Kali ni aku suka pulak layan lagu BTS a.k.a Bangtan Sonyeodan a.k.a Bangtan Boys.Talented depa ni.Buat lagu sendiri dan lirik lagu mereka banyak cerita realiti kehidupan remaja sekarang.Depa ni lebih kepada hip hop jadi lagu depa banyak rap.Namun, tak bermakna vokal depa ni tak mantap.
Lagu ni buat aku suka kat depa.Lagu ni macam feeling feeling lagu Haru Haru Big Bang.Depa ni macam Big Bang Junior bagi aku.Padan la sebab depa ni memang mengaku VIP jugak pun.
Lagu ni kesinambungan lagu I Need U.Kalau tengok betul-betul storyline MV ni ialah sambungan cerita I Need U.Ni macam MV Kpop dulu-dulu, ada jalan cerita.
Sedap J-hope dan Jungkook nyanyi lagu ni.
Aku memang suka mana-mana lagu berkaitan hujan ni...huhu..
Ni lagu yang vokal je nyanyi.Takdak rap-rap ni.Dalam album BTS, memang depa akan include Intro untuk rappers je dan Outro untuk vokal.Terserlah kemantapan vokal depa ni.
Setelah sekian lama aku tak layan sangat drama Melayu yang bersiri terutamanya,banyak layan drama Korea je,akhirnya aku isytihar aku surrender dengan drama ni.Drama ni bagi aku banyak point yang buat cerita ni trending kt media sosial.Antaranya, nama watak hero dengan heroin (lakonan Syarul Ridzwan dan Janna Nick) ni sama,Iman Firdaus.Sedap gak nama ni kan.Yang hero ni artis terkenal,nama stage Im Aus.Hero ni dipanggil Aus dan heroin dipanggil Iman.Lepastu,tak ada watak mak mertua tak terima heroin,sebaliknya keluarga si hero ni suka je dengan heroin,malah sanggup angkut semua adik beradik Iman ni duk sekali dengan depa.Nama adik beradik Iman ni semua mula dengan Iman jugak,Iman Adrian,Iman Fazril,Iman Razif,Iman Haris, dan Iman Asri.Cute-cute jerr adik Iman ni haa..Heroin ni pulak berlakon selamber je,takde kontrol cun ke apa,tu yang jadi best nak layan cter ni.
"Kau pehal dowh?"-Iman
"Kalau aku cintakan kau,aku takkan lepaskan kau,sama jugak macam kau,kalau kau jatuh cinta dengan aku,kau jangan la lepaskan aku"-Aus
"Kau ni muka dah cantik,kalau kurangkan cakap tu,lagi cantik"-Aus
"Kau sayang aku tak? Mestila sayang.Kalau kau takde,aku nak kawan dengan sape,aku nak sepak sape"-Aus dan Iman
"Nak kacau sikit tak boleh.Kacau, kacau, kau ingat aku dodol ke?'-Aus dan Iman
"Iman Fazril,Iman Hafiz,jom ikut abang. Oooi sapa Hafiz? Mana ada Hafiz kat sini.Pandai-pandai kau je tukar nama adik aku.Iman-Iman,jom ikut abang".-Aus dan Iman
"Mace kito dulu-dulu.Abe ni dok abih abih maso kito dulu dulu maso kito dulu dulu"-Daddy dan mummy Aus
Atas tu semua dialog yang aku rasa setakat ni best.Banyak lagi tapi malas nak taip pulak..hehe..OST drama ni pun best.Layan dengar muziknya catchy je dan kena dengan jalan cerita..
Tahun lepas,siri The Truth ni tentang Islam kat Spain,ditayangkan di TV Alhijrah masa bulan puasa.Kebetulan,masa tu aku tengah praktikal kat Muzium Shah Alam.Aku dengan rakan-rakan praktikal UKM merangkap housemate setia tengok tiap-tiap episod dan terpana dengan keindahan Andalus.Tahun ni,kat Turki pulak.Aku memang bercita-cita nak sambung master kat Turki (doakan ye..),jadi memang wajib tengok la. Tak silap aku,akan mula ditayangkan di TV Alhijrah pada 8 Oktober jam 9 malam.Maka, moh lerr kite tengok beramai-ramai ye..
In my steep life In my sharpened density Like a dream, like a painting You make me live
The war-like tears that belonged to me At the end of despair When your warmth, when your breath spreads in me I am able to breathe again
Even if my eyes are covered so that I can’t see you Even if my ears are blocked so I can’t hear you This love gets even clearer I hate it but I want it
You flew into my arms like a butterfly You embraced my tired soul Only after I pushed you away, I found out That I couldn’t use my heart anymore
Even until the day the heavens take away my life Stay where I can reach you Closer than today
Even if my eyes are covered so that I can’t see you Even if my ears are blocked so I can’t hear you This love gets even clearer I hate it but I want it
You flew into my arms like a butterfly You embraced my tired soul Only after I pushed you away, I found out That I couldn’t use my heart anymore
Take away the black night And take me into the light With this miraculous love that made me live again Into your bright embrace
I can’t live without you I don’t think I can go on without you Only after I pushed you away, I found out That I couldn’t use my heart anymore
Hari tu aku ada post tentang drama korea berkisar tentang dunia masakan.Kali ni aku nak post pasal drama-drama yang aku tonton berkisar dunia perubatan.Sebenarnya,aku minat sangat dunia perubatan,malah pernah bercita-cita menjadi doktor sedari mula mengambil aliran sains tulen agama selepas PMR.Tetapi,akhirnya aku sedar kemampuan diri yang tak mampu bawak subjek maths n kimia,(subjek biologi dan fizik aku boleh score pulak,tak ke pelik,,huhu..),maka cita-cita tu terpaksa campak ke laut.Tapi,minat aku terhadap dunia perubatan dan sains tak dapat nak dikuburkan dalam-dalam,maka segala drama bersiri tentang dunia medik,memang akan jadi list aku yang teratas untuk ditonton.Let's check it out.....
Drama E.R ni kira legend kot.Masa aku sekolah rendah suka follow cerita ni kat TV2,kalau tak silap la.Lepas tu,drama ni juga aku tonton kat saluran Star World ke AXN,aku pun tak pasti,haha,semenjak family langgan Astro.Drama ni mengambil latar tempat dekat Wad Kecemasan sebuah hospital.Jadi,kalau tengok drama ni,doktor-doktor tu memang akan terkejar sana-sini dan suasana wad yang akan hectic setiap masa.
Drama perubatan yang kira latest ialah Grey Anatomy.Tajuk drama ni diambil daripada tajuk buku yang student medic guna masa study pasal anatomi manusia.Cerita ni tak mengkhususkan mana-mana department. Semua ada,pediatrik, O & G, ortopedik,bius,makmal, dan lain-lain lagi.Sekarang masih follow kat Star World.
Ok,dah habis rant drama orang putih.Sekarang,kita beralih ke Asia iaitu Korea Selatan.Drama Korea pasal perubatan menjadi trend bermula sekitar tahun 2006 dan ke atas,dan lepas tu,boleh dikatakan tiap-tiap tahun pasti akan ada drama perubatan yang disiarkan.
Blog yang macam-macam ada.Seorang yang bookaholic, suka muzik,layan drama,belajar macam-macam bahasa (tahu sikit-sikit je sebab secara tak formal),suka masak (walapun tak pandai mana),suka travel (walaupun tak pernah travel betul-betul lagi),dan menulis bila ada mood.Salam perkenalan....