Mengenali buku ini melalui AA Plus @aaplus.co oleh @aidaazlin_ sebagai salah satu perbincangan Book of the Month. Buku ini ditulis oleh His Royal Higness Prince Ghazi bin Muhammad.
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian perbincangan, "Life" dan "Happiness". Penulis mengaitkan tujuan kita dihidupkan di muka bumi dan kaitannya bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia dan pastinya di akhirat sana.
Antara quotes yang aku suka daripada buku ini:
- "Indeed,happiness, as we have seen,comes from the activity of getting or having.But giving as much as we can all the time in some way to someone or something that needs it can lead to happiness."
- "From the Islamic point of view, the question 'why is life' is tantamount to asking 'why did God create human beings?'. (Az-Zariyat, 51:56)
-"All this is to say then that in order for people to be happy, society has to give people their fundamental rights.(life, religion, family and dignity, reason, property)".
- "Uninterrupted giving leads to happiness; the root of happiness is paradise; the root of paradise is divine beatitude; the root of divine beatitude is divine bliss, and divine bliss is inherent in God's perfection."
- "Happiness comes through giving our time, energy, acts, care, mercy, love, knowledge, possessions, wealth, health, and even our lives."
Buku yang akan menjadi bahan bacaan saya berulang kali semestinya sebagai muhasabah diri. Sangat bagus dijadikan permulaan bagi sesiapa yang mencari bahan bacaan motivasi diri dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami.
Kang Ho-dong, Lee Soo-geun,
Eun Ji-won, Song Mino, P.O, Cho Kyu-hyun, Ahn Jae-hyun
Cast masa musim 3 dan 4.
Aku mula tengok NJTTW ni sebab
Kyuhyun ada. Last-last, terhibur sebab chemistry semua cast. Tambah
pulak yang jadi PD NJTTW ni ialah Na Young-seok PD yang famous di Korea dengan
rekod cemerlangnya sebelum ni semasa terbitkan 2 Days and 1 Night. Musim 2-6
semua cast shooting kat luar negara. Musim 7-8 yang latest shooting dalam
negara je sebab pandemic Covid19.
Aku suka kuiz-kuiz Na PD dalam ni
macam teka OST bagi drama dan filem, teka objek, seni bina, malah nama orang.
Dan, kebanyakan mereka gagal dalam misi berkumpulan, haha, kesian sungguh tak
dapat makan sedap-sedap. Morning mission pun best dan kelakar sebab semua akan
sabotaj satu sama lain supaya gagal dan tak dapat makan breakfast.Misi utama
mereka setiap musim untuk selesaikan misi untuk dapat 7 Dragon Ball dan krew
produksi akan tunaikan semua hajat dan hadiah yang mereka nak.
Masa musim 1-4, mereka akan
pegang watak-watak daripada siri klasik China,Journey to the West. Masa musim 5-8, Na PD makin kreatif dengan
macam-macam tema watak dan kostum cast kena pakai.Paling gempak bagi aku masa
musim 7. Boleh la tengok Ho-dong comel bila jadi beruang panda, Su-geun jadi
orang Mexico, Ji-won jadi Rain, Kyuhyun kena cat muka jadi biru 3 kali
berturut-turut sebab jadi Genie dan Statue of Liberty, Mino dan P.O yang bff
jadi pasangan Firaun dan Cleopatra.Tapi, paling aku suka masa depa pegang watak
daripada filem, Mino betul-betul tiru watak Jack Sparrow, Kyuhyun gelak sebijik
macam Joker, dan P.O yang comel jadi Olaf.
Chemistry cast pun best untuk
ditonton, kita boleh tengok Ahn Jae-hyun jadi bff dgn Kyuhyun, Mino dan P.O
yang memang kawan baik pun di luar, Eun Ji-won yang pelik daripada orang lain
dan suka berdebat dengan Kyuhyun, dan macam mana Kang Ho-dong dan Lee Su-geun
sebagai pelawak yang dah veteran bagi peluang cast yang lain untuk
menyerlah.Tak sabar tunggu musim 9 tahun ni. Harap Na PD sempat shooting dengan
Mino dan P.O sebelum diorang pergi military service.
