Salam
mahabbah..Kali ni entri aku agak formal sikit..Menurut tajuk di atas,bermaksud
pertandingan persahabatan debat bahasa Arab..Let's check out..
Pertandingan ini
dianjurkan oleh pelajar tahun 1 USIM dan USIM menjemput UM,UKM,Darul Quran, dan
KUIS untuk menyertai pertandingan ini.Syaratnya ialah peserta mestilah pelajar
tahun 1 yang tidak pernah menyertai apatah lagi mewakili universiti
masing-masing dalam debat bahasa Arab.Menjelang seminggu sebelum pertandingan
iaitu 15 Disember 2012,YDP Kelab Debat Bahasa Arab UKM,saudara Mohamad Akmal
Amali Bin Jamaluddin mengorak langkah mencari ahli-ahli baru kelab sebagai
persiapan menghadapi pertandingan ini.
Dan aku pun
saja-saja mendaftarkan diri untuk menyertai kelab debat ini dengan tujuan mahu
meningkatkan skil kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab.Ramai juga rakanku
dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam tahun 1 menyertai kelab ini
dengan tujuan yang sama.Kami didedahkan dengan asas debat dan bagaimana menyusun
ayat untuk berdebat dalam bahasa Arab.Barisan pendebat utama kami pada hari
musabaqah tersebut ialah saudari Siti Aishah Hamzah,saudara Sheikh Ahmad Zahidi,saudara
Emir Alhakim dan saudara Asrul.Dan ahli-ahli yang lain(macam akula) berperanan
membantu mereka mencari isi-isi hujah untuk pertandingan.
Barisan pendebat utama UKM ketika pusingan ke-2 |
UM,lwn UKM ketika pusingan ke-2 |
Menjelang
pertandingan,rombongan kami seramai 2 orang bertindak sebagai murabbi,4 orang
pendebat utama,dan 5 orang penyokong(penyokong juga bertindak sebagai
jurukamera,hehe) bergerak ke USIM seawal 9 pagi.Dan alhamdulillah,UKM mendapat
tempat keempat daripada 6 pasukan yang bertanding dan turut layak ke separuh
akhir.Dan hal ini merupakan hal di luar jangkaan kerana YDP Kelab kami hanya
mensasarkan peringkat penyertaan sahaja.Berikut adalah laluan UKM hingga ke
separuh akhir:
PERINGKAT
|
PESERTA
|
TAJUK
|
KEPUTUSAN
|
Pusingan Pertama
|
USIM B lwn UKM
|
1) وَسَائِلُ الإِعْلَامِ تُسَاعِدُ عَلَى نَشرِالدعوة الإسلامية
Media massa membantu dalam
penyebaran dakwah Islam
|
UKM
|
Pusingan Kedua
|
UM lwn UKM
|
– مُشَارَكَةُ الشَّبَابِ فِي السِّيَاسَةِ
الحِزبِيَّةِ ضَرُورَةٌ
Penyertaan pemuda dalam parti politik
penting
|
UM
|
Separuh Akhir
|
USIM A lwn UKM
|
إِلغَاءُ شَهَادَةٌ مُتَوَسِّطَةٌ يُسَبِّبُ تَأَخَّرٍ الطَّلَبَة فِي
الدِّرَاسَةِ
Pemansuhan PMR menyebabkan pelajar
ketinggalan dalam pelajaran
|
USIM A
|
Separuh Akhir
|
UM lwn DQ
|
DQ
|
Barisan pendebat utama UKM ketika separuh akhir |
Akhirnya,pertandingan akhir menemukan team USIM A dan Darul Quran dengan tajuk
استِخدَامُ الكَامِيرَاهَاتِ لِتُقَنِّصِ السُّرعَةِ فِي الشَّوَارِعِ ضَرُورَةٌ
Maksudnya,penggunaan kamera AES dalam menangkap salah laku memandu secara laju di jalan raya sangat penting.Dan team USIM A memenangi pertandingan akhir ini.Mestilah,tuan rumah lah katakan!
Pendebat Darul Quran ketika pusingan akhir |
Pendebat USIM A ketika peringkat akhir |
Apapun,syukran jazilan saya ucapkan banyak-banyak kepada pihak tuan rumah kerana layanan yang memuaskan kepada wakil UKM sepanjang pertandingan yang berlangsung sehari suntuk dari pagi hingga ke malam.Secara keseluruhannya,musabaqah ini berjaya memberi pendedahan mengenai konsep debat bahasa Arab yang sebenar kepada semua ahli-ahli kelab yang baru.
Akhir kata,.هيا نحب اللغة العربية
Ahli-ahli kelab debat bahasa Arab UKM bergambar selepas pertandingan... |
4 comments:
Salam juang.. Semoga kita terus memartabatkan bahasa al-quran.. :)
~tuan rumah usim~
salam alaik...terus memartabatkan bahasa syurga..
insyaallah....mudah-mudahan UKM berjaya melakar lg sejrah utk dEBAT ASEAN nti..bittaufiq wal najah Wahie...
salam,,hujah2 y guna waktu ni ade lg x,,?? nak boleh??
Post a Comment