Sunday, April 19, 2020

Black Dog : Being a Teacher



Salam PKP hari ke-33...

Jangan salah anggap dengan tajuknya yang mungkin membawa tanggapan genre thriller. Drama ini boleh dikira masuk dalam genre "slice of life" mengisahkan kerjaya seorang guru.

Seo Hyun-jin membawa watak seorang guru yang dilantik secara kontrak di sebuah sekolah swasta.Manakala, dia ditugaskan terus di bawah penyeliaan guru senior dibawakan oleh Ra Mi-ran.

Sebagai seorang guru, drama ini berjaya membawakan sisi pandang seorang guru secara terperinci.Tugas-tugas guru seperti pentadbiran selain mengajar turut diceritakan.Maknanya, bukan guru-guru di Malaysia sahaja dibebani tugas-tugas pentadbiran.Pelakon-pelakon drama ini juga berjaya membawa watak guru sehingga terasa yang mereka benar-benar seorang guru.

Sinopsis secara ringkas mengisahkan Ko Ha-neul yang dibawakan oleh Hyun-jin berjaya mendapat tempat menjadi guru secara kontrak selama setahun atau boleh dikatakan sebagai guru ganti di Daechi High School. Persaingan untuk menjadi guru di Korea sangat sengit hatta untuk menjadi guru kontrak sekalipun. 


Beliau banyak diajar oleh Park Sung-soon sebagai ketua College Advisory Group dan rakan-rakan dalam team nya, Do Yeon-woo dan Bae Myung-soo.Berada di dalam team yang perlu memastikan pelajar-pelajar dapat masuk ke universiti dalam kursus pilihan serta mengimbangi dengan tugas mengajar, kerenah rakan sejawat yang kadang kala memeningkan, semua ini menjadi kan Ha-neul matang dalam melalui proses menjadi seorang guru.

Di dalam drama ini menunjukkan secara jelas kerjaya guru bukanlah senang seperti yang disangka sesetengah pihak.Guru perlu menghadapi kerenah dan kehendak orang atasan iaitu pentadbir, rakan sejawat sesama guru, murid dan ibu bapa murid.4 golongan perlu dihadapi oleh guru ditambah pula kerja persiapan sebelum mengajar dan kerja-kerja pentadbiran yang lain. Itu realiti sebenarnya.

Recommended kdrama untuk semua guru yang mungkin rindukan suasana persekolahan semasa PKP ini dan juga kepada yang bukan guru untuk menyelami sisi sebenar kerjaya seorang guru.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...