2. Kang Kitchen, tvN (2019)
Kang Ho-dong, Lee Soo-geun,
Eun Ji-won, Song Mino, P.O, Cho Kyu-hyun, Ahn Jae-hyun
Ni spin-off semua cast NJTTW masa
tahun 2019. Semua cast akan buka restoran di mana semua jadi tukang masak, buat
air, cashier.Pendek kata, semua buat sendiri. Bila lagi nak tengok retis ni
serve customer kan. Kalau nak tengok semua 7 orang cast ada termasuk Ahn
Jae-hyun, P.O dan Kyuhyun ada, kena tengok Kang Kitchen.(P.O join NJTTW masa
musim 5-6 masa Kyuhyun pergi military service, Jae-hyun tak join NJTTW masa
musim 7-8 sebab kes cerai dengan Ku Hye-sun)
Masa musim ke-2, temanya masakan
Korea macam teokpokki dan jajangmyeon.Masa ending musim 2, baru Kyuhyun ada
selepas discharge daripada military service. Musim ke-3, temanya masakan Itali
di mana Kyuhyun buat pizza saiz 60 cm. Kebolehan seni Mino dimanfaatkan dengan
buat dessert cantik-cantik dengan Ji-won.
3. Idol Room, JTBC (2018-2020)
Jeong Hyeong-don, Defconn.
Lepas ada krisis dengan MBC, Doni
Coni buat rancangan ni pulak.Best jugak sebab idea lagi fresh.Aku akan tengok
kalau ada idol yang best je jadi guest. Tapi setakat ni, semua yang jadi guest
yang dah otai dan dah biasa dengan lawak Doni Coni.
4. Amazing Saturday, tvN
(2018-sekarang)
Boom, Shin Dong-yup, Kim Dong-hyun, Moon Se-yoon, Park Na-rae
Rancangan ni unik cast tetap dan
guest akan teka dan sambung lirik lagu.Jika betul, dapat reward makanan
sedap-sedap. Boleh tahu kepelbagaian makanan seluruh dunia dalam rancangan ni.
5. Coffee Friends, tvN (2019)
Yoo Yeon-seok, Son Ho-jun, Choi
Ji-woo and Yang Se-jong
Rancangan ni hasil idea Yoo
Yeon-seok dan bffnya, Son Ho-jun. Mereka buka restoran di Jeju dan hasil
keuntungan didermakan.Harga makanan dan minuman tak ditetapkan, terpulang
kepada pelanggan nak bayar berapa pun.Yeon-seok memang pandai masak dan Ho-jun
ada lesen barista. Yeon-seok rekrut Se-jong dan Ho-jun rekrut Ji-woo sebagai
cast tetap. Se-jong incharge bahagian basuh-membasuh dan Ji-woo bahagian
cashier, pelayan dan hiasan kedai. Mereka juga jemput guest untuk tolong sekali
sekala. DBSK Yunho, Nam Joo-hyuk, B1A4 Baro, dan EXO Sehun antara yang pernah
menolong depa di kafe.
Baru aku tau semua cast ni
dipanggil Kyu-line. Geng Kyuhyun semua ni.Sayangnya Changmin ada masa awal dan
akhir episode je, tak dapat ikut pergi India sebab konflik jadual. Stesen KBS
bagi task untuk idol-idol ni semua pergi buat kaji selidik pasaran Kpop di
India. Masa tahun 2015 tu, Kpop belum begitu hype di India.Mereka akan pergi
interview rakyat tempatan dan buat liputan berita untuk ditayangkan di berita
utama di KBS. Mereka rasa sendiri pengalaman jadi wartawan dan excited hafal
skrip untuk ditayangkan di berita utama.
Aku discover lagu trot yang best ni masa tengok Mystical Record Shop. Beliau ialah penyanyi lagu-lagu trot. Apa itu lagu trot?. Nanti aku buat entri khas tentang lagu trot.
