasfw.blogspot.my/2012/05/stpm-aliran-agama-part-2.html...ni sambungannya. kepada Zati,result SPM yg penting untuk sambung law sekurangnya B+ untuk bahasa Inggeris.Kepada Arif Amzar, sedihnya sistem pendidikan di Malaysia tak memungkinkan kita ambil kedua-dua bidang,agama dan sains selepas SPM.Kecuali, ada satu kursus di UM,Asasi pengajian Islam dengan Sains.Kepada Yuyuii, syarat untuk ambil bahasa arab semasa STPM semestinya kena ambil bahasa arab semasa SPM.Ramboo boo, tidak sesusah mana janji rajin usaha.

Unknown said...

Subjek muet x wajib ambil ke untuk stpm agama?

Unknown said...

السلام عليكم... sya pelajar ting 4,sya ambil bidang pelajaran perniagaan,geografi,usul,lughah dan syariah...bolehkah sya menjadi seorang doktor atau pegawai perubatan ??

sfw said...

Kepada Muhd Imran, untuk masuk ke IPTA, muet wajib ambil untuk syarat kemasukan.Kepada Unknown,untuk menjadi doktor,mesti dan wajib ambil aliran sains meliputi subjek fizik,kimia dan biologi.Aliran perniagaan tidak boleh memohon untuk menjadi doktor.Bagaimanapun,kombinasi subjek saudara/i sesuai untuk mengambil aliran muamalat atau syariah.

Anonymous said...

had umur stpm and stam?

wei siang said...

18 and 19

Unknown said...

Subjek apa yang perlu saya ambil untuk ambil bidang syariah??? Kalau tak ambil BA boleh tak????

sfw said...

Kepada Unknown, jika berminat mengambil syariah,sangat penting dan wajib ambil bahasa Arab bagi memudahkan pemahaman hukum-hukum dalanm syariah

Unknown said...

Salam kak,nk tnya ni..kalau sy xamik sej & amik bm,pam,ba,syariah,usuluddin blh x smbg law???

Anonymous said...

Salam akak,, kalau contohnya saya dari bidang spm sains tulen nk smbung stam tu mcm mna ye? Tolong jelaskan

sfw said...

Kepada Unknown, kalau law biasa,sejarah tu sangat penting.Kepada anonymous, kalau dari aliran sains tulen tapi ada ambil bahasa arab semasa spm, insya Allah boleh ambil stam.

Anonymous said...

assalamualaikum, boleh saudari beri pencerahan tentang aliran literature in english..saya minat bahasa inggeris dan pencapaian saya untuk subjek ini juga agak memuaskan namun saya khuatir jika tak mampu bawa ketika STPM kerana silibus yang berbeza.
Mohon pencerahan dari saudari ya..

Unknown said...

assalamualaikum...boleh saya tanya andai kata saya dapat sambung stpm di sekolah biase bukan di sekolah agama boleh tak kalau saya tak ambil subjek bahasa arab...

Anonymous said...

assalamualaikum akak,saya baru lepas spm, tapi saaya nak tanya kalau kite stpm dalam jutusan agama yang ada syariah semua tuh, berapa minimum pointer yang diperlukan untuk melayakkan saya apply syariah law prgkat ijazah nanti
jika saya nak sambung syariah law, akq rase better saya sambung dalam asasi atau stpm
mohon penjelasan
terima kasih

sfw said...

Kepada Anonymous, untuk literature saya tak pasti kerana saya aliran agama, boleh rujuk guru kaunseling.
Untuk unknown, boleh je nak ambil bahasa arab di sekolah biasa cuma mungkin tiada guru untuk subjek bahasa arab dan perlu belajar sendiri.
Untuk anonymous, untuk apply syariah law di peringkat ijazah, pointer biasanya 3.5 ke atas kerana syariah ialah course yang "hot" macam medic bagi pengajian Islam. jika dapat peluang asasi, lebih bagus, cuma dari segi struggle untuk pointer, sama sahaja, asasi mahupun stpm kena kekalkan pointer sekurang-kurangnya 3.7 ke atas untuk sambung syariah law semasa degree.

Unknown said...

Assalamualikum, saya nak tanya bolehke pelajar dari sekolah menengah harian biasa nak sambung tingkatan6 jurusan islam ni ke smk(A).Saya berminat dalam pengajian Islam, bahasa Arab tapi saya tak ambil bahasa Arab masa spm.

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya nak bertanya saya minat untuk menyambung degree dalam bidang kaunseling.. Saya perlu apply aliran apa dalam stpm untuk melayakkan saya memohon couse ini..

Unknown said...

Assalamuaikum, saya nk tanye.. Pakaian harian pelajar stpm baju kurung dgn tudung ape ye? Bawal shj ke? Sekolah sampai pukul 5 kan?

sfw said...

Kepada Unknown, mengikut pengalaman,rasanya tidak bnoleh,syaratnya memang kena ambil bahasa Arab semasa SPM.Apapun, boleh rujuk di JPN.
Kepada Anonymous, untuk menyambung ke bidang kaunseling, boleh ambil aliran sastera atau sains.Untuk aliran sastera,kemudiannya boleh mengambil bidang kaunseling sahaja atau kaunseling dengan pendidikan jika berminat menjadi guru.
Kepada Unknown, kehidupan pelajar STPM sekarang lebih bebas dan tidak terikat dengan peraturan sekolah kerana sudah ada Kolej Tingkatan Enam.Jadi, pemakaian juga bebas asal masih mengikut etika yang selayaknya sebagai pelajar.

sfw said...

Berminat untuk mengetahui tentang produk Shaklee, boleh http://www.wasap.my/60145238536/mulabizshaklee untuk details.

Unknown said...

Assalamualaikum..Saya nk ambil aliran agama...tapi Saya x belajar bahasa arab...mcm mn ya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...