Salam alaik..
Hari tu aku ada post tentang drama korea berkisar tentang dunia masakan.Kali ni aku nak post pasal drama-drama yang aku tonton berkisar dunia perubatan.Sebenarnya,aku minat sangat dunia perubatan,malah pernah bercita-cita menjadi doktor sedari mula mengambil aliran sains tulen agama selepas PMR.Tetapi,akhirnya aku sedar kemampuan diri yang tak mampu bawak subjek maths n kimia,(subjek biologi dan fizik aku boleh score pulak,tak ke pelik,,huhu..),maka cita-cita tu terpaksa campak ke laut.Tapi,minat aku terhadap dunia perubatan dan sains tak dapat nak dikuburkan dalam-dalam,maka segala drama bersiri tentang dunia medik,memang akan jadi list aku yang teratas untuk ditonton.Let's check it out.....
Drama E.R ni kira legend kot.Masa aku sekolah rendah suka follow cerita ni kat TV2,kalau tak silap la.Lepas tu,drama ni juga aku tonton kat saluran Star World ke AXN,aku pun tak pasti,haha,semenjak family langgan Astro.Drama ni mengambil latar tempat dekat Wad Kecemasan sebuah hospital.Jadi,kalau tengok drama ni,doktor-doktor tu memang akan terkejar sana-sini dan suasana wad yang akan hectic setiap masa.
Drama perubatan yang kira latest ialah Grey Anatomy.Tajuk drama ni diambil daripada tajuk buku yang student medic guna masa study pasal anatomi manusia.Cerita ni tak mengkhususkan mana-mana department. Semua ada,pediatrik, O & G, ortopedik,bius,makmal, dan lain-lain lagi.Sekarang masih follow kat Star World.
Ok,dah habis rant drama orang putih.Sekarang,kita beralih ke Asia iaitu Korea Selatan.Drama Korea pasal perubatan menjadi trend bermula sekitar tahun 2006 dan ke atas,dan lepas tu,boleh dikatakan tiap-tiap tahun pasti akan ada drama perubatan yang disiarkan.
Dae Jang-geum ni special sungguh sebabnya post pasal dunia masakan pun boleh masuk,pasal medik pun boleh jugak.Dae Jang-geum ni pada awalnya merupakan tukang masak diraja,kemudiannya belajar ilmu perubatan.Aku suka tengok bagaimana ilmu perubatan dipraktikkan dalam keadaan serba kekurangan teknologi canggih dan juga bagaimana Dae Jang-geum mempraktikkan ilmu masakannya dengan menyediakan makanan yang sesuai untuk pesakit.Masa episod terakhir drama ni,Dae Jang-geum berjaya menyelamatkan wanita yang hendak bersalin dengan cara pembedahan dan merupakan pembedahan pertama pada zaman Joseon.(pembedahan merupakan perkara dilarang walaupun untuk menyelamatkan nyawa pada zaman itu).
Drama Obstetrics and Gynecology Doctors ni diterbitkan oleh SBS pada tahun 2010.Sesuai dengan tajuknya,jadi drama ni berkisar ceritanya di wad O & G sahaja.Memang real habis ditunjukkan dalam drama scene bersalin.Banyak ilmu O & G boleh dapat dari drama ni.Aku pun sebenarnya baru tengok separuh je drama ni,hehe..Drama ni antara drama terawal lakonan Song Joong Ki sebelum namanya meletup dalam Sungkyunkwan Scandal.
Ok,kita balik zaman Joseon semula,haha..Drama Time Slip Dr.Jin ni ditayangkan pada tahun 2011 oleh MBC.Sebenarnya,cerita ni konsepnya time-travel. Dr Jin (Song Seung-hun) ni,seorang pakar saraf(neurologist), tiba-tiba balik ke zaman Joseon.Beliau dianggap pelik oleh orang ramai dan masuk senarai orang dikehendaki pada mulanya.Beliau bagaimanapun terselamat dan diberi kepercayaan menjadi doktor diraja.Suka tengok bagaimana Dr.Jin ni menggunakan ilmu teori perubatan yang beliau ingat dan cuba mengaplikasikannya pada zaman Joseon walaupun dengan teknologi yang terhad.
Drama Good Doctor pula mengisahkan watak utamanya,seorang autism,(Joo-won) yang juga seorang doktor di wad pediatrik.Drama ni diterbitkan pada tahun 2013 dan ditayangkan di saluran KBS.Kalau nak dapat info tentang pelbagai penyakit kanak-kanak,memang drama ni patut ditonton.Drama ni mengkhususkan cerita sekitar di wad pediatrik dan sah-sah akan banyak watak kanak-kanak.Bukan senang menangani penyakit dalam kalangan kanak-kanak,kerana sesetengah fungsi tubuh badan kanak-kanak ada yang belum matang seperti orang dewasa.
Pada tahun yang sama juga,drama Medical Top Team diterbitkan oleh MBC dan antara pelakon hebat yang membintangi drama ini ialah Kwon Sang-woo.Sesuai dengan tajuknya,drama ni berkisar tentang satu pasukan khas yang dibarisi doktor-doktor pakar untuk merawat kes-kes berprofil tinggi.Teknologi yang sangat canggih dalam dunia perubatan dapat dilihat dalam drama ni.
Drama Emergency Couple pula disiarkan di saluran TVN pada tahun 2014.Lakonan Choi Jin-hyuk dan Song Ji-hyo,drama ni bermula dengan training doktor pelatih di wad kecemasan.Jadi,drama ni akan ada feeling macam drama ER la sikit-sikit.
Dan,drama terkini pada tahun ini, Yong Pal yang ditayangkan di saluran SBS lakonan Joo-woon (dia lagi,memang sesuai kot watak doktor kalau dengan dia), dan pelakon tercantik Korea, Kim Tae-hee.Ok,drama ni memang lain sikit jalan ceritanya sebab watak utamanya,seorang doktor yang agak tak profesional kerana mengaut kentungan dengan kepakarannya dalam bidang perubatan.Dia ni kalau boleh nak amek patient orang-orang kaya je,lepas tu mintak tips banyak-banyak,haha...Yong Pal ni juga amek job rawat segala penjahat atau gangster yang cedera(yang sah-sah tak kan pergi hospital bagi elak ditangkap polis) pada waktu malam sampai polis pun dah mark dia kerana menyusahkan depa nak trace penjenayah,,haha..Itulah kelainan cerita ni.
Last but not least,aku nak kongsi quote yang aku rasa menarik dan mendalam daripada drama-drama ni...
Our job is to save lives not to judge them.-E.R
Sometimes doing something is worse than doing nothing.-Grey Anatomy
A doctor is not a religious man,you should never give people false hope or possibility-Good Doctor
2 comments:
waaa semua drama ni memang best..lagi banyak realiti dunia perubatan dari drama bagai...bila la Malaysia nak come up dengan drama baik macam ni..
A dream is something you want to achieve, even if you’re not good at it.
A dream is what you think of when you eat and sleep.
My dream is what makes me feel good.
~Good Doctor~
wah..noona terima kasih kerana sudi komen sini..kan..maca mimpi laa drama Malaysia nak ada cerita macam ni kan..
Post a Comment