Selepas drama Suspicious Partner, drama ni berjaya tarik perhatian aku.Realiti kehidupan sebenar belia baya-baya aku dalam menempuh kehidupan.Drama ni disiarkan di saluran KBS.
Kim Ji-won membawakan watak Choi Ae-ra, seorang yang menyimpan impian untuk menjadi pembaca berita tapi end up hanya seorang yang bertugas bahagian pengumuman dan pemberitahuan di kompleks membeli-belah.Ko Dong-man pula dibawakan oleh Park Seo-joon,seorang atlet taekwando terkenal suatu ketika namun akhirnya bekerja dengan syarikat penghapus serangga.Banyak quotes yang aku boleh relate dalam cerita ni.Mereka ni berkawan baik sejak sekolah rendah.
1. Dalam episod 3, Ae-ra tanya kepada Dong-man tentang impiannya.
Ae-ra: Do you not have a dream right now?
Dong-man: Let’s just say I don’t. It’s better to live pretending that I don’t have a dream. It just makes me feel pathetic if I have one. The world rolls along fine even if
I don’t have a dream.
Ae-ra: You're right.What points on dreaming when your reality blows?
Well, ni yang aku rasa sekarang.Aku tak tau la kalau orang lain,tapi aku ada impian aku sendiri untuk aku capai.Namun, aku seolah-olah terperangkap dengan kerja aku sekarang yang buat aku rasa jadi robot je bila pergi kerja hari-hari.Bak kata Ae-ra, reality blows and hurts.Demi kelangsungan hidup, inilah yang perlu aku harungi.
2. Episod 8, Ae-ra dipanggil temuduga pembaca berita.
Penemuduga: When the others studied abroad, went to graduate school, and volunteered in foreign countries, what did you do? Passion is not proved by energy but by experience. (rasa nak hempuk interviewer ni bila dengar dia cakap macam tu).
I earned money.
Ae-ra: (Monologue) Even though we woke up earlier than others, even though we went to bed later than others, we never had time. We lived harder than anyone, but because a resumé that doesn’t know anything seems to pretend to know all of me, I’m angry, I’m frustrated.
Yes,kesian betul kat Ae-ra masa ni.Hanya kerana latar belakang pendidikan nya tak macam calon-calon lain yang belajar ke luar negara, boleh berbahasa asing bagai, kebolehannya seolah dipandang sepi dan tak ditemuduga langsung,macam ni baik tak payah dipanggil interview kan.Selepas habis sekolah, Ae-ra ni terus bekerja menyara diri.Dalam kehidupan kita, ramai orang macam ni kan.Dan golongan macam ni selalu dipandang rendah seolah-olah tak layak menyimpan impian ke peringkat seterusnya.
Drama ni dah tamat pun siaran.Jadi,boleh maraton.Recommended drama about our life.
0 comments:
Post a Comment