Teman,aku ingin..
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar as-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit.
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai Penjaga.
Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.
Serta senyuman Syed Al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama ibu tua,
Lantas syahid, rohnya dengan syurga.
Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dengan ayahanda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi.
Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Mahkamah Mahsyar nanti.
Dipetik daripada novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha Mohd Noordin terbitan Telaga Biru Sendirian Berhad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Jangan bersedih andai tidak punya rakan sehebat puisi ini kerana tidak semua lahir sempurna,jadi terimalah rakan kita seadanya cuma marilah berazam untuk bersama-sama rakan menuju ke jalan syurga Allah.
Post a Comment