Sesuai sungguh beliau nyanyi lagu ni pakai hanbok.
mokpohaeng wanhaengyeolcha
majimak gicha tteonagago
neujeun bam hollo oeroi
hanjan sul momeul gidaenda
uriui sarangeun ije
yeogikkajiga kkeutinggayo
uriui jjalbeun inyeondo
yeogikkajiga kkeutinggayo
jalgayo insaneun mothaeyo
ajik miryeoni namaseo
eonjengga uri dasi mannaneun geunal
geunyang pyeonhi useul su itge
geunyang pyeonhi aneul su itge
English translation:
A slow train bound to Mokpo
After the last train
I'm left alone at night feeling lonely
I lean my body after a glass of alcohol
Is this the end here
for our love now?
Is this the end here
for our short relationship too?
Farewell, I won't be able to say goodbye
Because I still have lingering feelings
We will meet again someday
And we can smile comfortably then
And we can hug comfortably then
Ni first persembahan live lagu ni dapat 24 juta tontonan.
Semenjak Jemari Seni menamatkan operasi, aku dah jarang baca novel sebab dah terbiasa dengan gaya penulisan penulis-penulis JS. Cuma, ada beberapa penulis JS yang masih aktif terbitkan novel dengan syarikat lain dan juga terbit sendiri yang aku follow.Jadi, bila tahu Ednin terbitkan novel baharu, maka dengan pantas aku pm di facebook dan dapat beli dengan autograf penulis.
Seperti biasa cerita-cerita Ednin yang sebelum ini, cerita ini sangat manis tentang Tia dan Imar. Penceritaan oleh Ednin kali ini lebih lancar tanpa ada konflik yang terlalu menyerabutkan jalan cerita.Hal ini juga mungkin disebabkan watak Tia dan Imar yang sudah masuk 30-an jadi digambarkan mereka mampu menangani konflik hidup dengan lebih matang.
Ini kelebihan kebanyakan penulis-penulis kelahiran Jemari Seni, mereka mampu menulis cerita yang kita rasa watak-watak tersebut ada di sekeliling kita dan penceritaan mereka tidak terlalu drama seperti drama adaptasi pukul 7 malam,,oppss...
Jika anda inginkan cerita yang tidak stress tanpa konflik orang ketiga yang tidak berkesudahan, inilah novelnya.
p/s: kepada penulis @eforednin :Wujudkah kafe "Love Me, Please! dalam novel ini?
Penulis dah jawab dekat post den di ig, kafe tu imaginasi penulis je. Kan best kalau ada betul-betul kafe macam tu.
Tahun 2021 aku ada reading slump agak teruk di mana bulan Februari baru aku mulakan bacaan. Antara tips nak atasi reading slump ialah mulakan dengan bacaan agak ringan seperti buku puisi atau quotes. Maka, buku ni jadi pilihan aku untuk mulakan bacaan pada tahun 2021
Disebabkan ni buku quotes, tak ada la nak review sangat. Bagi sesiapa yang follow Tere Liye di media sosial seperti Facebook dan Instagram, akan tahu beliau akan selalu update kata-kata yang tajam dan menusuk kalbu.
Jadi, kata-kata dalam buku ini berkisar tentang cinta. Ada lagi 2 buku kata-kata beliau iaitu tentang kawan; About Friends dan tentang kehidupan; About Life.
Di sini, aku akan kongsikan beberapa quotes yang bagi aku agak menarik:
- Ajari aku untuk selalu memiliki hati yang cantik. Tidak peduli meski orang-orang tidak pernah sekali pun menyedari kecantikan hati tersebut.
- Jika dua orang benar-benar saling menyukai, itu bukan bererti mereka harus bersama saat ini juga. Tunggulah di waktu yang tepat, saat semua memang sudah siap, maka kebersamaan itu bisa jadi hadiah yang hebat untuk orang-orang yang bersabar.
- Cinta itu macam musik yang indah. Bedanya, cinta sejati akan membuatmu tetap menari meskipun musiknya telah lama berhenti.
- Kata orang bijak, kita tidak pernah merasa lapar untuk dua hal. Satu, kerana jatuh cinta. Dua, karena kesedihan yang mendalam. Maka akan lebih menyakitkan akibatnya ketika kita mengalami jatuh cinta sekaligus kesedihan yang mendalam.
