Wednesday, November 21, 2012

Kembara Hidup

Hayatilah lagu ini dalam kembara kita menuju ke akhirat yang kekal abadi..


Album : 
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan kepadaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

lagu&lirik: Syamer(Syam DeHearty)

Ilmu yang Bermanfaat

Salam mahabbah kepada pembaca..
Kali ni saya ingin kongsikan satu matan dalam kitab al-Hikam.Tahu tak apa itu kitab al-Hikam?Kitab ini dikarang oleh Syaikh Ibnu Athaillah as-Sakandari yang banyak membicarakan tentang akhlak dan ilmu tasawuf.Sangat bagus isi di dalamnya apabila membicarakan satu persatu perihal akhlak manusia.Contohnya, tentang mensyukuri nikmat,kepentingan cita-cita dan banyak lagi.Boleh dapatkan terjemahan kitab ini terbitan syarikat Telaga Biru karya Dr.Zulkifli Mohd al-Bakri,penceramah yang tidak asing lagi.

Sebenarnya,saya dikehendaki membicarakan salah satu matan dalam kitab ni sebagai salah satu tugasan bagi subjek Akhlak dan Tasawuf.Dan ku akui,hati aku banyak tersentuh apabila belajar subjek ni,aku rasa akhlak aku banyak sangat perlu dibaiki tak kiralah sama ada lahiriah atau batiniah.

Ni matan yang aku syarahkan ketika kelas tutorial subjek ni:

العلم النافع هو الذى ينبسط في الصدر شفاعه وينکشف به عن القلب قناعه


‘Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang memancarkan cahaya di dalam dada,dan menyingkap katupnya hati’’


Maksud matan ni lebih kurang macam ni la;

1.Ilmu yang bermanfaat seharusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah.Kalau sampai kita menjauhkan diri dengan Allah,maknanya mungkin ada salah silap kita sendiri dalam proses menuntut ilmu.Mungkin niat kita tak betul,jadi kena perbetulkan niat.Lainla belajar ilmu yang diharamkan contohnya ilmu sihir,memanglah menyebabkan kita jauh daripada Allah.

2.Ilmu yang bermanfaat juga seharusnya dapat memperbaiki akhlak kita.Maknanya kita aplikasikan apa yang kita belajar dan tahu dalam membentuk akhlak sesuai seorang Muslim. Sebab tu ada beza sebenarnya orang yang 'berakademik' dan orang yang 'berilmu'. Krisis nilai dalam kalangan remaja dan belia sekarang terutamanya pelajar IPT yang dikatakan hanya berilmu tetapi tidak berakhlak membuatkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap golongan ini untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara pada masa akan datang.

Golongan sebegini sepatutnya hanya ditakrifkan sebagai golongan akademik tetapi bukan golongan orang yang berilmu.

Kesimpulannya,betulkan niat kita sebagai pelajar dalam perjuangan menuntut ilmu agar ilmu yang ditimba bermanfaat kepada kita sebagai pemiliknya serta dapat dimanfaatkan kepada agama,bangsa dan negara.

''Ilmu lebih berharga daripada harta kerana ilmu yang akan menjaga pemiliknya,sedangkan harta kamulah yang mesti menjaganya.''

Saturday, November 3, 2012

Aku dan Buku

Salam mahabbah kepada pembaca..

Kesibukan sebagai pelajar universiti kini memaksa aku melupakan seketika dunia 'blogging'.Pabila aku melihat entri di blog,tak sangka sudah sebulan lamanya aku tidak meletakkan entri baru di sini.Awal minggu bulan November ini barulah aku boleh menghela nafas lega sedikit sebanyak kerana banyak tugasan yang ditugaskan sudah pun dihantar.Ingat tak,aku pernah cerita dalam entri sebelum ini tentang keghairahan aku dengan buku,tak kiralah genre apa pun.

Dan keghairahan aku sangatlah membara apabila belajar di UKM ni.Sebagai IPTA yang bolehlah nak dikategorikan berada di area Lembah Kelang,sudah semestinya akses untuk ke pusat-pusat membeli-belah terkemuka sangatlah senang.Naik je KTM,anda boleh pergi ke mana-mana.Jika rakan-rakanku teruja nak ke Jalan TAR dan sewaktu dengannya,aku lagi teruja nak berkunjung ke MPH,Popular,Borders dan Kinokuniya.Baru je semalam aku pergi ke Ekspo Buku Islam di KL Sentral.Sangat best!Akhirnya,melayang lah duit aku hampir RM70.hehe..Hobi punya pasal kan!Mentang-mentanglah duit PTPTN baru masuk masa tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...