Tuesday, March 2, 2010
DENGARLAH DUHAI TEMANKU SAYANG
Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifatnya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya,
‘’Sesungguhnya Kami mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian.’’
(Surah At-Tin:4)
Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?,
Mahukah kita hidup terhina,
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya,
‘’Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu
beberapa darjat.’’ (Surah Al-Mujadilah:11)
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga dengan diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar dekat dengan-Nya,
Barulah hati tenang dan bahagia.
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
‘’You are the best ummah’’ (Surah Ali-Imran:110)
‘’Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa’’(Surah Al-Hujurat:13)
Jelaskan visi perjalanan,
‘’Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab api neraka (Surah Al-Baqarah:201)
Jadilah ilmu sebagai bekalan,
‘’Bacalah! Bacalah dengan nama TuhanMu yang telah menciptakan
(Surah Al-Alaq:1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
‘’Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi
dan gunung-ganang maka semuanya enggan memikul amanat itu dan
mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh
manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh
(kerana mahu menerima tugas tetapi tidak dilaksanakan.
(Surah Al-Ahzab:72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
‘’Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih
hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika
kamu orang-orang yang beriman. (Surah Ali-Imran:139)
Lantaran itu,carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha × Istiqamah,- malas,/ Masa + Yakin,
Asas kejayaan,
‘’Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia
mengubah nasibnya sendiri (Surah Ar-Ra’d:11)
‘’Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan dengan apa yang
diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah
Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari
kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah
orang yang berharap kepada Allah (tentulah yang demikian itu adalah
lebih baik bagi mereka)’’ (Surah At-Taubah:59)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment