Wednesday, October 26, 2011

Jewel In The Palace

TV Al-Hijrah menayangkan drama Korea? Biar betul! Itulah anggapan saya bila melihat promo cerita tersebut apabila melihat rancangan Lau kana bainana..Saya pernah menonton drama ini tapi beberapa tahun lepaslah..Oleh kerana saya ini ialah antara peminat drama Korea,maka saya pun ulanglah tengok drama ini..Mula-mula terkejut juga kerana TV Al-Hijrah dikenali dengan konsep keislaman dalam penyiaran rancangan mereka tetapi turut menayangkan drama Korea yang menjadi trend stesen TV yang lain..Tetapi selepas menonton drama ini,saya faham sebab pihak stesen TV tersebut menayangkan drama ini..



Berikut adalah sinopsis yang diambil dari wikipedia bahasa Melayu:
Berdasarkan kisah sejarah yang terdapat dalam Babad Dinasti Joseon, ia memaparkan kisah seorang wanita yang dipanggil Jang-geum (dilakonkan oleh Lee Young Ae), yang berjaya menjadi wanita perubatan peribadi pertama kepada raja Korea di masa Dinasti Joseon. Tema utama dalam siri ini adalah kecekalannya dalam menghadapi sebarang masalah dan ketekunan dan kebijaksanaannya hingga dia berjaya mencapai sesuatu yang wanita pada masa itu tidak mungkin berjaya mendapat. Drama ini juga memaparkan makanan tradisional Korea termasuk makanan yang dimakan oleh keluarga diraja dan juga ubat-ubatan tradisional.
Jang-geum sebagai wanita istana


Cerita ini menggambarkan betapa penggunaan kasta dalam kehidupan masyarakat silam dan diskriminasi terhadap wanita juga berlaku.Kegigihan Jang-geum dalam mencapai kedudukannya sebagai tabib diraja selepas bergelar tukang masak maharaja juga patut dijadikan contoh bagi semua pihak.Memang tepat keputusan TV Al-Hijrah menayangkan cerita ini yang bertepatan dengan konsep stesen tersebut dalam menyebarkan nilai-nilai moral dalam kehidupan..
Jang-geum sebagai tabib diraja yang pertama dalam kalangan wanita

Drama ini juga selamatlah daripada penayangan unsur-unsur yang tak patut dilihat oleh kita..Unsur dengki-mendengki dalam kalangan wanita istana juga menunjukkan realiti sebenar kehidupan..Dan seperti biasa pihak yang benar akan menang pada akhirnya.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...