Soalan:
Mengapa pengambilan alkohol diharamkan dalam Islam?
Jawapan:
Alkohol merupakan perosak masyarakat sejak zaman-berzaman. Alkohol berterusan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia.
Pengharaman alkohol di dalam al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
‘’Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar(arak), berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib untuk anak panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.
(Al-Maaidah 5:90)
Larangan alkohol di dalam Bible.
a. ‘’Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek.Bodohlah orang yang menjadi mabuk.’’
(Proverbs 20:1)
Hadis melarang alkohol.
a. Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab Memabukkan,Bab 30, Hadis No.3371
‘’Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya maksiat paling mengaibkan.
b. Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3,Kitab Memabukkan,Bab 30,Hadis No.3392
‘’Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak,adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit.
c. Bukan sahaja orang yang meminum arak dilaknat tetapi mereka yang berurusan secara langsung atau tidak langsung dilaknat Allah.
Menurut Kitab Ibnu Majah Jilid 3, Kitab Memabukkan,Bab 30 Hadis No.3380.
Diriwayatkan oleh Anas (R.A) Rasulullah S.A.W bersabda:
‘’Sepuluh orang yang dilaknat Allah mengenai khamar; pembuatnya,pengedarnya,peminumnya,pembawanya,pengirimnya,penuangnya, penjualnya,orang yang mendapat wang daripada hasilnya,pembelinya,dan orang yang turut memesannya.’’
Penyakit yang dikaitkan dengan alkoholisme.
Terdapat pelbagai alasan saintifik mengapa pengambilan minuman yang memabukkan, iaitu alkohol dilarang. Berikut senarai ringkas penyakit yang sering dikaitkan dengan ketagihan alkohol:
a. Sirosis Hati.
b. Gastritis,Pankreatis,Hepatitis.
c. Hipertensi,Arteriklerosis Koronari, dan Serangan Jantung.
d. Beri-beri dan kekurangan zat.
e. Thrombocytopenia dan platelet abnornmal adalah biasa pada penagih alkohol.
Kes zina,rogol,sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi dalam kalangan peminum alkohol.
Menurut Kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) pada tahun 1996 sahaja, purata 2713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut. Salah satu faktor utama yang dikaitkan dengan penyebaran AIDS, penyakit yang paling digeruni adalah alkoholisme.
Dipetik daripada buku 20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam tulisan Dr.Zakir Abdul-Karim Naik terbitan Saba Islamic Media.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment