Thursday, June 21, 2012

Apabila Cerita Sejarah Divisualkan

Salam ukhuwah buat pembaca..

''Sesiapa yang melupai sejarah,pasti akan mengulanginya''.-George Santayana

''Aduh,Sejarah ke lepas ni?Bosan la..dahla mengantuk''
''Kalau susah nak tidur,baca buku Sejarah gerenti tertidur''

Dialog di atas ni mesti pernah bermain di bibir anda(tidak terkecuali saya) sewaktu zaman persekolahan dahulu.Subjek S..E..J..A..R..A..H subjek yang menggerunkan dan membosankan bagi sesetengah orang.Ye lah,apa gunanya belajar benda yang dah lepas,ya tak? Aku memanglah geram dengan sesiapa yang suka buat kenyataan berani mati macam contoh dekat atas depan aku.Sebab apa?Sebab aku pencinta sejarah!

Bagi aku,sejarah ialah subjek yang menarik sebab aku nak tahu kisah-kisah tamadun dan manusia zaman dahulu.Setiap permulaan kan ada pengakhiran.Jadi,kita mestilah kena ambik tahu kisah permulaan kita paling tidak sejarah bangsa,negara dan agama kita sendiri.Seperti kata ahli falsafah di atas,kalau kita tak nak ambik tahu sejarah,memang kita kan mengulanginya.


Dalam memartabatkan sejarah bagi menarik minat orang muda,rasanya media elektronik yang paling berkesan.Buat drama atau dokumentari.Dokumentari biasanya memerlukan kos yang tinggi dan kurang nilai komersial untuk menarik penonton.Jadi,buatlah drama!Kalau kat Malaysia ni,boleh dikira dengan jari je,drama ataupun filem yang dibuat berdasarkan kisah sejarah.Penerbit beranggapan genre sebegini sukar menarik bilangan penonton yang ramai.

Namun,apabila aku 'survey' filem-filem atau drama antarabangsa,genre sebeginilah mudah menarik perhatian penonton dan lebih kekal diingati.Drama atau filem China dan Hong Kong yang mengambil latar masa dan tempat tamadun China suatu ketika dahulu begitu menarik perhatian penonton malah menjangkaui penonton Malaysia.Masa tu kenallah Dinasti Ming,Ching,Han, dan bla..blaa.Kita pun mula tahu sistem kenaikan pangkat pegawai kerajaan,kena ambik peperiksaan dahulu,kedudukan wanita semasa zaman tersebut dan pelbagai lagi.Aku masih ingat lagi apabila belajar bab tamadun China,akan ada dialog sebegini,''Oh,sistem peperiksaan ni macam dalam cerita ni la''.Ha,begitu mudah pelajar membayangkannya kerana sudah pun divisualkan di televisyen.
Drama Huan Zhu Ghe Ghe..cantik kostum ni kan..

Sekarang ni Korea pun mula menerbitkan pelbagai drama 'saeguk'(perkataan yang digunakan untuk genre sebegini).Sebenarnya,dah lama,cuma lebih rancak sekarang.Drama yang paling aku ingati ialah Dae Jang Geum a.k.a Jewel in The Palace.Aku dah review sikit pasal drama ni dalam entri sebelum ini.Yang aku perasan,memang terdapat perbezaan ketara dari segi penggunaan bahasa(dalam aspek sebutan dan penambahan perkataan di hujung setiap perkataan) ketika zaman dahulu dan zaman sekarang terutamanya Korea.
Drama Dae Jang-geum.Perhatikan lain warna bajunya,lain jawatan dan pangkatnya.Nak tahu,kenalah tengok  drama ni.

Satu lagi aku perasan,sistem hukuman di China dan Korea(ni zaman dulu  punya lah) terdapat persamaan di mana seorang yang dituduh bersalah akan diseksa berterusan supaya mengaku bersalah.Kalau anda peminat setia drama-drama Cina bergenre sebegini,mesti perasan punya.Ini kerana,mereka beranggapan,seseorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah sehinggalah mereka terbukti tidak bersalah.Konsep ini yang menjadikan pertikaian antara Barat dengan tamadun China kerana Barat berpegang kepada konsep seseorang yang dituduh bersalah dianggap tidak bersalah sehinggalah dapat dibuktikan bersalah..Dah panjang lah pulak bila masuk bab ni,yang ni kena buat entri lain pulak..
Salah satu cara menyeksa pesalah..Kredit to drama Sassy girl chun-hyang.

Terdapat orang yang skeptikal dengan penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penerbitan drama Melayu yang mengambil latar belakang zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah era zaman penjajahan British.Bagi mereka,ianya kedengaran pelik dan janggal.Tetapi,KRU Studios telah membuktikan penggunaan bahasa Melayu klasik dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa tidak kedengaran janggal malah dianggap menarik pula.Hal ini memerlukan penulis skrip yang kreatif dan rajin mengkaji.

Kalau bagi aku pun,memang lagi seronok kalau dapat tengok filem atau drama berunsurkan sejarah nak-nak yang ada dalam sukatan pelajaran,lagi senang nak ingat kan..Sampaikan satu tahap,nak ada mesin cahaya masa macam dalam cerita Doraemon tu supaya senang pergi mana-mana zaman tamadun kita suka,kononnya nak ulangkaji subjek Sejarah..Hehe..

Pentingnya mengetahui sejarah turut dinyatakan dalam Al-Quran:

" Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.-Surah Yusuf,ayat 111.

"Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan."-Surah Taha,ayat 99.

Kesimpulannya,tak rugi pun belajar sejarah.Ubah persepsi anda tentang sejarah.Terokainya dan anda akan rasa teruja meneroka khazanah lampau.

Credit to http://langitilahi.com/



1 comments:

Outbound di malang said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama diipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...