Hari ke-13 - would be the anthem of your childhood.
Pilihan aku ialah Ella - Rama-rama. Walaupun lagu ni release tahun 2007 di mana waktu ni aku dah form 3, kiranya bukan zaman childhood dah pun, aku tetap pilih lagu ni untuk menjadi simbol zaman kanak-kanak dan remaja aku.
Kenapa aku pilih lagu ni untuk menggambarkan zaman kanak-kanak dan remaja aku? sebab aku seumpama rama-rama, yang ingin nak bebas menjelajah seluruh dunia. Umur di mana aku dah mula kena galas tanggungjawab sebagai pelajar dan anak sulung harapan keluarga. Banyak benda aku pendam dan terpaksa korbankan.Aku ibarat rama-rama dalam lirik lagu ini, ingin bebas tanpa fikir tanggungjawab yang aku kena galas.
Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan
Aman damai suka-suka
Riang ria tanpa ada
Rasa duka sengketa
Rama-rama
Terminal yang pasti satu fitrah hati
Kerana yang sejati tiada kekal lagi
Terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki
0 comments:
Post a Comment