- Kekeliruan fatal dari orang yang jatuh cinta adalah: dia menginginkan cintanya berbalas, pengin tahu apakah seseorang itu juga suka atau tidak. Padahal sebenarnya, jatuh cinta itu sendiri sudah anugerah. Sudah spesial. Terlepas dari dibalas atau tidak, tahu atau tidak.
- Ketika kita sungguh menyayangi seserang, maka perasaan itu tidak hanya menetap di hati, tapi juga di bola mata kita. Itulah kenapa saat ada seseorang yang benar-benar mencintai orang lain, maka rasa cintanya terlihat dari bola matanya. Bola mata itu menatap seribu kali lebih indah.
Kali ni, aku terasa nak buat entri tentang Kshow yang boleh ditonton.Ni list berdasarkan preference aku sendiri, lain orang lain citarasa ya.List aku susun random, tak ikut top 10 ke apa sebab susah nak decide mana yang paling best.
1. Running Man, SBS (2010- sekarang)
Yoo Jae-suk, Haha, Jee Seok-jin. Kim Jong-kook. Lee Kwang-soo. Song Ji-hyo,
Jeon So-min,Yang Se-chan
Kshow yang pertama aku kenal. Kawan-kawan yang kenalkan
ketika tengah stress menghadapi dunia form 6. Boleh la hilangkan stress dan bergelak
ketawa. Walaupun setelah Gary keluar, aku masih setia menonton RM setiap minggu.
Ditambah dengan kerenah Jeon So-min dan Yang Se-chan yang lagi menceriakan RM,
RM masih lagi bertahan di Korea di kala rancangan yang lain dah ditamatkan.Nak tengok Song Joong-ki zaman muda-muda, boleh la tengok RM episod awal-awal.
2. Family Outing, SBS (2008-2010)
Yoo Jae-suk , Lee Hyo-ri ,Kim Su-ro, Yoon Jong-shin ,Dae-sung, Kim Jong-kook, Park Ye-jin
Lee Chun-hee, Park Hae-jin, Park Si-yeon
FO ni yang jadi tarikan disebabkan semua cast akan pegi ke
pinggir Bandar dan melalui kehidupan di sana. Lari sekejap dari kesibukan
Seoul, boleh nampak sisi manusiawi mereka. Kita boleh tahu siapa yang pandai
masak, yang tak biasa buat kerja-kerja rumah dan nampak muka bangun tidur dalam
keadaan tak mekap, haha..
3. Strong Heart, SBS (2009-2012)
Kang Ho-dong , Lee Seung-gi , Lee Dong-wook , Shin Dong-yup, Boom, Leeteuk,Eunhyuk,Shindong
Kalau nak tahu cerita macam-macam tentang kehidupan sebenar
artis Korea, boleh la tengok SH ni. Habis semua cerita didedahkan. Masa ni
kegemilangan 2nd gen Kpop macam Super Junior, Girls Generation, Big
Bang, 2NE1. Jadi, mereka selalu jadi guest dalam SH ni.Masa ni best, sebab nampak
interaksi antara artis berlainan company yang mustahil nak nampak dah sekarang.
4. Star Golden Bell Challenge, KBS (2004-2010)
Ji Suk-jin, Jun Hyun-moo, Lee Chae-young
Format rancangan ni ada dua bahagian tak silap aku. Ada talk
show sebab yang jadi guest pun rata-rata 2nd gen Kpop dan bahagian
kedua ada kuiz. Jadi, boleh tahu la siapa artis yang bijak-bijak dalam
rancangan ini. Kita sebagai penonton pun dapat ilmu baru.
5. The Return of Superman, KBS (2013- sekarang)
Rancangan ni bagus sebab dapat ilmu tentang mendidik
anak-anak. Formatnya ayah akan jaga anak-anak selama 2 hari di mana ibu akan dapat
me time dan berehat. Boleh nampak kalutnya ayah bila kena jaga anak
masing-masing tanpa bantuan isteri masing-masing.
Kebanyakan nya artis popular
yang join sebab nak ada masa dengan anak-anak. Aku follow dari awal masa zaman
Tablo, Song Il-kook, Lee Hwi-jae dan Uhm Tae-woong. Favourite tentulah triplets
Daehan Minguk Manse.Besar dah budak-budak ni.
