Salam mahabbah buat pembaca..
Rasulullah pernah bersabda yang
bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.
Pernah atau tidak kita bercita-cita untuk menjadi ahli
perniagaan??Tak pernah terlintas kut di benak fikiran kita..Kalau zaman sekolah
dulu,nak dengar kawan-kawan kita kata nak jadi ‘businessman’ bila disoal
tentang cita-cita oleh guru,mesti susah kan! Tapi aku ada je sorang kawan aku
dulu yang memang cita-cita dia nak jadi ‘businessman’..Bila disoal oleh guru tentang
cita-citanya, dia jawab nak jadi ahli perniagaan makanan halal!Memang superb
lah jawapan dia..Tu yang buat aku ingat sampai sekarang..Yang aku tahu
sekarang, dia study bidang ekonomi kat salah sebuah IPTA..Dah dekat dah tu
dengan bidang perniagaan..Moga cita-cita dia tercapai..Amin..
Aku terasa nak tulis pasal kerjaya ahli perniagaan ni sebab
melihatkan fenomena kurangnya usahawan Bumiputera atau lebih tepatnya orang
Islam terlibat dalam bidang perniagaan.Pernah tak kita berkehendakkan sesuatu
barang atau produk,tetapi susah untuk mendapatkannya daripada orang
Islam.Pilihan yang ada hanyalah usahawan bukan Islam.Memanglah tak salah
berjual beli dengan orang buka Islam,namun aku percaya masih ramai yang lebih
selesa berurus niaga dengan orang seagama.
Namun,sering terjadi timbul masalah juga berjual beli dengan
orang Islam.Antaranya isu kebersihan,layanan yang kurang sopan terhadap
pelanggan,penipuan sukatan dan timbangan,serta kekurangan stok terhadap produk
yang dikehendaki oleh pelanggan.Hal beginilah membuatkan sesetengah golongan
mencebik ketika diminta memberikan sokongan terhadap usahawan Islam.Hal ini
juga memberikan imej yang buruk terhadap agama Islam.Rasulullah S.A.W telah
memberikan contoh yang baik sebagai ahli perniagaan berjaya. Mengapa tidak kita
mencontohinya??
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah
bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya
memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati
jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik
makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah
SAW. Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu
disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu
maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).
Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat
demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi
orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang
apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya
dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk
orang lain, mereka kurangi.
Sekarang ni aku dah mula membeli secara atas
talian..Hehe..Secara ‘online’ lah...Dulu aku kurang yakin dengan transaksi atas
talian ni.Ye la takut tak puas hati bila barang sudah dipos sebab tak dapat
tengok ‘live’ sebelum beli..Sekarang ni aku yakin untuk jual beli buku dan
tudung je secara ‘online.Aku mula beli
secara ‘online’ sebab susah nak dapatkan buku dan tudung yang aku nak kat
kawasan tempat tinggal aku..Kalau buku mungkin tak akan timbul masalah tak puas
hati,tapi masa nak beli tudung(aku pakai tudung bidang 60,susah nak cari tudung
jenis ni) aku ‘survey’ dulu kat facebook dan google..Caranya cari website atau
blog yang mempunyai ‘pageview’ yang tinggi serta banyak maklum balas dan komen
yang memuaskan daripada pengunjung.
Fikir-fikir balik memang dapat pahala banyak orang berniaga
ni nak-nak bila perkhidmatan atau produk yang dijual susah didapati,kira dah
macam fardu kifayah dah.Jadi,bila seseorang berniaga benda yang orang nak tapi
susah nak dapat,dah kira banyak pahala bagi dia sebab memudahkan urusan ramai
orang..Contohnya aku,susah sangat nak cari orang jual tudung bidang 60 dan tudung
labuh..Kalau ada pun,jenis yang jarang daripada kain bawal..Akhirnya,aku jumpa
juga kat internet..Memang beliau telah memudahkan ramai muslimah yang tercari-cari
tudung yang sesuai untuk menutup aurat..See,mesti dia dapat banyak pahala kan!
Akhir kata,
‘Seandainya
kita tidak mampu melakukan walau sedikit kebaikan dan kesenangan kepada orang
lain,berusahalah supaya kita tidak melakukan walau sezarah kesusahan kepada
orang lain.’
P/S:Sesiapa yang ingin membeli secara online tudung bidang
60 dan 50,boleh jenguk blog ni..Hijab for Muslimah..Sangat berpuas hati dengan
perkhidmatan dan kualiti barangnya..
2 comments:
Mungkin punca umat muslim x minat niaga kerana kurang keyakinan diri & lebih senang keje makan gaji. Kalo aku lebih suka pi kedai Melayu jg jauh sikit asal dpt bantu ekonomi umat Islam.
betul tu Alif Yusof..berniaga ni tak jadi budaya sebati masyarakat Melayu
Post a Comment