6. Happy Together, KBS (2001-sekarang)
Yoo Jae-suk, Jun Hyun-moo, Jo Se-ho
Ni rancangan talk show dah lama kat KBS. Aku akan tengok episod
yang ada guest best je.
7. Weekly Idol, MBC (2011- sekarang)
Doni Coni mempopularkan rancangan ni. Setiap minggu akan ada
artis jadi guest.Bila Doni Coni ada isu dengan crew, mereka tinggalkan WI dan
buat rancangan Idol Room pulak. Tapi, still rancangan ni ada peminat sendiri
walau dah bertukar MC. Segmen Random Play Dance yang popular dalam WI membuatkan semua idol yang jadi guest dalam ni akan hafal lagu dan dance masing-masing.
Sekarang, MC WI Eunhyuk Super Junior dan Kwanghee Z.E.A
pun best, mereka bagi aku berjaya mengacarakan rancangan ni dengan stail mereka
tersendiri.
8. Knowing Brothers, JTBC (2015- sekarang)
Kang Ho-dong, Seo Jang-hoon, Kim Young-chul, Lee Soo-geun, Kim Hee-chul,Min Kyung-hoon, Lee Sang-min
KB ni formatnya ala-ala di sekolah. Guest akan datang pakai
baju sekolah.Ni pun aku akan tengok episode yang guest aku rasa nak tengok.
Antara episod yang mesti tengok yang SUJU jadi guest, memang lawak habis.
9. Radio Star, MBC (2007-sekarang)
Kim Gook-jin, Kim Gura, Ahn Young-mi, Yoon Jong-shin (2008-2019), Cho Kyu-hyun (2012-2017)
Ni rancangan yang laser, semua MC akan kenakan guest. Habis
semua cerita panas akan tahu dalam RS ni. Best bagi sesiapa yang suka layan MC
yang mulut-mulut laser dalam ni.
" It has become harder to love ourselves each say, especially when all we see are perfectly curated posts of other people's happiness on social media."
Buku ketiga ustaz Mizi Wahid membawa kita menelusuri konsep kasih sayang dan kesan kepada kehidupan kita.Terutamanya bagi sesiapa yang selalu merasa rendah diri, terasa diri tidak disayangi dan diperlukan oleh orang sekeliling.Pendekatan penulis menggarap buku ini berjaya membuatkan sesiapa sahaja akan ada harapan bahawa ada yang menyayangi anda di luar sana.
7 Things to Remember When You Feel Broken, Left Out & Abandoned:
- You Were Created on Purpose
- Your Mistakes Don't Define You
- Somebody Out There Loves You for Who You Are
- Forgiveness Begins with The Self
- You Are Enough
- Never Attach Your Value to People and Things
- To Know You is to Love You, So Know Yourself
Pendekatan penulis dalam mengaitkan realiti kehidupan dengan realiti beragama terasa lancar dan membuatkan buku ini sesuai dibaca sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa. Itu kebolehan beliau menggarap karya-karya sebelum ini.
Di sini, saya kongsikan beberapa kata-kata menarik di dalam buku ini:
- Remember, Allah loves you more than you think, more than you feel. And His best rewards are saved for those who patiently persevere.
- Love is a critical for your mind and body as oxygen is. The more connected you are with love, the healthier you will be emotionally and physically.
- Friends, your knowledge and experiences will be the elements that enrich you.
Penulis mengakhiri buku ini dengan kata-kata yang healing dan menarik:
" You are enough. Enough to be loved and appreciated for who you are. And any improvements you make in your life gives you more reason to love yourself even more, and to appreciate God's generous blessings to you."
Setelah aku maraton habis semua lagu ballader Kyu (nickname bagi Kyuhyun yang dengar lagu ballad je 365 hari setahun,haha..) sini, aku nak listkan lagu-lagunya yang menurut aku sedap di halwa telinga sendiri je la. Lain orang lain citarasa kan.List ni dibuat tak ikut ranking tapi ikut tahun sebab susah nak decide mana yang paling best.
1. 2014- At Gwanghwamun
Lagu solo pertama yang direkod oleh beliau dan melonjakkan namanya selaku penyanyi balada utama di Korea. Peminat New Journey to the West mesti tau, lagu ni dijadikan background setiap kali scene Kyuhyun tengah frust kalah game, haha...
2. 2014 - Flying, Deep in the Night
Lagu ni bukan berentak balada. Lagu ni ala-ala kita nak mulakan hari dengan gembira atau lagu pergi bercuti tepi pantai gitu. Walaupun kekuatan beliau lagu balada, tapi suara dia sesuai je lagu rancak macam ni.
3. 2015- Autumn Sleeves
Lagu ni aku mula-mula nak dengar sebab tajuknya. Mula-mula, bunyi instrumental memang feeling-feeling lagu musim luruh.Rasa tenang je dengar lagu ni.
4. 2015 - Wind
Starting lagu ni memang tenang dan gaya Kyu sampaikan lagu ni aku rasa ala-ala kita tengok teater muzikal sikit.
5. 2016- Still
Lagu ni memang feeling balada stail lama-lama. padan la komposernya pun penyanyi yang veteran dah di Korea.MV dia pun aku suka tengok sebab cantik sinematografinya.
6. 2016 - When with Me
Lagu ni rancak, sama dengan vibe lagu Flying, Deep in the Night tapi versi tenang dan ceria.
7. 2019 - Aewol-ri
Lagu ni release selepas Kyuhyun tamatkan military service wajib di Korea. Lagu ni bagi aku mengukuhkan lagi nama dia sebagai penyanyi balada. Vibe lagu ni tenang dan kemudian meningkat sewaktu korus. MV lagu ni pun cantik.Aewol-ri ni salah satu tempat di Pulau Jeju.
8. 2019- The Day We Meet Again
Permulaan lagu ni typical lagu balada, tapi graf terus meningkat bila korus.Tengah-tengah lagu ni ada bunyi gitar rasanya macam vibe lagu Melayu.
9. 2019- Time with You
Lagu ni aku suka sebab vibe ceria-ceria je. Memang lagu ni lagu first dia release lepas habis military service. MV pun comel sebab footage banyaknya diambil daripada simpanan dia rasanya.
10. 2020- Dreaming
Ni lagu first #Project2021 beliau. Dia akan release satu lagu setiap 4 musim.Ni untuk musim panas. So, vibe agak ceria dan bersemangat, dan menceritakan tentang impian.Aku suka dengar lagu ni pagi-pagi sebelum pergi kerja bagi semangat sikit.
11. 2020- Daystar
Lagu ni lagu kedua projek beliau untuk musim luruh.Sangat la terasa vibe OST drama Korea. Yoo Yeon-seok diajak berlakon MV ni oleh Kyuhyun sendiri. Kebetulan, depa berlakon teater muzikal yang sama iaitu Werther.
12. When the Weather is Fine OST
Masa first time aku dengar lagu ni masa tengok drama ni, memang dah boleh teka ni suara dia.Dia pun ada bagitau dalam Youtube channel dia, lagu ni lagu kegemaran dia.
Bonus, aku nak sertakan jugak persembahan beliau masa King of Mask Singer tahun 2019.Beliau idol pertama yang menang sebanyak 5 kali dalam rancangan ni.Semua persembahan beliau sangat superb dan dia berjaya nyanyikan lagu orang lain seolah-olah macam lagu dia sendiri.
1. Urban Zakapa- I Don't Love You
Meremang dengar dia nyanyi lagu ni.
2. Energetic - Wanna One
Dia berjaya ubah lagu ni macam jadi lagu dia sendiri.
Sampai aku lupa versi asal.
p/s: Memandangkan hari ni birthday dia, so, aku post entri ni hari ni.생일 축하합니다!
Blog yang macam-macam ada.Seorang yang bookaholic, suka muzik,layan drama,belajar macam-macam bahasa (tahu sikit-sikit je sebab secara tak formal),suka masak (walapun tak pandai mana),suka travel (walaupun tak pernah travel betul-betul lagi),dan menulis bila ada mood.Salam perkenalan....